♡42
. . . . . . . . . . . . . . .
Woobin POV
. . . . . . . . . . . . . . .
Aku terlalu risau pasal Alice sebab jeritan Alice dalam talian . Conversation kitorang tak tamat lagi , so aku dengar Alice menjerit mengerang semua bagai tapi aku dengar nama seorang lelaki , Hanbin .
Aku merekod perbualan tu untuk buat bukti . Lelaki tu suka hati sentuh adik kesayangan aku . Kalau aku tahu adik aku berbadan dua , aku tak teragak agak nak potong badan kau .
Aku call Alice 700 kali tapi dia tak angkat . Perbualan kami dua hari lalu , membuatkan aku risau tahap jamban pecah tahu tak ?!
Aku mendail sekali lagi nombor Alice tapi masih tiada sesiapa yang mengangkat panggilan aku .
"Isy ! Ok , aku nak balik sana"
Aku berdiri dari duduk di sofa dalam bilik rehat untuk berjumpa dengan manager . Hati aku panas je .
"Manager , boleh tak saya minta cuti 3 hari sebab ada hal privasi sikit"
"Hm tengoklah nanti saya cakap kat pengarah . Harap kamu ada rezekilah ye"
Manager menepuk bahu aku lalu beredar . Aduhh Alice ni mana ?! Tak ye juga , aku kan ada nombor Jinyoung .
Lagipun da lama aku tak berhubung dengan dia tapi dengar dia da jadi artis . Takut dia tukar nombor telefon .
-phone pov-
"Annyeonghaseyo"
"Annyeong Jinyoung . Ni Woobin"
"Woobin hyung ?"
"Kau tahu tak Alice kat mana ? Risau aku dibuatnya"
"Ohh grr maafkan aku . Hm sebab aku da terlanggar dia and now dia ada kat hospital . Aku baru nak melawat dia"
"Apa ?!"
"Aku tak sengaja . Dikatakan dia lari dari Hanbin"
-end pov-
Aku mematikan panggilan . Ni semua salah Hanbin ! Memang aku cari kau Hanbin ! Aku segera menaiki kereta dan pulang ke rumah untuk mengemas baju untuk balik ke Korea .
. . . . . . . . . . . . . .
Alice POV
. . . . . . . . . . . . . .
Haihh kenapa hati aku tak boleh nak duduk diam ? Rasa takut semacam . Entah entah Hanbin nak datang . Andwae !
Aku mengapai majalah yang disusun di meja sisi katil aku dan terpapar wajah Jinyoung bersama Seolhyun ?
Dorang photoshoot bersama sama ? Kenapa hati aku rasa macam nak berhenti ? Apa benda ni siak ? Isy !
Aku mengusap dada aku supaya bertenang . Selepas kejadian tu , hidup aku tak tenang . Bosan pula tak de kawan untuk berborak .
Tapi bila kenangkan kisah semalam , tak sangka Jihoon akan datang . Dia...dia makin handsome . Adakah dia cuba bunuh aku dengan kekacakan dia ? Pfft !
TOKK ! TOKK !
Aku memandang ke pintu dan Jihoon sedang memandang aku sambil senyum . Aku pun membalas .
"Alice , ada orang nak jumpa kau"
Jihoon pun keluar balik . Ada orang nak jumpa aku ? Siapa ? Entah entah Woobin oppa !
Dan seorang lelaki memasuki bilik aku dengan muka serba salah . Muka aku terus berubah . Ianya adalah Bae Jinyoung yang aku rindukan . Rindu ?
"Jinyoung ?"
Jantung aku macam da berhenti sebab nampak dia depan mata . Ini nyata bukan ?
"Kau buat apa kat sini ? Macam mana kau boleh ingat aku balik ? Aku ingatkan kau da lupa aku"
"Aku datang nak tengok wajah seorang gadis yang kini menjadi seorang wanita . Kau nampak cantik sekali"
Kata Jinyoung sambil mengukir senyuman . Aku cuba tahan nak menangis . Sebenarnya , aku banyak persoalan selepas Jinyoung pergi macam tu .
Lagu beautiful sekali lagi dimainkan . Situasi yang amat sesuai . Aku menatap muka Jinyoung . Maybe ini perasaan sebenar aku terhadap Jinyoung .
Jinyoung datang mendekati aku dan perlahan lahan memeluk tubuh aku yang kecil . Aku pun membalas pelukan dia .
"Bogoshipeo"
Dia berkata perlahan semasa memeluk aku . Ya , aku pun rindu kau . Aku rindu kehangatan badan kau membuatkan aku teringat pertama kali kita berpelukan depan dorang semua .
"Isy ! Da lah . Tak yah nak sedih nau"
"Sedih siak drama ni"
Ada pula suara jembalang yang tak diundang . Kami meleraikan pelukan dan terpacak 10 lelaki yang handsome depan kami .
"Daehwi !"
Aku menjerit namanya . Kawan yang paling aku rindu ! My Prince Korea ! Kami terus berpelukan dan meleraikan pelukan tersebut .
"Jahatkan kau sanggup tinggalkan aku"
Aku memukul lengan dia sambil menitiskan air mata . Merah sudah mata aku .
Daehwi mengesat air mata aku sambil mempoutkan bibirnya .
"Alaa janganlah menangis . Aku terpaksa"
Kata Daehwi sambil mencebikkan bibirnya . Aku rindu Daehwi buat cebik bibir dia . Hihi
Tetibe aku teringat sesuatu .
"OMO ! Jinyoung !"
Jinyoung terkejut bila aku sebut namanya . Sebenarnya , aku teringat kucing aku kat rumah . Aku takut dia larikan diri .
"Waeyo ?! Kau rasa sakit ke ?!"
"Bukan . Jinyoung tu nama kucing aku ! Dia tak makan lagi"
Jinyoung manusia ni da tersengih sengih depan aku . Mesti dia fikirkan sesuatu yang menarik . Euww menarik sangat !
"Kau namakan kucing tu sempena nama aku ? Auww comellah kau"
Dia menarik pipi aku . Wehhh sakitlah pipi aku . Da lah langgar aku pastu nak sakitkan pipi aku pula .
"Kau yang bagi kucing tu , tak salah kalau aku letak nama kau"
Aku menggosok pipi aku yang merah . Jinyoung hanya senyum hingga nampak barisan giginya .
"Aduhaii pasangan dua sejoli ni , kalau bersama ada je semut datang"
Jaehwan mengurut dahinya . Elehh jealous lertu . Da lah gelak macam pontianak .
"Aku fikir apa yang kita patut buat untuk menjamin keselamatan Alice ?"
Kata Sungwoon secara tetibe . Erk risaukan aku pula ke ? Da lah acah je eh !
"Aku tahu ! Jinyoung kau pindahlah kat rumah Alice"
Kata Daehwi . Aduhaii perangai masih tak berubah tau . Bilalah nak matang Prince Korea ni ?
"Ak..aku pindah rumah Alice ?!"
Kami berdua terkejut . Betul ke ni weh ?! Janganlah buat aku takut . Nanti aku teringat kembali kenangan pahit masam semua tu kang .
Author mohon sangat sangat kepada readers mainkan lagu Beautiful semasa baca part ni saja .
Author menaip sambil dengar lagu beautiful nak menangis author aduhaii
+vote+comment+
i miss you so much~🎶
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top