Chapter 42

I know I needed you
But I never showed

But I wanna stay with you until we're grey and old
Just say you won't let go

--------------------

Hampir sebulan sang suami tidak pulang, Min Young tahu itu adalah salahnya. Dia sudah terlebih kasar dengan Namjoon. Ataupun Namjoon dah tak boleh tahan akannya?

Min Young bagaikan api, sentiasa panas tetapi bila ditiup sekali dia terpadam manakala Namjoon adalah air, sentiasa tenang tapi sekali dia meletus, tsunami jadinya.

Egonya lebih tinggi dari sang api. Kena biarkan tsunami itu reda dengan sendiri.

"Bluwekkk..." Menggigil-gigil tubuh kecil si gadis. Segala yang dimakan, dimuntahkan semula. Min Young memaksa dirinya untuk makan walaupun dia tahu yang semua itu sia-sia.

Dia perlu makan demi MinMin. Segala yang dimakannya hanya sebagai alas perut dan pembasah tekaknya. Salur makanannya terasa sakit yang amat kerana asyik muntah.

Matanya berair kerana muntah.

Langkahnya perlahan ke cermin meja soleknya. Dia perhatikan wajahnya yang kusam, tanpa sang suami disisi, dia sudah tidak kisah akan rupanya.

Wajah yang cengkung, lingkaran hitam dibawah mata tanda tak cukup tidur disebabkan mimpi buruk yang sering berulang di mindanya.

Bilik Namjoon diperhatikan, patutkah dia masuk? Min Young membasahkan tekaknya. Dengan kudrat yang dia ada, si gadis membuka perlahan pintu bilik sang suami.

Biliknya seperti biasa. Tiada apa yang unik dan menghampakan si gadis. Bau haruman Namjoon langsung tiada. Sudah dekat sebulan dia tak balik, sudah pasti tiadanya scent sang suami.

Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil milik Namjoon. Baunya tiada tapi cukuplah untuk dia membayangkan sang suaminya ada berbaring di katil.

Sejak Namjoon tiada, Min Young cuba untuk hanya berimaginasi akan suaminya.

Adakala dia berjaya merasakan Namjoon ada bersamanya. Oleh itu, dia dapat makan dengan tenang.

Tapi itu jarang berlaku.......

MinMin bukannya bodoh. Dia masih mendesak akan Min Young untuk mencari Namjoon.

Well, jangan diharaplah Min Young nak cari. Temboknya still kukuh walaupun banyak kali ditobek.

Pantas saja Min Young menampal bocoran di temboknya untuk tidak membenarkan perasaan yang dia tidak inginkan masuk.

Dia mahu menutup hatinya. Dia dah terkena permainan cinta. Dia pernah dicurangi oleh ramai lelaki.

Disebabkan itu, mengapa dia mahu sakitkan hatinya jika dia tahu yang cinta itu perit?

Dah tahu cinta mampu hancurkan hati seseorang, jadi mengapa masih terkial-kial mencuba untuk bercinta lagi?

Umpama duri dibunga ros, sudah tahu yang kita akan terluka, mengapa mahu dipetik lagi? Orang yang naif akan katakan yang bunga ros itu cantik dan harum.

Sedarkah banyak lagi bunga yang cantik serta harum dan tidak melukakan!?

Well, bila telah dibutakan dengan nikmat cinta, buruk baik macam mana pun diri takkan sedar tapi bila dah hancur berkecai?

Selamat datang kepada kesengsaraan...

Nasib Min Young bukannya jenis sebegitu, tidak akan sesekali membiarkan air matanya jatuh kerana perpisahan.

Sedangkan masalah keluarga yang pernah dia hadapi langsung dia tak menitiskan air mata apatah lagi perkara cinta yang remeh temeh ini? Hah! Kiss her ass then!

"Kenapa MinMin saja buat macam ni? MinMin tahu tak yang mama nanti cerai?" Soalnya kepada anaknya. Perutnya diusap lembut sambil memandang siling bilik.

Dia kena tidur, esok check up anaknya. Pastinya kali ini rekodnya ada kecacatan. Selama ini sentiasa sihat disebabkan adanya Namjoon, sekarang lelaki itu sudah melebuh entah kemana.

"Agaknya mamat tu ada ke esok?" Soalnya seorang diri lagi. Lama kelamaan matanya mula memberat, baik Min Young melelapkan seketika akan matanya sebelum dia terjaga semula.

---------------------

Mata yang tertutup terus terbuka, bukan itu sahaja tubuhnya turut terenjat bangun. Pening kepalanya kerana terjaga secara tiba-tiba.

"Apasal muka si hanat tu yang ada dalam mimpi aku??" Rambut dikaut erat. Muka Kim Rayyan iaitu bekas kekasihnya, asyik menjelma di dalam tidurnya.

Tipulah jika Min Young rindu lelaki itu, ciri-ciri jantan durjana seperti si Rayyan tak layak langsung Min Young mahu ingat.

Lagi baik dia kenangkan lelaki lain macam Enrique Iglesias ataupun Lucky Blue Smith, lebih berbaloi.

Handsome pun handsome, malangnya dua-dua itu suami orang lah pulak. Terbang hasrat Min Young nak berlakikan dua jejaka itu.

HAHAHA........

Min Young mengabaikan mimpi itu, anggap ia sebagai satu permainan mindanya. "Haissh...." Dalam keadaan mamai si gadis mendekati beranda yang ada di dalam bilik sang suami.

Slide window dibuka luas, langsung angin malam menyentuh lembut pipinya.

Terasa alive semula sebaik sahaja melihat kemeriahan bandar New York yang tak pernah mati.

Sentiasa bercahaya, oleh itu terbitlah satu permandangan yang indah buat sang ibu.

Mask muka dipakai bagi mengelakkan sebarang udara tercemar terkena si kecil.

Well, itu arahan Namjoon padanya.

"Kau kalau nak keluar pakai mask!!!??"

"AISSHHH MENGARAH JE KERJA KAU NI!!!!!!!! AKU SEPAK KARANG!"

Tersimpul satu senyuman apabila setiap kali Min Young terkenang segala nasihat Namjoon padanya.
Ada sahaja benda si lelaki itu mahu betulkan untuk keselamatan MinMin.

Min Young pula membantah saja tapi endingnya ikut juga.

Tiada makna mengaku kalah dalam kamus hidup si suami. Selagi tak dapat, selagi tu dia usaha cara lain.

"Cantiknya malam ni.........." Min Young memuji akan langit malam, terasa tenang seketika. Pandai Namjoon pilih apartment yang menyediakan permandangan semulajadi walaupun berada ditingkat yang tinggi.

Maklumlah apartment kali ini berada di salah satu bangunan pencakar langit di New York City. Bertuah Min Young tiada masalah gayat kalau tidak, tak dapat lah dia enjoy view di beranda bilik.

Knit cardigannya dibutangkan. Bosanlah kalau tengok dari tempat yang tinggi sahaja. Min Young rasa dia mahu keluar ambil angin seketika.

------------------------

Si gadis berjalan di laluan penjalan kaki yang disediakan. Ramai sungguh manusia yang lalu lalang, pening pula Min Young melihatnya. Oleh itu, dia mengambil jalan lain.

Baik dia bersiar-siar di kawasan taman.

Kawasan taman memang senyap sunyi tapi ramai orang juga. Penuh dengan pasangnya yang memuaskan diri mereka dengan pelbagai aksi yang extreme.

Si gadis hanya tersenyum faham bila nampak pokok-pokok bergoyang tanpa angin bertiup.

"Kat pokok pun boleh jadi 'kerja'" Min Young mengeleng kecil. Dahsyat betul. Min Young melabuhkan punggungnya ke kerusi ditaman

"MinMin, sayang jangan nak buat camtu! Jadi lelaki budiman ok! Ikut perangai maca ━━" Ayat si Min Young tergantung.

"━━ Mamat tu. Plasmodium. Ye macam dia... ." Hampir saja Min Young tersasul. Mamat hampir menjadi 'papa'.

Pipi si gadis bertukar tona merah secara tidak langsung sewaktu terkenang wajah suami sendiri. "Babi lah!" Carut si gadis kerana terbayang senyuman sang suami.

" Aku tumbuk juga kawah kat pipi dia tu......." Pipi miliknya ditampar agar dia pulang ke dunia nyata.

Makin rancak pulak pokok-pokok bergoyang. Kacau betul ketenangan si gadis bersama anaknya. "Aisshh! Bising!" Min Young sedaya-upaya abaikkan kerancakkan pokok menari dimalam hari.

Kacau line Min Young nak sembang-sembang dengan anak dia je. Tambah pulak ada bunyi-bunyi rintihan nikmat berdekatannya.

"MinMin! Jangan dengar!" Sisi perutnya dicengkam seakan-akan yang perutnya itu mempunyai telinga.

"Dah besar nanti mama cerita apa benda tu, sekarang jangan!" Nasihat Min Young pada perutnya. Good.

Tengah Min Young membebel pada perutnya yang pasti MinMin langsung tak dengar itu, tetiba bunyi jeritan entah dari mana mengegarkan kawasan taman.

Sampai ada beberapa pasangan yang terjatuh dari pokok. Mmmm.

Dahi Min Young berkerut seribu. Well, bunyi jeritan itu bukannya kenikmatan or something tapi pekikan meminta tolong.

Si gadis pasti ada yang tak kena. Dia kena siasat.

------------------------

Jeritan itu berterusan, Min Young mengikut punca bunyi itu sehingga ke lorong gelap yang dekat dengan taman. Kawasan lorong diterangi oleh sekaki lampu jalan.

Si gadis memasuki lorong tersebut dengan langkah yang perlahan sebaik dia nampak seorang gadis yang meronta-ronta dari pegangan sang lelaki.

Tiba-tiba saja tengkuk Min Young dilingkari lengan kuat seorang lelaki yang entah dari datangnya. Wajahnya ditekup dengan satu sapu tangan yang mengkhayalkan.

Nasib Min Young mendengar kata-kata Namjoon untuk sentiasa memakai mask. Oleh itu, sempat si gadis menahan nafasnya dari menghidu bau tersebut.

Min Young tahu kalau dia pengsan, habislah dia.

Kaki Min Young dijengketkan sedikit agar dia berjaya mencapai tahap ketinggian sang lelaki.

Min Young menghayungkan sikunya dengan kuat pada kepala sang lelaki. Langsung Min Young bertindak mencengkam erat belakang leher sang lelaki.

Sebelah kakinya ditongkat pada belakang tubuh lelaki yang sudah terterap. Tangan mencengkam belakang leher agar pemangsa tak mampu bergerak.

Malangnya, lelaki itu mempunyai kudrat yang kuat, langsung sang pemangsa berdiri semula. Min Young mengambil beberapa langkah ke belakang.

"HEY! WHAT THE HECK ARE YOU DOING! FUCKER!" Jeritan lelaki yang memegang si gadis kecil yang dari tadi asyik meronta-ronta.

"Ouh, dua syaitan rupanya......." Degus hati si Min Young.

"Wait....." Sempat lelaki itu memandang perut Min Young yang buncit sedikit. Satu sengihan terbit diwajah pemangsa itu. "Let me see........." Nampaknya dua lawan satu? Min Young tersentap.

Gadis yang tadinya menjadi mangsa dua lelaki ini sudah meninggalkan Min Young sendirian.

"Cibai betul lah........."

-------------
BAHAHAHAH SORRY PANJANG!

WELL KALAU GUE RAJIN..

AKU PUBLISH ONE MORE CHAPTER

BAHAHAHAHA

STAY TUNED!🐨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top