BAB 4: BISIKAN
Masa pada ketika itu tersangat perlahan. Setiap orang yang berada di depan Siddiq semuanya dianggap sebagai musuh olehnya. Mereka semua pada ketika itu cuba menoleh ke arah Siddiq, tetapi pergerakan mereka terlalu perlahan.
Masing-masing lengkap dengan bersenjata. Malah, lelaki yang berambut putih itu juga memegang pistol yang diacukan ke arah ayahnya. Itu menambahkan lagi kemarahan Siddiq.
Oleh kerana musuhnya terlalu ramai, Siddiq menjadi agak kelam-kabut. Dia tidak tahu yang mana satu yang harus ditumbangkan olehnya. Jadi, pada ketika itu, Siddiq terlampau banyak berfikir mengenai situasi ini. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.
Adakah dia perlu melepaskan tembakan ke arah semua orang? Ataupun, adakah dia patut berlari kesemua orang lalu memukul mereka?
Kalau dia melepaskan tembakan ke arah semua orang, bukankah mereka berkemungkinan besar akan cedera parah? atau mungkin yang lebih teruk, mereka akan mati? Bukankah kalau mereka mati, dia sudah menjadi seorang pembunuh?
Kalau itulah yang harus dilakukan, dia masih tidak dapat memikirkan jalan keluar. Ini kerana peluru yang dimilikinya tidak cukup. Atau, adakah dia patut melepaskan tembakan ke arah semua orang, kemudian berlari ke salah seorang musuh yang berada di situ, lalu memukulnya dengan kayu belantan dan seterusnya merampas senjata musuhnya itu? Dia masih tidak boleh berfikir dengan baik dalam masa yang sangat singkat.
Dia melihat sarung tangannya. Tak guna! lapan saat sahaja lagi yang tinggal. Dia langsung tidak boleh berfikir. Sebaliknya, dia hanya terus bertindak tanpa berfikir panjang. Pada saat itu, apa yang dia fikirkan hanyalah "kill or be killed".
Dia mengacukan pistol revolver miliknya ke sebelah kirinya. Disebabkan di sebelah kirinya terdapat empat orang termasuk yang memegang ayahnya, maka dia melepaskan tembakan ke arah setiap seorang yang berdiri di situ. Tembakan yang dilepaskan telah memakan masa selama lima saat.
Kemudian, dengan pantas dia berlari ke arah lelaki berambut putih itu lalu memukul mukanya dengan belantan. Seterusnya, Siddiq merampas senjata yang dipegang oleh lelaki itu dan terus memaut leher lelaki itu dengan lengannya yang sederhana besar.
Dengan serta-merta, masa kembali normal. Kelajuan peluru yang ditembak olehnya tadi juga kembali normal. Semua penjahat itu tadi terkena tembakan yang dilepaskan oleh Siddiq sebentar tadi.
Keempat-empat penjahat itu mengerang kesakitan. Yang lain tergamam, termasuklah lelaki berambut putih itu dan juga ayahnya. Joe juga mengerang kesakitan di pintu masuk.
Sambil memaut leher lelaki yang cuba membunuh ayahnya sebentar tadi, dia meletakkan muncung pistolnya di kepala lelaki yang menjadi tebusannya itu.
" SEMUA LETAKKAN SENJATA!" jerit Siddiq.
" SEKARANG!"
Terkesima dengan situasi yang berlaku, semua orang meletakkan senjata di atas lantai.
" WEI, BANGSAT! LEPASKAN BAPAK AKU!" tambahnya lagi ke arah seorang penjahat yang sedang memegang ayah di sebelah kiri ayahnya sendiri.
Penjahat itu memandang Siddiq dengan riak wajah yang tidak puas hati, namun dia akur. Ayah dilepaskan.
" Siddiq, apa yang kau buat dekat sini?!" tanya ayah dengan nada cuak sambil berlari ke arah Siddiq.
" Ayah lambat. Kita orang nak gerak dah ni. Baik kita ambik dan musnahkan cepat dokumen bodoh tu," terang Siddiq dengan nada geram.
" Tak boleh! Dia orang ni dah hantar ke makmal Cern, dekat Geneva. Kita kena pergi sana kalau nak ambil balik dokumen tu,"
" Geneva? Kat mana?"
" Switzerland,"
Kepala Siddiq mula kusut. Tak mungkinlah ayah nak pergi ke sana.
" We must go there?" tanya Siddiq.
" Yes,"
" Hahahaha –argh. You guys can try, but that lab is heavily guarded," beritahu Alexander dengan suara tersekat-sekat kerana lehernya dipaut oleh Siddiq.
" Say no more, old shit. You gonna follow us!" tengking Siddiq.
" Are you out of your mind, asshole? Hahahaha, my fellow subordinate will find you and kill you!!"
" Shut up. You maybe can fool my dad around, but I am totally different from him!" tambah Siddiq lagi.
Pada ketika itu, Siddiq terlalu fokus terhadap Alex, sementara ayah pula hanya memerhatikan keadaan di sekelilingnya dengan perasaan yang takut. Tiba-tiba, ayah terfikirkan sesuatu.
Aku patut musnahkan mesin masa ni, kata hatinya. Dia terus menuju ke komputer yang berada di sebelah mesin masa yang berada di belakangnya. Melihat ayah sedang menuju ke komputer yang dimaksudkan, Siddiq mengekorinya dari belakang sambil memerhatikan keadaan yang berada di sekelilingnya.
" Apa yang ayah buat ni?" tanya Siddiq sambil memaut leher Alex dalam keadaan yang berjaga-jaga.
" Ayah tengah ubah kod-kod program mesin ni supaya benda ni akan meletup sendiri," terang ayah.
" Meletup?!" kata Siddiq dengan nada terkejut.
" Yes, this is the only way to destroy this machine," terang ayah lagi sambil menaip dengan laju.
" Heh," sengih Alex.
" What is it, old bastard?!" tanya Siddiq.
Keadaan senyap seketika.
" Answer the damn question!!"
" Hahaha, why so serious, kid? Everything is according to my plan,"
" What do you mean by that?!"
Keadaan senyap kembali. Hanya bunyi papan kekunci yang ditekan sahaja yang kedengaran.
" Damn it, old man! ANSWER MY DAMN QUESTION, ASSHOLE!!!" jerkah Siddiq.
" Heh, you're sure a louder kid. Do you have a bad temper? Perhaps, is it because your mommy died and you are not having an enough love from your deceased mommy?"
Siddiq menjadi semakin bengang. Dia sudah tidak tahan. dia menjadi marah yang teramat sangat. Alex langsung tidak menjawab soalannya. Sebaliknya, dia seperti sengaja membuatkan Siddiq hilang akan kesabarannya.
BANG!
Siddiq menembak ke arah salah seorang penjahat yang memerhatikan mereka bertiga pada ketika itu. Tembakan itu terkena pada perut penjahat tersebut.
Semua tersentak. Termasuk ayah.
" Apa yang kau buat ni?!" tanya ayah dengan nada terkejut.
Siddiq tidak menjawab. Dia meletakkan kembali pistol di kepala Alex.
" Do you still want to play around, old shit?"
Semua senyap. Penjahat yang ditembak oleh Siddiq pula dikerumuni oleh rakan-rakannya.
Alex ketawa tertahan-tahan.
" Hehehehahahahaha," ketawa Alex.
" Hahaha, you are so easily to be decieved, kid," tambahnya lagi.
Tiba-tiba, pergelutan antara Siddiq dengan Alex berlaku. Siddiq cuba bertahan dengan pautannya, tetapi ternyata bahawa Alex lebih kuat daripadanya.
Alex menyiku tulang rusuk Siddiq. Siddiq mengerang kesakitan setelah diperlakukan begitu, tetapi dia masih berpaut pada leher Alex dan menguatkan lagi pautannya.
Tekanan yang diterima oleh Alex menyebabkan serangan yang dilakukan terhadap tulang rusuk Siddiq bertambah laju dan lebih kuat. Akibat tidak tahan dengan serangan itu, Siddiq melepaskan tembakkan di kepala Alex.
Tidak menjadi.
Tiada sebarang bunyi kedengaran. Tiada peluru yang dapat dilepaskan. Ketika itu, barulah Siddiq sedar. Dia sedar bahawa pistolnya tiada sebarang peluru!
Melihat keadaan itu, para penjahat yang memerhati sejak dari tadi mula mencapai senjata mereka. Ayah pula bertambah panik kerana, dia perlu cepat menyelesaikan pengubahan kod programnya. Hanya tiga baris sahaja lagi untuk ditaip.
Pada masa yang sama, Alex terus-menerus menyiku Siddiq. Serangan yang padu itu membuatkan Siddiq tidak dapat bertahan dan menjadi lemah, dan akhirnya melepaskan pautannya itu secara tidak sengaja.
Setelah berjaya melepaskan diri, Alex berpusing ke belakang dan terus menendang perut Siddiq. Ini menyebabkan perutnya berasa senak. Kemudian, Alex memberi pula tumbukan yang begitu padu ke muka Siddiq. Siddiq ke belakang. Dia jatuh secara melutut. Muka dan perutnya begitu sakit.
Pergelutan itu menyebabkan pekerjaan yang dilakukan oleh ayah terhenti sementara. Dia ingin menolong anaknya tetapi, dia langsung tidak dapat membantu kerana pergelutan itu berlaku dengan pantas. Melihat Siddiq, hampir tumbang, semua penjahat yang berada di situ terus menghalakan senjata mereka ke arah ayah. Perbuatan ini disedari oleh ayah.
mereka melepaskan tembakan ke arah ayah. Ayah pula dengan pantas melompat ke sebelah kanannya dan terus meniarap ke lantai. Tembakan itu terkena komputer yang digunakan oleh ayah sebentar tadi. Akibatnya, komputer itu musnah begitu sahaja, sementara ayah pula tidak sempat mengubah kod program dengan sepenuhnya.
Sementara itu, senak Siddiq sudah semakin pulih. Dia juga perasan akan tindakan kesemua penjahat itu terhadap ayahnya. Sementara dia meletakkan tangan kirinya yang memakai sarung tangan itu ke perutnya, tangan kanannya pula memainkan peranan untuk mengaktifkan kebolehan sarung tangannya itu.
Namun begitu, Alex perasan akan tindakan Siddiq yang pelik. Setelah menekan butang paling depan, Siddiq ingin meletakkan tapak tangan ke lantai, tetapi Alex lebih pantas. Dia terus menendang muka Siddiq.
Tendangan itu membuatkan Siddiq rebah ke belakang. Dia berasa sangat pening dan sakit di kepalanya. Tindakan Alex itu menyebabkan sesuatu yang tidak diingini oleh Siddiq berlaku.
Ayah bangkit untuk lari. Tetapi, malang sekali di dalam bilik itu tiada tempat untuk ayah mengambil perlindungan. Ketika berlari ke kanan untuk keluar dari bilik itu, Joe yang sudah pulih pula muncul entah dari mana. Dia pada ketika itu sudah pun mengacukan pistolnya ke arah ayah. Dengan satu tembakan.....
BANG!
Kepala ayah bersepai.
Siddiq pula pada masa yang sama ingin bangun untuk melindungi ayahnya, tetapi langsung tidak sempat berbuat begitu. Dia perasan akan situasi itu. Dengan kata lain, kematian ayahnya betul-betul berlaku di depan matanya. Siddiq tergamam. Terkesima.
Masa tiba-tiba menjadi sangat perlahan. Sangat perlahan. Dia yang nampak situasi itu cuba untuk menghadamkan situasi tersebut dalam fikirannya tetapi dia tidak mampu. Dia langsung tidak boleh berfikir. Dia langsung tak faham.
Alex tiba-tiba mengangkat Siddiq dengan memegang kolar bajunya. Dia mengangkat remaja yang malang itu sehingga dekat dengan mukanya.
" Too bad, your dad is dead,"
" How is it feels, huh?" tambah Alex lagi.
Siddiq tidak membalas. Kepalanya langsung tidak boleh berfikir.
" You know what kid? I have met a lot of persons just like you. A little provocation, a person like you just gone insane,"
" Do whatever they have in order to make people follow them. Thats why a person like you can easily being decieved,"
" I provoked you in order to make you shot my last bullet. Well, its not really last bullet because I only have that one at that time. So, basically, I am a lucky one. I know you won't easily kill me because you need hostage to get out from here. I just to make sure you shot anywhere so the bullet will be spent,"
Selepas penerangan itu, Siddiq menjadi lagi terkesima. Dia telah diperbodohkan dengan begitu sahaja. Dia telah dipermainkan. Dia telah dimanipulasikan dengan mudah. Semuanya disebabkan kemarahannya yang tak dapat dibendung.
" After all, I though you are a kind which have no will to kill the others, but you really make me shocked when you killed one of my subordinate. So, you have to pay for that, hahahahaha,"
" Remember this, kid. Your dad died because of your own fault. Your very own fault. Remember that, hahahaha,"
Siddiq diharungi dengan perasaan yang sangat bersalah dan gelisah. Semuanya sebab aku tak dapat kawal kemarahan aku, fikirnya. Mukanya menjadi pucat. Riak wajahnya pula menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang ketakutan. Perasaannya bertambah tertekan. Air matanya mula mengalir.
" Ya Allah, bantulah aku," kata hatinya.
" Hahahaha you are crying. Feels guilty yet, little princess? Well please don't crying, because as soon as possible, I gonna send you to the hell, just like your mommy and daddy, hahaha," ketawa Alex.
Semua penjahat mendekati mereka berdua. Mereka berdua pada ketika itu sedang berdiri betul-betul di depan portal mesin masa.
" Apahal kau menangis?" Siddiq secara tiba-tiba terdengar bisikan dalam kepalanya.
" Kau ingat menangis ni boleh selesai ke masalah kau?" tambahnya lagi.
Siddiq tergamam. Siapa pula yang berkata-kata ni?
" Bunuh je mamat ni. Kau boleh,"
" Bunuh? Kau suruh aku bunuh?" monolog Siddiq pula.
" Ye. Bunuh je dia ni sebelum dia bunuh kau," kata bisikan tu.
" Kau cakap apa ni? Bunuh tu satu dosa!" monolognya lagi.
" Hahaha, kau ni bodoh betul. Kau harapkan Tuhan untuk tolong kau ke waktu-waktu macam ni? Are you expecting His angel come down here and take his soul? In critical time like this? What a dumb,"
" You have to do it by yourself. Use your own hand to punish them. Uuse your hand to make them agonize to death. Make them suffer as you always do. They are non believer after all," tambah bisikan itu lagi.
" Kau ni siapa?"
" Hahahahaha, what a funny question. Are you really forget who I am? Well, I gonna remind you again this time,"
" Aku ni ialah kau. Dan engkau pula ialah aku," tambah bisikan tu lagi.
" Follow my word, and you will survive,"
" Macam mana? Macam mana nak bunuh orang tua ni? Aku dah dikepung, dan aku tak ada senjata apa pun,"
" Hahaha lemahnya akal kau. Cuba tengok tangan kiri kau tu,"
Siddiq berhenti menangis. Dia menundukkan kepalanya. Kemudian, anak matanya pula memandang ke arah tangan kirinya. Sekarang dia mengerti. Dia mula diam.
" Ha! You stop crying. Are you ready to begone forever?" tanya Alex dalam loghat britishnya.
" Old man, for everything that happened today, is because of your fault!" jerkah Siddiq di depan muka Alex.
Dia teringat bahawa sarung tangannya masih aktif. Dengan laju, dia meletak kan tapak tangan kirinya di atas muka Alex.
" Nga-,Haaa-,AAAAAAARRRRGHHHHHH!!!," jerit Alex pula.
Kedua-dua belah tangan Alex terlepas daripada memegang kolar baju Siddiq. Kemudian, Alex berganjak ke belakang sambil merana dalam kesakitan yang tidak terperi. Semua orang di dalam bilik itu terpinga-pinga. Alex menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
" AAAAARRRRRRRGGGGGHHHH!!!" jeritnya lagi.
Tiba-tiba, Alex terdiam. Kedua-dua belah tangannya terlepas daripada menekup mukanya sendiri. Dia berdiri lemah lagi tidak terdaya, ibarat seseorang yang tidak makan selama tiga hari. Mukanya pula.....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top