BAB 3: KUASA
" Ayah, kenapa kita kena pergi ke sana? Bukan ke kalau kita pergi sana sama macam menempah maut?," tanya Hana.
Ayah tidak menjawab. Dia hanya terus fokus terhadap pemanduannya.
" Ayah!," panggil Hana dengan nada yang lagi tinggi.
Ayah mengeluh.
" Aduh, kau ni Hana, banyak tanyalah.," rungut ayah dengan wajah tidak senang.
" Kau mungkin tidak percaya cakap ayah, tapi ayah dah tengok masa depan," katanya dengan wajah yang sangat serius.
" Kau kata kita sekarang ni tengah menuju kematian. Betul, ayah tak nafikan. Tapi, kalau dia orang ni dapat dokumen-dokumen ayah tu, kau ingat kita boleh hidup aman? Kau ingat masalah selesai ke?," tanya ayah dengan tidak puas hati.
" Kalau macam tu, kita mintak la bantuan polis. Dia orang mesti boleh tolong. Kita ni tak ada kuasa ,ayah," rayu Hana.
" Aku dah kata tadi, polis buru kita. Kau ingat pihak berkuasa tu berkuasa sangat ke? Last sekali, dia orang ikut arahan orang atasan jugak!" bentak ayah.
Hana tergamam apabila dia dimarahi oleh ayah. Mai dan Saleh hanya diam. Mereka berdua ini agak susah untuk menenangkan keadaan apabila ayah sedang marah. Tetapi, Siddiq dapat menangkap ayat " tapi ayah dah tengok masa depan,". Dia mula mempunyai perasaan ingin tahu yang agak kuat.
" Ayah kata ayah dah tengok masa depan. Apa maksud ayah? Sid tak faham," tanya Siddiq dekat ayah.
" Ha. Ayah dah gunakan mesin masa tu petang tadi, sebelum ayah musnahkan benda tu. Kalau ikutkan masa depan tu, Yahudi dapat mesin yang ayah cipta tu dan ubah sejarah. Itu yang menyebabkan ayah buat keputusan mendadak ni. Dengar ni, walaupun mesin tu dah musnah, tapi salinan kedua tu masih ada kat Pusat Sains Negara. Kalau kita tak ambik dokumen tu, result nya akan sama seperti yang ayah tengok. Itu ke yang korang nak?" jelas ayah dengan panjang lebar, tetapi menggunakan nada yang lebih rendah berbanding tadi.
Semuanya barulah masuk akal, sikit. Barulah Siddiq tahu kenapa ayah musnahkan mesin tu dan ingin melarikan diri. Keadaan kembali senyap sehingga mereka sampai 200 meter dari kedudukan kaunter masuk ke kawasan Pusat Sains Negara.
Ayah mula memandang anak-anaknya.
" Okay, listen to me carefully," beritahu ayah dengan menggunakan bahasa Inggeris yang sangat lancar.
" Siddiq, kau jaga adik-beradik kau. Kalau ada orang datang kat kau orang, lari. Kalau kau orang boleh lawan, lawan. TAPI, kalau dalam masa satu jam ayah tak keluar, kau pergi airport. Cari pak cik Zahrin,"
" Tapi, ayah macam mana pulak?" tanya Mai dengan nada yang sangat risau.
" I said, no matter what happen, run," balas ayah dengan nada yang sangat serius.
" Sid ikut sekali," balas Siddiq dengan nada risau.
" No. Kamu hanya membebankan ayah. Ayah tak suka orang lain mengganggu ayah,"
" Tapi-" Hana cuba berkata-kata tetapi di bantah dengan tegas oleh ayah.
" Shut up. Just do your given role. Don't disappoint me," balas ayah sambil keluar dari kereta.
" Remember what I have said," tambahnya lagi sebelum dia menutup pintu kereta.
Ayah kemudiannya berlari menuju ke dalam semak yang berhampiran. Mereka berempat hanya memandang ayah mereka berlari. Masing-masing risau dengan tindakan ayah. Saleh melihat jam tangannya. Jam menunjukkan waktu 3.00 pagi.
Sepuluh minit telah berlalu. Hana gelisah. Begitu juga Maisarah. Siddiq pula berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Hana memandangnya.
" Kau asal?" tanya Hana.
Siddiq Menoleh ke arahnya. Kemudian, dia kembali memandang ke arah tingkap.
" Oi," tegur Hana lagi.
Siddiq melakukan kelakuan yang sama sekali lagi.
" Oi, aku tanya kau ni,"
Siddiq, mengeluh.
" Hana, kau duduk kat kerusi ni," beritahu Siddiq kepada Hana sambil menunjukkan jari ke arah kerusi yang berada di depannya.
" Kenapa?"
" Buat je lah,"
Hana melepaskan nafas. Dia keluar dari kereta untuk menukar tempat duduk. Setelah dia menukar tempat duduk, Siddiq bersuara.
" Macam ni, masa dah tak banyak. Tinggal 15 minit je lagi. Aku pergi cari ayah jap. Kalau kita orang tak keluar lagi, kau orang belah je," beritahu Siddiq sambil membuka pintu.
" HOI! Suka-suka kau je nak buat keputusan. Ayah kata dia pergi buat sorang. Kau jangan nak mengada-ngadalah!" bantah Saleh. Maisarah memandang Siddiq dengan pandangan gelisah. Hana pula mendengar dengan muka berkerut.
Siddiq memandang Saleh dengan pandangan tidak puas hati.
" Kau ni, tak boleh guna ke otak kau? Kau letak mana otak kau tu? Aku nak pergi tolong ayah. Apa masalah kau?" bentak Siddiq.
" Masalahnya, ayah tak bagi. Macam mana kalau kau menyusahkan ayah. Kau nak tengking-tengking aku pulak. Kau tu bukannya ada otak pun!" balas Saleh dengan nada geram.
" Bangsat la kau ni! Aku-," tengking Siddiq tetapi dihentikan Hana.
" Hoi! Dah la! Korang dua ni kalau tak gaduh memang tak sah ke?!" jerkah Hana.
Keadaan kembali senyap untuk beberapa minit.
" Kau blah je kalau aku ngan ayah tak ada," beritahu Siddiq kepada Hana.
Hana ingin membantah tetapi tindakan Siddiq lebih pantas. Dia sudah keluar dari kereta dan terus berlari ke arah semak yang berhampiran, sama seperti ayahnya. Dia terus melalui semak itu sehingga sampai ke bangunan 'Activity Arena'. Daripada situ, dia berlari pula ke arah bangunan 'Aquatic Life' dan akhirnya sampai ke 'Herbal Garden'.
Tanpa berlengah, dia berlari menuju ke bangunan utama. Tetapi, dengan tidak semena-mena, bunyi loceng kecemasan kedengaran. Siddiq mula panik.
Dia terus menuju tapak berniaga, sangat dekat dengan pintu masuk utama untuk menyorok. Pada masa yang sama, dia terdengar bunyi tapak kaki berlari menuju ke bangunan utama.
" Cepat wei! Ada orang pecah masuk!," jerit orang yang paling depan. Mereka semua berseragam pengawal dan berlari menuju ke dalam bangunan utama.
Siddiq mula berfikir, walaupun dia sekarang ini tengah panik. Mungkin bunyi loceng itu disebabkan ayah, kata hatinya. Dia memandang sarung tangannya. Mungkin sekarang masa sesuai untuk guna benda ni, tambah hatinya lagi.
Setelah semua masuk ke dalam bangunan, Siddiq mula mengekori mereka. Mereka boleh dikira berlari dengan agak pantas. Siddiq dah tekad untuk menggunakan sarung tangan miliknya. Dia berlari laju mengekori mereka.
Sedar tidak dapat mengejar mereka sepenuhnya, dia mula menekan butang di tengah-tengah sarung tangannya sambil berlari laju. Setelah menekan dia menjerit ke arah mereka semua dengan sekuat hati.
" WOI!" jerit Siddiq sekuat hati.
Jeritan itu membuatkan para pengawal berhenti teragak-agak untuk menoleh ke belakang. Tanpa berlengah-lengah lagi, sebelum mereka menoleh sepenuhnya ke arah Siddiq, dia terus meletakkan tapak tangannya yang bersarung itu ke atas lantai. Kemudian, dia menekan butang yang paling hadapan.
Keadaan terus berubah serta-merta. Tarikan graviti sangat kuat. Sangat kuat sehingga masa menjadi sangat lambat.
Siddiq sedar akan situasi aneh itu kerana dia tidak langsung dikuasai tarikan graviti itu. Dia dapat melihat bahawa pergerakan orang yang cuba menoleh ke arahnya adalah sangat lambat. Dia melihat sarung tangannya.
Di cermin leper itu, terdapat masa yang sedang berdetik menurun. Dari 30 saat turun pada 29 saat dan terus menurun hingga 28 saat dan terus-menerus menurun. Siddiq faham akan detikan itu. Tanpa berlengah, dia berlari ke arah pengawal yang pertama.
Apabila Siddiq sudah terlalu hampir dengan pengawal yang pertama, dia merampas kayu belantan yang dipegang oleh pengawal keselamatan tersebut. Setelah merampas, dia memukul kepala pengawal keselamatan itu dengan kayu belantan yang dirampas olehnya.
Siddiq menambah lagi pukulannya ke arah belakang dan depan badan pengawal tersebut. Setelah dipukul oleh Siddiq, pengawal itu kelihatan seperti hendak terjatuh ke atas lantai, tetapi pergerakannya terlalu lambat. Siddiq terus mengambil kesempatan ke atas pengawal tersebut dengan mengambil pistol yang terselit di pinggang pengawal yang dipukul olehnya.
Dia terus berlari ke arah pengawal yang kedua dan melakukan hal yang sama ke atas pengawal itu. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah pengawal ketiga dan keempat. Setelah memukul pengawal yang keempat, pergerakan mereka berempat kembali seperti biasa ditambah pula bunyi erangan kesakitan yang kuat.
dia melihat kembali keadaan itu. Nampaknya sarung tangannya berfungsi dengan agak baik. Dia terus berlari naik ke atas mencari ayahnya.
Dia berlari ke atas untuk mencari ayahnya, namun matanya langsung tidak dapat menangkap kelibat ayahnya. Setelah penat berpusing di tingkat atas, dia berhenti sebentar. Dia cuba memikirkan tempat yang berkemungkinan ayahnya berada.
Setelah puas berfikir, dia masih tidak dapat memikirkan tempat yang berkemungkinan ayahnya berada. Dia terpaksa menggunakan cara yang lain. Dia turun kembali ke bawah.
Dia perasan bahawa pengawal keempat dapat berdiri, tetapi masih dalam keadaan yang lemah. Dia sedang cuba untuk mengejutkan rakan-rakannya. Siddiq dapat satu idea, yang boleh dikategorikan jahat.
Siddiq pergi ke arah pengawal tersebut. Dia mengacukan pistolnya ke kepala pengawal itu.
" Angkat tangan!" jerkah Siddiq.
Jerkahan itu membuatkan pengawal itu tersentak. Dia mengangkat tangan apabila dia dapat merasakan sesuatu berada terlalu hampir dengan kepalanya.
" Aku nak tanya kau. Dekat mana kau simpan semua dokumen-dokumen penting?!" tanya siddiq dengan nada yang tinggi.
Pengawal itu tidak menjawab. Bukan dia tidak berkehendak untuk mejawab, tetapi itu semua telah tertulis dalam kontraknya bahawa dia tidak sesekali memecahkan maklumat penting kepada orang lain walaupun nyawanya dalam bahaya.
Siddiq menunggu selama seminit. Tiada jawapan. Dia mula rasa sakit hati. dia mengalih sedikit tangannya yang memegang pistol ke kanan. Tanpa teragak-agak, dia menembak ke arah dinding depan, tetapi muncung pistol itu terlalu dekat dengan kepala pengawal tersebut.
Bunyi dentuman itu terlalu kuat di telinga pengawal yang keempat. Dia mula cemas. Nyawanya dalam keadaan yang terlalu bahaya. Lagi sekali, Siddiq meletakkan muncung pistolnya ke kepala pengawal itu. Dia menarik picu pistolnya.
Tarikan picu itu membuatkan pengawal itu cemas, sekali gus menyerah sepenuhnya.
" Ok, ok, ok! Jangan tembak!" rayu pengawal keempat.
" Aku akan tunjukkan jalan, aku akan tunjukkan!" tambahnya lagi.
Siddiq menolak kepala pengawal itu dengan menggunakan muncung pistolnya. Pengawal itu terus berpusing dan mula menuju ke atas.
Sampai di aras yang paling atas, mereka berdua menuju ke arah pintu yang bercorak sekata dengan dinding biasa. Pengawal itu membuka pintu tersebut dan mereka berdua melangkah masuk. Nampaknya, ruang bilik itu ternyata memanjang ke kanan. Ini bermaksud jalan yang berada di depan mereka berpusing mengikut bentuk bangunan yang sememang berbentuk bulat. Di sebelah kiri mereka terdapat banyak ruang pintu untuk masuk ke ruang yang lain.
Ketika mereka melangkah ke depan, mereka terdengar bunyi suara-suara yang agak kuat di bilik sebelah kiri mereka. Siddiq menarik pengawal tersebut ke belakang untuk menghentikan pengawal itu daripada terus berjalan melintasi bilik itu. Kemudian, dia meletakkan muncung pistolnya di sisi kanan kepala pengawal tersebut. Mereka berdua terdengar apa yang diperkatakan oleh seseorang di dalam bilik tersebut.
" So.... do you think that you can get this document and destroy 'em?," tanya seorang lelaki kepada seseorang dengan menggunakan bahasa Inggeris yang sangat fasih.
" Hahahahaha, this is funny, seriously,"
" I mean, you are genius. Yet, your mind are so simple. So simple for me to guess," tambahnya lagi.
" Alex, you must not doing this. This is completely wrong, dude," kata seorang lelaki dengan suara yang dapat dikenali oleh Siddiq.
" Wrong? No you're the one who is wrong. This project is for greater good. This is for humanity. Why you can't see this?" kata Alex dengan nada yang agak kecewa.
" Alex, this thing only brings destruction, sadness and painful. For a person who believe in something good, your sense of justice have been mislead,"
" What? I have been mislead? Hahaha no. I knew the true intention of this project since beginning. So no, I am not being mislead,"
" What the hell? You knew? You knew the true intention of this project? Is that mean that you also knew who behind this project?"
" Of course I am. I mean, I have contribute almost everything in this projects. And yes, I know everything. Including those who have invested in this projects,"
" Damn you!" tengking ayah.
" Why would you trigger? Seriously, there is no need for you to trigger. If I tell you that this project have been invested by Jews, you might gonna drop this poject,"
" We really need you. You and your ceased wife are truly brilliant. So I can't exposed the truth. After all, we need to have a robust financial. So basically, you don't have to feel bad," tambah Alex dengan suara mendatar.
Ayah menjerit-jerit seperti seseorang yang ingin melepaskan diri daripada pergelutan. Ini menyebabkan Siddiq berasa amat marah dengan Alex. Dia sudah tekad untuk membantu ayahnya. Lagipun, masa sudah lebih dari lima minit berlalu. Ini menandakan bahawa kebolehan sarung tangannya dapat digunakan sekali lagi. Tanpa berlengah, dia menghentak hulu pistolnya ke kepala pengawal dengan sangat kuat.
Ini menyebabkan pengawal itu terjatuh sambil mengerang kesakitan. Tanpa berlengah, Siddiq mengambil belantannya dan terus memukul kepala pengawal keempat itu. Pukulan itu menyebabkan pengawal itu pengsan.
Erangan pengawal keempat telah menyebabkan Alex tersedar bahawa ada seseorang yang sedang mendengar perbualan mereka berdua di dalam bilik itu.
" Joe, go check the outside. See if someone ther," perintah Alex.
Siddiq sudah bersedia menghadapi situasi ini. Dia terus menekan butang tengah sarung tangannya.
Di saat lelaki yang bernama joe keluar dari bilik tersebut, Siddiq terlebih dahulu meletakkan tangannya di atas lantai dan menekan butang yang paling depan.
Sekali lagi, masa menjadi sangat perlahan. Joe pada masa itu cuba mengeluarkan senjatanya untuk dihalakan ke arah Siddiq. Tetapi, disebabkan masa menjadi sangat perlahan, Siddiq mengambil kesempatan ini dengan berlari ke arahnya.
Dia menggunakan belantan yang dipegang dengan tangan kirinya untuk menghentak kepala Joe dengan sangat kuat. Kemudian, dengan pantas, dia melibas pula belantannya ke pipi belah kanan dan kiri Joe. Dia melakukan perkara yang sama ke atas perut Joe. Dia ingin memastikan Joe langsung tidak boleh bangun apabila masa kembali normal. Kemudian dia berlari ke dalam bilik itu sambil mengacukan senjatanya ke arah lelaki yang berambut putih dan berkot makmal.
Kemudian, barulah dia perasan. Dia perasan bahawa bukan ayahnya dan lelaki tua itu sahaja yang berada di dalam bilik itu. Dan lagi, dia juga perasan bahawa terdapat satu buatan besi yang sangat besar dan dilekat dengan secara melengkung di dinding yang berada di depan mereka bertiga. Ataupun lebih tepat, besi melengkung itu berbentuk seperti portal 'warp drive' yang terdapat dalam kebanyakan cerita sains fiksyen.
" Shit!" marah Siddiq dengan nada yang sangat perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top