Chapter 39
So I cross my heart and I hope to die
That I'll only stay with you one more night
And I know I said it a million times
But I'll only stay with you one more night
Yeah baby give me one more night
--------------------------
Bah apa yang Namjoon pernah kata padanya yang dia akan sibuk dengan schedule.
Min Young dapat rasakan dirinya bagai terabai sedikit.Tiada lagi rakan peneman gaduhnya.
Kalau dibawa keluar mengambil angin, itu pun macam dia tidak wujud saja.Namjoon sibuk dengan buku nota dan earpodnya. Namjoon seakan-akan bodyguardnya saja.
Min Young amat kecewa akan kelakuan sang suami, maklumlah selama ini sang jejaka tak pernah lepas pandang langsung akannya.
Sekarang? Namjoon amat sibuk. Min Young terasa bagaikan kosong sahaja. Lebih parah, dia kini mempunyai 'alahan' yang menginginkan sang suami berdekatan dengannya.
Oleh itu, Min Young cuba memenuhi kekosongannya dengan bau-bau harum bilik sang suami. Iya, dia terpaksa memecah masuk bilik suaminya tapi tak salah kan?
Berbaring di katil sang suami bukannya asing lagi baginya, itu bagaikan rutin hariannya. Sudahlah Min Young menceroboh sarang sang suami, dia juga menyelongkar pakaian milik Namjoon.
Setiap hari dia akan tukar selimut milik Namjoon dengan yang dia curi supaya dia tidak kehabisan stok bauan sang suaminya.
Min Young memang sedang angau teruk terhadap Namjoon tapi si suami langsung tak sedar. Apa yang Namjoon sedar hanyalah si gadis sudah kurang bercakap.
Namjoon ada menyoalkan akan kesihatannya tapi apa yang dia jawab hanyalah 'kata-kata lagaknya'.
Walaupun Min Young sedang mengalami dilema, dia taknak Namjoon tahu. Nanti habis dia dipermainkan sang jejaka.
Seronok Min Young melihat dirinya di dalam pakaian sang suami. Tubuhnya dengan Namjoon dua kali ganda beza saiznya. Tersenyum sorang-sorang dia memandang dirinya di cermin.
Terasa seperti sang suaminya berada disisi.
Dan studio kecil yang ada di dalam bilik Namjoon. Itu adalah tempat kegemaran Min Young sekarang ini kerana scent suaminya 'kuat' disitu. Apa yang dia nampak di dalam bilik itu, fan letters....
Namjoon jenisnya suka simpan kenangan ke? Pelbagai bahasa ada tapi Min Young malas nak sakitkan hatinya dengan membaca surat-surat itu.
Dia rasa seperti terancam bila bacanya. Min Young taknak klasifikasikan itu sebagai 'cemburu'. Dia menganggap itu hanyalah sebagai persaingannya. Itu sahaja.
Matanya terpaku pada satu alat muzik yang berada di dalam bilik itu. Perlahan langkahnya mendekati.
"Wahhh, lamanya aku tak sentuh piano!" Upright piano dihadapannya disentuh setiap kekuncinya. Lama sungguh si gadis meninggalkan bunyi-bunyi merdu piano.
Jarinya sudah kaku. Dia tak mampu untuk bermain lagi piano dan tiada sebab dia mahu main semula akan piano itu.
-------------------
Pintu utama apartment dibuka menandakan Namjoon sudah pulang. Min Young yang berpura-pura menonton televisyen hanya menjeling sekilas.
Dia mengharapkan sang suami menyapanya tapi tidak. Namjoon terus naik ke biliknya.
Min Young amat terkilan. Hatinya remuk tapi dia taknak menjadi perigi cari timba. Dengan itu, dia terpaksa akur akan pendiriannya.
Min Young juga tidak mampu menyalahkan si suami, Namjoon sudah berkorban waktunya selama ini pada dirinya.
Kini adalah masa si Namjoon untuk peminatnya. Namjoon sudah berlaku adil pada kedua-dua belah pihak.
Bunyinya bagai Min Young hidup bermadu saja. Well, itu adalah life seorang isteri idol.
Perutnya diusap. "MinMin, mama takleh nak penuhi kamu punya kehendak.... Mamat tu busy." Nadanya lemah. Dia amat penat. Min Young mahu merehatkan tubuhnya.
MinMin dengar akan keluhan ibunya. Dia perlu bantu ibunya and si kecil itu tahu bagaimana....
----------------
"Nampaknya loop song sudah ada...." Namjoon mengangguk, dia hanya mendengar kata-kata hyungnya dari skrin laptopnya.
"Kan! Lepas ni try demo pulak!" Hoseok bersorak riang. Di malam hari Namjoon berfacetime dengan dua hyungnya demi menyiapkan sedikit sebanyak main songs untuk album seterusnya.
"Anyway, macam mana dengan Min Young?" Hoseok menyoal. Namjoon terdiam seketika.
"Siapa?" Kening Yoongi terjongket sedikit. "Bini kau lah ngok! Haisshh, kalau lah penyepak boleh diposkan, dah lama aku send kat kau!" Haissh, Yoongi.
Namjoon baru teringat akan isterinya. Aduhh. "Takpe Yoongi! Esok kau send kat dia! Yah! Kau lupa dia ke apa??!!" Hoseok pula menyoal. "Aduhhh, aku tak lupa! Just, tak ingat!"
"BABI! SAMALAH TU!!!!!" Yoongi sudah mengamuk. Ada ke orang boleh lupa bini sendiri. Akibat busy Namjoon langsung lupa nak tegur si gadis.
Dan kelakuan Min Young bukannya macam dulu, kalau dulu ada saja isu yang si gadis nak gaduhkan tapi sekarang, Min Young lebih berdiam diri.
Namjoon turut rasakan yang Min Young ada masalah tapi dia mahu si gadis yang bercerita padanya, dia tidak mahu memaksa si gadis untuk berkongsi akan masalahnya.
Jika si gadis taknak bercerita, so dia hormati keputusan Min Young untuk tidak memberitahunya.
Namjoon memang risau akan si gadis tapi Min Young kata padanya yang dia baik-baik saja. Oleh itu, dia percaya saja kata-kata Min Young.
Si gadis kenal dirinya sendiri lebih dari Namjoon. Siapa Namjoon untuk mempertikaikan apa yang Min Young katakan?
Headphone miliknya ditanggalkan. Perasaan pelik menguasai mindanya.
"Kenapa tv tak berbunyi??" Jam dilaptopnya dipandang. Baru pukul 9 p.m. selalunya waktu sebegini berdentum televisyen dipasang.
"Hyung! Joon pergi dulu!" Skrin laptop ditutup. Namjoon terus melangkah keluar dari biliknya, iya televisyen ditingkat bawah langsung tak terpasang. Ada sesuatu yang tak kena.
Namjoon mencapai tombol pintu bilik isterinya, perlahan-lahan dia membuka. Keadaan bilik sudahpun malap.
Dia mendekati si isteri dikatil, Min Young sudahpun berbungkus dengan selimut. Sang jejaka terkedu seketika. "Ni bukan aku punya blanket ke??" Namjoon langsung teringat kembali selimutnya yang hilang.
Segaja Namjoon mencuit-cuit pipi isterinya. "Eh, apahal panas semacam ni??" Termoreseptor di jarinya menghantar implus ke otaknya.
"Min Young demam??!" Dahi si gadis pantas disentuh.
Panasnya boleh dibuat rebus telur lah. Lampu yang malap terus dinaikkan ke terang. Wajah Min Young merah menyala.
Nampaknya, Min Young demam panas. Pipi si gadis ditampar perlahan, namanya asyik diulang-ulang kali dipanggil agar bangun dari tidurnya.
Bahaya kalau dia pengsan pula, dah lah si gadis bergulung dalam selimut tebal.
Termometer digital dikeluarkan dari mulut si gadis. Bacaan yang tertulis amat merisaukan Namjoon. "45 °C... " Memang jauh sekali suhunya dari suhu normal tubuh.
Namjoon panik seketika. Apa yang dia nak buat??!! Sejenak dia mula bertenang, dia memikirkan cara untuk menyejukkan tubuh si gadis.
"Ok, ok, basahkan kain!!" Katanya lalu turun mengambil sedikit ais dan air lalu memasukkan ke dalam bekas.
Kain tuala dibasahkan.
Namjoon panjat ke atas katil. Tubuh si gadis perlu dibasahkan...........
Sang lelaki baru sedar, bermaksud? Dia kena tanggalkan baju isterinya....eh?
Wajah Namjoon bertukar menjadi merah yang amat. Dia panik semula.
"Haisshh...." Namjoon terperuk dipenjuru bilik. Despresstion dibuatnya.
Bukan apa, dia takut kalau Min Young sedar time dia tengah stripkan si gadis.
Well, tubuh wanita bukan asing lagi buat Namjoon. Sejak gred 2 di sekolah dia dah tengok nude. Apa yang dia kesah?
Tapi sekarang ini dia berdepan dengan si minah gangster..... Karang tak pasal-pasal matanya pulak yang lebam.
"Haish! Sudah! Dia isteri kau!" Satu sengihan wujud diwajah. "Anggap ini bonus..." Kuat sungguh hasutan makhluk di telinga kirinya.
----------------------
"36 °C" Bacaan termometer sudah berubah. Ada ciri seorang doktor disitu. Cooling gel patch dilekatkan di dahi si gadis.
Baju si gadis turut ditukar dengan baju yang lebih loose atau bagi Namjoon, sexy! exposed! KEBOOM! HAHAHA.
Nampaknya, tugas Namjoon sebagai doktor sudah selesai. Berjam-jam dia lap tubuh isterinya demi menurunkan suhu badan Min Young. Min Young jenisnya macam tidur mati.
Blanket miliknya yang tertiba wujud di bilik si gadis terus diambil. "Macam mana lah kau boleh sampai sini??" Namjoon bermonolog dengan blanketnya. Baru Namjoon nak melangkah keluar, si gadis tiba-tiba berkata....
"Jooon~~" Namjoon menoleh. Isterinya memanggil namanya. Langkahnya kembali pada katil. "Apasal pulak ni??" Namjoon menyoal dirinya. Tangan si gadis ralit mengapai-gapai udara. Mimpi buruk eh?
"Aku nak..............." Namjoon mendengar dengan teliti. "Kau......." Ayat si gadis ditaksifkan seketika oleh sang suami.
"Kau nak aku??" Namjoon memandang sekeliling. Otaknya mula untuk berjalan demi menyelesaikan teka-teki si gadis.
Semua peristiwa pelik dan kelakuan pelik Min Young, Namjoon mengimbas setiap satu.
"Bilik aku selalu kena ceroboh... Min Young asyik paksa aku makan makanan dia... Blanket aku ada dengan dia??" Namjoon memandang semula Min Young yang tak habis-habis mengapai-gapai udara.
"Tak!!................. jangan...." Si gadis bercakap dalam tidurnya lagi. Namjoon memasang telinga untuk mendengar rintihan si isteri yang samar-samar. Dia fokus mendengar.
"Abaikkan................... aku" Ayat dihabiskan. Namjoon dengar dengan jelas segala pengakuan si isteri. Sempat satu tawa tercipta. Namjoon sudah tahu akan masalah si isteri.
Min Young mahukan perhatiannya. "Jahatnya anak papa eh?" Jelas Namjoon sebelum dia baring secara mengiring berhadapan si gadis, lengannya erat memeluk tubuh yang sedang menggigau itu.
Serta-merta Min Young berhenti dari aktiviti mengengam udaranya tapi mulutnya masih terkumat-kamit berkata.
"Jo...oon...... Jangannn....." Esakkan si gadis membuatkan Namjoon lebih menarik tubuh Min Young dekat padanya. Baju yang Namjoon kenakan, digengam lembut oleh Min Young.
Namjoon hanya membiarkan perbuatan Min Young berterusan, rambut si gadis diusap lembut agar gigaunya surut. "......pergi.." Mengada sungguh 'alahan' Min Young.
Belakang Min Young ditepuk perlahan. Nampaknya, Namjoon kena mendodoi si gadis. Teruk sungguh gigaunya.
Wajah Min Young yang tadi berpeluh-peluh dek kerana mimpinya sendiri kian hilang. Dia sudah terlepas dari mimpi buruknya. "Joo...nn..." Belakang Min Young digosok lembut.
"Yep sayang?"
Sahut Namjoon sebelum dia turut lena bersama si isteri
----------------
Maaf....
Aku janji nk kasi double chapter
But..... Bukak google nampak ni terus BOOM MOOD AKU HAHAHHA😂
Weiiii aku sampai sekarang takleh main!!!!😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top