T - 37

"Durian crepe durian crepe~~"

Jimin mengelap peluh yang membasahi dahinya. Dah berjam-jam dia di sini bagi mengusahakan penjualan Durian Crepe di tepi jalan namun tiada seorang pun pelanggan yang sudi membeli durian crepe yang dijualnya. Sudahlah cuaca hari ini panas terik !

Kesian Jimin. Malang betul hidupnya. Nak ngorat Joonie pun kena bluetick. Nak berniaga pun tak laku. Sungguh dia terluka.

Beginilah hidup. Dulu mak hantar pergi sekolah suruh belajar elok-elok tapi ni tak. Pergi sekolah asyik nak mengorat aweks cendol anak Cita Citata tu saja. Lepas tu sekarang? Melaratlah hidup.

Moral, belajarlah engkau hingga ke menara gading.

Okay back to the story

"Bang, saya nak beli durian crepe" kata seorang lelaki berpakaian serba hitam dan wajahnya ditutup dengan hoodie. Oleh itu, Jimin tidak dapat melihat dengan baik wajah lelaki itu.

"Kau ni sewel ke? Panas terik macam ni masih pakai hoodie? Demam eh?" Jimin tersengih sambil memasukkan bungkusan durian crepe ke dalam beg plastik. Akhirnya ada juga pelanggan untuk hari ini.

"Nah! Rm60.." Jimin menghulurkan beg plastik itu kepada lelaki tadi.

"Mahalnya! Aku beli satu je takkan sampai rm60? Patutlah durian crepe kau tak laku pun." Protes lelaki tersebut.

"Kalau nak beli, beli. Kalau tak nak boleh blah!"

"Okay.." lelaki itu mengeluarkan not rm50 dan rm10 dari dompetnya yang tebal dan penuh dengan duit itu.

Mahu tak terbuntang mata Jimin melihatnya. Nampak dari luar macam orang tak berapa sihat pakai hoodie di cuaca panas terik macam ni, macam penangih dadah pun ada.

Entah entah dia ni pengedar dadah sebab tu kaya?

Jimin teragak-agak sewaktu ingin mengambil duit bayaran dari lelaki itu. Tapi kalau tak ambil, siapa yang rugi? Sudahlah hari ini dia seorang je yang jadi pelanggannya.

Perlahan-lahan dia mengambil duit itu. Sewaktu dia memegang duit itu, lelaki tersebut tidak mahu melepaskannya.

"Eii bagilah duit ni. Nak beli sangat"

"Aku boleh bagi duit ni.. Tapi dengan satu syarat"

"Syarat apa benda pulaknya? Alahai!" Jimin mengeluh.

"Bagitahu aku Haejung kat mana"

Terkaku seketika Jimin dibuatnya. Pelik betul ! Tiba-tiba tanya pasal Haejung.

Perlahan-lahan lelaki itu membuka zip hoodie yang dipakainya. Senyuman sinis dipaparkan.

"J—Jungkook? Ermm eh eh.. Haa! Macam mana kau tahu aku berniaga kat sini?" Jimin sempat menyalami tangannya beberapa kali. Syarat Jungkook tadi lansung diabainya.

"Zaman dah canggihlah Jimin. Muka kau pun dah terpapar kat waze aku" jawab Jungkook namun Jimin hanya tergelak.

"Hahaha! Mari laa duduk makan durian crepe dulu" pelawa Jimin lalu menarik kerusi di meja untuk Jungkook.

***

Setelah sebiji durian crepe bersertakan segelas kelapa jelly berjaya dia habiskan, Jungkook menyilangkan tangannya ke dada sambil memandang Jimin yang masih enak menikmati durian crepenya.

Wajah Jimin dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Jimin yang sudah merasa tidak selesa.

"Aku nak kau jujur dengan aku. Kau tahu Haejung kat mana kan?" soal Jungkook dengan serius.

Tetapi dibalas dengan senyuman sinis oleh Jimin.

"Buat apa kau nak tahu?"

Jungkook sudahpun mengetap bibir. Memang terang lagikan bersuluh dia tahu dimana Haejung berada. Mesti dia juga sudah salah faham sama seperti Haejung.

"She's my wife and of course I must take care of her!"

"Tapi kau dah permainkan dia, Jungkook!"

"Kau tak tahu cerita sebenar. Kau dengan Haejung sama je mudah tuduh orang bukan-bukan.." kata Jungkook.

"Kalau kau tak permainkan dia kenapa kau tipu dia? Kau tahu tak yang dulu Haejung tu merana? Dia tak henti henti menangis dekat aku sejak tahu Taehyung ada hubungan dengan kawan baik dia sendiri. Dah lah.. aku tak nak dia terluka lagi sebab aku dah kesian tengok dia"

Jungkook terdiam seketika. Bila dikenang semula, memang dia yang salah dalam hal ini. Tapi percayalah apa yang dia buat ini demi kebaikan, bukannya untuk mengkhianati gadis itu.

"Aku mengaku semua ni salah aku. But she's my wife.. Biarlah aku yang selesaikannya. Aku cuma minta kau bagitahu aku Haejung kat mana sekarang itu saja. Sumpah! Aku janji takkan tipu dia lagi. Tolonglah.."

Pinta Jungkook seakan-akan merayu.

Jimin terdiam seketika. Terpapar jelas sekali lelaki itu amat mencintai Haejung sampai sanggup cari dia di sini semata-mata untuk tahu dimana isteri dia berada.

"Okay.. aku boleh bagitahu.. Tapi ingat, tolonglah jangan buat dia menangis lagi. Aku sendiri pun dah penat tengok dia merana" kata Jimin.

"No worries about it. Sekarang kau bagitahu aku dia kat mana?" soal Jungkook sekadar ingin tahu.

"Dia berada di....."










++++

Please vomment gais 💕
Sesungguhnya beta bahagia membaca comment anda 😄

Maaf lagi kerana terlalu pendek. Haish! Next chapt maybe dah panjang daaah 😄




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top