Chapter 37
"I love being crazy and silly with you"
Ouh bias and bias wrecker.. too cute ╥﹏╥
----------------
Selesai sahaja aktivitinya bersama bandmatesnya, Namjoon terus singgah ke New York Public Library.
"what can I help you, young man?" Namjoon menghadiahkan satu senyuman kearah wanita tua yang berada dikaunter.
"Mmm, I am looking for a book about mental health. Where can I get it?" Librarian wanita itu langsung memandang skrin komputernya.
Satu kertas kecil dicetak keluar lalu librarian tersebut menghulurkan kepada sang jejaka.
"Thanks.." Ucap Namjoon lalu mencari rak buku tersebut berdasarkan kertas yang diberi.
Kaki sang jejaka memanjat tangga, dia mengambil beberapa lagi langkah untuk tiba ke rak yang dituju.
"Alright..." Dia sudah sampai ke rak yang dimahukan, kertas kecil itu disimpan ke dalam poketnya. Mask dimuka diturunkan, rimas katakan.
Beberapa buah buku dibelek-belek seketika. Rambang mata Namjoon melihat semua buku yang berjaya menarik perhatiannya.
" Anorexia nervosa, Atelophobia, mmmmm..." Content buku disebut perlahan. Rupanya macam-macam jenis penyakit mental ini.
Namjoon segera menyelak muka surat yang dicari. Alexithymia.
Kakinya perlahan-lahan bergerak ke tempat duduk, matanya tidak lekang dari maklumat dibuku.
Dia perlu tahu akan ciri penyakit si gadis hadapi sebelum mula untuk mengubah si gadis.
Namjoon langsung takde minat untuk memgembirakan sedikit pun Min Young tapi apa yang dimahukan adalah mengubati si gadis.
Kini itu adalah hasratnya, apa guna jika Min Young gembira tapi tak terbebas dari penyakit yang mampu membawa pemikirannya ke suicide??!
"Cuba untuk membiarkan penghidap bercerita akan masalahnya......" Namjoon mengeluh kecil.
Soalannya bagaimana? Min Young langsung tak mempercayai akannya apatah lagi dia mahu berkongsi masalahnya.
"PTSD....." Buku itu ditutup. Namjoon muasabah akan dirinya.
"Apa agaknya trauma Min Young...." Sendirian dia berfikir. Jari-jemari perlahan mengetuk meja mengikut irama. Dia kena mengorek rahsia past life si gadis.
Phone miliknya dikeluarkan, discroll contact di dalam phone. Nama yang dicari ditekan ikon calling.
"Jackson, mm kau ada data past life Min Young??" Katanya sebaik sahaja panggilannya dijawab.
---------------------
Mata Namjoon tak lepas dari memandang skrin phone, agaknya dirinya sudah gila membaca mesej dari Abangtan bila mereka dapat tahu akan jantina si MinMin.
Memandai je bandmatesnya pergi membeli hadiah baby. Namjoon pun tak buat apa-apa preparation.
Tiba sahaja dipintu apartmentnya. Pintu ditolak perlahan usai sahaja number pin apartment dimasukkan.
Namjoon nyaris mati terkejut sebaik membuka pintu. Nasib kakinya tak memdarat atas bininya yang terbaring di lantai mozek.
"WOOI! KAU APAHAL NI??!!" Buang tabiat ke si gadis ini atau nak rasa jadi pengalas kaki?
Mata si gadis masih tertutup manakala kedua belah telapak tangan diletakkan dibawah dada. Ala-ala mayat. "Kau diam, aku tengah panas ni..." Si gadis membuka mulut.
Sekilas Namjoon memandang sekeliling. "Aik? Sejuk je aku rasa...." Suhu ruang apartment sejuk sahaja, aircond elok-elok saja. Apa yang panas?
" Dah bangun!!" Tangan si gadis ditarik.
Min Young berbaring di depan pintu macam orang memuja roh je rupanya. Malam buta macam ni, si gadis buat pasal.
"Haiishh! Kacau lah kau ni!!!??" Min Young sudah berdiri tegak. Kepala si gadis diluku sekali. "ADOII! SAKIT LAH!!!!" Namjoon hanya memandang dengan wajah no feeling
"Ini akibat buang tabiat tadi! Bayangkan kalau aku terpijak kau tadi!??"
Min Young menahan marahnya. "Haissh! Lain kali mata tu tengok kaki! Bukannya pandang phone je!!!!" Namjoon pula yang dipersalahkan.
"Phone aku tak salah, ok!!!??" Mmmm, sang jejaka mahu melawan.
"Eh,eh! Kau tu! Cuba bayangkan kalau jalan-jalan tetiba jatuh dalam pembentung??! HA! Sebulan aku tak jumpa kau sebab hanyut dalam tu..." Amboii....
Namjoon tak nak melawan. Tahu sahaja Min Young nak menang. Nak buat macam mana dia bukannya ter'kahwin' dengan soft lady sebaliknya dia dah tersangkut dengan minah ais.
"Kau lapar?" Si suami menyoal. Laju kepala Min Young mengangguk. Tahu sahaja si suami akan mood laparnya yang sentiasa on tapi malas nak masak.
------------------
Si gadis memerhatikan hidangan yang dibeli. Chicken grill blackpaper with coleslaw. Min Young terliur melihat hidangan yang betul-betul dihadapannya tapi dia tak mampu untuk makan.
Anak matanya beralih kepada sang suami. Memang takpayah sembanglah, Namjoon sudah berdating dulu dengan hidangan itu.
Kesian Min Young ditinggalkan. Entah mengapa dia lebih tertarik dengan hidangan milik Namjoon walhal sama saja.
Untuk seketika Namjoon mengubah pandangannya kearah Min Young yang berada dihadapannya. Tak lekang mata melihat dirinya makan. "Kau apahal tak makan??" Namjoon menyoal.
"Tak sedap!" What? Namjoon merasakan hidangan yang dibeli sedap saja.
"Kau makan pun belum dah cakap tak sedap..." Bidas si Namjoon. Makanan di dalam pinggan langsung tak terusik. "Okay aku rasa..." Si gadis akur.
Tapi Namjoon kehilangan kata-kata sebaik saja gadis itu memakan daging ayam grill itu.
"APAHAL KAU AMBIK AKU PUNYA!!??" Daging ayam yang berada di dalam pinggan Namjoon yang Min Young radakkan....
Puas sungguh si gadis makan tanpa menghiraukan Namjoon. Min Young dengan selamba mengambil sesudu besar coleslaw dari pinggan sang suami.
Namjoon hanya terdiam bercampur geram tapi dia biarkan kerana Min Young kelihatan enjoy sekali makan. Comot sana sini.
Namjoon mencapai air kosong miliknya, tak sampai satu teguk pun dia minum, airnya turut dirampas. Hampir tersedak dibuatnya.
"KAU NI APASAL!!!??" Min Young meneguk air kosong itu sehingga habis lalu dihentakkan gelas itu ke meja makan.
"Ok betul cakap kau! Sedap gila weii!!! Terbaikk.." Satu thumb up dibuat oleh Min Young. " Bye aku nak tidur...." Laju kaki si gadis meninggalkan sang suami berseorangan serta tersentap disitu.
"Tak guna betul minah senget ni...." Namjoon mengeluh.
------------------
Kecil langkahnya ke pintu bilik, Namjoon menjeling sekilas pintu bilik si isteri yang duduk bertentangan dengannya.
Kedengaran bunyi lagu tema The Amazing World of Gumball dari bilik si gadis, nampaknya dia sedang layan kartun.
Maklumlah setiap bilik disediakan televisyen sendiri.
Namjoon dah menyewa apartment baru di New York memandangkan dia tidak perlu risau lagi tentang rahsia diantara bandmatesnya.
Tak sangka diaorang dalang perkahwinan tak diingatinya.
"Kata nak tidur... Hanat betul." Sempat juga Namjoon mencarut disitu sebelum memegang tombol pintu biliknya.
Dia memulas tombol pintu biliknya. Baru sekali dipulas, tombol pintu sudah meninggalkan permukaan pintu. Tombol itu tertanggal dari tempatnya.
Namjoon terdiam seketika melihat tombol pintu ditangannya. "Haiishhh!" Sadis akan sang jejaka.
Nasibnya amat baik kerana adanya Alexa, dapat dia buka pintu biliknya. Kalau tak sofa lah dia mendiam sehingga tukang baiki tiba.
Langkah je masuk ke dalam bilik, Namjoon terasa seram sejuk semacam. "Eh jap..... Macam ada yang tak kena." Kata sang lelaki. Matanya memandang bilik pakaiannya, saliva ditelan. Macam ada sesuatu yang masuk ke dalam biliknya.
Otaknya terbayangkan satu spekelusi, sasaeng....
Dengan kadar yang pantas, Namjoon menerjah almarinya. Suis lampu dihidupkan lalu matanya melilau sekeliling. "Tak boleh jadi ni..." Operasi mengeledah almari dijalankan di malam buta. Good.
Mujur Namjoon sedar akan kebodohannya itu, takkanlah sasaeng yang masuk. Singa betina bunting menjaga rumah, siapa yang berani masuk? Namjoon sendiri pun fikir dua tiga kali sebelum masuk dalam apartmentnya.
"Perasaan aku je kot....." Katanya tapi hatinya memang merasakan ada sesuatu yang tak kena. Segala kebimbangannya diletakkan sejauhnya mahu, lantaklah sasaeng ke, spy ke atau hantu yang akan skodeng dia malam ni janji dia boleh rehat.
Depan matanya adalah mandi dan tidur. Itu sahaja!
Siapa nak jual gambar mandinya, jual lah! Dia dah tak kisah! Dia penat!
Namjoon pandang dirinya dicermin bilik mandinya, butang bajunya perlahan-lahan dibuka. Tiba-tiba perasaan seram sejuknya kembali, bulu romanya tegak yang amat. Terus terhenti perbuatannya tadi.
"Errhhhh.... Takpelah aku mandi dengan baju sekali." Endingnya, Namjoon mandi dengan baju dan seluar sekali. Bagus otaknya berfungsi.....
Katanya boleh basuh baju jugak.
--------------------
Lega hatinya bila dia berjaya menukar baju basahnya ke pijama BT21 nya, tapi itu pun jenuh Namjoon pakai dalam keadaan berkemban.
Haisshh, takut tetiba hantu terjelma sewaktu dia mandi punya pasal. Kalau berkemban boleh lah dia gagahkan diri lari keluar dari bilik atau pengsan disitu. Tengoklah mana yang dia pilih.
Usai rambutnya dikeringkan, tubuhnya langsung tumbang ke atas tilam empuknya. Happy sungguh dirinya dapat bertemu dengan bantal dan plushienya.
Well, takde lah dia takut nak tidur malam ni. Mata sudah ditutup, tangan terkial-kial mencari penebat dinginnya. P.s blanket.
Beberapa saat selepas itu, dia perasan yang blanketnya tiada dikatil. Terbengkalai mood tidurnya. "Mana lah pulak kau nak menghilang, selimut!!!" Bengang dibuatnya. Misi pencarian selimut dijalankan sebelum Namjoon terdengar satu tawa yang membuatkan dia terdiam.
"A-A-Apa benda tu.... A-a-pa yang mengilai tadi??" Mindanya sudah membayang seribu satu muka hantu yang pernah dia nampak di internet. Teddy bear ditangan dipeluk erat....
Gelak-tawa itu berpanjangan. Dan Namjoon sudah tahu hantu apa yang sedang mencabul akan mood tidurnya.
"Minah senget ni kan!!!" Teddy bear miliknya dicampak ke katil semula, kakinya laju menuju ke bilik si gadis. Bawak-bawaklah tidur wahai mak buyong oiii!!
"CUKUP!!!" Masuk saja bilik si gadis, plag televisyen terus dicabut. Min Young terkedu. "Kau dah kenapa?? Aku tengah syok tengok Darwin tu!" Rasa macam nak cekik sampai mati saja gadis yang sedang terbaring di katil dengan popcorn disisi.
"Tidur! Dah lewat ni!" Min Young memandang jam di dinding. Dahinya dikerutkan tanda tak puas hati.
"Heh elehh!! Baru pukul 3 pagi! Malam masih muda yo! Dah pasang balik plag tu!" Adakah gadis ini tahu tengok sistem jam? 3 pagi? Mmmmmmm.
Sang jejaka menarik drawer berdekatan. Gunting dikeluarkan lalu tamatlah riwayat akan wayar plag itu. Min Young tercengang. "WOIII SIAL! APA YANG KAU BUAT NI HAH!!"
UISSHHHHH~~~~
Libasan wayar yang dipotong tadi selamat tiba di muka si gadis. "Tidur sekarang! Sebelum bestfriend kau ni, aku guna jerut leher kau!" Kim Namjoon sudah meletus sihhh..
"TAK GUNA PUNYA JANTAN!!!" Si gadis terus membalut tubuhnya dengan blanket purplenya.
Correction, tak guna punya suami...
Namjoon punya stress sebab hilang selimut sampai habis berbekas selibas dipipi Min Young dibuatnya. Sang suami memalapkan lampu bilik si gadis sebelum keluar dari biliknya.
Dengar saja, pintu biliknya ditutup. Serta-merta Min Young keluar dari balutannya. "Nasib sempat..." Kata si gadis.
Bingkas Min Young bangun dari tilamnya dan berjalan menuju ke arah almarinya. Dipandang cermin meja soleknya sekilas, iya sebaris libasan jelas kelihatan dipipi putihnya.
"Siap kau aku kerjakan lepas ini..." Si gadis berdegus.
Almarinya dibuka lalu dia tersenyum kecil. Satu kain tebal berwarna putih dikeluarkan dari almarinya lalu dipeluk erat. Dihidu berkali-kali kain itu sehingga si gadis terasa seperti dia sudah angau diakibatkan bau wangian blueberry di kain itu.
Kakinya langsung kembali ke katil. Blanket purplenya dibuang jauh, kini kain tebal putih itu pula yang digunakan untuk menebat angin dingin dari terkena tubuhnya.
Perutnya diusap lembut. "MinMin. Kenapa buat mama macam ni.."
Sayu nada Min Young. "Kenapa MinMin saja nak kasi mama 'alahan' pelik macam ni... Tolonglah MinMin.." Min Young merayu pada anaknya.
"Tahu tak betapa malunya mama nak ceroboh bilik mamat tu semata-mata nak ambik selimut dia ni??!" Nampaknya, sesi luahan perasaan sedang dijalankan.
"Sampai tertanggal tombol pintu mamat tu, mama kerjakan."
"Tolong MinMin hentikan 'alahan' Kim Namjoon ni...."
Min Young sekarang di dalam satu dilema. Dirinya sedang menghidap satu 'alahan' yang luarbiasa serta mengada.
Min Young tidak mampu makan atau tidur tanpa sebarang bau atau rasa sang suaminya.
Jika Min Young makan atau minum, makanan yang tidak disentuh akan sang suaminya, dia akan mula memuntahkan kembali makanan itu.
Senang kata, dia kena makan atau minum makanan yang dikatakan 'sisa sang suami'.
Kalau tidur, Kini dia perlu bau sang suami kalau tak mimpi buruk akan menganggu tidurnya.
'Alahan' pelik ini Min Young sedar selepas dua minggu check up kelima si MinMin.
Didepan Namjoon dia hanya berpura-pura tough yang dia langsung tidak muntah tapi dibelakang lelaki itu, segalanya keluar dari perut sang gadis kecil ini.
Nampaknya, MinMin nak mengajar akan mamanya erti 'jangan berlagak!'
Bagus punya anak, belum keluar dari perut dah mendajal ibu sendiri...
---------------------------------
panjang gila chapter ni 😂 😂
Tapi korang suka ehhhh!!? 😝
HAHAHA AMACAM ALAHAN MIN YOUNG??!!! 😝
HABISLAH STATUS EXPENSIVE GURL DIA HAHAHA
uwu kejamnya author 😂 😜
------------------
"Ceh! Kalau aku ada pun, tak hamak aku nak mintak tolong kau! Kalau nak merasa 'bluwwekk' tu atas muka kau, meh le!" Kasar sungguh ayat si isteri.
"Ehek! Yelah~~ Aku pun takde masa nak tolong ceh!"
----------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top