♡22

. . . . . . . . . . . . .
   Alice POV
. . . . . . . . . . . . .

Aku memandang orang ketiga yang bersuara tu . Apakah ?!! PAK CIK GUARD ?!!

"Pakcik Guard ? Apa yang pak cik buat kat sini ?"

"Pak cik ternampak kamu berdua , tu yang ke mari"

Aku terdiam . Janganlah dia nampak apa yang berlaku tadi . Tolonglah jangan fikir lain .

Tangan Jinyoung melepaskan tangan aku . Sakit tho dia genggam .

"Apa yang berlaku ni sampai pegang tangan Alice ?"

Ek eleh pak cik tu dengar nama aku sebab tadi Jinyoung sebut . Pastu nak sebut nama aku banyak kali , entahlah geli .

"Ohh tangan dia luka tadi , tu yang saya pegang tangan dia"

"Ohh kejap . Kamu ni anak pengetua kan ?"

"Ye , saya . Kenapa ?"

"Tak silap saya . Kereta pengetua ada kat depan sana"

Jinyoung terkejut dan terus mengambil beg . Dia berlari ke pintu pagar . Aku hanya diam .

"Hm kamu ni tak nak balik ke ?"

"Saya nak baliklah ni . Annyeong"

Aku tunduk dan terus berlalu pergi . Hari ni da lah tak de siapa yang ambil , terpaksa jalan kaki sorang sorang . Penat woii !

"Hi , Alice !"

"Eh hi , Hanbin . Tak balik lagi ke ?"

"Tak . Saya tunggu awak"

"Ohh hm boleh tak panggil kau aku je ? Tak selesa lah hihi"

Hanbin hanya mengangguk sambil senyum . Hm kenapa dia tunggu aku ? Bukan dia naik kereta ke ?

"Kenapa tunggu aku ? Mak ayah kau tak marah ke ?"

"Ohh harini mak ayah aku ada kerja , balik lambat . Tu yang tunggu kau , nak ajak pergi minum petang"

Aku hanya senyum . Sebenarnya niat nak ikut tapi ada rasa curiga sikit . Yela , mana tahu dia jadi 'liar' kan .

"Ohh boleh je . Kejap , aku mesej mak aku"

Aku mengeluarkan telefon dan menulis mesej untuk omma .

To : Omma luv
Text : omma , Alice balik lambat sikit sebab keluar minum dengan kawan Alice

Sent.

Selepas itu , kami terus ke Seoul menaiki teksi untuk ke kafe . Selepas 15 minit , sampai juga .

-Coffeebay Cafe-

Aku duduk di tepi tingkap dan Hanbin pergi membeli air serta kek untuk mengisi perut yang lapar ni .

"Nah , kau punya Coral Blue Lemon dan Red Velvet Cheesecake"

"Gomawo"

Aku senyum keriangan . Siapa je tak teruja bila fans belanja kita ? Seronok tau !

"Hm Jinyoung buat apa dengan kau tadi ?"

Aku terus berhenti makan kek . Terkejut dengan soalan yang dia tujukan kepada aku .

"Ohh tak de pape . Dia nak tengok kesan luka yang aku kena masa kat sekolah tadi"

Dia mengangguk tanda faham . Aku rasa kekok tetibe . Yela , aku bukan rapat pun dengan Hanbin .

"Aku dengar kau ni gf Jinyoung , betul ke ?"

Alamak ! Kenapalah kau tanya soalan kbat kat aku ? Susah woii !

"Grr..aah tapi tu kisah lama hihi"

Aku senyum tawar kepadanya . Dasar cerita bohong aku buat . Tolonglah jangan tanya soalan kbat lagi . Pening aku nak jawap .

…………skip……………

Esoknya , abang aku pula tetibe menawar diri untuk hantar aku . Elehh nak ngorat budak sekolah aku lertu .

Aku keluar dari rumah untuk ke kereta Woobin .

PINN ! PINN !

Aku terkejut . Siapa pula yang main hon pagi pagi ? Buat sakit dada je lah . Aku mendekati pintu pagar rumah aku .

"Jinyoung ?! Kau buat apa kat sini ?!"

Aku memerhati kawasan sekeliling . Nasib keluarga aku tak keluar . Aku pandang dia balik .

"Aku nak pergi sekolah dengan kau"

"Aku tak nak . Aku takut naik motor"

"Ok"

Tetibe mata dia memandang belakang aku . Pelik . Jangan jangan !

"Annyeonghaseyo hyung !"

"Ohh annyeonghaseyo . Kamu kan lelaki masa tu ?"

"Nae , cheoyo"

Dia senyum pada abang aku . Apa yang dia cuba buat ni ? Cuba bodek abang aku ke apa atau cuba ngorat abang aku ? Eii yucks ! Kunyit .

"Hyung , boleh tak nak pergi sekolah dengan adik cantik hyung ni ?"

Woobin pandang aku sambil berkata halus kepada aku .

"Wuuuu"

Aku menjeling dia . Eii naik gelilah bulu ketiak aku dengar .

"Boleh je"

"What ?! Woobin , aku tak nak"

"Pergi je lah . Rezeki pagi di depan mata"

Woobin menolak aku hingga menghampiri Jinyoung . Woii aku tak nak da lah , jangan paksa !

Jinyoung memandang aku lalu menepuk tempat duduk di belakangnya . Aku menyilangkan tangan di dada .

"Mak ayah kau bagi ke naik motor ?"

"Bagilah sebab aku da ada lesen and now cepat naik kalau tak , lambat pergi sekolah"

Nak tak nak kena naik juga sebab Woobin tak guna tu da pergi dulu . Abang sewel . Aduhai benci aku .

Dia memakaikan aku helmet . Aku malu sekarang dan duduk di belakang dia dengan rasa janggal .

"Pegang aku kuat kuat tau !"

"Kena...pa ?!!!"

Dia menekan minyak dan motor bergerak laju ke sekolah . Macam manalah dia boleh dapat lesen motor ni ?!

Aku terus memeluk badan dia sebab takut jatuh . Dia ni menunggang motor secara bahaya betullah . Naik mual aku jadinya .

Exam is killing my brain 😭

Kenapalah exam wujud ?!
*sob sob*

+vote+comment+
-tysm❤-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top