✘CHAPTER 29✘

Song ji hyo dan taehyung kini berdiri ditengah taman permainan yang kosong.. Dipandang taehyung yang sedang memandang buaian yang terbuai akibat angin yang menderu..
"Taehyung.... "Panggil ji hyo perlahan.
"Kalau awak nak tahu kenapa semua ini terjadi pada awak.. Awak mesti kena ingat tempat ini.. Kerana semuanya bermula disini"jawab taehyung walaupun ji hyo tidak menyoalnya.

Ji hyo diam dia memerhati sekeliling taman permainan yang sangat asing baginya entah kenapa dia rasakan yang dia pernah ke tempat ini tetapi bila cuba di ingat otaknya seakan gagal berfungsi.. Sekali lagi dia memandang taehyung..
"Aku tak ingat apa-apa pun pasal tempat ini"jawab ji hyo.
"Tu budak tu.. Mesti awak ingat"taehyung menuding jari pada seoarang budak perempuan yang sedang berlari anak mendekati buaian...
"Tu aku... "Jawab ji hyo dia mendekati budak perempuan yang dimaksudkan taehyung... Dia yakin itu dirinya tapi dia tak pasti dia berumur berapa ketika itu...
Tangannya mahu mengapai tangan ji hyo kecil tetapi sayang tangannya tidak mampu memegang apa-apa seakan-akan dia adalah roh..
"Dekat sini awak tak boleh sentuh apa-apa....ji hyo tengok tu"jari taehyung menuding kearah pagar yang memagari taman permainan itu dimana seorang budak lelaki yang dalam perkiraannya sudah masuk 7 tahun... Budak lelaki itu bermata sedikit sepet dan berlesung pipit sedang curi-curi memandang ji hyo kecilnya..
Siapa budak lelaki itu?..

"Siapa dia? "Soal ji hyo dia mendekati budak lelaki itu pula dia cuba amati siapa agaknya budak lelaki itu... Dia tidak pernah kenal budak lelaki itu.
"Awak percaya cinta pertama? "Soal taehyung dia memandang ji hyo yang sedang leka memandang budak lelaki itu.
"Kalau aku cakap aku tak percaya? "Jawab ji hyo.
"Awak cinta pertama dia dan dia adalah zhang yixing"jawapan taehyung buat ji hyo terdiam dia termenung jauh dia tidak percaya dengan kenyataan yang berada di depan matanya sekarang..
"Kau tipu aku kan? Kenapa aku tak pernah ada memori macam ni.. Aku tak pernah ingat pun aku pernah ke taman ini? Apa pula kali ni taehyung sudah-sudah lah dengan kenyataan mengarut kau ni.. Kewujudan kau pun satu benda yang mengarut lagi kau nak aku percaya semua ini!! Ha! Taehyung... Seriusly semua ni buat aku rasa yang duduk di rumah dengan mama lisa lagi baik dari aku duduk di dunia yang aku tak patut berada.. Kau buat aku bermandikan air mata setiap hari.. Boleh tak aku nak hentikan semua ini.. Aku nak pulang ke tempat di mana aku berasal... Berada di dekat exo memang satu impian bagi aku yang minatkan mereka tapi sebagai manusia biasa aku tak larat aku tak kuat bila semuanya tak seperti yang aku bayangkan.. Tolonglah taehyung aku nak hentikan semua ini"rayu ji hyo dia pasrah hatiya jadi rapuh bila dia terpaksa melalui satu lagi episod yang penuh tanda tanya..

"Bukan saya yang paksa awak untuk pilih jalan ini... Ini semua kehendak awak.. Awak tak boleh patah balik awak kena teruskan juga sampai penghujungnya.. Saya tahu awak tak kuat tapi ini jalan yang awak pilih.. Awak kena berani hadapinya.. Dan pasal zhang yixing saya ada sesuatu nak tunjuk pada awak"tangan ji hyo digenggam dan mereka hilang....

Mereka berdiri ditengah kelas yang terdapat beberapa pelajar yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan mereka dan salah satunya ji hyo kenal... Ia adalah dirinya ketika dia masih dibangku sekolah... Ketika itu dia sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan yang diberikan guru science mereka..
Taehyung menarik tangannya dekat dengan tingkap yang berada di belakang kelas.. Dia terkejut kerana terdapat seorang lelaki sedang memerhatikannya sambil memegang sekeping surat..

Lelaki itu seperti dia pernah lihat..
"Itu zhang yixing? "Soal ji hyo bila dia melihat lesung pipit di pipi lelaki itu.
Taehyung mengangguk..
"Jadi......? "Soal ji hyo.
"Zhang yixing adalah pelajar pertukaran dan hari ini hari terakhir dia disini sebelum dia pulang dia mahu berjumpa dengan awak buat kali terakhir tapi sayangnya dia tiada keberanian.. Dia nak luahkan perasaannya pada awak tapi awak seorang yeoja yang sukar di dekati dan itu membuatkan Dia pulang ke china dengan cinta yang dia simpan seorang diri... Dan sekarang korang berdua ditemukan semula dengan cara yang sangat berbeza... Tapi zhang yixing masih punya cinta yang sama untuk awak... "Jelas taehyung..

Ji hyo ketawa kuat baginya kenyataan taehyung macam tak masuk akal...
Pelajar pertukaran dari china yang dia hanya dengar khabar tapi tak pernah bertembung walaupun satu sekolah sukakan yeoja hingusan macam dia.. Dan yang menariknya lagi namja itu sekarang punya nama yang besar di korea.. Ah! Gila...
"Kenapa dia tak kenal aku.. Kalau betul dia sukakan aku dulu? "Soal ji hyo dia sebenarnya tak nak percaya tapi bila dia melihat sendiri situasi sekarang ni.. Rasanya dia patut percaya kerana hidupnya sekarang penuh dengan adegan yang tidak logik.

Taehyung diam.. Seketika..
"Itu saya tak tahu kenapa dia tak kenal awak.. Tapi yang saya tahu zhang yixing sangat setia dengan cinta pertamanya... "Taehyung menepuk bahu ji hyo perlahan matanya memandang tepat ke dalam anak mata milik ji hyo.
"Breathe you're going to be okay. This pain you feel is going to pass. Maybe not this moment or today or tomorrow, but sometime soon. The hurt will fade. Don't give up before things get better. You may be wounded, but you aren't broken. You can and will heal... I promise... Dah bangun awak ditempat yang kotor nanti kita borak lagi.. "Mata ji hyo ditutup menggunakan kedua belah tangannya... Dan mereka hilang dari zaman silam ji hyo.

☆☆☆☆☆

"Ji hyo... Ji hyo.. "
Namanya dilaung kuat beserta pukulan kecil dipipinnya membuat ji hyo membuka matanya seluas mungkin.. Wajah Tiffany snsd menghiasi matanya.. Dia bangun bila dia sedar dia terbaring di lantai tandas.
"Ji hyo okay tak ni.. Nak ke hospital tak? Tadi unnie nampak ji hyo terbaring dekat lantai belum sempat unnie menjerit ji hyo dah bangun jomlah kita pergi hospital.. "Tiffany merangkul lengannya ingin memapahnya keluar dari bilik air tetapi dia menolak..
"Unnie.. Tak pelah ji hyo pergi sendiri ok.. Terima kasih atas perhatiannya.. "Ji hyo menunduk hormat pada seniornya lantas pintu tandas dibuka sebelum itu dia menoleh..
"Em.. Unnie.. Oppa saya minat unnie"senyuman diberikan pada Tiffany..

Kalaulah jimin ada di sini tentu sekali namja itu mengedik nak berselfie dengan biasnya...

Kaki ji hyo terhenti bila dia melihat lay yang sedang berdiri menantinya di depan pintu bilik latihan wajah budak lelaki yang dilibatkan tadi terlayar di depan matanya.. Budak lelaki yang comot dan sedikit gendut bertukar menjadi namja yang segak dan diminati ramai.. Dia tak tahu nak bereaksi apa setelah aksiden dia menampar pipi lay kembali menganggu fikirannya.. Alamak!! Boleh tak sekarang ni aku pinjam kuasa kai nak hilang sekejap..

Semakin dia mendekati lay hatinya semakin gusar bila dia melihat lay menantinya dengan pandangan yang sukar ditafsir...
"Ji hyo lapar? "Soalan pertama lay selepas terjadinya persengketaan diantara mereka.. Ji hyo terlopong Alamak dia ni muka tembok agaknya tak malu dah kena tampar still buat-buat cool.
"Tak.. Tepi sikit ji hyo nak masuk"tubuh lay di tolak sedikit bila namja itu menghalang pintu...
"Jom.. "Tanpa meminta persetujuan ji hyo lay dengan selamba menarik tangannya keluar dari bangunan sm.

☆☆☆☆☆


Chicken shop yang menyajikan kaki ayam goreng pedas menjadi pilihan mereka untuk menikmati makanan tengah hari. Suasana Agak tegang biar pun mereka sama-sama sedang ralit mengigit kaki ayam yang mereka pesan.. Ji hyo membaling kaki ayam yang telah digigit di atas pingannya dia memeluk tubuh memandang lay yang enggan memandangnya walau sekilas..
Lantas pingan lay yang masih ada baki kaki ayam di ambil dan di letakkan di meja sebelah yang kosong sekarang masa untuk mereka berbincang.

"Oppa langsung tak ada rasa malu ke? "Soal ji hyo nadanya Agak sarkastik.
Lay memilih untuk diam dari menjawab pertanyaan ji hyo.. Tisu di ambil mulutnya yang comot dikesat perlahan perbuatannya membuatkan ji hyo geram.. Lantas dia cuba untuk menarik tisu yang menganggu tumpuan lay.. Tapi sebaliknya tangannya digenggam lay.
"Oppa dapat rasakan yang ji hyo juga ada menyimpan perasaan pada oppa kan? "Soalan dibalas soalan tangan ji hyo masih enggan dilepaskan... Dia tak bodoh dia tahu yeoja itu juga sukakannya dan dia sangat yakin.
"Kenapa oppa begitu yakin? "Soal ji hyo dia cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman lay tapi namja itu terlalu kuat dia risua kerana sekarang ini mereka sedang mencuri tumpuan pengunjung di situ.
"Lepaskan... "
"Or,....? "Lay mencabar kesabaran ji hyo dia tahu yang mereka sedang diperhatikan.
"Ji hyo nak tampar oppa macam tadi? Ke ji hyo nak tumbuk muka oppa?...kalau ji hyo tak nak mengaku...baiki hubungan ji hyo dengan baekhyun baru oppa akan percaya.. Yang ji hyo langsung tak ada perasaan pada oppa"tujuan dia ada dua sebenarnya dia mahukan ji hyo tapi dalam pada yang sama dia tak sanggup nak tengok baekhyun murung. Dia berkata benar tentang perasaannya pada ji hyo tapi dia juga tak nak baekhyun terluka jadi dia tiada pilihan hanya satu iaitu mengugut ji hyo untuk kembali pada baekhyun walau dengan apa cara sekali pun.

"Kalau betul oppa cintakan ji hyo kenapa nak ji hyo balik pada baekhyun? Oppa gila ke? "....
"Sebab baekhyun kawan baik oppa... Oppa tak sanggup nak tengok dia macam tu.. Dia dah banyak terluka... "Kasar lay bersuara dia tak kan bertolak ansur jika itu melibatkan sahabat baiknya sendiri.
"Jawapan ji hyo......"Ji hyo menggantungkan ayatnya dia memandang muka lay lama..
"Ji hyo tak kan balik pada baekhyun.... Ji hyo buat semua ini sebab ji hyo sayangkan baekhyun.. Ji hyo tak nak baekhyun terluka sebab ji hyo.. Kalau oppa betul-betul sayangkan dia mesti oppa akan setuju dengan keputusan ji hyo...oppa hanya tahu luka baekhyun tapi luka ji hyo oppa tak kan pernah tahu... Terima kasihlah sebab jadi kawan yang terbaik untuk baekhyun dan sekaligus buat ji hyo percaya oppa memang seorang namja yang baik... "Sambung ji hyo..

Lay terdiam dia terkesan dengan kata-kata ji hyo... Bila difikirkan balik ada betul juga kata-kata ji hyo..
"Dan... Jawapan untuk soalan oppa sama ada ji hyo ada perasaan pada oppa ke tidak... Ji hyo jawab ya! Ji hyo ada perasaan itu.."
Lay tersentak mendengar jawapan ji hyo...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top