♡37

. . . . . . . . . . . . .
    Alice POV
. . . . . . . . . . . . .

Kalau Jinyoung dalam group tu , maybe yang lain ada juga kan ? Kita tanya je lah .

"Hm habis Daehwi , Jihoon , Sungwoon , Ong , Jaehwan , Minhyun , Kuan Lin , Daniel , Woojin dan Jisung ada dalam group tu ke ?"

"Eh macam mana awak kenal semua tu ? Nampak macam awak ni tak ambil kesah je"

Aku da senyum keriangan . Finally , aku da jumpa semua kawan kawan aku . Betul yang Jinyoung cakap dulu , dia jadi artis dan aku jadi make up artist .

"Hm papepun kejap lagi iKon ada show kat musicbank . Saya nak semua ikut tau"

Aku mengangguk . Mana tahu jumpa dorang semua . Gembiranya hati aku . Aku segera menyediakan barang barang make up dan terus ke SBS .

Belakang pentas , aku pun mengeluarkan barang make up dari beg tapi aku nak make up siapa ?

"Yaeri , saya nak kena make up siapa ?"

"Ohh Hanbin"

Apa ?! Hanbin ?! Ok relaks . Aku susun make up di meja solek depan Hanbin . Aku mengikat rambut gaya ponytail dan memakai cermin mata . Rabun dekat hm .

Aku touch up muka Hanbin , blusher lah , eyeshadow lah shading lah dan kening dia aku bentukkan .

"Comellah muka kau"

Hanbin ketawa halus . Aku da kata dengan dia jangan ganggu aku tapi dia buat juga . Ni kata da berubah ?

"Shut up . Ok , da siap"

Aku terus beredar dari situ . Aku keluar dari bilik persediaan iKon sebab nak pergi tandas . Ramainya orang kat kaki lima ni .

Aku berjalan perlahan lahan . Tetibe aku berhenti sebab dari jarak aku kira kira 50 cm , aku nampak seseorang yang aku kenal ianya...

BAE JINYOUNG.

Dia tengah bercakap dengan Daehwi . Mata aku da berair . Kenapa aku rasa nak tak nak jumpa dorang ? Malu ke ?

Dan Jinyoung memandang tepat ke arah aku dan muka dia berkerut . Aku segera berlari ke tandas perempuan .

"Hiks hiks"

Tisu aku ambil untuk lap air mata dan hingus . Alahai kenapa jumpa dorang pun nak menangis ni ?

Aku segera membasuh tangan dan mengelap tangan . Aku pun kembali ke bilik persediaan iKon .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
    Bae Jinyoung POV
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Alice ? Tu dia ke ? Mata aku tak silap pandang kan ? Isy ! Aku rasa tu memang dia .

"Woii kau pandang apa ?"

Tegur Daehwi . Aku memandang Daehwi dengan terpinga pinga .

"Tadi aku nampak macam Alice tapi da hilang pula"

"Huh ?! Alice ? Mana ?!"

"Isy ! Alice da hilanglah"

Takkanlah Alice ? Aku ingatkan dia da balik London sebab aku ada datang rumah dia sekali tapi tak de orang . Gelap je .

Rindu , datanglah rumah dia tapi time tu pun dapat keluar dari asrama . Aku tak tahulah tu dia ke tak .

"Kau ada mesej Alice ?"

"Tak . Aku rasa mesti dia da tukar nombor telefon sebab dia kan pergi London"

"laa asal tak cuba mesej dia ?"

"Entah"

Aku berlalu pergi . Aku memasuki bilik persediaan kami . Tengok riuh semacam je .

"Jinyoung !"

"Waeyo ?!"

Aku terjerit pula . Hihi yela , si Jaehwan buat aku terkejut . Alahai .

"Wehh , Alice ada post video kat youtube dengan kau !"

Dengan aku ?! Video apa tho ? Aku pun tengok video tu . Aku senyum . Tak sangka dia akan post kat youtube .

Mesti dia cari aku sebab dia baru post petang tadi . Lonely lertu . Rindu lerni kan ?

"Kita pun da lama lupakan dia dan sekarang kita tak tahu dia kat mana"

Kata Ong dengan pasrah . Aku ada terniat nak cari dia tapi jadual ketat nau . Artis hot kan ? Welllllllll (=´∀`)

"Wannaone , tolong bersedia . Sebentar lagi giliran kamu semua"

Kata petugas musicbank . Kami semua bertolak tolak sebab nak bersedia . Macam kanak kanak alahai .

Persembahan kami hanya 30 minit and sekarang persembahan iKon pula . Tetibe mata aku tertumpu kepada seorang wanita . Dia mengikat rambut gaya ponytail dan memakai cermin mata .

"Jinyoung"

"Yes , manager"

"Esok kamu ada photoshoot di Syarikat FNC tau"

"Saya sorang je ke ?"

"Ye"

Aku hanya mengangguk dan pergi ke bilik kami untuk menukar baju . Oleh itu , terlupalah sudah untuk menemui wanita tadi . Innalillah -_-

. . . . . . . . . . . . . .
    Alice POV
. . . . . . . . . . . . . .

Sekarang waktu untuk mengumumkan pemenang bagi minggu ni . Aku tak tahulah kalau iKon boleh menang .

"Tahniah kepada Wannaone !"

Kata Seolbin dari Laboum . Aku menepuk tangan dan memandang Jinyoung sambil senyum . Entahlah kali ni aku tengok dia terasa hatiku sudah cair .

"Wahh senyum je tengok . Ni mesti Bae Jinyoung kan ?"

Min Ah berbisik di telinga aku . Hati aku sedikit ceria lah .

"Eh mana ada . Aku tengok kawan baik aku , Daehwi"

"Kawan baik kau Daehwi ?"

"Yup . Kami satu kelas selama 1 tahun suku sebab dia berhenti sekolah and rupanya dia jadi traineer"

"Wow untungnya kau"

Min Ah mencebikkan bibir sebab cemburu . Haihh tapi Min Ah tak faham perasaan aku time tu . Sedih :'

Isy ! Dorang hampir hampir nak jumpa tu . Jahatlah author . #salahkandirisendiri

so buat bersabar dan kuatkan iman sebab nak kena tunggu next chapter . InsyaAllah kalau tak ngantuk , author double update 🙆

+vote+comment+
shhh ily <3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top