✘CHAPTER 46✘

Minit terakhir sebelum konsert di kota jakarta berakhir di isi dengan satu segmen iaitu di mana exo dikehendaki menjawab beberapa pertanyaan daripada peminat. Sekeping kadboad yang diletakan dihadapan mereka dengan beberapa keping stiker note yang tergantung menjadi perhatian mereka. Ji hyo yang duduk disebelah lay mula melihat muka lay kerana dia tak tahu ada segmen sebegini dalam konsert yelah dia mana pernah ke konsert exo yang dia tahu exo hanya menyanyi dan buat fanservice itu yang dia tahu.

Pengacara yang diterbangkan khas dari korea seorang yeoja yang menguasai pelbagai bahasa itu menjadi perantara antara exo dan exo-l indonesia.

"Sebenarnya segmen ini adalah segmen baru memandang kita banyak terima permintaan peminat. Maka hari ini secara rasminya segmen ini akan diadakan setiap kali konsert. Dan untuk itu kita dah berjaya mengumpul beberapa cadangan dan kritikan daripada para peminat. Okay kita mulakan dari leader kita suho untuk cabut satu stiker note"pelawa pengacara itu.

Suho bangun dan mencabut stiker note berwarna merah yang sedari tadi. Suho duduk dan mula membaca coretan dari note yang diambil dia ketawa kecil sambil melihat ji hyo yang duduk di sebelah lay.

"Saya dapat stiker note daripada aulia... Dia tanya siapa yang paling rajin dan paling malas dalam exo... "Baca suho sambil matanya melirik pada ji hyo yang jelas kebingungan.

"Jawapannya...? "Soal pengacara itu.

"Jawapannya song ji hyo.. Dia yang paling rajin bila bab mengemas dan menguruskan keperluan di dorm dan dia yang paling malas dalam exo bila tiba bab bangun tidur sebab dia ratu air liur basi"ketawa terletus kuat bila dia lihat song ji hyo bangun dan mencekak lehernya kuat.

Kalau ikutkan hatinya yang panas nak je dia piat-piat telinga suho tapi mujurlah chanyeol bertindak cepat dengan mengheretnya duduk. Dia mengomel sendiri di tempat duduknya.tapak stadium riuh dengan hilai tawa daripada exo-l yang fikir mereka menghiburkan.

Giliran chen pula untuk mencabut kepingan stiker note.. Tanpa melihat atau membaca chen memilih stiker note yang berwarna putih.. Bila di kembali ke tempatnya dia mula membaca dan secara tiba-tiba air mukanya berubah sepenuhnya.

Pengacara mula mendekati dan turut membaca kirman peminat yang buat chen berubah air muka. Pengacara tergamam dia pun tak tahu nak bereaksi apa dia hanya serahkan pada chen untuk menjawab soalan peminat.

"Apa perasaan exo bila tao mengambil keputusan untuk tinggalkan exo.. Adakah exo rasa di khianati? Daripada taofan"perlahan tapi cukup buat exo dan tao terdiam dia tahu itu hanyalah satu pertanyaan daripada seorang peminat tapi mereka tak bersedia untuk jawab pertanyaan itu. Ia melukakan hati exo.

Pengacara diam exo diam dan peminat juga diam ada beberapa suara yang menjerit "khencana.... Khencana".
Tao menundukkan mukanya dia tahu dia salah dia tak berkecil hati tapi dia risau exo akan bersedih biar pun dia telah kembali ke exo.

"Kenapa nak rasa dikhianati pula? Kami tak rasa begitu malah true exo l juga berpendapat yang sama.. Kami tak pernah salahkan tao luhan dan kris yang mengambil keputusan untuk tinggalkan kami... Masa kami untuk bersama telah pun berakhir.. Jika mereka mahu disini mereka akan datang dengan sendiri... Kami hanya sahabat mereka kami tiada hak ke atas mereka"jawab kai dia bercakap bukan sebab dia dah berhenti berharap yang exo akan kembali macam dulu.. Tapi hidup kena melangkah kehadapan sampai bila mereka nak bersedih mereka perlu fikirkan perasaan exo-l sama jadi tak salahkan apa yang dia sedang buat.

Tao bangun kaca mata hitamnya ditanggalkan disisinya ji hyo sedang memegang tangannya erat.
"Empat tahun usia exo.. Dan selama itu macam-macam yang kami lalui kehilangan kris dan luhan gege... Tahun ni tahun yang sangat mencabar bagi saya dan exo.. Saya mengambil keputusan untuk tinggalkan exo bukan sebab selisih faham dengan exo.. Tapi saya buat keputusan ini kerana appa saya... Terpulang pada exo l untuk percaya saya ke tidak... Saya sedih bila sesetengah exo l menyalahkan exo atas pengunduran saya. Mereka tak salah saya yang salah. Dan saya huang zitoa yang berdiri disini sekali lagi adalah kerana kamu semua dan juga exo. Mereka cuba untuk pujuk saya pujuk papa saya supaya benarkan saya terus berada di sini mereka tak kisah bila mereka dimarahi appa saya. Dulu appa saya tak percayakan persahabtan tapi bila melihat kesungguhan ji hyo dan lay gege hati keras appa saya lembut. Dia yang mendesak saya untuk kembali ke exo dan saya disini atas semangat ji hyo dan lay ge... Terima kasih dan saya akan cuba untuk lebih setia... I'm very sorry and thank you"Ucapan tao berakhir dengan tepukan gemuruh daripada exo dan exo l manakala suho tidak kering dengan air mata.

☆☆☆☆☆

Tuan huang menghulurkan sekeping sampul surat pada anak lelakinya mukanya bersahaja langsung tiada senyuman sewaktu menghulurkan sampul surat itu. Perlahan-lahan tao mengoyakkan sedikit sampul surat itu sambil itu dia melihat papanya yang masih terlantar di wad hospital.

Bila melihat isi di dalan surat itu serta-merta air matanya jatuh..
"Papa apa ni? "Soal tao terharu dia ingin sekali memeluk tubuh tua papanya tapi bila melihatkan muka tuan huang langsug tiada senyuman dia jadi takut.

Tuan huang berdehem kecil dan dia memandang muka anak lelakinya lama pipi anaknya disentuh perlahan sebelum dia bangun daripada katil dan bergerak ke beranda. Langsir diselak sambil melihat beberapa orang pesakit yang sedang bersiar-siar di taman yang terdapat di hospital elit ini.

"Sebelum papa berjaya papa ada dua orang kawan baik.. Merekalah yang sentiasa ada di sisi papa ketika papa sedang struggle untuk membina empayar perniagaan papa sendiri. Dan dalam proses itu hubungan papa dengan kawan-kawan papa makin lama makin hilang seri dalam persahabatan. Mereka cuba untuk tarik papa balik tapi papa masa tu penuh dengan semangat untuk berjaya papa kira mereka yang buat papa lambat kejar cita-cita papa dan sejak dari itu papa sentiasa fikir yang kejayaan papa datang dari usaha papa sendiri. Sampailah papa dengar kata-kata yang datang dari mulut song ji hyo... Kata-kata dia buat papa sedar yang kejayaan papa sebenarnya datang dari kawan-kawan papa.. Mereka mungkin tidak membantu dari segi kewangan tapi mereka membantu dari segi semangat dan sayangnya masa tu papa langsung tak nampak. Sekarang papa sedar yang hidup papa sunyi setelah papa kehilangan kawan-kawan papa dan papa tak nak tao rasa apa yang papa rasa. Kembalilah pada exo mereka perlukan tao dan papa percaya tao pun perlukan mereka"panjang lebar tuan huang meluahkan apa yang dia mahu katakan pada anak lelakinya.. Air mata tuanya jatuh bila tubuhnya di dakap sang anak.

"Macam mana dengan papa? "Soal tao dalam sendu tubuh papanya masih di dakap erat inilah kali pertama dia memeluk tubuh papanya setelah dia menginjak dewasa.

"Kenapa dengan papa? Papa okay je... Yang penting tao kena dahulukan kebahagian tao.. Kalau berada di sini buat tao sedih pulanglah ke exo. Mereka kebahagian tao.. Papa gembira kalau tao gembira. Kalau dulu tao pergi tanpa restu papa sekarang papa hantar tao dengan restu dan sokongan daripada papa. Sampai korea nanti berterima kasihlah pada ji hyo sebab buat papa buka mata dan hati untuk melihat keikhlasan mereka dalam berkawan. Maafkan papa sebab lambat sedar.. Dah apa lagi pergilah sekarang sebelum papa ubah fikiran... "Gesa tuan huang.. Dia tersenyum bila anaknya tergopoh-gapah keluar daripada wad.

"Papa sayang kamu tao.. Sayang sangat"......

Habis saja tao mengimbas kembali kata-kata papanya yang buat tao berada di depan mereka.. Mereka serentak mengelap air mata yang mengalir di pipi masing-masing. Hidangan tradisional jakarta menjadi saksi tangisan mereka.

Song ji hyo yang duduk di sebelah lay tidak habis-habis dituai pujian. Baginya sekarang ini dia ada dua rasa iaitu rasa sedih dan dalam pada yang sama rasa gembira.. Sedih sebab masa dia di sini sudah tidak lama dan juga gembira kerana dia sudah berjaya memulangkan tao pada exo. Hatinya sedikit terpujuk bila tangan lay mengusap tangannya lembut dibawah meja. Dia memandang lay sekilas dan mereka sama-sama perpandangan.

Baekhyun yang duduk di hujung meja hanya memerhati lay dan ji hyo dari ekor mata dia tak cemburu tapi dia tumpang gembira sebab ji hyo sudah temui kebahagiaannya.

Hampir 10 minit mereka bergelak ketawa di restoran yang bercirikan buluh itu. Song ji hyo meminta diri untuk ke tandas sementara yang lain masih rancak berbual.

Langkah hati-hati diambil ketika dia menuruni satu persatu anak tangga.. Suasana gelap gelita dibahagian belakang restoran buat keadaan nampak suram tambahan lagi hanya lampu jalan yang menerangi.. Sampai di hadapan tandas song ji hyo terus masuk.

☆☆☆☆☆

Daripada tingkap kaca yang memaparkan saat-saat bahagia exo.. Ada seseorang sedang mengintai mereka... Tanpa sedar dirinya diperhatikan song ji hyo yang sedari tadi memandangnya.
Song ji hyo mengatur langkah perlahan dan bertindak memulas tangan si pegendap yang memakai pakaian serba hitam. Disebabkan tubuhnya kecil dengan mudah di berjaya mengunci kepala si pengendap itu.

"Siapa kau? "Soal ji hyo sambil mengepit kepala sipengendap itu.

Dikesempatan itu ji hyo meragut topeng mulut si pengendap itu besar biji matanya bila dia dapat mengenal pasti siapa si pengendap itu.

"Luhan.. Oppa... "Panggil ji hyo perlahan.
Luhan telan air liur bila identitinya terbongkar.. Tanpa mengira keadaan luhan menolak ji hyo kuat dan dia terus berlari meninggalkan restoran.

Ji hyo yang terjelepok jatuh mengaduh sakit bila lututnya mengeluarkan cecair berwarna merah..
"Oppa..... Aduh"ji hyo gagahi juga untuk bangun tetapi kakinya terasa kebas kerana luka ditempat yang baru saja pulih.. Dia kembali jatuh.

☆☆☆☆☆

Luhan yang bersembunyi dibalik dinding merasa sangat bersalah bila dia sedar perlakuannya tadi sungguh kejam membiarkan kawannya jatuh dan terluka tapi dia tiada pilihan lain dia tak mahu ada sesiapa pun tahu dia sentiasa mengekori exo daripada jauh.. Dia tak nak... Walaupun dia ingin sekali menyapa exo... Dia tak ada pilihan lain.. Dia malu... Dia malu dengan dirinya.. Dia hanya boleh menebus rasa bersalahnya dengan menjaga exo daripada jauh..

Dia mengintai ji hyo yang sedang dipimpin lay dia lega. Luhan terduduk topi dan dibaling ke tanah.. Dia meraut rambutnya berkali-kali sambil tidak putus-putus menyalahkan dirinya sendiri. Mesti song ji hyo bertambah benci dengannya kerana di seorang pengecut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top