♡59

. . . . . . . . . . . . .
   Alice POV
. . . . . . . . . . . . .

Selepas breakfast tu , aku pun kemas . Jinyoung da masak , biar aku kemas pula . Kita start dengan basuh pinggan .

Boleh tahan banyak juga pinggan mangkuk termasuk cawan semalam . Cakap pasal semalam , teringat pula scene yang tak di ingini . Erghh

"Kau tak pergi kerja ke ?"

"Harini aku ambil cuti"

Aku berhenti basuh pinggan dan pandang Jinyoung dengan pelik . Kenapa pula dengan dia ni ?

"Kenapa ? Sakit ke ?"

Aku pun merasa dahinya . Tak panas . Pelik betullah suami aku ni .

"Saja je lah . Nak duduk rumah dengan kau . Boleh spent time dengan kau"

Dia senyum senget . Isy gatal ! Aku menepuk bahu kirinya . Ahh ambil kau ! Padan muka eii

Aku pun sambung basuh pinggan . Hampir 10 minit aku ambil untuk basuh pinggan . Boleh tahan banyak jugalah .

Jinyoung ? Dia pergi main dengan Jinyoung (kucing) kat ruang tamu . Aku pun join dorang .

"Jy , da makan tak ?"

"Jy ? Siapa pula Jy ?"

Soal Jinyoung dengan pelik . Ok , ni first time aku panggil Jinyoung (kucing) Jy .

"Kalau aku panggil kucing ni Jinyoung nanti kau perasan pula sebab tu aku panggil anak aku ni Jy . Ada faham ?"

"Ohh"

Aku pun mengusap lembut badan Jy . Alololo anak mami ni makin gemuk makin gemuk .

Tangan Jinyoung pantas mencapai remote tv dengan muka toya . Aku just main dengan Jy .

"Berita terkini , kita telah digemparkan dengan seorang ahli Wannaone yang telah berkahwin dengan senyap atas tidak mahu diganggu oleh...."

Aku terkejut dengan berita tadi . Apakah ? Hm patutlah semalam cakap yang tak yah risau da .

"Beliau telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya yang kini hampir mencecah sebulan..."

Whatever . Saya bukan kaki dokumentari . Saya suka entertainment puing puing :3

"Nak keluar tak ?"

"Huh ?! Buat apa keluar ? Berita tadi baru cerita pasal kita tahu tak ?"

Eh mamat ni tak takut langsung dikerumuni dengan fans atau wartawan . Sah ! Memang sah laki aku da tak waras . Da lah semalam main terjah je . Isy isy isy !

"Alaaa aku nak tunjuk yang wife aku ni cantik tau tak"

"Nanti bila ada yang usya aku , kau pula yang jealous tahap babi"

Aku menjegilkan mata . Dia mencebikkan bibir . Ingat comel ? Memang comel pun puing puing :3

"Ok ok tak nak keluar . Duduk je dalam rumah"

Dia buat muka sedih . Awat sedih pulok ? Ingat nanti aku kena kebas dengan jantan lain . Hello ! Aku sayang kau kay ?

"You're my heart shaker , shaker~"

Aku nyanyi sambil mencubit kedua dua pipinya dengan tangan aku . Nak buat dia happy huehue

"Kya , appeo"

Dia gelak pastu memegang kedua dua tangan aku dengan lembut . Aku pun senyum manis sampai nampak gigi aku yang comel :3

. . . . . . . . . . . . . . . .
  Seolhyun POV
. . . . . . . . . . . . . . . .

Naik stress aku ! Apakah ?! Jinyoung da kahwin ?! Tak lain kalau bukan ALICE KIM . Why why ?!

"Cik Seolhyun , tuan pengarah panggil cik"

Aku tadi yang tengah duduk kat bilik tetamu tetibe pembantu pengarah suruh pergi bilik tuan pengarah .

Aku pun berjalan ke bilik pengarah . Sampai depan pintu , aku membetulkan baju sedikit dan masuk ke dalam .

"Tuan nak jumpa saya ke ?"

"Ya , sila duduk"

Aku pun duduk di depan meja Tuan Pengarah dengan penuh sopan santun . Dalam hati da rasa takut giler .

"Awak suka kerja sebagai model ?"

"Semestinya saya suka sebab ini cita cita saya"

"Jadi tolong jangan malukan syarikat dengan penyebaran berita pasal yang awak buat tu . Awak tak patut sebarkan yang awak ada hubungan dengan Jinyoung sesuka hati awak je ! Kalau saya tahu awak macam ni , saya patut hantar awak kerja kat luar negara lagi baik"

Bagus juga dengan apa yang Tuan Pengarah cakapkan dari aku duduk sini . Erghh buat sakit hati je .

Kalau kerja luar negara , tak de lah aku dengar pasal dua mempelai yang acah tu . Menyampah .

"Tuan , saya nak kerja kat luar negara"

"Hm kamu pasti ?"

"Saya pasti"

"Baiklah . Dari benda yang tak patut berlaku , baik awak bergerak awal . Sabtu ni mesti da bergerak ke New York"

New York ? Bagus juga . Ini semua salah kau , Seolhyun . Kemaruk sangat dengan Jinyoung . Haihh kenapalah selama ni aku bodo ? Paboya !

Baiklah , mari kita buka cerita baru . Mulakan hidup baru kat sana . Semakin tak terkawal perangai aku ni . Makin melarat .

"Saya minta diri"

Aku pun keluar dengan hati yang berat . Selama ni aku bagi harapan kat Jinyoung tapi jadi fakehope . Alice juga yang bertakhta dia hatinya . Waduh jiwang betul .

. . . . . . . . . . . .
  Alice POV
. . . . . . . . . . . .

Kami berdua bersama sama tengok tv tapi dia atas sofa dan aku duduk atas lantai . Dia yang suruh --"

Kau fikir aku ni hamba kau ?! Weh setan ! Aku isteri kau ! Sakit hati tho dengan suami berperangai macam ni . Adehh

"Apahal muka masam mencuka macam tu ? Nanti berkedut macam mana ?"

"Biarlah berkedut . Lagi kau suka kan ? Isy !"

Aku berpeluk tubuh atas lantai . Mulut aku tak berhenti memaki tanpa mengeluarkan suara .

"Tu kenapa mulut tu tak reti duk diam ? Aku cium baru nak henti ?"

"Elehh dia pun sama . Lagi ok aku dari dia bising je kerja"

Aku berkata dalam nada perlahan sebab tak nak dia dengar . Da lah asyik membebel macam mak nenek . Pokpek pokpek

"Kau fikir aku tak dengar ? Aku buat scene semalam dalam bilik nak ?"

Wah main ugut nampak ? Setan nirojim betul . Aku berdiri dan blah dari situ . Baik pergi dengar lagu lagi best .

Aku segera mencapai earphone dan telefon yang berada di atas katil . Aku memakainya dan buka lagu As If It's Your Last by Blackpink . Fav oii

Aku pun ke ruang berehat setingkat dengan bilik aku . Kat situ luas sikit , boleh nak terkinja ke nak menari ke nak berdangdut ke

"Na mwondae jakku saenggakna~"

Menarilah dikau di sini mengikut rentak lagu tersebut . Punya suka kau dan relaks . Elehh baru pukul 12.53 tengahari .

"Alice"

"Alice"

Ada manusia panggil nama aku ke ? Samar samar je dengar . Aku pandanglah belakang .

"Arghh ! Aishh ! Kau ni ! Aigoo , ada apa ?"

"Kejap lagi kita keluar tau . Aku nak bawa kau kat tempat special ni"

"Hm yela yela"

Dia senyum manis lalu beredar . Da kenapa pula ni ? Tadi kata tak nak keluar . Isanghae~

Manalah agaknya si Jinyoung ni nak bawa Alice ?

Waduh author pula yang pening HOHOHO
Oklah oklah author puing puing nak chau😂

*makan pizza Seon Ho*

+vote+comment*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top