Chapter 44
"Me? Weird? Bitch please, I'm limited edition!"
-------------------
"Unnie!!! Bangun!!!!" Hyper sungguh si Ah Rin ni, disubuh hari mengejut Min Young bangun. Walaupun baru semalam kenal, cepat yang amat si Ah Rin selesa dengan Min Young.
"Kau nak apa, hanat??"Dalam keadaan mamai sempat juga Min Young mencarut.
"Aisshh! Jom lah kita keluar makan!! Kau tak lapar ke? MinMin lapar tak???" Tangan si Ah Rin sesuka hati saja mengusap perut Min Young. Min Young menepis pantas, dia geli.
"HAIISHH JANGAN SENTUH! GELI!!" Ah Rin tersenyum sinis. "Sensitif betul kulit kau ni ehhh??" Segaja doktor muda ini mengeletek tubuh si singa bunting.
PAKKK!
"AISSHH SAKIT WEII!!!" Belakang kepala si Ah Rin ditepuk kuat, main-main lagi dengan Min Young disubuh hari.
"Tahu pun! Dah! Kata nak makan, jom!" Min Young memerhati muncung si doktor muda. "Kalau macam ni lah kau layan aku, agaknya macam mana suami kau?"
Ah Rin ni tak habis-habis soal tentang suami Min Young. Si Min Young hanya mengerling tajam wajah si gadis. "Aku single........" Serta-merta Min Young meninggalkan Ah Rin yang melutut di atas katil miliknya.
--------------------------
"Ni!! Baju ni lawa dengan kau, uwu comelnya!!" Satu-satu pakaian dipadankan pada tubuh Min Young. Maklumlah hari ini Min Young kena buat check up baby dia, takkan nak pakai baju tidur dinasour dengan knit cardigannya.
Min Young hanya melihat dirinya dicermin, dia tak berminat akan segala baju yang dipilih oleh Ah Rin kerana dia langsung takde duit.
Well, bila takde duit, sila lah sedar diri anda sebelum berbelanja.
"Aku mana ada duit nak bayar, setan......." Min Young redha dengan keadaannya, dia rela pakai pijamas dinasournya.
"Adeh, kau ni. Aku belanja lah! Ni tanda terima kasih aku sebab tolong aku semalam. Kalau takde kau, kot-kot organ aku dah kena jual dah pagi ni....." Min Young hanya meng'oh'kan saja.
Itu tugasnya untuk melindungi kehormatan wanita. Kalau lelaki tak mampu nak jaga, biar dia yang jaga. Min Young rela.
Min Young sebenarnya lebih tertarik kepada kedai-kedai makanan. Dia amat lapar.
"Weiii! Kau tengok apa??? Kau jumpa calon suami untuk aku ke???" Perasan sungguh si doktor muda ini, gatal nak kahwin awal.
"Haah, aku nampak calon suami kau......" Bersinar-sinar mata si Ah Rin mendengarnya, dia memang mahu kahwin awal, lagi awal lagi cepat dia boleh mengandung.
"MANA!!!??" Baju ditangannya telah dihumban, dia nak tengok ciri calon suami yang Min Young pilihkan.
"Tu, arah pukul tiga di sana......." Melilau mata Ah Rin memandang ke arah yang dikatakan. Adakah handsome calon yang dipilih secara rawak ini?
"Mana?? Takde apa-apa pun!?" Matanya kembali kepada Min Young. "Hah kau tak nampak??! Memang takde jodoh lah kau ni...."
"Unnie!! Doa lah benda yang elok-elok! Aku pun nak........" Si gadis menukar pandangan ke arah perut si singa bunting.
"Bulat macam unnie jugak........." Budak muda zaman sekarang memang fikir nak anak je ke? Taknak kerja bagi duit tu berkepuk dulu, baru kahwin ke?
"Kau nak bulat macam ni? Makanlah banyak-banyak....." Menjengkelkan betul jawapannya.
"Haisshh! Kau ni! Takde simpati langsung tentang impian aku ni!!" Bebel lah macam mana sekalipun kat si ibu bunting ini, dia pasti tak dengar. Dia lapar!
Min Young rakus memandang setiap gerai makanan, dia sudah tak peduli akan si Ah Rin yang macam Namjoon, asyik membebel saja.
Terasa bagai diri ditimpa tangga saja. Namjoon hilang, datang pulak minah mulut becok ni.
"MinMin, hari ni kasilah mama makan....." Harap si gadis kepada sang anaknya. Sudah sebulan dia makan lepas tu muntah.
"Mama nak minum air kosong pun, MinMin tak kasi. MinMin tak sayang mama ke??" Segala yang masuk ke dalam rongga mulut Min Young, semuanya akan keluar.
Anaknya nak ibunya mencari sang bapa tak kira apa jua yang jadi.
Usai sahaja memilih pakaian buat Min Young, mereka berdua bersiar-siar buat seketika di mall terbesar di New York.
"Kau dah penat berjalan ke??" Min Young mengeleng. Dia sudah biasa berjalan dengan Namjoon setiap pagi, kadang-kadang dia dan Namjoon bersiar-siar sampai berkilometer jauhnya, selepas itu mereka sesat.
Jenuh sepasang suami isteri itu cari jalan balik........
Tapi Min Young seronok walaupun sampai saja apartment terkulai terus kat atas katil. Tapi seronok........
"Mmmm, aku rasa kau lapar ni........" Pandai si doktor meneka, mana taknya, mata Min Young asyik pandang makanan yang dijual ataupun sampel merasa makanan.
Min Young memandang lantai dengan sayu, ye dia lapar tapi dia tak boleh nak makan.
------------------------
"Kau ni kan, pelik betul!" Ah Rin mengomel sambil menyuap sesudu makanan yang dipesannya. "Apa yang peliknya??" Tak padan mulut penuh, Min Young masih mahu bercakap.
"Adab takde ke? Telan dulu baru cakap dengan aku! Merecik tau tak!!??" Gelojoh betul si ibu mengandung makan.
Maklumlah, MinMin tiba-tiba saja bagi Min Young peluang nak makan. Tiada langsung rasa geli tekak mahu memuntahkan semula makanan yang tiba-tiba muncul dihadapan mata Min Young.
"Tadi kata taknak makan! Tetiba ada makanan free muncul kat depan mata kau, laju je kau radak ye!" Siapa yang tak suka makanan free kan?
"Makanan percuma! Kau kena faham!" Ah Rin sempat mengulingkan bebola matanya.
"Aku nak belanja kau kan!! Tak sama ke dengan percuma tu??" Taknak berputus asa lagi si Ah Rin ni, annoying sungguh perangainya macam Min Young pun ada. Membantah je kerjanya.
"Haissh! Kau dah belanja aku baju! Cukuplah tu!!"
Air jus yang datang bersama hidangan percuma Min Young, dihirup dengan nikmatnya.
Kali terakhir Min Young merasakan nikmat minum air adalah air hijau yang dikongsi dengan Namjoon sebelum berlakunya pertengkaran besar diantaranya.
Tiba-tiba makin bertambah rindu si gadis terhadap punchbagnya. "Kat mana lah kau ye..." Bisik hati si Min Young.
Entah mengapa pagi ini, Min Young banyak terkenang Namjoon. Bila dia mahu balik? Si isteri hidup merana tanpa kewujudannya.
Cepat-cepatlah reda 'tsunami' si suami. Sang api merinduinya.
Min Young menyoal dirinya, betul ke Namjoon marah dengan kekasaran si gadis? Selama ini, dumbell set 10 KG hampir kena kepala pun, si suami tak pernah kisah....
Takkan sebab kena cekik, dia baru nak marah??
Sambil memikirkan kesalahannya, sambil itu juga dia meradak dengan lahapnya. "Semalam kan, kau mengigau........." Min Young tersedak makanan.
"Kau ngigau teruk weiii!!!" Min Young memukul-mukul dadanya. "A-A-Apa yang aku ngigau kan......." Si gadis menyoal setelah tersedaknya hilang.
Ah Rin tersengih. "Kau ni. Patutnya ngigaukan suami sendiri bukannya ngigau nama leader BTS! Haisshh, kuasa fangirl kuat betul!!"
Tersedak balik si Min Young dengarnya, dia tersedak dengan air liur sendiri. "A-A-A-A-A-A-A━━" Min Young dah tergagap-gagap teruk.
"Nam......Nam....Joo ━━" Ah Rin mengapai-gapai udara sambil menutup mata. Dia melakonkan semula ngigau si ibu bunting.
"Haissh! Jangan selalu ingat muka laki lain masa mengandung! Bawak-bawak ingat suami sendiri!!!" Pandai betul si doktor menasihati.
"Nanti suami kau tuduh yang kau tu berskandal dengan Namjoon, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!!!" Membebel nombor satu minah busybody ni. Min Young mengulingkan bebola matanya.
Min Young bingkas bangun dari kerusi, dia mahu pulang. "Kau nak kemana???" Ah Rin menyoal, banyak sangat cakap sampai makanan sendiri pun tak terluak.
"Balik apartment aku lah, rasanya kaunter dah buka. Hari ni MinMin kena jumpa doktor...."
Ah Rin terdiam. "AKU NAK IKUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
-----------------------
Giliran Min Young untuk masuk ke dalam bilik rawatan sudah tiba, Ah Rin hanya duduk di kerusi menunggu disebabkan arahan si Min Young. Dia akur sahaja.
Kali pertama Min Young melakukan check up tanpa sang suami disisi tapi terasa seakan-akan dia ada bersama. Mungkin imaginasi Min Young sudah membayangkan kehadiran sang suami.
"Selamat malam puan........" Min Young menghembuskan nafas lega, bukan doktor busybody tu.
Doktor wanita yang biasa memeriksanya sudah kembali.
Si doktor hanya tersenyum kecil, dia sedar akan sesuatu. "Namjoon tak datang sekali??" Min Young mengeleng perlahan. "Dia sibuk....."
Pemeriksaan dijalankan seperti biasa, MinMin masih berada di dalam keadaan yang sihat tapi Min Young yang kelihatan seperti sakit.
"Tolong buka mulut luas-luas......." Min Young patuh pada arahan si doktor.
Si doktor memerhatikan anak tekak Min Young. "Nampak macam kamu asyik muntah. 'Alahan' ke??" Soal si doktor, Min Young mengangguk kecil. "Namjoon tahu??" Dia mengeleng semula.
Si doktor tersenyum kecil. "Kenapa tak bagitahu dia??"
"Malu......" Merah padam muka si Min Young. "Kenapa nak malu? Diakan suami kamu?" Statement si doktor amat benar tapi Min Young rasa dia mampu handle sendiri akan masalahnya.
"Tak elok simpan rahsia macam ni kat suami, apa yang dia kena tahu, cakap kat dia. Mana tahu 'alahan' tu ada bersangkut paut dengan dia?"
Lidah si gadis seakan-akan dipotong, tak mampu berkata-kata. "Walaupun korang berdua hidup untuk 9 bulan bersama, apa yang perlu dikongsikan, sila kongsikan. Takut nanti banyak sangat berahsia, jadi menipu......"
"Dalam rumahtangga, menipu adalah penghancur utama......."
---------------------------
"Weii! Terima kasih teman aku....." Ah Rin tersenyum riang. "Alah benda kecil je, maklumlah kau pun check up kali ni malam hari, mesti kena diteman. Bahaya~~"
Ceh! Menyampah Min Young dengarnya. "Kau tu pun jaga diri elok-elok masa nak pergi airport." Min Young pun nak juga saling nasihat menasihati. Menyampah. ಠ_ಠ
"Ye, ye, ye aku semalam tengok kau kungfu dengan batang paip tu, dapat jugak aku tektik-tektiknya......." Adakah itu perlian buat Min Young?
"Eleh! Lain kali lawan lah macam tu! Ingat! Perempuan bukannya lemah!" Keras betul peringatan si Min Young kepada anak didiknya yang semalam dia ketemui, Ah Rin.
"Alright boss! Bila kau balik semula ke Korea, jumpa lah aku. Bawak sekali suami kau tau! AKU NAK SANGAT TENGOK MUKA SUAMI KAU!!!!" Teruk betul perangai minah ni, sibuk nak tengok suami orang.
"Muka dia, bersepah kat Korea sana......." Tetiba Min Young terkenang balik hasratnya yang mahu pulang ke tanah ibundanya.
"EH!!? DIA PENJENAYAH KE???" Mengapalah biul betul otaknya.
"Haah, dia tu pencuri!" Min Young hanya mengikut saja flow kebodohan si Ah Rin. Ah Rin hanya tersenyum kecil.
"Dia pencuri hati kau ehhhhhhhhhhhhhh??!" Terjongket-jongket kening si Ah Rin.
Sempat juga berpickup line. Min Young dengan muka poker facenya, terus mencapai tombol pintu apartmentnya lalu menutup pintu.
Min Young dah tak boleh tahan dengan Ah Rin yang sentiasa fius otak tercabut.
"Eh, kurang asam betul punya mak bunting!" Ah Rin mencebik lalu melangkah pergi.
Baru sahaja beberapa langkah si Ah Rin keluar dari bangunan apartment milik Min Young tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya.
"Cik, kenal si Min Young tu??" Ah Rin menoleh, dia scan habis-habisan lelaki yang berkata dengannya.
Kacak rupa parasnya tambah juga tinggi orangnya. Ah Rin sempat berubah warna. "B-boleh lah." Jelasnya. "E-e-e-encik siapa?" Dia menyoal.
"Saya? Saya Jackson. Suami Min Young........."
--------------------
BOOOM! BAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA
AKU AUTHOR YANG JAHAT SIHH BAHAHA 😂 😂
SAPE RINDU JOONIE! STAY TUNED!
BIAS AND BIAS WRECKER ARE KILLING ME! T^T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top