✘CHAPTER 50✘
Malam yang dingin dan sepi membuatkan ji hyo dan lay mengambil keputusan untuk duduk diluar sambil menikmati kehangatan unggun api.. Malam itu tamburan Bintang dilangit membuatkan suasana bertambah romantik.
Mereka duduk menghadap unggun api.. Kepala ji hyo elok terletak dibahu lay manakala tangan mereka saling berpaut.
"Selepas ji hyo berjumpa dengan oppa buat pertama kali.. Semuanya mula berubah. Ji hyo mula percaya pada mimpi dan impian yang orang macam ji hyo juga boleh jatuh cinta. Ji hyo cintakan oppa.. Ji hyo hanya akan cintakan oppa.. Sebab oppalah ji hyo berani luahkan perasaan ji hyo. Sama ada ini cinta atau bukan.. Oppalah orang yang bertanggungjawab mengubah hidup ji hyo"luah ji hyo.
Lay tersenyum ubun-ubun ji hyo dicium sekilas.
"Ji hyo.. Andai satu hari nanti kita berpisah... Oppa nak ji hyo percaya yang oppa akan cari ji hyo.. Kita akan kahwin dan punya keluarga yang bahagia.. Oppa akan tunggu ji hyo sampai bila-bila"tekad lay dia tak tahu apa yang akan terjadi pada mereka selepas ini tapi dia akan pastikan yang hatinya hanya untuk ji hyo seorang.
Ji hyo diam dia mengangkat wajahnya ditenung lay yang duduk disebelahnya.
"Oppa sayang dan cintakan ji hyo? "Soal ji hyo.
Lay mengangguk laju.
"Kalau macam tu... Teruskan hidup.. Jangan bersedih terlalu lama.. Ingat exo dan exo l sayang dan cintakan oppa.. Janji dengan ji hyo carilah kebahagian oppa jika ji hyo tidak muncul dihadapan oppa. Ji hyo akan bahagia kalau oppa bahagia... "Sambung ji hyo lagi dia juga tidak tahu apa yang akan jadi pada hubungan mereka.. Dia hanya mahu melihat lay dan exo bahagia walaupun pada akhirnya mereka tetap tak bersama... Dia tak mahu mementingkan diri dengan menabur janji pada lay yang mereka akan bersama.. Dia hanya mahu lay berbahagia dengan kehidupannya. Kerana dia juga akan mencari kebahagiaannya sendiri.
Lay diam dahi ji hyo dicium dia mengangguk perlahan mengiakan kata-kata ji hyo tapi di dalam hati dia sudah memasang tekad yang dia akan mencari ji hyo dan seterusnya mengahwini ji hyo.
Mereka kembali melihat taburan Bintang di dada langit sambil tersenyum.. Malam ini milik mereka... Dan memori mereka.
Cinta bukan tentang berapa lama kamu telah mengenal seseorang, tapi tentang seseorang yang buatmu tersenyum sejak kamu mengenalnya. Dan zhang yizing adalah satu-satunya namja yang berjaya menerbitkan seribu rasa dalam hatiku.
☆☆☆☆☆
Ji hyo mengesat dahinya yang berpeluh akibat mendaki tangga dari tingkat dua sampai empat kerana lif ditingkat dua tidak berfungsi jadi nak tak nak terpaksalah dia menapak demi mencari seseorang yang dia rindukan sebagai exo-l iaitu xi luhan.. Mengikut apa yang penyiasat peribadinya beritahu inilah satu-satunya apartmen yang luhan ada di korea kerana dia telah menjual dua buah apartmen di beijing serentak dengan penutupan studionya.
Mulutnya menyebut satu persatu nombor yang terdapat di pintu-pintu akhirnya dia berhenti di pintu bernombor 404..loceng ditekan tiada sahutan... Loceng ditekan buat kali kedua juga tiada sahutan..... Dan sampailah jarinya lenguh menekan loceng penghuni di dalam masih tidak memunculkan diri. Akhirnya ji hyo akur di penat dia duduk bersandar di pintu apartmen luhan. Putus asa? Tak adalah.. Dia masih banyak cara macam mana nak berkomunikasi dengan luhan... Dia dah lalui macam-macam dugaan jadi apa yang terjadi hari ini hanyalah perkara kecil. Dia tahu luhan perlukan banyak masa untuk berdepan dengan exo tapi dia tidak punya banyak masa dia masih ada empat bulan untuk kembalikan exo seperti dulu jadi kalau dia tak mulakan hari ini.. Bila lagi? Sampai dia jadi debu dan hilang dari dunia ini? Tak dia tak mahu itu berlaku dia mahu pulang ke tempat di mana sepatutnya dia berada.. Dia rindukan suasana universiti dia rindukan mama lisa, jimin dan jackson... Dia rindukan semuanya.
"Aku ingat kau dah putus asa? "Soal satu suara yang berdiri di depannya.
Ji hyo mendongak dia tersenyum.... Dia berdiri kotoran yang melekat di skirtnya di tepuk perlahan..
"Oppa... "Panggil ji hyo.. Dia menghulurkan tangannya ingin berjabat dengan luhan tapi sayang tangannya dibiarkan kosong.
Luhan menolak tubuh ji hyo perlahan dan menolak pintu apartmen setelah menekan kata laluan untuk membolehkannya masuk. Di biarkan pintu terbuka sedikit dia tidak mempelawa ji hyo masuk tapi dia dia harap ji hyo faham maksudnya.
Ji hyo mengekori luhan masuk pandangan ditebarkan di sekeliling apartmen yang bertemakan hitam putih, kemas dan teratur. Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya... Yang menarik perhatiannya iaitu tampalan poster exo dan deretan frame exo di atas meja.
Ji hyo tersenyum sinis dipandang luhan yang berdiri menghadapannya.
"Puas ke tipu diri sendiri? Oppa rindukan exo kenapa tak datang pada kami? Malu atau ego? Atau oppa nak kami sujud dan mengemis di depan oppa baru oppa nak kembali pada kami? "Soal ji hyo sarkastik dia tak ada niat mahu memerli luhan tapi itu saja cara yang dia ada untuk menyedarkan luhan.
"Kalau itulah yang ji hyo fikir pasal oppa selama ni.. Baik ji hyo keluar dari sini... "Jari telunjuknya diarahkan pada pintu dia tahu ji hyo faham...
"Owh macam ni ke xi luhan yang kami semua kenal? Ini ke muka dan perangai oppa sebenarnya..... Ha? "Jerit ji hyo ternyata jeritannya itu buat luhan menitiskan air matanya..
"Ji hyo masih tak faham oppa.. Ji hyo masih tak kenal oppa.. Dan sampai bila-bila ji hyo tak kan pernah faham oppa... "Jawab luhan dalam sendu dia terasa dengan ji hyo hatinya sakit dia ingatkan ji hyo kesini mahu memujuknya tapi bukan pujukan yang dia dapat....
"Jadi...Fahamkan ji hyo... Buat semua orang faham dan jelas kenapa oppa tinggalkan kami.. Jangan jadi pengecut dengan mengulang perkataan kami tak kenal oppa... Sedangkan oppa sendiri tak pernah nak fahamkan kami..."
Bunyi loceng buat perbualan mereka terhenti.. Luhan meluru membuka pintu. Kelihatan seorang namja yang berusia dalam likungan 40 tahun masuk dan bercekak pinggang memandang luhan.
"Mana duit sewa.. Dah 7 bulan kau tak bayar duit sewa apartment aku ni..."...
"Maaf boleh bagi saya masa sebulan je lagi saya akan lunaskan hutang saya.. Tolonglah saya merayu pada tuan"rayu luhan kedua tangannya digosok dihadapan tuan pemilik apartment ini tanda dia ingin meraih pengertian. Dia hanya ada apartment ni je untuk dia berteduh dia tak mahu pulang ke rumah kedua orang tuanya dia malu...
"Kesiannya kau.. Tapi tu bukan masalah aku... Sekarang ni aku nk kau kemas semua barang kau dan berambus dari rumah aku.. Baik lah ke group lama kau aku dengar dia orang dah kaya... Kan?. "
"Ajushi... Saya rasa amount ni dah lebih dari cukup kan untuk beli apartmen ni dan tutup mulut ajushi yang macam longkang... "Cek di Baling di hadapan ajushi yang bermulut longkang dan tubuh orang tua itu ditolak keluar.
Ji hyo memeluk tubuhnya memandang luhan.
"Ji hyo tak cuba untuk beli hati oppa untuk kembali pada exo..ini hanya pertolongan dari seorang sahabat... Nah! Ni nombor telefon ji hyo kalau oppa dah bersedia nak kembali pada kami dam ceritakan semua just call me... "Kertas tertulis nombor telefonnya diletakkan diatas meja. Beg tangannya di ambil tompol pintu dibuka sebelum itu dia menoleh melihat luhan yang terdiam sedari tadi.
"Suatu hari nanti oppa akan sedar.. Siapa kawan yang rela berjuang untuk oppa selama ni.. Kami semua sayang oppa... Malah kami tak pernah salahkan oppa atas apa yang berlaku pada kami"Ji hyo menutup pintu dan keluar dari apartment luhan dengan hati yang terbuka. Sekarang keputusan terletak ditangan luhan.. Dan nasibnya juga terletak ditangan luhan.
Lay yang sedang bersandar di tepi kereta di peluk lama... Hilang terus kegusarannya bila ada seseorang yang menemani dan menenangkannya.
☆☆☆☆☆
Baju berwarna putih polos off shoulder separas pusat, skinny jeans berwarna putih. Rambut diikat tinggi dan solekan minimalis membuatkan penampilan ji hyo nampak seksi untuk sesi photoshoot majalah ceci bersama seorang k idol yang dirahsiakan pihak produksi. Entah kenapa ji hyo sendiri tidak tahu mungkin k-idol itu tersangatlah popular yang boleh membuatnya teruja dan peminatnya menjerit histeria. Mungkin juga seseorang yang 'ji hyo' ini minati sebab itu dirahsiakan kemunculan k-idol misteri itu.
Air mineral disedut menggunakan straw sambil rambutnya yang sedikit jatuh dibetulkan..pintu bilik solekan yang terbuka mengalih perhatian ji hyo...
"Hai seksi"sapaan dari seorang namja membuatkan air yang diminumnya tersembur keluar..

"Choi... Choi"
"Yep!! Choi siwon"sapa siwon salah seorang ahli super junior yang super hot.. Tapi tu bukan point dia.. Point nya yang buat dia tersembur air dari mulutnya ialah dia topless hanya memakai jean koyak.
Siwon merangkul bahu juniornya yang dulu begitu rapat dengannya.. Semasa ji hyo kemalangan di hiatus dari aktiviti super junior sebab itu baru hari ini mereka dapat bertemu.. Dia tahu pasal keadaan ji hyo pun melalui baekhyun. Sebab itulah bila dia berpeluang melakukan photoshop dengan ji hyo dia terus sambar.. Dia mahu hubungan mereka seperti dulu
Ji hyo tidak selesa bila bahunya dipeluk sebab dia dapat rasa kulit siwon bersentuhan dengan kulitnya jadi dia menolak sedikit tangan sasa milik siwon.
"Maaf sunbae saya minta diri.... "
"Eh!!!! Eh.. Mana nak lari"belakang baju ji hyo ditarik siwon membuatkan ji hyo kaku ditempatnya bukan apa takut kalau dia melangkah ke depan lagi belakang badannya akan terdedah.
"Maaf sunbae boleh tak sunbae lepaskan baju saya"pinta ji hyo dia harap sangat siwon mengikut apa yang dipinta dia takut dia akan berkeras.
Disaat siwon mahu menyambung kata-katanya pintu bilik solekan terbuka membuatkan siwon melepaskan baju ji hyo.
Seorang staff yeoja menjengukkan kepalanya.
"Bagus kamu berdua dah ada di sini.. Get ready ye.. Lagi 5 minit kita akan start..
Mulut ji hyo ternganga bila dia di maklumkan dia akan bergandingan dengan choi siwon... Eh! Mengarutnya...
Dipandang choi siwon yang berada di sisinya.. Namja itu tersenyum.. Senyuman yang pelik membuatkan bulu romanya tegak berdiri.
5 minit kemudian mereka diarahkan ke set pengambaran di mana pengambaran mereka kali ini berkonsepkan seksi yang diadakan di dalam studio....
Sebuah kerusi berwarna hitam berada ditengah-tengah studio dan kerusi itu dikelilingi oleh kamera membuatkan ji hyo bertambah seram.. Walaupun ini baru pertama kali untuk dia... dia seakan dapat mengagak apa yang perlu mereka buat. Ji hyo telan air liur dia cepat-cepat menghantar pesanan ringkas pada lay yang sedang menunggunya di dalam kereta.
Telefon cepat diletakkan ketepi bila seorang staff memanggilnya..
Dia dan siwon di tunjukkan sekeping gambar model yang berposing seksi... Lelaki duduk bersahaja manakala model perempuan memeluk leher model lelaki itu sambil memberi reaksi seksi.
"Oh! My god... "Itu saja yang lahir dari mulut ji hyo selebihnya dia seakan dipukau apabila dia merelakan tubuhnya ditarik staff supaya berdiri ditengah studio dan bersedia.
Siwon sudah selesa duduk ditempatnya manakala dia hanya berdiri kayu terpacak macam tiang bendera. Memanglah choi siwon ni hensem dan hot tapi dia tak selesa semua ni buat dia tak bahagia...
"Omma....... "Jerit ji hyo perlahan dia ketawa dalam tangisan dengan nasibnya...
"Oh! Lay buat apa dekat sini? "Soalan siwon buat ji hyo mengangkat mukanya.. Lay? Dia buat apa dekat sini...
Lay diam dia menunduk hormat pada seniornya dan tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang dia menarik tangan ji hyo keluar dari studio.
siwon tersenyum dengan tindakan lay dia tahu lay dan ji hyo punya hubungan istimewa dia buat semua ini atas arahan baekhyun.
☆☆☆☆☆
[BREAKING NEWS!] LAY EXO AND JI HYO EXO CONFIRM THAT THEY HAVE BEEN DATING SINCE JI HYO AND BAEKHYUN BREAKUP.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top