✘CHAPTER 17✘
sedang exo yang lain sedang seronok dengan ji hyo dia membawa diri ke dapur,Baekhyun duduk di dapur seorng diri dengan bertemankan sebatang rokok dan secawan minuman keras fikirannya terganggu bila mengenangkan yang dia terpaksa berbohong demi kesihatan ji hyo kalau tak kerana ahli exo yang lain mengubah topik perbualan mereka pasti dia sudah membuka semua cerita tanpa di sedar yang ji hyo sedang sakit.
Baekhyun membuang rokok yang tinggal separuh diatas meja bunyi kerusi ditarik sedikit pun tidak menganggu baekhyun malah dia terus mencapai cawan yang berisi minuman keras
Belum sempat cawan menyentuh bibirnya..
Suho sudah pun merampas cawan itu dan dihempas ke lantai.
"Dengan minuman keras, merokok memberontak boleh selesaikan masalah ke? Byun baekhyun apa yang ada dekat kepala otak kau sekarang ni? Ha!! "Marah suho dia tahu bila baekhyun minum minuman keras dan menghisap rokok pasti namja itu sedang punya masalah.
Baekhyun menjeling hyungnya lantas kotak rokok diambil tapi kotak itu juga dirampas suho.. Akhirnya dia diam merenung meja makan,lampu malap yang datangnya dari ruang tamu membuatkan dia nampak begitu kasihan tambahan lagi suho sedang memandangnya.
"Habis tu hyung nak suruh baek buat apa terjun bangunan ke? Macam tu? "Soal baekhyun sinis.
"Perlu ke baekhyun cerita semuanya yang telah berlaku dekat ji hyo? Baek tahukan keadaan ji hyo macam mana? Sepatutnya kita semua ni bersyukur sebab ji hyo hilang ingatan tak adalah dia nak hadap dengan hinaan fan, paksaan dari syarikat yang buat dia macam robot dan juga tak adalah dia nak hadap bakal mak mertua yang bencikan dia.. Kau nak suruh ji hyo jadi gila ke?"walaupun perlahan tetapi nada suara suho begitu keras memberi maksud dia begitu risaukan keadaan ji hyo..
"Baek cuma nak dia cepat sedar dari realiti hidup dia yang sebenar, baek cuma tak nak dia terkejut je bila dia berdepan dengan peminat nanti"jelas baekhyun dia tahu cepat atau lambat ji hyo pasti akan berdepan media dan peminat.dia tak mahu jiwa ji hyo disiksa dengan kejam seperti sebelum kemalangan itu berlaku.
"Buat masa sekarang kita cuba elakkan ji hyo dari bertemu media dengan peminat dan bila masanya tiba.. "
"Anni... Baekhyun hanya nak hentikan semua ini dengan berkahwin.. "Sampuk baekhyun dia nampak yakin dengan keputusannya..
"Bwo.. No.. Hyung tak setuju... Hyung tak kan pernah setuju dengan idea gila ni.. Tolonglah baek kita kita dah kritikal kau nak ke dengan idea bodoh kau ni buat exo bubar kau nak ke? "Suho bangun meja dihentak kuat ditolak sedikit bahu baekhyun.
Baekhyun bangun dan menentang panahan mata suho walaupun dalam samar lampu dia hanya melihat mulut suho, dia tahu suho betul-betul marahkannya.
"Kadang-kadang kita perlukan sedikit kekejaman.. Untuk kehidupan yang lebih baik.. Suho move on lah kita bukan dah kritikal kita dah mati.. Kita dah lama mati sejak kris dan luhan tinggalkan kita.. Dan apa yang baekhyun bakal buat bukan penyebab kejatuhan exo"tengking baekhyun dia tak kisah jika suaranya dapat didengari mereka yang lain..
"Kau sanggup nak tinggalkan exo dan exo-l? Kau sanggup jawab"tegas suho..
"Jangan korang pernah bermimpi nak tinggalkan exo setelah kita tabur janji pada exo-l... Dan jangan pernah bergaduh hanya kerana ego masing-masing.. Sekarang ni yang lain sedang tunggu korang berdua.. Senyum.. Hyung tak nak suasana jadi janggal disebabkan korang berdua arreso"tegas xiumin memberikan arahan selepas itu dia terus meninggalkan suho dan baekhyun menyelesaikan masalah masing-masing. Tapi sebaliknya yang jadi baekhyun merempuh bahu suho dan keluar dari ruang dapur..
"Sepatutnya dari dulu lagi aku tegah dia orang berdua bercinta"suho membebel sambil mengorak langkah keluar dari dapur..
☆☆☆☆☆
Exo dan juga ji hyo masing-masing sudah hanyut dengan nyanyian dan tarian mereka tapi sebaliknya lay duduk di tepi sambil memandang gelagat yeoja yang mencuri perhatiannya kalau tadi dia curiga dengan yeoja itu tetapi bila melibatkan air muka yeoja itu dia rasa tenang entah kenapa dia berperangai begini??
Dia melihat dari muka dan gerak tubuh yeoja itu seperti ada sesuatu yang yeoja itu mahu sampaikan tapi apa?
Lay bangun dan dia berdiri betul-betul di depan ji hyo mereka dikelilingi dengan exo yang ralit menyanyi..
Mereka berdua berdiri seolah ruangan itu hanya ada mereka berdua.. Ji hyo memandang muka lay manakala lay memandang muka ji hyo..
Bibir ji hyo bergetar takut dengan panahan mata lay..
Lay terus-terusan memandang muka ji hyo dari bibir, rambut, mata semuanya ditenung lama tangannya mengambil gelas yang berisi air soda dan dihulurkan pada ji hyo yang sedang memandangnya pelik..
Dan dia juga mengambil satu lagu gelas untuk dirinya dan gelas itu dilaga di gelas ji hyo..
"Cheers.. Welcome back"ucap lay..
Disaat ji hyo ingin mengatakan sesuatu..
Lay mendekati telinganya..
"Welcome to the hell"lay memusingkan badannya lantas mic ditangan chen dirampas dan dia menyanyi sambil memandang ji hyo sesekali dia tersenyum sinis..
Ji hyo melihat tangannya yang bergetar kuat dan bulu romanya yang tegak berdiri..
"Serius aku rela dengan baekhyun yang miang tu dari budak cina ni seram... "Monolog ji hyo dalam hati dia duduk memerhatikan yang lain sambil memandang lay yamg asyik dengan nyanyiannya..
"Tapi dia hensem, lesung pipit dia buatkan dia nampak macam psycho cute... Eh!! Apa kau mengarut ni ingat misi kau song ji hyo"ji hyo garu kepalanya yang tidak gatal sambil mengerakkan tangannya mengikut rentak lagu yang mereka nyanyikan..
"Kyeopta"dari jauh lay tersenyum melihat gelagat ji hyo. Senyuman manisnya terselit senyuman sinis.
☆☆☆☆☆
"Tab tu dibeli memang untuk dibaling ea? "Soal tuan byun sambil merungkaikan tali lehernya punggulnya dilabuhkan diatas sofa.
"Ni.. Saya rancang nak jenguk bakal menantu kita esok dia kan baru je sedar dari koma"sambung tuan byun sambil menghirup coffee panas yang dihidangkan pembantu rumahnya..
Sambil itu dikerling yeoja separuh abad yang masih elegen mengikut fesyen trend anak muda sekarang, tambahan pula anak bongsu mereka seorang idol makin menjadi-jadi fesyen yang cuba digayakan si isteri.
Puan byun memeluk tubuhnya sambil memandang suami separuh abad yang hampir separuh uban menutupi kepalanya. Dia merengus kasar jelas terpancar di mukanya yang dia terlalu bencikan pilihan anak lelakinya itu.
"Sampai mati pun saya tak kan terhegeh-hegeh nak jumpa dia"jawab puan byun angkuh.
"Sebab dia tak popular macam dulu? Sebab tu awak bencikan dia? "Soal tuan byun.
"Anak kita byun baekhyun jauh lebih Bagus dari song ji hyo.. Mereka tak sepadan.. Anak kita berhak dapat yang lebih baik.. Bukan sampah macam ji hyo tu"jawap puan byun tidak mahu kalah dengan kata-kata suaminya.
"Awak jangan lupa kejayaan baekhyun sekarang ni datang dari song ji hyo dan disebabkan yeoja itu anak kita jadi byun baekhyun yang semua orang kenal.. Kerana ji hyo ada disebalik kejayaan baekhyun bukan kita.. Bukan sesiapa.. Jangan lupa diri ingat masa kita tak punya apa-apa.. Masa butik awak yang tak laku tu berjaya macam sekarang semua sebab siapa? Ingat masa syarikat kita hampir muflis siapa yang bagi kita modal untuk bangunkan syarikat kita? Jangan pernah lupa bakti yang ji hyo tabur untuk keluarga kita.. Jangan cepat lupa diri"tegas tuan byun dia bangun dan meninggalkan isterinya itu diruang tamu..
"Peduli apa aku dengan bakti kau.. Aku dah ada segalanya sekarang aku dah tak perlukan kau lagi dan aku akan pastikan baekhyun juga akan buang kau dari hidup dia"puan byun tersenyum sinis lantas dia menghirup coffee yang ditinggalkan suaminya tadi.
☆☆☆☆☆
Meja panjang dikelilingi 10 orang namja dan seorang yeoja yang sedang merenung 10 barang yang terdiri daripada sebatang pen, kotak cincin, gula-gula, senduk, ayam goreng, bubble tea, patung panda, dvd titanic,cerminbmata bulat dan barang terakhir iaitu penyepit rambut berbentuk rama-rama menarik perhatiannya.
"Okay sekarang ni dekat depan ji hyo adalah barang peribadi kita orang so.. "Suho mengenggam kedua belah tangannya sambil memandang ji hyo.
"Ji hyo pilih satu diantara barang ni semua dan bila barang orang tu dipilih dia yang akan jaga ji hyo selama sebulan memandangkan ji hyo perlu berehat selama tiga bulan"terang suho..
"Kenapa tak semua yang jaga ji hyo? "Soal ji hyo jika mereka terpisah macam mana dia nak jalankan misinya.
"Oppa semua lepas ni akan sibuk dengan comeback dan cuma seorang sahaja yang dibenarkan jaga ji hyo.. Jangan risau sepanjang ji hyo sakit ni kami semua tak pergi keluar negara.. Konsert semua dibatalkan sampailah ji hyo sembuh sepenuhnya.. So, pilihlah salah satu barang yang ada dekat atas meja ni"gesa suho sambil itu dia memberi isyarat yang pen hitam itu kepunyaannya..
Ji hyo memandang satu persatu ahli exo semua merenungnya sambil memberi isyarat yang mana kepunyaan mereka.. Yang nampak ketara mestilah baekhyun dan dia yakin kotak cincin itu kepunyaannya jadi awal-awal kotak cincin dibuang dari senarai..
Cuma lay saja yang beriak biasa seolah mereka sedang bersantai langsung mukanya nampak tidak kuasa masuk dalam permainan mereka..
Bila mata mereka bertentangan mulanya jantungnya laju berdegup dan dia segera menunduk..
Matanya melihat penyepit rambut yang tidak begitu asing pada matanya.. Dan dia membulatkan tekad yang dia memilih penyepit rambut berbentuk penyepit rambut itu..
Pemilihannya disertakan dengan keluhan berat mereka yang tidak dipilih..
"Ji hyo pilih ni"jawab ji hyo sambil menggoyangkan penyepit rambut dihadapan exo.
"Lay hyung... Barang tu kepunyaan lay"jawab baekhyun mukanya nampak tidak berpuas hati dengan pilihan ji hyo..
Lay melihat ji hyo sekilas bila barangnya menjadi pilihan ji hyo dia ingin tersenyum tetapi disimpannya bila terpandangkan muka baekhyun..
"Pergh!! Sampai hati kau tak pilih ayam goreng aku.. Tak pe lepas ni kalau kau suruh aku beli ayam aku buat tak layan tengoklah kau nanti "kai mengambil ayam gorengnya dan digigit rakus geram dengan pilihan ji hyo..
"Kalau kau nak bubble tea maaf aku tak layan"sehun bangun dan menjelirkan lidahnya pada ji hyo..
"Yah!! Ji hyo tak kan tak faham tadi baek dah suruh ji hyo pilih kotak cincin tu... Sajalah tu"luah baekhyun dan chanyeol hanya gelak jahat bila ji hyo tidak memilih baekhyun..
"Dah.. Ji hyo dah buat pilihan kan.. Bukannya kita tak boleh jaga ji hyo pun korang ni macam budak-budak lah.. Lay jaga ji hyo baik-baik arreso"xiumin menepuk bahu lay sebelum dia meninggalkan ji hyo dan lay berdua.. Baekhyun juga turut ditarik sama untuk masuk tidur..
Tinggalkan ji hyo dan lay yang bertikam panahan mata..
"Alamak.. Pusing-pusing aku mesti akan berdepan dengan Mamat creepy ni.. Serius wey! Aku nak tengok dia senyum sekali je.. Nak tengok lesung pipit dia tu dalam ke tak"monolog ji hyo dalam hati..
Kreek.... Kerusi ditarik dan lay berdiri memandang ji hyo sebelum dia memusingkan badannya... Seterusnya meninggalkan ji hyo tanpa sepotong ayat.. Bukan apa dia takut bila dia bercakap ada getar dalam suaranya akibat dari debaran di dadanya.
"Dah.. Itu je.. Alamak nak cakap kerek tak sanggup pula dahlah tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini habis tu aku naik atas macam mana?"ji hyo mengeluh dan dia termenung dalam kegelapan seorang diri diruang tamu sampailah dia tertidur diruang tamu..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top