♡64

. . . . . . . . . . . . . . . .
      Alice POV
. . . . . . . . . . . . . . . .

Aku tenung dia dan dia pun tenung aku tanpa mengeluarkan satu pun patah perkataan .

"Biar aku dukung kau pergi tandas"

"Ahh tak apalah . Aku boleh pergi sendiri"

"Tak boleh . Kaki kau tu kang lagi sakit , esok tak dapatlah nak jalan jalan"

Aku mencebikkan bibir . Betul juga dia cakap . Kalau lagi sakit , tak dapat nak jalan jalan . Hm

"Hm oklah macam tu"

Dia datang mendekati aku yang sedang duduk atas katil dalam posisi bersimpul dan tangan di depa ke depan .

"Sebelum tu , boleh ke aku sentuh kau ni ? Kang tahu tahu kena belasah dengan kau"

"Da tadi kata ok kan ?"

Aku buat muka menyampah . Kalah muka mak jemah . Teruk sangat itu muka hahahahahaha .

Dia mendukung aku ala bridal style . Wehh ! Aku tak selesa ! Kain dress ni da lah terbelah pastu lak dia angkat dan sentuh peha aku yang putih gebu berseri ni .

"Ehem"

"Huh ? Ye ?"

Muka dia nampak macam tak perasan yang dia sentuh peha daku ini . Aku menjuihkan bibir ke arah tangannya di peha aku .

"Ohh mian hehe"

"Ahh ok"

Sampai depan tandas , dia menurunkan aku dan dia berlalu pergi . Jengah dia sikit , mana tahu dia duk tercongok depan tandas kan ?

Selepas tukar baju tidur , aku berjalan keluar . Dia tak cakap pun suruh aku panggil dia selepas tukar baju . Tu yang aku main jalan keluar je .

"Kya ! Siapa suruh kau jalan berlenggang ni ?"

"Tak de siapa . Wae ?"

"Kaki tu kan sakit , asal tak panggil ?"

"Kau tak cakap"

"Kau ni betul degil"

Tetibe dia smirk . Laki aku ni da kena sawan senggugut ke ? Ada giler dia ni . Aku turut simpati .

"Aku nak bagi denda"

Dia senyum , senyum sinis dan smirk . Ada peringkat lak tu . Sejak bila dalam life dia ada denda ni ? Selama ni ok je .

"Denda apa pula malam malam buta ni ? Giler ?"

"Jangan ingat aku ni memain eh ? Aku serious nak bagi denda"

"Kalau setakat denda kena jalan itik kat koridor , aku boleh buatlah"

Jinyoung senyum jahat . Aku hanya buat muka selamba tenuk duduk atas lumpur .

"Kau duduk atas katil sekarang"

Tu ke denda dia ? Hanya duduk atas katil ? Ahh baguslah gitu . Tak delah berdiri je , kaki ni pun da start sakit . Thank you hahaha .

"Simple"

Kata aku dalam nada sinis . So simple , dalam masa seminit pun aku boleh selesaikan denda ni . Aku pun segera duduk atas katil .

"So ada lagi ke dendanya wahai suami yang aku cintai ?"

Hampir muntah pelangi hakak . Eii geli je bulu ketiak dengar . Euww . Dia tak cakap apa apa , hanya smirk dia lemparkan kepada aku .

Dia berjalan ke arah aku lalu melutut depan aku . Dekat pula tu grr . Apa dia nak buat ni ? Jangan buat hal eh ? Ada juga kaki ni melayang kang .

Dia still tak bercakap . Tetibe dia tarik dress tidur aku naik ke atas . Automatik tangan aku menahan kain tu naik lagi atas .

"Kya ! Kau cuba buat apa ni ?!"

Marah aku dengan muka hampir menangis . Kalau cuba skodeng pun , tak yah lah buat sebab kau sendiri tahu aku ni tak rela !

Tangan dia mengusap kaki aku dari betis sampai tumit kaki aku . Bulu roma naik ke atas . Isy ! Da macam kena renjatan elektrik .

Lalu dia menekan tumit aku yang sakit dengan kuat . Aku meraung kesakitan . Kuat lak tu aku jerit .

"Arghhh ! Sakitlah !!"

"Tu lah degil lagi kan ?"

"Tadi ye kata nanti aku tak dapat keluar esok tapi kau sendiri buat aku tak boleh keluar esok !"

"Kau yang tempah sendirikan ?"

Nak je lepuk dia ni tau ! Sakit tahu tak ?! Setitis air mata jatuh ke pipi gebuku .

"Tak guna isy !"

Tengking aku kepada Jinyoung yang masih melutut depan aku . Setan punya suami . Tak naklah sayang gini !

"Da pergi tidur"

Arah dia dan aku baring atas katil dengan geram sambil menyelimutkan diri . Malam ni aku rasa nak menyumpah je kerja . Grr Jinyoung pula tidur kat atas sofa . Bagus !

Esok paginya , aku terbangun awal sebab mimpi yang aku terbang . Apakah ? -_-|| Aku mengeliat sedikit dan menggosok mata .

Kaki yang sakit semalam , da rasa lebih elok . So harini bolehlah pergi berjalan jalan . Yahuu !

Harini outfits pakai short pant , tshirt berlengan pendek warna hitam dan kasut adidas. Rambut aku ikat ponytails . Completed !

"Wahh ! Lelawa gini nak pergi mana cik adik oi ?"

Terkejut aku jadinya . Nasib gincu ni tak tercalit kat pipi . Aduhai Jinyoung ni . Masih bertanya nak pergi mana .

"Pergi hati awak chia !"

"Hati aku ? Mehh sini mehh sini"

Tetibe Jinyoung berjalan ke arah aku dalam keadaan rambut serabut dia tu . Da macam orang giler .

Dia memegang kedua dua pipi aku . Aku tenung dia lama . Sedar ke tidak dia ni ? Tahu tahu dia cium bibir aku untuk beberapa saat .

"Kya !"

"Tu morning kiss . Ok , chau ! Nak mandi"

Wahh sekarang da pandai sentuh aku sesuka hati dia . Padahal baru semalam dia minta permission sebab nak dukung aku .

[Jinyoung pakai baju tu 👆😍 saya suka]

Selepas bersiap semua , kami pun memulakan perjalanan ke Bazaar Madinat . Aku punyalah berseronok kat sini sebab makanan banyak .

"Alice , cuba rasa ni"

Jinyoung menyuapkan sekeping gula gula maybe ? Tapi rasa dia sedap . Penjual ni hanya senyum .

"Nak beli tak ?"

"Semestinya nak"

"Ok"

Jinyoung pun membeli gula gula tersebut . Seriously , gula gula tu buat aku rasa ketagih nak lagi . Penjual tu letak dadah ke ?

Selepas membeli belah , kami berjalan jalan kat sekeliling Bazaar tu . Nampak ramai pelancong asing . Ada sorang mat saleh ni handsome lah . Jangan bagi tahu Jinyoung tau ( ̄∀ ̄)

Tetibe Jinyoung berlari ke arah sebuah kedai . Aku malaslah nak ikut sebab malas nak bazirkan tenaga .

Beberapa minit kemudian , dia kembali dan memakaikan aku topi . So dia pergi kedai tu , dia beli topi ? Ok .

Aku topi warna putih dan dia warna hitam . Match color babehh . Lantak kaulah Jinyoung , asalkan aku sayang kau (∀ )

Untung tho dapat pergi Dubai . Tetibe teringin nak pergi Dubai . Bapak author kata kat sana best :'(

Elehh bolehlah cerita sebab da pergi . Author nak ikut tapi tak bagi hiks . Author juga kena uruskan rumah --"
Sad lyfe .

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top