S - 33


"Oppa! Haejung unnie lari lah" kata Jiminna seusai sahaja dia pulang dari tempat kerja.

"Bwohh? Lari?" soal Jimin acah terkejut.

"Ha'ah.. Kesian Encik Jungkook tu. Nak gila dia tadi tau dok?" jelas Jiminna. Sesungguhnya dia betul betul kesian dengan Jungkook yang dah separuh gila teringatkan isterinya petang tadi.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Jimin lagi. Pandai betul Jimin ni berlakon.

"Entahlah. Encik Jungkook minta Jiminna tolong carikan juga Haejung unnie. Dengar ceritalah malam ni dia nak ke rumah Puan Im. Manalah tahu Haejung unnie ada kat situ" jelas Jiminna.

"Hah?" terkejut Jimin dibuatnya.

"Kenapa oppa tiba-tiba terkejut macam tu sekali?" soal Jiminna kehairanan.

"Eh tak adalah.. Ni ha lipas ni!" Jimin mengambil selipar tandas yang dipakainya lalu memukul lipas hayalan yang berada di kakinya.

Semakin bangang pula Jiminna dibuatnya. Mana pulak adanya lipas?

"Ermnn.. Kalau macam tu, Jiminna naik ke atas dulu lah ye?" Jiminna meminta diri dan meninggalkan Jimin. Kan tak pepasal dia pula yang jadi gila sebab Jimin.

Jimin menarik nafas panjang kemudian menghembusnya.

"Huh! Haejung kena tahu pasal ni sebelum Jungkook datang rumah dia!"

***

"Bwohh? Dia tahu aku kat sini?" terkejut Haejung bila mendapat tahu tentang berita tadi melalui Jimin menggunakan talian telefon.

"Entahlah.. Ye laa kot. Lagipun kau ni yang cliche sangat terikut dengan drama melayu. Merajuk sikit balik rumah mak. Cuba kau lari tempat jauh sikit. Susahlah nanti dia nak cari kau" kata Jimin.

Ye tak ye jugak. Haejung berfikir sejenak. Tak hairanlah kalau Jungkook tahu kalau dia berada di rumah Puan Im sekarang.

"So aku kena pergi laa ni?—"

Tiba-tiba, Puan Im yang baru turun dari tangga pula menyampuk,

"Kau nak lari mana pula haa Haejung?"

Terperanjat Haejung seketika setelah melihat kehadiran Puan Im.

"Eh omma.."

Terus dia mematikan panggilannya bersama Jimin tadi.

"Ermm Haejung.. Ermm" ragu-ragu dia ingin menjawab soalan Puan Im.

"Ermm apa ermm? Kau nak lari dari Jungkook lagi ke? Ingat sikit Haejung oii... dia tu suami kamu. Dulu kau sendiri yang terhegeh minta restu dari omma nak kahwin dengan budak Jungkook tu. Dah skarang? Kau sendiri pula yang nak lari dari dia. Kau ni tuntut ilmu cara apa?" Puan Im mencekak pinggang. Maghoh ni maghoh!

Haejung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya, dia malas nak bertengkar dengan omma dia. Bukan apa Puan Im ni, semakin dilayan, semakin menjadi-jadi pula.

"Maaf omma, Haejung kena pergi sekarang juga. Haejung nak cepat ni" kata Haejung lalu terus dia berlari menuju ke biliknya untuk mengemas bagasi.

Puan Im mengeleng berkali-kali.

"Budak Haejung ni! Aku panggang buat itik panggang juga kan! Sedaplaa juga boleh makan"

Puan Im mengasah penumbuknya. Tunggu masa je Haejung ni. Tak lama lagi boleh laa tu dijadikan makanan untuk dirinya. Degil tak habis habis. Nasib baik Jungkook tu jenis yang tabah kalau tak, dah lama kena cerai.

***

Yeonha melentokkan kepalanya di bahu Taehyung sambil memandang indahnya pemandangan sungai yang bernama Sungai Taengkurak ini.

"Oppa.. agaknya baby kita ni comel ke tak ye?" Yeonha mengusap perutnya yang sudah membuyut itu.

"Mestilah comel macam mummy dia" Taehyung mencuit dagu Yeonha manakala Yeonha hanya tersenyum malu.

"Boleh saya tanya oppa something?"

"Ye sayang, apa dia?"

"Oppa dah dapat terima ke perkahwinan kita?" soal Yeonha.

Agak pelik kerana tiba-tiba saja Yeonha bertanya begitu.

Ya memang, dulu dia memang betul betul tak setuju dengan perkahwinannya. Tetapi disebabkan anak dalam kandungan Yeonha, dia redha dan sanggup bertanggungjawab walaupun dia lansung tidak cintakan Yeonha.

Namun, sejak dia berkahwin, Yeonha sangat setia pada dia membuatkan dia sudahpun perlahan-lahan jatuh cinta dengan wanita itu.

Lagi pula dengan ketulusan hati Yeonha dan dia juga lansung tidak pernah menyalahkan Taehyung tentang anak yang dikandungnya itu.

Taehyung mengusap perut Yeonha.

"Baby, tengok tu mummy tanya soalan. Dia cakap macam daddy tak ikhlas kahwin dengan dia. Nak merajuk arr gini" Taehyung mencebik.

"Alololo.. Tak nak lah merajuk" Yeonha tersenyum.

"Sayang nak makan apa apa tak? Oppa belikan" kata Taehyung.

"Tak menyusahkan ke?"

"Kenapa nak susah pula? Beli makanan je pun bukannya angkat awak" jawabnya.

Yeonha tergelak kecil.

"Okay.. Saya nak.. cendol dengan pak cik tu lah" Yeonha menunjukkan jarinya ke arah seorang pak cik yang sedang menjual cendol.

"Kejap ye.." Taehyung terus bangun dan beredar menuju ke arah pak cik cendol itu.

Sedang leka dia menunggu Taehyung, tiba-tiba,

TING!

TING!

TING!

Telefon Taehyung yang berada di sebelahnya berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk.

"Laa.. dia tinggal phone pula dah" Yeonha mencapai telefon itu dan membaca semua chat yang telah masuk melalui aplikasi whatsapp suaminya.

Unknown: Taehyung.. You ingat lagi tak I, Jiminna?

Unknown: Amboi you, lama dah tak tegut I kan?

Unknown: you peekaboo sekarang? Sihat?

Unknown: I ada berita menarik ni

Unknown: Listen here, I mengandungkan anak you

Unknown: Anak kandung you!

Unknown: You kena bertanggungjawab, Taehyung!

Unknown: Isteri you patut tahu pasal ni

Berderau darah Yeonha bila membaca chat itu.

T–taehyung? Mengandungkan orang lain?

"Sayang.. ni oppa bawakan cendol" Taehyung datang sambil tangannya memegang dua gelas cendol.

Terus Yeonha bangun dan menuju ke arah Taehyung. Matanya sudahpun berair memandang wajah Taehyung.

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Taehyung. Terhinjut Taehyung ke belakang dibuatnya.

"Oppa.. apa semua ni?" Yeonha menunjukkan skrin telefon yang menunjukkan chat yang dihantar Jimin menggunakan nama Jiminna tadi.

Membulat mata Taehyung membacanya.

"Yeo–yeonha.."

"Awak lansung tak berubah, Taehyung! Dulu awak mengandungkan saya.. Sekarang? Awak mengandungkan orang lain pula? Awak ingat kami ni apa? Mainan awak?" marah Yeonha.

"Yeo–yeonha.. saya tak kenal perempuan tu. Sumpah! Saya lansung tak kenal dia apatah lagi nak jumpa dia. Tolong percayakan oppa, sayang"

Rambut Yeonha dia usap tetapi lantas ditepis wanita itu.

"Sudahlah Taehyung! Memang patut pun Haejung bencikan awak! Sebab perangai awak yang macam syaitan! Saya tak patut kahwin dengan manusia bertopengkan syaitan macam awak!"

"Tak Yeonha!"

Yeonha terus pergi meninggalkannya.

"Yeonha yeonha tunggu!" Taehyung berlari cuba mendapatkannya.

"Apa lagi?" Yeonha akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan raya.

"Tunggu dulu.. Sumpah ini fitnah!" Taehyung berlari lagi ke arahnya.

"Dah lah! Cukuplah! Saya tahu awak tak cintakan saya Taehyung! Saya tahu semua tu! Sebab tu awak buat saya macam ni kan?" jerit Yeonha sambil mengesat air matanya.

"Bukan macam tu!"

Baru saja dia hampir mendekati Yeonha yang sedang berdiri di tengah tengah jalan raya itu, tiba-tiba,

BANG!

"YEONHA!!!"










++++

K gais seiya tahu seiya kijam 😭 please dont hate me 😭😭😭😭😭😭😭

Btw, thanks gais for 13k reads and 4k votes.. Oh mai gosh!! Taekejut gua tengok tadi 😱 Dengan ini, aii buat double update untuk hari ni kerana semangat ni haa.. tiba tiba datang uhuhuhu..





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top