❝ Special Chapt ❞ ━ scene three


Lima tahun kemudian

"Saengil chukka hamnida~
Saengil chukka hamnida~
Saengil chukka hamnida Jeon Sheeran~
Saengil chukka hamnida~ "

Lalu mereka semua bertepuk tangan meraikan hari ulang tahun anak lelaki Jungkook yang baru berganjak usia tiga tahun itu.

"Yeay!!" sorak Puan Im lalu diikuti dengan orang ramai. Sempat dia buat gelek ala Mas Idayu depan orang ramai.

Jeon Sheeran bin Jeon Jungkook nama diberi. Nak tahu kenapa nama Jeon Sheeran?

Ni haa Yeonha laa punya pasal sejak menjadi peminat tegar Ed Sheeran bila dia dengar lagu Perfect. Dia juga pandai berjoget Shape of You tu. Sampai nama adiknya sendiri pun dia nak letak nama Sheeran.

Pada awalnya Haejung tidak bersetuju dengan nama itu kerana takut menjadi hambar, tapi Jungkook ni pula yang manjakan anak bila tengok si Yeonha tu cuba nak bunuh diri dalam loji rumah Puan Im.

"Tiup lilin, Sheeran!" kata Jungkook yang sudahpun mengangkat Sheeran yang pendek itu untuk meniup lilin kek hari jadinya.

"Yeay!!" lalu budak kecil itu bertepuk tangan. Alolololo comeynya.

"Yeay!!" orang lain pula juga menepuk tangan.

"Mari sini atok tolong potongkan kek" ujar Seokjin lalu membantu Sheeran memotong keknya.

Atok? Pfftt .

"Bayek atok!" kata Sheeran dengan sebutannya yang agak 'telor'

"Waa pandai!" kini Jimin menepuk tangan bila melihat Sheeran sudahpun berjaya memotong kek dengan baik.

"Tengok mak bapak dia pula" sempat Joonie mencelah sambil memuji mak bapak Sheeran ni membuatkan Haejung dan Jungkook tertunduk malu. Acah malu konon dua ekor tenuk ni!

Ya betul! Sejak peristiwa menyambut bunga hari itu, Joonie terus menerima cinta Jimin sehinggalah mereka kini sudahpun berkahwin dan juga sudahpun dikurniakan seorang anak lelaki bernama Park Chanyeol.

"Hebat nephew uncle Tae ni!" Taehyung mengambil Sheeran dari dukungan Jungkook.

"Eii comel budak ni!" Jiminna mencubit pipi gebu Sheeran kerana sangat geram.

Taehyung dengan Jiminna pun sudahpun bahagia. Lagi-lagi mereka juga turut dikurniakan anak perempuan bernama Kim Sajat.

Perempuan eh? 🌚

"Mummy! Hiks—" Yeonha yang sudahpun berusia hampir mencecah 5 tahun itu terus memeluk lutut Haejung dan menangis teresak-esak.

"Alaa kenapa ni, Yeonha?" Haejung terus duduk mencangkung untuk menyamakan ketinggiannya dengan Yeonha.

"Semua orang sayangkan Sheeran. Tak ada orang pun yang ingat Yeonha" dia mengesat air matanya.

"Alololo jangan nanges. Hari ni kan birthday Sheeran. Nanti birthday Yeonha nanti, mummy janji mummy akan buat the best untuk anak sulung mummy ni" Haejung mencuit hidung budak itu.

"Mummy janji?" dia mengangkat jari kelingkingnya.

"Janji" Haejung juga turut mengangkat jari kelingkingnya.

"Ehem!" Jungkook yang datang dari belakang bersama Sheeran yang kini berada dalam dukungannya kembali berdehem.

"Haejung, ikut aku naik atas kejap" kata Jungkook dengan wajah yang ketat.

Apa hal pula ni muka ketat ketat semacam?

"Noona!" Jungkook meletakkan Sheeran ke bawah lalu budak itu berlari terkedek-kedek ke arah Yeonha.

"Nae.." Haejung hanya akur dengan arahan Jungkook. Bahaya melawan Jungkook ni. Kan dia mengamuk satgi macam mana? Konpem Yeonha dan Sheeran dapat adik pula.

***

"Ada apa awak panggil saya?" soal Haejung dengan agak seram sejuk setibanya mereka berdua di bilik. Takut pula dia nak bercakap dengan Jungkook yang ketat semacam ni.

"Aku nak tanya kau.. kenapa kau tak pakai cincin ni?" soalnya lalu menyerahkan Haejung sebuah kotak cincin yang berwarna hitam.

"Ini cincin yang saya dapat sekali dengan tiket honeymoon dulu.." kata Haejung.

Ya memang, itulah cincin pandora yang dia dapat bersama tiket honeymoon dulu tetapi dia saja yang tidak memakainya.

"Yes.. Kau tak suka ke?" kini suara Jungkook mula beransur lemah. Begitu juga dengan wajahnya yang ketat tadi kian reda.

"Tak, Jungkook. Saya suka, suka sangat. Bukan saya tak nak pakai, tapi cincin ni hilang dulu. Tak sangka awak dah jumpa balik. By the way, thanks.."

Terus saja Haejung menyarungkan cincin itu di jari manisnya.

"Macam tu pun boleh hilang! Langsung tak cakna!"

Terkebil-kebil mata Haejung dibuatnya. Sumpah cincin itu hilang dulu! Bukannya dia sengaja tak nak pakai.

Kelihatan wajah Jungkook sudahpun berubah menjadi cemberut. Merajuk pula dah orang tua ni!

"Awak marah ke?"

Jungkook menggulingkan mata.

"Okay saya minta maaf.. Saya pun tak tahu macam mana cincin ni boleh hilang dulu. Saya minta maaf sangat.." Haejung sudahpun mengangkat tangannya macam mengangkat sumpah gitu.

"Okay.. Aku akan maafkan kau lepas kau jalankan punishment aku"

"Punishment? Langsung tak ikhlas.. Sedangkan nabi pun ampunkan umat!"

"Okay fine! Aku takkan maafkan kau!"

Jungkook terus memusingkan tubuhnya ke belakang sambil mencekak pinggang.

"Oo-kay.. apa punishment awak?"

Haejung mendekatinya. Bukan boleh buat main Jungkook ni. Kan dia pula yang menghidap penyakit kanser merajuk stage10 macam mana?

Jungkook memusingkan tubuhnya kembali dan menghadap Haejung.

Tangannya mula melingkar pinggang wanita itu membuatkan Haejung terhinjut ke belakang sikit.

Nak mula dah tu perangai gila pervert namatey dia tu.

"Jungkook kenapa awak ni miang sangat!" Haejung menepis tangan Jungkook.

Tapi apakan daya Jungkook ni adalah lelaki yang degil. Walaupun tangannya ditepis, dia tetap memeluk wanita itu sebelum menolak Haejung ke atas katil.

Anda gila, Kook!

"Awak ni patut masuk wad bahagia, Kook! Gila!"

Haejung meronta bila Jungkook kini sudahpun berjaya menindihnya.

"Sayang.. Aku gila sebab kau saja.." katanya dengan suara— aishh! Meremang segala bulu bila mendengarnya.

"Huarghh!! Kook kenapa awak jadi macam ni? Awak langsung tak sama dengan Jungkook yang saya kenal dulu! Jungkook saya kenal dulu innocent, pemalas, suka main game. Tapi sekarang?"

Haejung sudahpun buat muka mimik menangis. Jungkook ni makin lama makin teruk pula dia punya byuntae!

"Kau anggaplah Jungkook lama yang perangai macam budak tadika dulu tu dah mati. Now I'm back with the new version. I know you like it, right?"

Dia tersenyum sinis.

"Ya saya tahu awak dah matang berbanding dulu. Tapi yang awak gatal sangat ni dah kenapa?!"

"Because I want you.."

Terus Jungkook mencium bibirnya tanpa ragu-ragu. Boleh tahanlaa agak lama sebelum dia meleraikannya.

"Dulu aku ceraikan kau yang berhati hitam. Dan aku kahwin balik dengan kau yang dah suci bersih. Like me, dulu aku tak matang macam budak. And then, aku datang dengan cara yang lebih matang dalam perkahwinan kedua kita" kata Jungkook.

Haejung terkaku sendirian. Lagi-lagi bila melihat Jungkook version baru a.k.a byuntae namatey serta namampus ini. Agaknya Jungkook ni tertelan ulat bulu gamaknya.

"I love you, dear.." baru saja Jungkook mahu bertindak lebih lanjut,

Tiba-tiba,

KLIK!

Pintu biliknya dibuka seseorang.

"Oppss━ maaf ganggu huhuhu" kata Puan Jeon yang agak terkejut melihat anaknya yang sedang on-top dengan menantunya. Puan Jeon terus menutup kembali pintu bilik itu.

Lalu Haejung dan Jungkook saling berpandangan sesama sendiri.

"Kau tak kunci pintu ke tadi?"

"Saya ingat awak dah kunci"

"Kau kan yang last masuk tadi kenapa aku pula yang kena kunci?"

"Eh jap━ omma Jeon!!" terus bibir Jungkook dia cium sekilas sebelum tubuh Jungkook yang sedang menindihnya itu dia tolak.

"Omma Jeon tunggu!" Haejung terus berlari mengejar Puan Jeon.

U save me, omma Jeon!

Manakala Jungkook pula sudahpun menumbuk bantal-bantal sehingga terkeluar kapas-kapasnya.

"Sanggup kau buat aku macam ni, Haejung?"

Dia mula menyerabutkan rambutnya sehingga menjadi seperti orang yang tak terurus lagi.

***

"Omma Jeon tunggu?" jerit Haejung membuatkan langkah Puan Jeon terhenti. Puan Jeon memusingkan tubuhnya dan memandang Haejung lalu tersenyum.

"Ye Haejung sayang. Ada apa?" soalnya.

Terus tangannya Haejung capai dan menggeggamnya.

"Omma Jeon dah nak balik ke?" muka sedih ditayangkan.

"Ye omma dah nak balik rumah omma kat Malaysia tu. Alololo tak mau laa menantu omma ni sedih sedih macam ni.. Hilang cantik nanti kang"

Puan Jeon mengelap air matanya yang sudahpun mengalir.

Ya memang, sejak dia balik Korea hari itu, dia tidak lama di sini. Tuan Jeon laa yang merajuk. Katanya tak bahagia bila tinggal di Korea. Mungkin sebab dia sedih bila melihat kebahagiaan Puan Im dan Seokjin agaknya. Sebab itulah dia sanggup berpindah ke Malaysia.

Kesian..

Hari ini pun dia balik Korea hanya kerana nak menyambut hari jadi Jeon Sheeran. Kalau tak, tak kuasa lah dia nak jumpa Puan Im lagi. Terluka hati ini!

"Nanti omma datang lagi tau"

"Opkos! Takkan omma tak nak jenguk menantu kesayangan omma ni seorang"

Puan Jeon tersenyum kelat sambil mengusap rambut Haejung.

"Haejung.. omma nak nasihatkan kamu. Jaga anak omma, Jungkook tu baik baik ye? Dia tu betul betul dah cintakan kamu"

Haejung mengangguk sambil tersenyum. Air matanya juga diseka menggunakan jari.

"Omma harap kamu bahagia dengan Jungkook"

Entah mengapa rasa semakin sebak pula dibuatnya. Sudahlaa dia susah nak berjumpa dengan mertuanya seorang ini.

"Dah dah sedih tu. Pergi masuk bilik. Omma tahu Jungkook tengah tunggu kamu"

Haejung mengetap gigi. Dia datang sini pun sengaja nak lari dari Jungkook. Takkan dia nak berpatah balik semula?

"Ta-tapi━"

"Pergi, sayang. Tak baik buat suami macam tu" Puan Jeon tersenyum sebelum beredar pergi dari situ.

Haejung pula sudah terkaku di situ.

"Tapi omma. Jungkook tu byuntae namatey.." katanya perlahan sambil menunduk ke bawah.

Tak tahu samaada nak balik pada biliknya atau kekal di situ.

Dia memusingkan tubuhnya ke arah pintu biliknya yang boleh tahanlah jauh di hujung sana.

Tak kusangka Jungkook sudahpun menunggunya di hadapan pintu bilik itu.



"Hai sayang.."

Anda gedik, Jungkook!

For your information, I really hate you Juon Jungkook 😭











————— ❀❀❀ —————

Maka tamatlah Attention From Mr. Juon Jungkook anak Jeon Bieskook ini.

Aii harap u semua berpuas hati dengan jalan cerita yang merapu dan sungguhlah mengarut.

Maaflah kalau tak best ke apa ke. Maaf juga jika anda tidak suka dengan ke-byuntae-an Jungkook yang gila babey itu 🌚 mohon hempuk dia berjemaah





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top