Chapter 29
He's on that 4 am, he not looking for sleep
I'll meet you anywhere that you need me to be
He got that oh my god...
I know just what he's trying to do to me
(What's that?)
ʙᴏᴏᴛʏ ᴄᴀʟʟ - ᴛɪᴍᴇꜰʟɪᴇꜱ
--------
🌞
"WOI!WOI! SABAR YOONGI!! DIA TU LEADER KITA! TAKDE DIA, MAMPUS AKU NAK SEMBANG DENGAN JOHN CENA!" Hoseok pantas menghentikan Yoongi dari terus melunyaikan si Namjoon dengan kaki. Kasihan akan Namjoon:')
Min Young memerhati. "OI! YANG PATUT 'DIKAKIKAN' BUKANNYA DIA. PATUTNYA KORANG SEMUA NI!" Min Young mem'back' up akan husbandnya.
Memang itu salah Namjoon jugak tapi kalau diaorang berdua tidak dikurung oleh 6 manusia ini, pastinya Min Young masih seorang anak dara.
"Korang semua ni, yang nak salahkan dia 'terjah' aku apasal? Dia mabuk masa tu!! Korang tu, waras tapi buat-buat otak letak kat jamban??! Buat rancangan bodoh macam ni?? Sekarang nak serang dia!??!!" Kelancangan mulut si gadis berjaya membuatkan mereka semua terdiam.
Min Young berpeluk tubuh, sekilas dia perhatikan suaminya yang bermain-main akan jarinya sendirian.
"Korang semua dah salah faham, aku memang nak tulis lirik cinta tapi bukannya macam ni...." Sayu sahaja nada si leader. Bandmatesnya hanya terdiam.
Adakah mereka dah buat silap? Tapi selalunya orang yang mabuk adalah manusia yang paling honest. Segala rahsia dia akan buka. Itulah apa yang Dionysus sudah lakukan ke atas sang leader.
Satu keluhan kedengaran. "Aku akan rahsiakan semua ni dari media. Taknak sebab aku, hancur reputasi kita..." Jelas nada serba salah si Namjoon. Bandmatesnya hanya memerhati, mereka turut berasa perasaan yang sama. "Joon, janganlah cakap macam tu." Hoseok sudah melutut pada kaki si Namjoon.
"Hyung! Aku jamin takde apa yang akan jadi! Kalau ada pun, kitaorang takkan salahkan sesiapa!" Jimin pula mencelah. Tubuh Namjoon lantas mereka berenam peluk.
"Sorry, aku pijak kau kuat sangat.." Yoongi yang tadinya baran nak mampus terus lembut hati.
"Dah lah ye, kitaorang tolong kau rahsia ni dari media juga."
"Jangan risau hyung! Kitaorang sentiasa ada nak back up hyung!"
"Ye! Kau ada kitaorang!"
Min Young cuma melihat keakraban 7 orang insan ini. Saling ada untuk satu sama lain. Jelas cemburu akan Min Young.
Dia tidak punyai sesiapa untuk bersamanya semasa susah. Tidak mempunyai sesiapa untuk menenangkan dirinya dengan kata-kata manis. Tiada. Terguris akan hatinya, dimana dia mampu dapatkan talian persahabatan seperti mereka?
-------------
"Weii! Kitaorang pergi dulu!" Seokjin berkata pada si leader sambil membetulkan kasutnya. Tersenyum manis si Namjoon sambil menghantar rakan-rakannya ke pintu keluar apartmentnya.
Mata milik Jungkook kaku melihat Min Young yang duduk berseorangan di sofa. Min Young langsung tak kisah akan mereka.
"Hyung! Cakap sorry kat Min Young ye!" Namjoon menoleh untuk melihat sekilas akan Min Young lalu mengangguk. "Ha, nanti hyung cakap.."
Min Young berdegus kasar. Aje lama diaorang sembang kat pintu. Mata milik si gadis kembali kepada skrin televisyen sebaik sahaja terdengar pintu sudah ditutup.
Berat sungguh Namjoon mengeluh. Min Young berpura-pura tidak dengar, patutkah katakan yang Min Young sedang merajuk? Mogok perasaan?
"M-M-Min Young..." Si gadis melirik matanya kearah empuknya suara. Iya, Namjoon sudah berada disebelahnya.
"Apa?" Dingin sungguh nada si isteri. Mata sang gadis kembali pada skrin tv. Malas mahu melayan kerenah Namjoon, dia sedang sakit hati.
"I'm sorry..." Min Young kebingungan, dia tak faham.
"Apa benda tu?" Riak wajah sang suami serta-merta berubah. Menyampah jadinya. Aje lembap si Min Young ni. Kata otak orang kat jamban, otak dia kat mana? Ngok semacam.
"Aku mintak maaf!" Hilang rasa nak bernada lembut dengan si gadis. "Ouh, tahu pun mintak maaf..." Min Young berkata.
Namjoon mengulingkan bebola matanya. Angkuhnya si gadis. Terasa macam dia dah terkahwin dengan firaun pulak.
"Ha! Guling-gulingkan lah mata tu selalu, esok pagi tengok dah takde mata dah!" Mulut Min Young tak pernah kalau tak sakitkan hati si suami.
"Mulut kau, celaka sungguh." Namjoon berpeluk tubuh sambil fokus memandang televisyen yang asyik bertukar-tukar siarannya. "Kau tu pun, mulut longkang juga." Selamba badak si gadis berkata dengan wajah tiada emosi.
"Seumur aku hidup ni, mulut aku ni tak pernah kasar dengan mana-mana perempuan..." Min Young tersengih seraya memandang sang suami.
"Ouh, kenapa aku dapat layanan cam tu eh?" Si gadis menyoal.
"OuH! SeBaB KaU kAn IsTiMeWA~~" Seinci lagi wajah mereka mahu bertemu, bibir merah milik Min Young dijentik perlahan oleh sang suami.
Min Young terdiam. Kelibat Namjoon lesap entah kemana. Takde masa dia mahu 'sakitkan telinganya' dengan mulut si gadis yang langsung tak berinsuran.
Otak si gadis memproses seketika akan situasinya.
"ARRRHH!! MIN YOUNG!! KAU JANGAN 'LEMAH' DENGAN MAMAT TU!"Bisik hati sang gadis. Wajah sudah kehangatan dengan bahang malu, mata dominant si suami amat mengasyikkan.
Selama ini dia bukan takut akan cara Namjoon memandang, tapi dia takut yang dia akan tergoda.
------------
Amacam? Huhuhu
Miss expensive gurl on the doubt
well chapter seterusnya petang nanti😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top