Chapter 14
I wanna be the slip, slip
Word upon your lip, lip
Letter that you rip, rip
Break me down and build me up
Whatever it takes
ᴡʜᴀᴛᴇᴠᴇʀ ɪᴛ ᴛᴀᴋᴇꜱ - ɪᴍᴀɢɪɴᴇ ᴅʀᴀɢᴏɴꜱ
--------
Min Young tak lekang mata melihat encik suaminya memandu. Macho jugak.😂
Sebelah tangan Namjoon menongkat dagunya yang runcing manakala tangan lagi satu memulas steering. Mata Namjoon lekat pada jalan, dia langsung tak sedar akan mata si isterinya yang sedang menikmati 'viewnya'.
Cukup dengan suaminya, kini, dia fokus pada perutnya. Well, dia tak sabar mahu mendakap bayinya. Perut kecilnya diusap-usap sendiri. Bosan punya pasal.
'Agaknya muka baby ni banyak muka aku ke atau mamat ni eh?' Inilah gadis semasa mengandung. Janin baru sahaja mahu menjadi sebuku darah dah mempersoalkan rupa paras si bayi. Ish ish.
Tersenyum lebar Min Young sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dia amat tak sabar mempunyai keluarganya sendiri. Biarlah dia sentiasa menerima kasih sayang palsu. Oleh itu, lebih baik dia memulakan hidupnya bersama bayi.
'Jangan sayang risau eh.. Mama akan jaga sayang sampai besar!!' Kata hatinya sambil mengusap lagi perut yang masih kecil itu.
Dia bakal mereka keluarganya sendiri. Jika dia dicaci sekalipun kerana dia mempunyai anak yang tak setaraf dimata orang, biarlah. Dia langsung tak mengharap Namjoon mengambil sebarang tanggungjawab akan janin dalam kandungan.
Lepaskan sahaja dia bersama bayi di dalam kandungan ini. Min Young juga yakin, jika suatu hari nanti anak ini membesar, Namjoon takkan melutut meminta anak ini semula. Lelaki disebelahnya ini; bijak, kacak, dan berkerjaya. Sekelip mata dia mampu mendapatkan gadis idamannya sendiri.
Anggap sahaja lah, ini adalah 'latihan' buat Namjoon dalam isu perhubungan. Mungkin lepas ini, Namjoon makin berpengalaman? Twins? Triples?
Siapa tahu.....
Steering diputar melepasi satu selekoh, dan Min Young tiba di destinasinya. Min Young menghembus nafasnya lalu matanya memandang perutnya. Kini kandungannya adalah lebih dari segalanya.
Min Young melepaskan tali pinggang keledarnya lalu cuba untuk membuka pintu kereta tapi dihalang oleh tangan Namjoon yang menyentuh lengannya. Lantas mata Min Young beralih ke Namjoon. "Kau jangan kantoikan tentang ni kat public yang kau mengandungkan anak aku." Kata Namjoon.
Namjoon bukan mahu bersifat kasar terhadap Min Young tapi dia takut 'buah hatinya' yang berbillion diluar sana akan kesedihan akan kesilapannya. Armys adalah manusia yang membuatkan dia kenali dirinya.
"Ehek! Aku tak ingin pun nak populariti murah tu! Kau blah lah!! Puihhh!" Ganas sungguh si Min Young sampai menolak tubuh Namjoon sehingga terkena dinding kereta. "Nanti aku tanggung semua--" Kata Namjoon dipotong oleh si gadis.
"Tak payah! Anak ni 100% milik aku! Bila budak ni lahir, kau tak payah nak terkinja-kinja nak tanggung aku! Aku reti jaga diri aku!!" Dasar menipu. Sedangkan wang sewa biliknya tak mampu dibayar, ada hati nak tanggung kos sara perubatan untuk bayi?? Ceh!
Namjoon kelu. Min Young keluar dari kereta lalu masuk ke dalam bangunan yang Min Young gelarkan 'rumahnya' itu.
Bukan itu apa yang Namjoon mahu dengar.
Dia juga mahu hak penjagaan anak itu kerana bayi itu juga miliknya. Tapi apakan daya, ibu sentiasa memenangi hak penjagaan anak.
Oleh itu, Namjoon menemui jalan mati. Tapi dia amat berharap yang dia juga dapat mendakap anak pertamanya itu....
-------
Disebabkan semalam aku jadi sleeping beauty kat rumah..
So ¡DOUBLE CHAPTER¡
💋
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top