Chapter 17

She wasn't looking for a knight

She was looking for a sword

--------

Lama jugak Min Young termenung melihat kesesakkan lalu lintas. Akhirnya tiba juga.

"Dah sampai.." Jelas sekali wajah terkejut milik Min Young sebaik sahaja memandang tempat dia bakal bekerja.

Kelab malam terbesar Los Angeles??!

Min Young bersama Vessa mengambil masa selama tiga jam untuk tiba ke LA.

Min Young terkedu..

Min Young melirik matanya ke arah Vessa. 'betul ke kat sini?' Soal minda Min Young.

"Jom. Kau dah habiskan coffee tu ke? Aku boleh buangkan cupnya.." Vessa bertanya. Min Young mengangguk lalu coffee cup itu diberikan kepada Vessa.

"Betul ke kau kerja sini? Apahal jauh sangat ko tinggal?" Min Young menyoal Vessa sambil masuk ke ruang kelab itu. California ke Los Angeles mengambil masa tiga jam setengah untuk tiba. Takkanlah gadis bertatu ini menghabiskan tujuh jam semata-mata pulang dan pergi ke tempat kerja?

Tak logik akal jika difikirkan...

Malangnya soalan Min Young diabaikkan. Mereka berdua menaiki lif ke tingkat 5 bangunan. Berjalan melepasi koridor mewah yang dipenuhi pintu bilik tidur. Min Young hanya kaku..

Vessa menarik tangannya masuk ke dalam sebuah bilik. Mereka berdua berhenti dihadapan seorang lelaki yang agak berusia tapi masih lagi laku.. Penuh gadis-gadis seksi mendamping jejaka itu.

Min Young menegup salivanya sebaik sahaja lelaki itu memandangnya seperti mahu memakannya. Min Young melangkah setapak ke belakang...

Dia mahu lari.

Naluri ragu-ragunya kembali semula.

Min Young sebenarnya tidak mahu mengikut Vessa sejak Vessa memberikan dia telefon bimbit bersama pakaian yang dia perlu pakai untuk 'interview'.

Tapi dia positifkan dirinya untuk mengikut kerana Vessa seorang wanita. Logik akal Min Young hanya berfikir:

'Takkanlah perempuan nak buat jahat kat kaum dia sendiri eh?'

Langkah Min Young terhenti sebaik sahaja tubuh seorang lelaki sasa memegang kedua-dua lengannya dari belakang. Tubuh Min Young terangkat akibat dia meronta-ronta mahu dilepaskan.

"LEPAS!!!" Mata Min Young kaku melihat Vessa tersenyum. Lelaki tua tersebut memberikan Vessa satu beg yang dipenuhi wang tunai.

"Take her to the VVIP room... Rip her dress too."

Membulat mata Min Young apabila lelaki sasa itu cuba mengoyakkan dressnya. Kini dia baru sedar siapa Vessa itu rupanya.

Vessa adalah ibu ayam.

Ganjarannya akan lebih bertambah jika dia 'menjual' gadis yang berdarah Asian. Terutama negara Jepun, Filipina, Thailand, Korea dan China. Patutlah Vessa fasir bertutur dalam pelbagai bahasa, rupanya dia cuba memerangkap gadis-gadis naif sepertinya.

Nampaknya anggapan Min Young salah. Lantaklah lelaki ke perempuan, jika mahukan kekayaan dengan jalan mudah, sanggup mengadai maruah orang lain.

Hati Min Young amat membara. Panas!!

Min Young mengengam tangannya menjadi buku lima lalu dengan segala kekuatan dia menghentak kemaluan lelaki sasa itu. Badan Min Young serta-merta dilepaskan. Jeritan jelas kedengaran. Betapa senaknya.

Sebagai gadis perlu tahu, walaupun kental bagaimana sekalipun lelaki itu, bahagian pinggang sehingga kaki dan bahagian kepala merupakan tempat paling mereka lemah.

Bukannya memukul lelaki pada abdomen... Semua itu hanya menghabiskan kesemua tenaga sahaja.

Dengan pantas Min Young meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang kepala lelaki yang tengah senak itu lalu Min Young menggunakan kepala lututnya yang keras itu untuk menghentak muka lelaki itu.

Lelaki itu jatuh dan berkemungkinan mati kerana hidung milik lelaki itu patah teruk. Dia sedia untuk melawan manusia yang lain..

Tapi tubuhnya tidak membenarkannya.

Badan Min Young menggigil...

Bukan kerana angin malam...

Dia tiada pilihan...

Dia berlari meninggalkan tempat itu. Kedengaran jeritan untuk
mengejarnya. Min Young terpaksa larikan dirinya. Bukan sebab dia tak mampu melawan, ini kerana dia berasa pening yang amat.

Rasa macam nak pengsan. Dia tidak tahu mengapa dirinya menjadi amat lemah.

Tapi dia masih kuatkan lariannya. Min Young tak mahu dirinya dijual semata-mata menjadi tempat melepaskan nafsu seseorang. Dan...

Dia tidak mahu anak dalam kandungannya mati.......

Ditambah pula, dia berstatus isteri orang yang sah.....

Walaubagaimana pun, Min Young sempat tersenyum kecil sebelum penglihatannya gelap seratus peratus.

--------

"Did you give the drug?"

"Yes, I put it inside her coffee.."

"Good.."

--------

Hahaha! Aku sedar korang dah tahu apa jadi kat Min Young eh..

well well😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top