✘CHAPTER 36✘
Perlahan-lahan pintu di buka bertujuan tidak mahu mengganggu penghuni bilik yang sedang lena memandangkan jarum sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Lay masuk dan membuka sius lampu terkejut dia bila dia melihat baekhyun yang sedang bersila sambil memandang kearah pintu..
"Baek.. Kenapa tak tidur ke hyung buat baekhyun terjaga? "Soal lay lembut tapi anehnya baekhyun terus-terusan memandangnya dengan pandangan kosong entah setan apa yang sedang merasuk baekhyun sampaikan namja itu kelihatan baru saja kembali ke dunia nyata.
Baekhyun masih kekal diam menjawab tidak berkutik pun tidak malah tidak salah rasanya kalau cakap baekhyun sekarang ini sedang menahan nafasnya sendiri. Lay juga masih ditempatnya juga sedang merenung baekhyun..
Setelah hampir 10 minit berdiam diri baekhyun bangun dia berdiri di depan lay.. Dia memandang kedua belah mata lay bergilir-gilir dia sebenarnya sedang mencari alasan untuk di bencikan lay tapi semakin lama dia menatap mata lay hanya keikhlasan yang terpancar di kedua belah matanya.
"Baekhyun ok? "Soalan kedua dari lay setelah hampir seminggu mereka melancarkan perang dingin yang mereka sendiri tidak tahu siapa yang mulakan dan atas sebab apa?.
"Sampai sekarang baekhyun percayakan persahabatan kita.. Dan sampai bila-bila pun baekhyun akan percaya kerana hyung bukan saja sahabat baek tapi lebih kepada keluarga... Baek tak kan mengalah pada hyung sampailah ke hujungnya... Kerana selain sahabat baek juga punya hati untuk dijaga... Kalau salah satu daripada kita terpaksa mengalah biar ia dilakukan dengan hati yang terbuka. Tanpa dendam dan penyesalan"baekhyun mengakhiri kata-katanya yang penuh makna dengan senyuman sendu.
Tuala di atas meja di ambil dan dihulurkan pada lay yang sedang menghadam kata-katanya.
"Lap badan hyung baek tak nak hyung sakit"usai berkata-kata baekhyun terus keluar dari bilik hotel meninggalkan lay sendirian.
Lay masih kekal di tempatnya dia faham maksud yang cuba disampaikan baekhyun... Jadi.. Selama ini baekhyun sudah tahu perasaan halus yang tersimpan di dalam hatinya buat song ji hyo.. Dan.. Baekhyun hanya diam langsung tidak marah padanya atau bertumbuk... Kata-kata baekhyun tadi seolah-olah mengajaknya untuk bersaing demi mendapatkan hati song ji hyo.
Mata ditutup sebentar peningnya bertambah dia lantas duduk di atas katil sambil memikirkan lagi kata-kata baekhyun yang penuh dengan teka-teki sama dengan song ji hyo.
☆☆☆☆☆
Song ji hyo berguling-guling diatas katil sambil mulutnya bersiul teddy bear putih pemberian lay dipeluk dan dicium semahunya... Setelah penat dia terbaring lemah sambil menatap dinding lama.. Dadanya dipegang di mana degupan jantungnya semakin lama semakin laju sama macam sewaktu dia menantikan keputusan peperiksaan.
"Cinta. ...."entah dari mana datangnya suara itu song ji hyo bingkas bangun dicari suara yang baru saja di dengarinya..
Matanya meliar mencari empunya diri, tiba di depan langsir yang terbang ditiup angin song ji hyo bingkas bangun.
"Manusia mudah leka dengan cinta sampaikan satu kerja pun tak terlunas? Adakah awak sudah bersedia untuk berkubur tanpa tanda di sini? Tertanam bersama cinta awak? "Soal taehyung yang berpakaian serba putih.
"Taehyung.... Aku... Ak..."
"Saya tak suka nak ingatkan awak apa akibatnya jika awak langgar penjanjian awak... Saya tak sekejam itu... Saya tak nak awak lupakan janji yang awak buat untuk lihat mereka bersatu... Dan saya juga tak nak awak lupakan cita-cita awak di dunia yang sepatutnya awak berada... Saya tak nak keghairahan awak ni buat awak mati.... Mari.. Ikut saya... Saya nak tunjukkan sesuatu yang buat awak sedar yang awak perlu segera tinggalkan mereka dan kembali ke asal... "Taehyung mengapai tangan ji hyo dan mereka menembusi dinding bilik hotel...
☆☆☆☆☆
Tadinya mereka berada di bilik hotel.. Kini dalam sekelip mata saja mereka berada di laut... Song ji hyo memerhati sekeliling dia seakan pernah melihat pantai ini?...
"Di sini mereka bermula sebagai ot12...dan juga disini menjadi saksi janji yang mereka meterai terputus satu persatu...lihat di sana"taehyung menuding jari pada exo yang sedang berlari mendekati pantai mereka menembusi song ji hyo dan taehyung.
Song ji hyo memusing badannya bila dia melihat exo sedang bergelak ketawa sampai berkejar-kejaran di gigi air.. Dia dapat lihat kesemua itu dengan kedua belah matanya... Dia tahu sekarang ini mereka berada di zaman di mana exo masih utuh dan lengkap....
Song ji hyo membiarkan rambutnya terbang akibat hembusan dan hempasan pantai matanya ralit melihat gelagat exo yang sedang menjalankan penggambaran exo showtime.
"Mereka berdua belas tanpa ada awak.. Awak hanya peminat mereka, bukan keluarga mereka dan bukan juga orang yang begitu dekat dengan mereka.. Awak melihat mereka seperti permata tapi mereka hanya nampak awak hanya peminat mereka di kalangan ribuan peminat yang mereka punya.. Nama... Umur.. Tempat tinggal.. Dan kewujudan awak mereka tak pernah sedar... Sama seperti situasi awak sekarang.. Ya! Sekarang mungkin awak menjadi rebutan mereka tapi awak kena ingat selesai saja tugasan awak di sini....awak.. Hanya peminat mereka saja.peminat.... "
Air mata mengalir bila dia terbangun dari anganan panjangnya.. Ya! Dia hanya sekadar peminat dia tak pernah lupa... Tapi bila dia kena terima hakikat yang semuanya akan berakhir hatinya menangis.. Dipandang taehyung dan exo silih berganti.
"...apa yang perlu aku buat sekarang taehyung.. Aku sayangkan mereka.. Aku suka berada di dekat mereka.. Mereka seperti keluarga aku... Berada di dekat mereka macam-macam yang aku belajar... Aku sedih dan gembira dalam pada yang sama.. Sampaikan aku lupa untuk buat apa yang sepatutnya aku buat... Tapi... Aku.... "
"Awak dah beri hati awak pada zhang yixing sebab itu awak berat hati untuk jalankan tugas awak? "Soal taehyung dia disini semata-mata sebab ini dia tak mahu song ji hyo terlupa janjinya sendiri.
Song ji hyo menundukkan wajahnya menghadap pasir halus setitis demi setitis air matanya jatuh bahunya terhenjut-henjut akibat tangisan yang cuba di tahan.
Taehyung memegang huruf e yang terbentuk di bawah telinga song ji hyo.
"Hanya tinggal dua tugasan dan awak akan pulang.. Lakukannya dengan segera jika awak melengah-lengahkan masa hati awak akan mati.. "Kedua belah mata song ji hyo ditutup menggunakan kedua belah tapak tangannya..
Dan dengan sekelip kata saja song ji hyo sudah pun berada di bilik hotel.
Di kedua telapak tangannya ada dua belas bentuk cincin berwarna hitam.
"Jika awak sudah bersedia untuk tinggalkan mereka pakaikan mereka cincin ini dan mereka akan tahu siapa awak sebenarnya.. Itu akan mengurang rasa bersalah awak... Ingat!!! ambil kembali cincin yang dipakai mereka jika tidak mereka akan mengingat awak sampai bila-bila"hanya suara menjadi perantara song ji hyo terdiam.. Dia menyimpan kesemua cincin iti di dalam beg tangannya.
☆☆☆☆☆
Dari hotel sampailah mereka sudah berada di tapak konsert song ji hyo diam membisu diajak berbual pun song ji hyo enggan.. Malah sarapan pagi langsung tak diusik.. Lay risau dia memandang song ji hyo yang duduk dikerusi di atas pentas sambil memerhatikan staff membuat persiapan terakhir mereka sebelum konsert. Baru saja dia ingin mendekati tao terlebih dahulu mendekati song ji hyo.
"Kau pening kepala ke? "Soal tao prihatin bila dia lihat song ji hyo hanya diam seharian langsung tidak berbual dengan mereka..
Dan seperti jangkaannya song ji hyo membalas soalannya dengan gelengan perlahan.
"Habis tu? Kau ada masalah ke? Cuba cerita dekat aku.. Kaki kau sakit ke.. Meh.. Aku tengok"niatnya ikhlas mahu melihat kaki song ji hyo yang masih berbalut tetapi yeoja itu menendang tangannya walaupun tidak kuat ia tetap membuat dia terasa. Bila melihatkan perubahan muka tao song ji hyo segera meraih tangan tao.
"Tao.. Aku minta maaf... Aku hanya nak bersendirian je sekarang ni.. Mian... "Tangan tao digosok-gosok untuk memujuk tao mujurlah namja itu kembali tersenyum...
Tao bangun diurut kepala song ji hyo perlahan dan dia berlalu pergi meninggalkan song ji hyo yang mahu bersendirian..
Dia kasihan melihat tao dia tahu kaki namja itu terseliuh semalam tapi namja itu gagahkan jua untuk turut serta.
Baekhyun yang berada tidak jauh dari kedudukan song ji hyo juga memerhati song ji hyo lama.. Botol air mineral yang berada di tangannya di lambung-lambung sambil mendekati song ji hyo.dia mencangkung di hadapan song ji hyo. Air mineral dihulurkan snapback yang dipakainya di letakkan dia atas kepala song ji hyo....peluh yang mengalir di dahi tunangannya dikesat menggunakan tuala yang di bawanya.
Song ji hyo hanya diam diperlakukan baekhyun dia sekarang ini tak ubah seperti mayat hidup.. Bezanya dia bernafas.
Song ji hyo tersentuh dengan sikap baekhyun dia lantas mengambil tuala yang digunakan baekhyun tadi.. Dan gilirannya pula mengelap peluh baekhyun... Sambil itu dia dapat lihat mata baekhyun yang redup memandangnya.. Bila melihat raut muka baekhyun yang sendu dia terbayangkan ketika baekhyun bergelak ketawa di pantai.. Baekhyun yang gembira, baekhyun yang suka mengajuk dan juga baekhyun yang menjadi tulang belakang pada exo.. Tapi sejak kehadirannya dalam hidup exo.. Baekhyun sudah bertukar watak...
Andai saja dia boleh sarungkan cincin hitam itudijari baekhyun pasti namja itu tidak sesedih ini.. Tapi sekarang bukan masanya... Hari itu akan datang tapi yang pastinya bukan hari ini....
"Baek tak kan mengalah dengan hyung sampailah ke penghujungnya"kata-kata baekhyun malam tadi terngiang-ngiang ditelinganya.lay turun ke belakang pentas enggan melihat kesinambungan hubungan song ji hyo dan baekhyun.
☆☆☆☆☆
Bintang-bintang berteburan di dada langit angin sepoi bahasa ditambah pun dengan suara laungan exo-l diluar membuatkan hati song ji hyo berkecamuk hebat.. Kerana hari ini buat pertama kalinya dia akan berdiri di atas pentas sebagai salah seorang ahli exo... Bibirnya yang sudah dicat dengan gincu merah di gigit kuat sampaikan juru solek terpaksa menyapu gincu beberapa lapis akibat gigitannya...
Mulutnya tidak pernah berhenti dari menyanyi tangannya yang digenggam basah akibat peluh yang tidak henti-henti badanya mengigil... Bila suho memegang bahunya...
"Ji hyo deman ke.. Kenapa berpeluh-peluh ni persembahan belum dimulakan lagi ji hyo dah berpeluh sakan.. Ni"ketawa suho langsung tak membantu song ji hyo...
Song ji hyo membuka mulutnya sedikit debarannya buat mulutnya turut bergetar... Suho dan ji soo yang turut berada di bilik menunggu ketawa sakan melihat song ji hyo yang ketakutan
...
"Oppa... Ji hyo takutlah boleh tak oppa gantikan tempat ji hyo.. Jebal"kedua belah tapak tangannya digosok laju ingin memujuk suho supaya dia tidak perlu naik ke atas pentas.
Suho mengeleng laju dia ketawa dan terus keluar dari bilik itu.
Ji soo juga turut bangun dan menolak tubuh song ji hyo keluar dari bilik menunggu.
Nak tak nak terpaksalah song ji hyo berjalan itu pun dia sengaja mengeraskan kakinya dan membiarkan ji soo terpaksa bekerja keras untuk mengheretnya ke belakang pentas.
Tiba di anak tangga yang pertama song ji hyo berhenti debarannya datang lagi bila dia terlihat lautan manusia dibalik tirai.
Lay dan baekhyun segak memakai kemeja berwarna putih dan seluar berwarna putih sedang menoleh memandang song ji hyo serentak di tangga yang teratas.
Song ji hyo memandang lay dan baekhyun silih berganti keduanya menghulurkan tangan padanya.. Dilihat kebelakang kesemua ahli exo juga sedang memandangnya sambil tersenyum
S
atu langkah lagi diatur dia terdengar keriuhan exo-l diluar dia tak mampu tersenyum...
"Ini bukan yang aku bayangkan tetapi ini juga sudah menjadi takdir aku menjadi wakil exo-l.. Ya! Aku buat semua ini untuk exo"monolog ji hyo dalam hati tanpa sedar dia telah pun berada di tangga dimana baekhyun dan lay berada...
Tangan kanannya diletakkan ditelapak tangan lay manakala tangan kirinya ditelapak tangan baekhyun.. Dress panjang seakan dress perkahwinan diheret bersama.
Pentas mula gelap dan dia berada diatas pentas kecil di atas pentas... Ditebar pandangannya melihat lautan exo-l di depannya. Sejak exo debut lagi dia teringin sekali berada di antara exo-l yang menyokong exo.. Berada di setiap konsert.. Fanmeeting dan juga program yang dianjurkan exo tapi sayang dia tidak pernah berkesempatan wangnya tidak mencukupi.. Sekarang semuanya berbeza dia bukan berada di lautan exo-l tetapi dia salah satu dari ahli exo..
Dipandang tao yang melintasinya..tao berdiri di hujung pentas di mana pentas dipecahkan menjadi empat penjuru.. Penjuru pertama d.o, penjuru kedua sehun, penjuru ketiga tao, dan juga penjuru keempat chen masing berada di kedudukan mereka.
Latunan yang terhasil dari piano yang di mainkan suho memecahkan rasa gugup ji hyo sekarang masanya untuk dia tunjukkan apa yang dia belajar.
Lampu terpasang bersama dengan pekikan exo-l...
MY ANSWER
[Baekhyun]
nan ganghaeboyeodo utgo isseodo honjail ttaega manha
neul geogjeonghana eobseo boyeodo hal mari manha
Aku mungkin nampak kuat, aku mungkin tersenyum
Tapi ada banyak waktu ketika aku sendirian
Aku mungkin nampak seperti aku tak punya kebimbangan
Tapi aku punya banyak kata yang ingin kucurahkan
[Ji hyo]
cheom bon sungan neomuna kkeullyeoseo
igeotjeogeot jaeji mothago marhaesseo
Saat pertama kali melihatmu, aku sangat tertarik padamu
Aku tidak berfikiran jauh dan hanya sembarangan berbicara
[Lay]
The answer is you
My answer is you
[Baekhyun]
nae modeungeol da boyeojwo bwasseo
You are my everything
neomu hwaksinhaeseo
Jawabannya adalah dirimu
Jawabanku adalah kamu
Telah ku tunjukkan segalanya padamu
Kaulah segalanya bagiku, aku sangat yakin akan hal itu
[Ji hyo]
jom deo josimhalgeol nal deo akkilgeol nae mam dachiji anhge
sum meomchwobeoril geot gateun ireon gibun na cheoeumingeol
[Lay]
meorissogen ontong ne saenggakman
neoui pyojeong useumsoriga deullyeo
Aku seharusnya lebih berhati-hati, aku harus menyelamatkan diri,
mungkin aku tak akan mendapatkan hatimu secepat itu
Aku tidak pernah merasa seperti ini sebelumnya, seolah nafasku akan berhenti
Kepalaku dipenuhi dengan kamu
Wajahmu, suara tawamu
[Baekhyun]
The answer is you ([lay] That is you)
My answer is you ([lay] Only you)
[Baekhyun]
nae modeungeol da boyeojwo bwasseo
You are my everything
neomu hwaksinhaeseo
Jawabannya adalah dirimu (kamu)
Jawabanku adalah kamu (Hanya kamu)
Telah ku tunjukkan segalanya padamu
Kaulah segalanya bagiku, aku sangat yakin akan hal itu
[Baekhyun]
gidaryeotdan mal hanmadi
na haji mothae sseugo jiune
[Ji hyo]
neoui harul gunggeumhae haneun ge naui haruui jeonbuingeol
Aku tak mampu mengatakan bahwa aku sudah menunggumu
Aku menulis kemudian menghapusnya
Aku ingin tahu tentang hari mu yang menghantui hari-hariku
Nyanyian mereka terhenti apabila suasana menjadi huru-hara bila penonton yang berdiri di depan pentas memecahkan penghadang dan menghampiri pentas.. Baik lay, baekhyun mahu pun ji hyo masing melihat dipenjuru pentas ketiga di mana tao berada...
Baekhyun dan lay bergegas ke tempat tao manakala song ji hyo di dukung chanyeol untuk ke belakang pentas...
Perasaan ingin tahunya membuak-buak bila dia melihat salah seorang staf menelefon ambulans.
Ji soo yang tergesa mahu naik ke atas pentas di tahan song ji hyo..
"Wae.. Wae? "Soal ji hyo...
"Tao jatuh stage dan dia tidak sedarkan diri sekarang ni salin baju kita ke hospital... Suho, chanyeol, lay dan sehun stay sini habiskan konsert ni dan yang lain ikut saya ke hospital palli"ji soo terus naik ke atas pentas...
Dan ji hyo terduduk.. Jadi.. Inilah hari dimana gosip yang tao akan meninggalkan exo bertiup kencang dan tao pulang ke china.. Jadi sekarang tugasnya pertamanya bermula...
Dress labuhnya diangkat dan dia keluar diiringi pengawal keselamatan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top