BAB 10: SEDAR

Siddiq dapat merasakan kesejukan yang nyaman di persekitarannya. Matanya tertutup. Dia hanya dapat mendengar bunyi kipas yang berpusing laju. Dia kini sedang terlantar di atas katil yang empuk. Dia masih lagi tidak membuka mata, sebaliknya hanya terus merasai kelainan persekitaran yang dialaminya pada ketika ini. Persekitaran ini lebih tenang daripada yang dialaminya sebentar tadi.

Siddiq terdengar bunyi tombol pintu dipusing. Akibat apa yang telah dialami olehnya sebentar tadi, dia membuka mata dengan luas dan bangkit dari pembaringannya. Dia memandang ke arah piintu dengan perasaan cemas. Pintu bilik itu dibuka.

Seorang perempuan yang umurnya dalam lingkungan 15 tahun ke atas memandangnya dengan terkejut. Dia terlepas bekas kecil yang dipegang olehnya ke atas lantai. Ini menyebabkan air di dalam bekas itu tetumpah di lantai.

" Ha-!" kata perempuan tersebut.

Siddiq juga terkejut dengan apa yang dilihat oleh dirinya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya pada ketika itu. Dia menjadi sangat keliru.

" Kenapa Sarah?" tanya seorang lelaki muda yang lebih dewasa dari perempuan tersebut.

Dia sebenarnya sedang berdiri di belakang perempuan itu. Sarah berpusing ke belakang untuk memandang lelaki itu. Lelaki yang menegurnya pula hanya mengerutkan dahi, dan kemudian memandang ke arah Siddiq.

Matanya agak terbeliak. Kini dia sudah tahu kenapa perempuan yang berada di depannya terkejut.

" Ayah!!!" jerit lelaki tersebut.

" Ya!" sahut seorang lagi lelaki dari dalam bilik tidur rumah itu.

Kemudian, muncullah seorang lelaki bertubuh agak gempal sedikit dan pendek. Dia hanya jalan terkedek-kedek ke arah anak lelakinya.

" Kenapa?" tanya lelaki gempal itu.

" Budak ni dah bangun," kata anak lelakinya ringkas.

Mata lelaki bertubuh gempal itu agak terbeliak menandakan bahawa dia terkejut. Kemudian, dia mencelah dari anak lelakinya dan perempuan muda itu untuk menuju ke katil Siddiq.

Siddiq dapat mengenal pasti lelaki bertubuh gempal itu. Mereka sering kali bertemu di majlis-majlis besar yang dianjurkan oleh organisasi yang disertai oleh ayahnya dahulu.

Lelaki itu tersenyum apabila melihat Siddiq memandang dirinya seperti yang selalu dilakukan olehnya ketika dia sering kali bertemu. Ya, Siddiq sering kali memandang dirinya seperti seorang lelaki yang agak tipikal.

" Kalau kamu boleh memandang pak cik macam tu, maknanya kau sihat la tu," kata lelaki itu dengan tersenyum.

" Sarah, pergi ambilkan air minuman," tambahnya lagi.

Siddiq hanya memandang Sarah dengan perasaan yang sangat keliru. Melihat keadaan itu, Sarah agak tersentak.

" Ha-!" kata perempuan itu sambil mengundur setapak ke belakang.

Dia kemudiannya berpaling dan berlari meninggalkan bilik itu. Lelaki bertubuh gempal itu hanya melihat situasi tersebut. Dia kemudiannya fokus dalam memastikan tubuh badan sihat Siddiq seperti biasa.

" Itu anak pak cik. Dia tu pemalu sikit," kata lelaki bertubuh gempal itu kepada Siddiq.

Siddiq hanya mendiamkan diri. dia sebenarnya sedang menghadam situasi yang berlaku kepada dirinya pada ketika itu. Setelah beberapa saat berlalu, anak lelaki pak cik bertubuh gempal itu masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengan Siddiq.

" Selamat berkenalan, nama aku Tariq," kata lelaki itu kepada Siddiq sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Pada mulanya, Siddiq teragak-agak. Dia agak skeptikal terhadap semua orang. Akan tetapi, ahli keluarga itu telah pun menyelamatkan dirinya daripada bahaya yang dia sendiri tidak ketahui. Siddiq menyambut salaman Tariq. Tariq tersenyum melihat gelagat Siddiq.

" Okay, badan kau sihat seperti biasa. Cuma kau hilang banyak tenaga. Kalau makan banyak sedikit, kau akan okay macam biasa," kata lelaki bertubuh gempal itu.

Siddiq menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

" Pak cik Zahrin bukannya doktor," kata Siddiq dengan selamba.

Zahrin memandang Siddiq sambil tersengih. Seperti biasa, Siddiq dengan keselambaannya yang agak menjengkelkan.

" Thats, my friend, is where you are wrong," balas Zahrin sambil mengangkat keningnya.

" Kau nak makan ke?" tanya Tariq kepada Siddiq.

Dia diam seketika kerana dia masih lagi tidak dapat menghadam sepenuhnya situasi itu. Kemudian dia membalas pertanyaan Tariq.

" Boleh juga,"

Tariq mengangguk sambil meninggalkan tempat itu. Pada masa yang sama, sarah masuk ke dalam bilik itu sambil membawa air minuman dalam keadaan terketar-ketar. Zahrin hanya memerhatikan gelagat anaknya yang pelik. Sarah menyerahkan minuman yang dibawa olehnya kepada Siddiq. Siddiq hanya menyambut minuman itu dengan senyuman pudar.

" Kita sekarang ni dekat mana?" tanya Siddiq kepada Sarah.

Sarah tersentak sekali lagi. Dia seperti tergagap seketika. Siddiq berasa hairan seketika. Dia sangat pasti sebelum ini Sarah bukanlah manusia yang pemalu ataupun penakut. Sarah yang dikenal olehnya agak kasar, selamba dan baik. Nanti sekejap, Sarah yang selalu dikenali olehnya?

" K-k-kita dekar r-r-rumah ayah s-s-saya," balas Sarah perlahan.

Rumah pak cik Zahrin? Tak bahaya ke? Tanya hatinya kepada dirinya sendiri. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah pak cik Zahrin.

" Kita bebas dari serangan The Dead ke?" tanya Siddiq dengan nada serius.

Zahrin menunjukkan muka yang tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Siddiq.

" The Dead?" tanya Zahrin ringkas dengan muka yang kehairanan.

" Ya, The Dead. Yang macam zombi tu. Yang boleh gigit orang lepas tu orang kena gigit tu pun jadi The Dead jugak," terang Siddiq dengan bersungguh-sungguh.

Zahrin masih lagi tidak dapat memahami Siddiq. Setahunya, dunia yang didiami oleh mereka semua pada ketika ini tiada sebarang The Dead atau zombi.

" Pak cik rasa kamu bermimpi ni. Setahu pak cik, tak ada sebarang benda-benda menakutkan macam tu berlaku pun dekat dunia realiti ni," jelas Zahrin.

Siddiq terpinga-pinga. Dia tidak faham. Seingat dirinya, dia hampir-hampir sahaja dikerumuni oleh The Dead disebabkan ditinggalkan oleh rakan-rakan kumpulannya. Dia memandang pula ke arah Sarah. Sarah hanya mengerutkan dahinya apabila Siddiq melihat dirinya dengan pandangan hairan.

" Apa yang pak cik cakapkan ni? Seingat saya, saya ditinggalkan oleh kumpulan saya sendiri dan saya hampir dikerumuni oleh The Dead. Tak silap saya, Sarah pun ada dekat situ. Dia juga turut tinggalkan saya,"

Sarah ternganga apabila Siddiq berkata begitu. Zahrin juga berasa sangat pelik apa yang diperkatakan oleh Siddiq.

" Bila masa saya buat macam tu? Ini baru first time jumpa awak," beritahu Sarah dengan suara jelas.

Secara tiba-tiba sahaja Sarah mampu berkata-kata secara jelas. Mungkin dia agak terasa apabila Siddiq menuduh dirinya sebegitu. Keadaan senyap seketika. Tariq kembali masuk ke dalam bilik itu dan memberi sepinggan nasi kepada Siddiq.

Siddiq menjamah sedikit nasi sambil berfikir apa yang sebenarnya berlaku. Setelah lama berfikir, dia terus membuat keputusan bahawa semua yang berlaku ke atasnya sebelum ini hanyalah mimpi.

Akan tetapi, situasi yang dialami oleh dirinya sebenarnya agak realistik. Cuma bezanya dia tidak mampu mengawal pergerakkannya pada ketika itu. Badannya bergerak sendiri dan mulutnya selalu mengeluarkan kata-kata yang dia langsung tidak terfikir dan ketahui.

" Kalau macam tu, saya minta maaf kerana berkata begitu. Mungkin pak cik cakap benda yang betul, yang saya ni sebenarnya bermimpi saja," kata Siddiq dengan nada perlahan.

Dia sudah malas nak berkata-kata sebenarnya. Dia juga ingin mereka semua keluar dari bilik itu supaya dia dapat merehatkan dirinya.

" Okay, kalau begitu, kamu bberehat la dahulu. Kalau ada apa-apa, baitau pak cik," saran Zahrin kepada Siddiq.

Dia kemudiannya keluar dari bilik itu dan diekori oleh Sarah. Tariq menepuk bahu Siddiq dan terus mengekori adiknya. Siddiq hanya melihat pintu bilik itu ditutup oleh Tariq apabila dia keluar dari bilik itu.

Siddiq hanya meneruskan sahaja menghabiskan makananannya. Setelah menghabiskan makanannya, dia terpandang ke luar jendela. Hatinya mula tenang melihat langit membiru kemerahan yang sangat cantik.

Dia keluar dari biliknya sambil membawa pinggannya ke dapur. Sarah pada ketika itu sedang mencuci pinggan. Apabila melihat Siddiq menghampiri sinki, dia agak terkejut.

" Eh? Awak belum sihat lagi!" katanya dengan nada terkejut.

Dia dengan pantas mengambil pinggan yang berada di tangan Siddiq. Siddiq hanya pelik dengan tindakan Sarah.

" Aku boleh buat sendirilah," kata Siddiq dengan nada agak tinggi.

Nada Siddiq itu membuatkan Sarah tersentak. Dia tidak biasa dengan orang yang selalu meninggikan suara. Dia memandang Siddiq dengan perasaan takut sedikit.

Siddiq cepat-cepat perasan akan tindakannya. Dia melepaskan nafas dengan perlahan. Ah, dia sudah silap percaturan.

" Sarah, aku tak marahkan kau pun. Sorry, nada aku memang tinggi sikit," kata Siddiq dengan nada yang lebih lembut sedikit.

" Ha," balas Sarah pendek.

Siddiq menarik nafas sedalam-dalamnya dan kemudian melepaskan nafasnya dengan perlahan-lahan. Dia mengambil cawan untuk minum sedikit kerana tekaknya agak kehausan.

" Boleh ke minum ni?" tanya Siddiq sambil memegang cawan dan botol air mineral.

Sarah memandang ke arah Siddiq dan kemudian dia mengangguk. Siddiq terus menuangkan air minuman ke dalam cawan dan meneguk minuman tersebut.

" Thanks," katanya ringkas apabila selesai meneguk minuman itu.

" Huh???" balas Sarah ringkas.

" For helping me," terang Siddiq lebih lanjut.

" Okay," balas Sarah ringkas.

Siddiq mula jengkel. Dia tidak suka bila seseorang itu sering kali membalas dengan ayat pendek. Akan tetapi, dia sedar bahawa perangainya juga sama. Pada masa yang sama, dia juga ingin tahu bagaimana dirinya boleh terselamat setelah dia pengsan di Pusat Sains Negara.

" Sarah, macam mana aku boleh ada dekat sini? Tak silap aku, last sekali aku ingat yang aku ni dekat PSN," katanya dengan nada lembut.

" PSN?" tanya Sarah ringkas.

" Pusat Sains Negara,"

" Ouh, yang tu. Ayah terkejar-kejar dari KLIA ke PSN bila dapat detect yang ayah awak dekat sana,"

" Detect? Macam mana?"

" Pakai GPSlah,"

" Yelah, pakai GPS, aku tahu. Tapi macam mana dia tau ayah dekat mana?"

Sarah tidak faham dengan soalan Siddiq.

" Itu...kena tanya ayah la kot," balasnya ringkas.

Siddiq berasa jengkel lagi. Nampak sangat Sarah ni sebenarnya tidak mahu bercakap dengan dirinya pun. Ah, lantaklah, kata hati Siddiq.

" Rambut awak tu....memang warna putih ke?" tanya Sarah sambil memandang rambut Siddiq.

" Warna putih? Mana ada. Saya orang Melayulah," balas Siddiq dengan wajah berkerut.

" Ouh yeke.....hmm....apa kata awak check cermin,"

Siddiq memandang skeptikal ke arah Sarah. Apahal pulak ni. Rambut aku mestilah warna hitam sebab aku melayu, kata hati Siddiq.

Dia pergi ke cermin yang berada di ruang tamu. Apabila dia mengadap ke arah cermin, dia terkejut besar.

" What the hell?!" lafaz Siddiq dengan nada terkejut.

Pada masa yang sama, Tariq keluar dari biliknya. Dia terpandang Siddiq yang berdiri di depan cermin.

" Asal kau?" tanya Tariq sambil menepuk bahu Siddiq.

Tepukan itu membuatkan Siddiq sedikit tersentak. Dia memandang ke arah Tariq. Kemudian, dia kembali memandang ke cermin yang berada di depannya. Pada ketika itu, dia cuba berfikir sedalam-dalamnya bagaimana rambut hitamnya boleh berubah warna.

" Asal?" tanya Tariq lagi. Dia kehairanan dengan tindakan Siddiq.

Siddiq kembali memandang Tariq.

" Warna rambut aku dah berubah," jawab Siddiq sambil kecewa.

Tariq memandang Siddiq dengan penuh tanda tanya.

" Bukan rambut kau memang warna putih ke?"

" Tak!!!"

" Eh? Yeke? Seingat aku, memang rambut kau warna putih bila kita orang selamatkan kau dekat PSN,"

" Dekat PSN?"

" Pusat Sains Negara,"

Siddiq memandang jengkel ke arah Tariq. Ya, dia tahu PSN tu apa. Dia cuba berfikir kembali kenapa rambutnya berubah warna. Seingat dirinya, waktu dia mula menuju ke PSN, rambutnya masih lagi hitam.

Adakah ini merupakan kesan sampingan dari menggunakan sarung tangan ayahnya? Yalah, dia telah pun banyak mengubah hukum fizik setelah menggunakan sarung tangan itu

Lagikan pula, dia secara tidak sengaja telah membuat lubang hitam muncul pada waktu dia hampir dibunuh oleh Alex. Dan dari lubang hitam tu pula mesin masa teraktif. Nanti sekejap, mesin masa teraktif?

Masa mesin masa itu teraktif, dia berada di situ. Dia juga dapat merasakan mukanya seperti ditarik-tarik ke atas. Mungkinkah pada waktu itu, rambutnya mula berubah? Dia sendiri tidak pasti. Dia menuju ke sofa untuk duduk.

Tariq hanya memerhatikan sahaja tindakan Siddiq yang pelik itu. Dia dapat merasakan bahawa adalah tidak bijak jika mengganggu Siddiq pada ketika itu. Jadi, dia pula membuat keputusan bahawa lebih baik dia pergi ke dapur.

Setelah lama berfikir, Siddiq masih tidak tahu situasi yang mana satu telah menjadikan dirinya seperti itu. Akan tetapi, buat masa ini, dia berpegang kepada situasi yang di mana mesin masa tersebut telah aktif kerana pada masa itu, dia dapat merasakan satu seksaan yang sangat dahsyat.

Ketika dia sedang membuat konklusi tentang perubahan dirinya, Zahrin keluar dari bilik tidurnya dan ternampak Siddiq sedang duduk di sofa. Disebabkan kepalanya penuh dengan tanda tanya, dia merapati Siddiq untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku di Pusat Sains Negara.

" Bagus la kamu dekat sini," kata Zahrin kepada Siddiq sambil duduk di atas sofa.

" We need to talk," tambahnya ringkas.

7959%5~O��E�

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top