✘CHAPTER 41✘

There are no goodbyes for us. Wherever you are, you will always be in my heart

Kepulan asap rokok di amati penuh minat kaki melangkah menaiki anak tangga.. Setiap anak tangga yang di jejaki mengambil masa 15 minit.. Kerana selama itu dia asyik memikirkan malang yang menimpanya berkali-kali dalam jangka waktu yang sangat singkat. Baru saja dia mengikhlaskan untuk melepaskan song ji hyo bahagia bersama lay tapi bila melihat kemesraan mereka tadi. Dia rasa dia dilayan begitu teruk hatinya langsung tiada siapa ambil peduli.

Di anak tangga yang ke 10 baekhyun duduk.. Dilorong belakang bangunan lama gelap dan hanya ditemani oleh lampu-lampu kecil betul-betul menghidupkan suasana 'forever alone'.
Sebatang rokok di ambil dan diletakkan dihujung bibirnya lantas pemetik api di ambil.. Ditekan dan api mula kelihatan... Baekhyun memejamkan matanya pemetik api dibaling jauh.. Rokok yang berada di bibirnya di ambil dan di patahkan. Sejak patah hati ni merokok, alkohol dah menjadi hobi barunya.. Dia tak seperti itu dulu...

"Argh....... Argh....... "Jeritan baekhyun memecahkan suasana malam kota china.
Ya! Aku mungkin nampak kuat dan selalu tersenyum tapi dalam hati aku rasa sangat sunyi biar pun aku bersama dengan kawan-kawan aku. Aku mungkin nampak tidak peduli dengan rasa kesunyian tapi sesuatu yang aku ingin katakan.
Saat di mana aku berjumpa dengan engkau masih mekar di fikiran aku. Jika orang lain tanya pada aku siapa cinta pertama dan terakhir bagi aku? Aku selalu menjawab dengan yakin yang ianya kamu. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan. Kau telah jauh melihat segalanya yang ku punya.. Hati dan perasaan.. Semuanya kuperlihatkan pasa kamu. Aku sangat pasti.

Aku sepatutnya lebih berhati-hati dalam memberi kasih sayang supaya hati aku tak sakit. Aku tak pernah rasa sesakit ini. Fikiranku terisi dengan wajah kau dan ketawa kau seakan muzik bagi aku. Dan sekarang aku sangat yakin dengan keputusan aku.
Baekhyun menarik nafasnya nombor telefon song ji hyo di dail.
Setelah panggilan disambung baekhyun terus senyap.

"Oppa.. Wae? Oppa dekat mana sekarang ni? "Soal ji hyo dihujung talian.
"Kita perlu berjumpa... "Talian di matikan dan pesanan ringkas di hantar kepada song ji hyo.

"Aku yakin dengan keputusan aku... "

☆☆☆☆☆

"Chan.. Sini sekejap"panggil xiumin bila dia lihat chanyeol seperti bergegas ingin keluar dari bilik latihan.
Chanyeol menutup kembali pintu dan menghampiri hyungnya. Dia duduk bersandar di sebelah xiumin.

"Chan dengan ji hyo apa masalah? Kenapa hyung rasa yang hubungan kamu berdua ni dah teruk... Chan layan ji hyo tu macam musuh sebelum ni korang berdua nampak okay.. Selalu je keluar berdua.. Tapi sejak akhir-akhir ni hyung tengok kamu berdua macam anjing dengan kucing"soal xiumin dia bukan tidak ambil tahu perkembangan chanyeol dan ji hyo walaupun dia jarang menginap di dorm di sebabkan tugasannya sebagai seorang pelajar dan penyanyi.

Chanyeol diam dia mahu saja mencaci maki ji hyo di depan hyungnya tapi dalam pada yang sama dia masih sayangkan adik kesayangannya itu.
"Chan pun nak jadi macam lay hyung? Nak rahsiakan semuanya dan lepas tu tinggalkan kumpulan ini dengan alasan tiada persefahaman antara ahli kumpulan begitu ke chan? "Soal xiumina lagi.

Chanyeol masih diam dia tak tahu mahu mulakan dari mana..
"Chan tak suka ji hyo putus dengan baekhyun dan bercinta dengan lay... "Akhirnya chanyeol bersuara..
"Chanyeol, kita semua ini tak ada hak nak tentukan siapa yang patut mereka pilih. Itu hal peribadi mereka kita sebagai kawan tak patut berpihak pada sesiapa biar mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Jangan pula chan nak bertegang urat dengan ji hyo disebabkan ji hyo lebih memilih lay daripada baekhyun. Hyung tahu niat baik chanyeol tapi cara chan salah.. Kesian ji hyo.. Ji hyo sedang menjalani takdirnya... Dia pasti tahu apa yang terbaik buatnya.. Dia dah besar dan chanyeol yang lebih tua darinya patutnya janganlah layan dia macam tu.. Itu masalah dia dengan baek bukan dengan chan.. Jangan ingat hyung tak tahu apa yang terjadi dekat dorm.. Hyung tahu cuma hyung nak tengok sebesar mana masalah yang korang timbulkan... Kita sedang dalam masalah jadi please jangan tambahkan lagi.. Bolehkan park chanyeol? Panjang lebar leteran hyungnya buat dia tersedar dia dah jauh dalam mencampuri kehidupan peribadi kawan-kawannya dia rasa bersalah pada ji hyo, baekhyun dan lay. Dan dia mengangguk perlahan.

☆☆☆☆☆

Galeri seni lukis yang sudah bertapak 2 tahun menjadi destinasi untuk dikunjungi baekhyun.. Dia bukanlah pengemar seni lukis dia kesini kerana disinilah inilah satu-satunya tempat yang selamat untuk dia berjumpa dengan ji hyo.. Tambahan pula dia dah berhabis duit untuk menyewa tempat ini daripada kunjungan orang ramai.

Sekarang hanya ada dia dan lambakan seni lukis yang pergantungan di setiap dinding dan pelusuk. Derapan tumit yang bersatu dilantai marmar menarik perhatian baekhyun. Dia tersenyum walaupun dia tiada senyuman manis untuk dihadiahkan pada tunangannya.

Baekhyun mengalihkn perhatiannya pada sebuah lukisan berbentuk rama-rama.. Dia sebenarnya tak nak tengok muka ji hyo dia takut dia akan ubah fikirannya sekali lagi.
"Oppa benci seni... Kita berdua bencikan seni.. Tapi kita berdua berada di bidang seni nyanyian, takdir memang tak pernah memihak pada kita kan song ji hyo"...seperti orang putus asa begitulah rentak suara baekhyun.

Ji hyo sedih kerana baru hari ini dia perasan baekhyun sudah kehilangan berat badannya... Tulang pipinya mula membentuk dan matanya nampak layu dan dia tahu semua itu berpunca darinya.


"Oppa... "
"Biarkan malam ini oppa yang bercakap dan oppa hanya nak pinjam telinga ji hyo untuk dengar semuanya dari mulut oppa"potong baekhyun. Dia berpaling tangan ji hyo diraih dan ji hyo hanya membiarkan.

"Oppa suka warna biru, ji hyo suka warna merah dan ji hyo jadi sukakan biru sebab oppa sukakan warna biru. Oppa suka buat-buat comel tapi ji hyo tidak dan ji hyo memilih untuk mengikut rentak oppa... Berbezaan kita terlalu ketara selama ini oppa tak nampak oppa ingat ji hyo suka manjakan oppa. Ji hyo iakan saja dan ikut apa yang oppa suka sedangkan ji hyo tak gembira... Ji hyo hanya mahu menjaga hati oppa... "Baekhyun berhenti tangan kanan ji hyo yang tersarung cincin pertunangan mereka dipegang lama.. Terbayang saat bahagia mereka ketika mereka menyarungkan cincin pertunangan dijari masing-masing dan sekarang mereka akan melepaskan cincin mereka.

Ji hyo menangis mendengar segala-galanya yang keluar daripada
Mulut baekhyun... Namja itu betul-betul cintakan watak ji hyo yang dia sedang mainkan.. Dia tertanya apa agaknya kehidupan yang baekhyun jalani sebelum dia masuk dalam kehidupan exo. Harapannya supaya baekhyun tidak melalui saat seperti ini. Dia kesiankan baekhyun tapi apa yang dia boleh buat.

"Setiap kali ji hyo cakap untuk putuskan pertunangan ini setiap kali itu juga hati oppa hancur berkecai-kecai.. Sampai satu tahap oppa nak akhiri semuanya.. Tapi dalam pada ji hyo hancurkan hati oppa ji hyolah orang yang buat oppa bangkit daripada jatuh. Ji hyo datang bukan sebagai seorang kekasih tapi sahabat. Dan sekarang ni oppa tak nak dengar langsung perkataan putuskan pertunangan daripada mulut ji hyo.. Biar oppa yang buat semua itu sekurang-kurangnya oppa dapat sembuhkan sedikit hati oppa. Biarlah hari ini oppa pula ikutkan kehendak ji hyo kerana selama ini ji hyo banyak berkorban untuk hubungan kita"cincin dijari manis ji hyo perlahan-lahan ditarik.. Dan akhirnya terlepas dari jari ji hyo.

"Song ji hyo bukan lagi tunangan oppa.. Ji hyo bebas berlari ke pangkuan lay hyung.. Oppa gembira sebab ji hyo pilih lay... Sekurang-kurangnya oppa tak rasa bersalah.. Oppa yakin dia akan jadi yang terbaik untuk ji hyo"tubuh ji hyo dipeluk.. Ajaibnya dia tak menangis...

Pelukan dilepaskan dan dia menundukkan kepalanya...
Lama dia berkeadaan begitu sebelum dia menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Mungkin ini nampak macam kerja gila.. Tapi oppa tak nak akhiri semuanya kita masih ada ikatan iaitu ikatan persahabatan. Walaupun tak mudah bagi oppa.. Oppa akan cuba... Chingu"

Ji hyo senyum dia menyambut huluran tangan baekhyun dia akan bantu baekhyun untuk melupakannya dan dia akan menjadi kawan yang terbaik untuk baekhyun.
"Oppa.. Ji hyo harap in real life oppa takkan berdepan dengan semua ini. Sebab impian exo-l adalah buat exo gembira sampai ke akhirnya"

☆☆☆☆☆

Hari ketiga mereka berkampung dihadapan kediaman tao. Namja itu masih tidak keluar malah pengawal keselamatan yang pada mulanya begitu setia melarang mereka untuk mendirikan khemah disini akhirnya lelah. Baekhyun, sehun dan baekhyun terpaksa pulang ke korea terlebih dulu memandangkan mereka akan ke jakarta untuk konsert exo. Dia dan lay juga sudah digesa pulang tapi dia menegah dia mahukan sedikit masa lagi setidak-tidaknya sampai dia berjumpa dengan toa.

Pagi mereka dikejutkan dengan bunyi kereta yang berhanti betul-betul dihadapan khemah milik mereka berdua.. Lay dan ji hyo serentak bangun dan membuka zip khemah. Seseorang yang dinantikannya kini sudah berada di depan mata mereka.
Ji hyo tidak menghiraukan rambutnya yang kusut dia terus menerpa ke arah tao dan memeluk namja itu erat.. Tapi anehnya namja itu tidak membalas pelukannya malah namja itu menolak sedikit tubuhnya ji hyo tergamam.

"Geumanhae(hentikan).... Berhenti jadi bodoh dan pulang jebal"rayu tao dia yang baru saja pulang dari mendapat rawatan di jepun terus bergegas pulang dia dapat tahu lay dan ji hyo masih berdegil mahu berjumpa dengannya.
"Macam ni ke kau layan kawan-kawan kau.. Ha? Huang zitao.. Kita orang tunggu kau macam orang bodoh depan rumah kau.. Kau halau kami... "Lay mula hilang sabar.

"Anni.. Aku dan lay hyung tak kan berganjak dari sini sampailah kau pulang pada kami.. Aku tahu kau sayangkan exo... Kami semua sayangkan kau"rayu ji hyo dia memegang tangan kanan tao dia nampak mata tao berair dia tahu namja itu sayangkan exo tapi dia tak tahu kenapa hati tao begitu keras saat ini.

"Dia tinggalkan exo sebab aku.... "Kedengaran suara garau yang datang dari arah belakang mereka.. Lay dan ji hyo serentak menoleh. Seorang namja separuh abad memakai tongkat yang kelihatan uzur yang menjadi pemilik suara garau itu....
Hanya tao yang tidak menoleh......

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top