BAB 9: VISI
Siddiq membuka mata. Dia langsung tidak boleh bergerak. Dari sudut pandangannya, dia seperti berdiri di atas jalan raya. Pada masa yang sama, dia mengadap salah satu bangunan pusat beli belah yang sangat besar.
Akan tetapi, kawasan di tempat itu seakan-akan sunyi. Tiada langsung orang yang keluar masuk dari bangunan tersebut.
" Kau pasti ke kita nak buat ni?" tanya dirinya sendiri.
Dia keliru. Dia langsung tidak dapat mengawal dirinya. Suara yang terkeluar dari mulutnya pula agak spontan.
" Kau ni, kita dah shortage makanan ni," sahut satu suara yang berada di belakangnya.
Dia langsung tidak mengenali suara tersebut. Kemudian, tanpa kawalannya, badannya berpaling ke belakang.
" Aku tahu," balas dirinya sendiri.
" Honestly, aku malas nak buat job ni. Apa kata korang buat dan aku jaga kat luar? Dalam mall tu mesti banyak Dead," tambahnya lagi.
" Tak boleh. Kau ni, contribute la sikit kat community. Kita sekarang ni terdesak sangat. Bila-bila masa boleh mati," balas lelaki yang sama membalas dirinya sebentar tadi.
Siddiq melepaskan nafas dengan kuat. Kemudian, dia memandang kembali ke arah pintu masuk kompleks itu. Dia pergi menuju ke pintu masuk tersebut. Pada masa yang sama, dia mengeluarkan pistol yang terselit di pinggang belakangnya. Dia sudah berada dalam keadaan siap siaga.
Pintu masuk itu sebenarnya sudah pecah. Dia membuat tinjauan ke dalam kompleks ini dengan berhati-hati. kemudian, dia memandang ke belakang dan memanggil rakan kumpulannya.
Kesemuanya sekali terdapat lapan orang termasuk Siddiq. Masing-masing membawa senjata api.
" Kau lead," kata satu suara garau kepada Siddiq.
Dia memandang ke arah sumber suara tersebut. Kemudian, dia mendengus. Mereka mula melangkah masuk. Keadaan dalam bangunan itu sungguh gelap. Hanya bahagian-bahagian yang berdekatan dengan cermin sahaja yang terang. Hal ini kerana kawasan itu diterangi cahaya matahari.
Mereka berjalan dengan berhati-hati, tetapi pantas. Masing-masing menyuluh ke depan dengan lampu picit. Mereka sebenarnya sedang bergerak menuju ke kawasan makanan dengan pantas.
Sampai di kawasan makanan, mereka mula berpecah. Masing-masing cuba mencari makanan yang masih lagi elok. Sebenarnya, di kawasan makanan itu sangatlah bersepah. Banyak makanan-makanan yang berterabur di atas lantai.
Siddiq terus menuju ke kawasan minuman sejuk. Dia berjalan dengan berhati-hati sambil mengawasi kawasan yang berada di sekelilingnya. Kawasan di sekelilingnya itu sangatlah gelap. Tiada sebarang lampu pun yang menerangi pusat beli belah tersebut melainkan lampu suluh Siddiq dan rakan-rakannya. Sedang asyik menyuluh ke kawasan sekelilingnya, dia secara spontan tersuluh ke arah tempat minuman sejuk.
Di depan tempat minuman sejuk itu berdirinya seorang lelaki gemuk yang berpakaian lusuh. Dia pada ketika itu sedang mengadap ke arah tempat minuman itu tersusun. Dia juga mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan, bunyi seeperti harimau kelaparan.
Siddiq berjalan dengan perlahan. Dia menyisipkan pistolnya ke pinggang dan mengeluarkan parang yang berada di belakangnya. Dia merapati lelaki gemuk itu dengan sangat perlahan sambil memegang parangnya dengan kemas.
Setelah agak rapat, dia terus menetak kepala lelaki gemuk tersebut. Tetakkannya telah menyebabkan kepala lelaki gemuk itu terbelah dua. Lelaki gemuk itu berhenti mengeluarkan bunyi dan kemudian, dia jatuh terjelepuk. Siddiq menarik keluar parang yang melekat di otak lelaki gemuk itu dengan wajah yang tidak menyenangkan.
"Grr!!!" Siddiq terdengar satu bunyi dari kirinya lalu memandang ke arah itu.
Seorang lelaki kurus berpakaian lusuh sedang berjalan ke arah Siddiq. Dia berjalan secara mengesot. Oleh itu, dia bergerak dengan agak lambat. Tanpa membuang masa, dia terus menetak kepala lelaki itu. Kepala lelaki tersebut terbelah dua dan darahnya memercik ke muka Siddiq.
Siddiq sangat keliru. Dia tidak dapat mengawal dirinya. Semua pergerakkan yang dilakukan adalah spontan. Kadang-kadang, dia sering mengumam sesuatu secara sedar, tetapi tidak boleh dikawal. Dia kemudiannya kembali ke tempat penyimpanan minuman untuknya mengambil salah satu minuman yang terdapat di rak minuman tersebut.
Dia mengambil air tin minuman Seven Up dan membuka penutupnya. Dia mengeluh tanpa dapat dikawal oleh dirinya sendiri. Dia hanya mendengar segala gumaman yang dilakukan oleh dirinya sendiri dengan sepenuh sedar.
Dia meneguk minuman berkabonat tersebut sehingga habis. Tindakan ini juga tidak dapat dikawal olehnya. Pada pandangan Siddiq, dia ibarat melihat dirinya sendiri bergerak tanpa dapat dikawal oleh dirinya sendiri.
Ya, sangat memeningkan.
" Balik ki aku nak tidur puas-puas," kata dirinya sendiri.
Sebenarnya, Siddiq menggalas beg kembara walaupun pada hakikatnya dia juga sedang membawa parang yang berada di belakang badannya. Dia menurunkan begnya itu dan terus memasukkan tin minuman dan botol sebanyak yang boleh untuk bekalan dirinya sendiri.
Dengan tidak semena-mena, dia terdengar bunyi tembakan di sebelah kirinya.badannya mengalihkan pandangan ke arah kiri dengan spontan. Dia kemudiannya menutup beg kembaranya dan mengeluarkan parangnya sekali lagi. Dia terus berlari ke arah bunyi itu sambil memegang parangnya dengan kemas.
" TOLONG!!!!!" jerit satu suara dari tempat tembakan itu dilepaskan.
Siddiq berlari dengan lebih pantas, tetapi pada masa yang sama, dia tidak mempunyai stamina yang cukup.
" ARGGGHHHH!!!!!" jerit suara yang sama.
Sampai di tempat kejadian, Siddiq termengah-mengah. Akan tetapi, mengahannya terhenti apabila dia terlihat satu kejadian yang sangat dahsyat. Badannya terkaku.
" ARRGHHH!!!" jerit suara yang sama.
Betul-betul di depan mata Siidq, dia dapat melihat seorang lelaki yang kusut masai sedang menjamah badan rakan sekumpulannnya. Dia berasa takut. Tetapi, dalam beberapa saat, perasaannya yang ketakutan mula berubah menjadi sangat marah.
Dengan pantas, dia berlari ke arah lelaki yang menjamah rakannya itu dan terus menetak kepalanya. Kepala lelaki tersebut terbelah dua. Badannya jatuh terjelepuk. Beberapa saat kemudian, semua rakan kumpulannya yang lain sampai di situ sambil membawa bekalan masing-masing.
Mereka semua terkejut apabila melihat keadaan rakannya yang separuh mati itu. Siddiq pergi merapatinya. Dia melutut dan merapatkan mukanya kepada rakannya itu.
Nafas lelaki itu tersekat-sekat. Suaranya juga tidak beberapa jelas. Siddiq memandang dengan perasaan kasihan. Beginilah kehidupan mereka setiap hari. Buat masa ini, tiada siapa yang boleh mengubah kehidupan ini.
Siddiq mengangkat parangnya. Dia memegang kemas. Walaupun tindakannya begitu kejam, tetapi dia langsung tiada pilihan. Dia terpaksa melakukannya juga, walaupun dia akan dituduh pembunuh dan kejam. Siddiq menghayunkan parangnya ke arah kepala rakannya yang nazak itu. Akan tetapi, betul-betul sebelum parang itu sempat menyentuh rakannya itu, ada seseorang yang menghalang perbuatannya itu.
" JANGAN!!!" jerit seorang lelaki botak yang berbadan besar.
Perbuatan Siddiq terhenti. Dia memandang ke arah lelaki tersebut dengan wajah yang berkerut.
" Kau dah gila ke?!" sambung lelaki yang menghentikan tindakannya.
" Ha?" tanya Siddiq tidak mengerti.
" Dia member kita la! Kau dah gila ke nak bunuh member sendiri?!"
" Habis tu?!" balas Siddiq.
" Kita boleh Selamatkan Jep! Kat base kitakan ada doktor," balas lelaki botak tu pula.
Siddiq mendengus. Dia langsung tidak boleh terima alasan lelaki itu.
" Kepala kau! Kau tau tak apa yang jadi kalau Dead gigit kita?!"
Semua memandang Siddiq dengan muka kurang senang. Mereka semua sedia maklum bahawa bahasanya agak kasar.
" Tapi, ni kawan kita!" kata lelaki seorang lelaki yang lain.
Siddiq mengalihkan pandangannya ke arah sumber suara yang menyampuk sebentar tadi. Lelaki yang menyampuk itu berambut panjang berkerinting sedikit. Dia memegang pistol di tangannya sebagai langkah berjaga-jaga.
Siddiq mendengus sekali lagi. Dia memegang kepalanya dengan tangannya. Dia langsung tidak boleh proses pemikiran mereka berdua. Siddiq mengundur ke belekang sedikit sambil memegang parangnya.
Lelaki botak dan berambut panjang itu mula mengangkat dan memapah Jep bersama-sama. Siddiq memandang mereka berdua dengan perasaan geram. Setelah Jep dapat berdiri, dengan secara tiba-tiba, Siddiq terus menetak kepala Jep. Jeb ternganga dengan matanya terbeliak keluar.
Lelaki botak botak dan berambut panjang itu pula terkejut dengan tindakan Siddiq yang secara tiba-tiba menetak kepala Jep. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka berdua terlepas daripada memegang Jep.
" WOI!!" lelaki berambut panjang itu menerpa Siddiq.
Dengan secara tiba-tiba, seorang perempuan berambut panjang berwarna hitam terus melempang muka Siddiq. Siddiq hanya mendiamkan diri. Perempuan itu menunjukkan riak wajah yang sangat kecewa.
" What kind of human you are?!" tengking perempuan itu.
Siddiq mengesat bibirnya. Sebenarnya, Siddiq masih terasa sakit akibat dilempang oleh perempuan tersebut. Dia kemudiannya terus menyimpan parangnya.
" Why you do that?!" jerkah perempuan itu lagi.
Siddiq hanya berpaling dari perempuan tersebut. Dia kemudiannya terus menuju ke pintu keluar, akan tetapi dia ditarik oleh perempuan tersebut dari belakangnya.
" Kau tak jawab lagi soalan aku!" jeritnya lagi.
Tarikan itu menyebabkan pergerakkan Siddiq terhenti. Dia mengeluh. Dia berpusing dan terus menepis tangan perempuan tersebut.
" This is reality. Bila orang digigit oleh Dead, orang tu automatically classified as dead person," jawab Siddiq.
Semua terdiam. Mereka tidak suka Siddiq berkata begitu, akan tetapi, ada juga kebenaran kata-kata itu.
" If that so, who give you to end someone's life??!!!" tanya perempuan itu lagi.
Siddiq berasa malas untuk bertekak dengan perempuan itu. Tetapi, dia tetap harus membuatkan semua orang berfikir secara rasional dan waras. Membuatkan mereka memandang sesuatu yang realiti.
Ketika dia baru sahaja ingin menyuarakan pendapatnya, dia terpandang ke arah tangga yang menuju ke tingkat atas. Di situ, terdapat satu kelibat yang sedang turun ke tingkat bawah dengan perlahan.
Dahinya berkerut. Melihat tindak-tanduk Siddiq, perempuan itu terus memandang ke arah yang sedang dilihat oleh Siddiq. Siddiq pula berasa sangat curiga. Dia terus menyuluh ke arah tangga tersebut.
Pada ketika itu, satu lembaga bertubuh seperti manusia sedang menuruni tangga secara perlahan-lahan. Pakaiannya lusuh dan terkoyak-koyak. Mukanya seperti hancur separu dan otaknya kelihatan berdenyut-demyut. Perutnya terburai dan ususnya terkeluar dari perutnya.
Semua yang memandang ke arah lembaga itu agak panik. Masing-masing mengacukan pistol mereka ke arah makhluk itu. Dalam beberapa saat kemudian, muncul pula lebih banyak lembaga dari belakang lembaga yang perutnya terburai itu.
" Wei! Jom bllah !" kata salah seorang daripada mereka.
Masing-masing setuju dengan rancangan tersebut. Lagipun, makhluk itu semua masih lagi jauh dan agak perlahan. Tanpa membuang masa, mereka mula berlari ke arah pintu keluar. Seorang perempuan beerambut pendek berlari dengan lebih pantas. Dia sebenarnya panik. Dia tidak biasa sangat dengan situasi begini.
" As, perlahan sikit!" jerit salah seorang ahli kumpulan Siddiq ke arah perempuan berambut pendek itu.
Ketika sedang berlari untuk keluar dari bangunan itu, secara tiba-tiba, satu makhluk menerpa As dari sebelah kirinya. Serangan itu menyebabkan As terjatuh ke lantai. Dia cuba sedaya-upaya untuk menepis gigitan makhluk tersebut, akan tetapi, makhluk itu lebih banyak kudratnya daripada As.
" AS!!!!" jerit rakan kumpulannya.
Dalam keadaan genting seperti itu, dia satu lagi makhluk yang lain mula menuju ke arah As. Matanya mula mengeluarkan air mata kerana dia beranggapan bahawa inilah penamat cerita kehidupannya.
ZAPPP!!!!!
Satu libasan parang mengena kepala makhluk yang menyerang As. Kepalanya terbelah. Dia terjatuh atas badan As. Dengan pantas, Siddiq sekali lagi melibas kepala makhluk yang menuju ke arah As.
Setelah kedua-duanya tumbang, Siddiq membantu As untuk bangun. Dia masih lagi mengalirkan air mata.
" As, As! Kau masih hidup! Jom!" kata Siddiq.
Siddiq menarik lengan As untuk kembali berlari menuju ke luar bangunan. yang lain masih lagi mengekori mereka berdua dari belakang. Sampai sahaja di depan pintu pusat beli-belah itu, langkah mereka berdua terhenti.
" Ouh Shit!" carut Siddiq.
Di depan matanya, dia dapat melihat segerombolan makhluk yang sudah hancur mukanya sedang menuju ke arah bangunan itu. Akan tetapi, jarak mereka masih jauh. Mereka bernasib baik kerana meletakkan van mereka di depan pusat membeli-belah itu.
Ahli kumpulan yang lain sampai betul-betul di belakang mereka berdua. Mereka semua menyaksikan perkara itu. Ada sesetangah ahli kumpulan sudah mula takut.
" Jom!" kata lelaki berambut panjang yang bertekak dengan Siddiq sebentar tadi.
Masing-masing mengeluarkan senjata mereka. Mereka mula melangkah keluar dari bangunan itu dan menuju ke van mereka. Yang menggunakan pistol masing-masing melepaskan tembakan ke arah makhluk yang datang dari arah kanan dan kiri mereka.
Setelah sampai di van tersebut, Siddiq membenarkan semua naik kenderaan terlebih dahulu kerana ada segelintir daripada mereka yang terlalu takut. Lelaki botak yang bertekak dengan Siddiq pula mengambil tempat memandu kerana hanya dia seorang sahaja yang reti memandu van.
" Sid, bagi beg kau dulu!" kata lelaki berambut panjang tadi.
Siddiq terus memberikan begnya kepada lelaki tersebut. Dia terus menembak ke arah makhluk yang cuba menghampirinya. Setelah memastikan semua orang menaiki van dengan selamat, Siddiq ingin menaik van tersebut. Akan tetapi..
Ketika dia memijak masuk ke dalam van, mukanya ditendang oleh lelaki berambut panjang itu. Tendangan itu menyebabkan Siddiq jatuh tergolek ke tanah. Dia menahan sakit di mukanya. Lelaki yang berambut panjang itu terus menutup pintu van tersebut.
" BOTAK! GO! GO! GO!" kata lelaki berambut panjang itu kepada lelaki berkepala botak.
Tanpa berlengah, mereka semua terus bergerak.
" SIDDIQ!!!!!" Jerit perempuan yang bertekak dengan Siddiq sebentar tadi.
Siddiq mula bangkit dari terbaring di atas tanah. Dia hanya dapat melihat van itu meluncur laju meninggalkannya. Dia memandang ke kiri, kanan depan dan belakangnya. Makhluk-makhluk itu semuanya menuju ke arah Siddiq. Siddiq mula cuak, dan pada masa yang sama, bengang.
" AZWAN!!!!!!!" jeritnya dengan sekuat hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top