Chapter 22

Silhouetted screams, screams
Hop on top of me, set you free
I just need to know
Could you be my,

Be my insomniac

ɪɴꜱᴏᴍɴɪᴀᴄ - ᴛɪᴍᴇꜰʟɪᴇꜱ

-------------

Min Young, gadis baru berusia 20 an, tersedar dari tidurnya dengan rambut ala-ala orang baru bangkit kubur. Indah rupawan sungguh wajahnya.

Lena amat dia tidur malam tadi, bangun macam takde apa-apa pun yang jadi padahal semalam hampir kena jual. Elok sungguh adab gadis ini, menguap tak tutup mulut. Nasib orangnya comel.

Ke kiri ke kanan matanya melilau."Eh.. S-s-semalam!!!??" Blanket ungu miliknya pantas ditarik. Jantungnya hampir sahaja gugur, dia baru ingat akan kejadian semalam.

Satu hembusan nafas dilepaskan, dia amat lega, tiada siapa yang menjelma diatas katil bersamanya.

Gaun merahnya juga masih lagi berada ditubuhnya. "Sayang still dalam perut mama ke?" Min Young menyoal perutnya sendiri sambil menepuk perlahan akan perut kempisnya.

"Ha? Apa? Sayang still ada kat situ? Baguslah, duduk dalam tu diam-diam tau." Min Young tersenyum seketika. Dia sembang macam perutnya boleh bercakap je. Ibu muda kan.

"Eh, apahal beg aku ada kat situ?" Kaku matanya melihat beg pakaiannya berada di dalam bilik yang dia pasti bukan miliknya.

"A-A-ATAUPUN AKU KENA BELI DENGAN SUGARDADDY???!! ARRHH!! TIDAK!!" Min Young meracau seorang diri. Minda gadis ini sungguh mengagumkan.

Jatuh maruahnya jika dia dibeli oleh sugardaddy. "Aku taknak dating mamat kerepot!! Arhh!!" Rambut beralunnya dikaut.

Jeritannya terhenti apabila terdengar bunyi pili air dibuka. Min Young membasahkan tekaknya. "Aku akan pastikan kau mati!!" Min Young pantas mencapai standing lamp yang berada disebalah katilnya.

Tangannya memulas tombol pintu biliknya. Langkahnya perlahan menuju ke bunyi punca air itu. Sebelah tangannya membuka pintu bilik yang berada bertentangan dengan biliknya.

Sekali lagi, dia meneguk salivanya, tiba masa dia mahu menjalankan projectnya. Dia menerejah masuk bilik itu, matanya tepat pada wajah terkejut si sugardaddy.

Correction, si suami.

"OI! KAU APAHAL??!" Amatlah terkejut si Namjoon, sampai sebelah matanya kesakitan akibat terjahan Min Young.

Tengah tenang-tenang dia pakai clear contact lens nya tiba-tiba bininya terjah dengan standing lamp ditangan, habis biji mata sendiri yang dicucuk.

Tenang hati Min young buat seketika, sangkakan dia dah tersangkut dating dengan golongan atuk-atuk tak ingat kubur. Nasib Namjoon rupanya. "Aiish..." Min Young mengeluh.

"Setanlah kau ni." Dipagi hari Namjoon sudah dapat label 'setan'. "Kau apahal? Bersyukur sikit kau bangun nampak muka aku." Katanya sambil cuba membuka mata yang kesakitan.

"Aku nak keluar..." Min young keluar dengan pantas. Beg bajunya dicapai. Dia mahu keluar.

"K-k-kau nak kemana?" Tangan milik Min Young direntap kuat. Mata mereka berdua bertembung.

"Oi!! Mata dah jadi lanun sebelah tu, bawak-bawak duduk diam sebelum buta aku kerjakan." Nak buat macam mana, tak sempat Namjoon mahu buka matanya, Min Young dah lari tarik beg.

"Kau nak kemana??" Soalannya diulang semula sebaik matanya sudah hilang pedih. "Keluar.." Bergegar dahi Min Young akibat jentikan kuat dari suaminya.

"Jangan merepek. Kau nak pergi mana? Kau ada tempat nak tinggal? Kau ada duit nak makan?" Bertubi-tubi soalan menerpa minda gadis muda ini.

Dia amat tidak suka akan tabiat si Namjoon yang risau tentang dirinya. Dalam kamus hidupnya, tiada langsung perkataan 'terhutang budi'. Dia takkan sama sekali benarkan lelaki ini mahu menangung hidupnya.

Sedangkan ada yang kahwin atas dasar suka sama suka pun bergaduh sehingga suami tendang isterinya, apatah lagi kes dia dengan Namjoon? Adakah Namjoon pun sebegitu? Mungkin dia mahu gugurkan anak ini?

Pelbagai konklusi yang dibuat oleh minda si Min Young. Tapi apa yang dia mahu, tolong jangan ambil anak ini darinya.

"HAISHH!! TAKPAYAH SIBUK TENTANG AKU!! KAU DENGAN AKU BUKAN SESIAPA!" Min Young menarik begnya lalu turun dari tangga menuju ke ruang tamu. Dia mahu keluar.

"MIN YOUNG! BAIK KAU BERHENTI!!"

Gadis muda itu langsung tidak peduli akan amaran suaminya.

Destinasinya adalah pintu keluar.

Dasar isteri tak dengar cakap.

"ALEXA! LOCK THE DOOR!!"Digital assistant voice yang telah dipasang pada apartment, serta-merta mengunci pintu utama. Kaki Namjoon pantas turun dari tangga.

Min Young perlu diajar. Isterinya perlu diberi sedikit 'teguran' yang mampu mengingatkan gadis itu tentang siapa yang berkuasa. Siapa yang dominant! Siapa yang alpha!

Jika soft side miliknya tak jalan maka Min Young bakal berhadapan rough side suaminya.

--------------

HA!I DON'T KNOW WHY TO SAY😂

Ma brain sudah penat dgn exam.. and ini jadinya😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top