O - 25

Sudah seminggu mereka berdua tidak bertegur sapa. Pandang sesama sendiri pun tidak. Semakin sunyi pula rumah itu dibuatnya ditambah lagi dengan ketiadan Tuan Jeon dan Puan Jeon yang masih belum balik balik lagi. Lama betul mereka pergi.

Sudah pukul 3 pagi tapi Jungkook belum balik lagi dari kerja lagi. Haejung mula diselubungi rasa risau dan memegang telefon miliknya.

Nak telefon ke tak?

"Okay Haejung.. rendahkan ego" dia cuba menenangkan jiwanya dan cuba untuk menghubungi Jungkook.

Tapi sayangnya, panggilan itu tak dijawab Jungkook. Dia menelefon lagi tetapi tetap tiada jawapan.

"Jungkook jawablah.." dia mendail lagi nombor itu tetapi tetap sama. Jungkook tidak menjawab panggilannya.

Akhirnya dia mengalah.

"Mana awak pergi Jungkook? Malam malam pun tak nak balik lagi?"

Atau, memang sebab Jungkook marahkan dia sampai tak nak balik rumah?

Kalau ye pun, mesti hari pertama mereka tak bertegur sapa tu lagi Jungkook dah lari dari rumah. Dan lagi satu, kalau nak keluar lama lama tu sekurang-kurangnya hantarlah mesej ke apa ke bagitahu kenapa dia tak balik balik lagi.

***

Haejung terbangun dari tidur. Jam di dinding dia pandang sekilas. Sudah pagi. Agaknya Jungkook dah balik ke belum?

Seusai membersihkan diri dan buat apa semua tu, dia bergegas menuju ke bilik Jungkook. Ya memang, semalam dia masih tidur di bilik bawah, bukan bilik lamanya.

Setibanya dia di bilik itu, kelihatannya kosong saja. Bermakna.. Jungkook tak balik semalam?

***

"Jungkook angkatlaa.." sudah berkali-kali dia menelefon Jungkook tetapi tetap tidak angkat lagi.

Adakah Jungkook dah betul betul marah dengannya?

DING DONG!

Terdengar loceng rumahnya berbunyi. Siapa pula yang datang di saat jiwanya tengah meroyan sekarang ni. Nak kata Jungkook, memang taklah lelaki itu nak tekan loceng rumah sendiri.

Haejung terus menuju ke pintu hadapan. Kelihatan wajah Jimin terpancul di depan pagar sambil melambai-lambai tangan mini dia.

Nasib baik Jimin yang datang. Kalau orang lain, tak ke kena tibai dia nanti kacau mood sedih orang.

Lantas Haejung menekan remote untuk membuka pintu pagar kepada Jimin.

***

"Lepas tu kau okay tak ni?" Jimin meletakkan tangannya di dahi Haejung tatkala melihat pucat wajah gadis itu ditambah pula dengan matanya yang bengkak.

"Aku pun tak tahulah.. Aku menyesal.. Aku menyesal buat dia macam tu" Haejung menyeka air matanya yang tak henti henti mencurah.

"Kau ni.. Jungkook tinggalkan kau sehari pun dah menangis macam orang gila. Berangan nak bercerai dengan dia konon" Jimin melibaskan rambut blonde dia yang baru sahaja diwarna pagi tadi.

"Janganlah cakap macam tu.. hiks–" semakin parah pula Haejung ni menangis. Habis tisu-tisu yang menjadi mangsa air matanya bersepah di lantai.

"Maksudnya sekarang.. kau–– tak jadi bercerai dengan dia?" soal Jimin.

Haejung menangis lagi. Mahu saja Jimin lempang muka pucat dia tu. Dulu acah sangat kahwin sebab dendam lah apa lah lepas tu sekarang, mulalah nak sayangkan Jungkook. Terikut sangat dengan drama melayu!

"A-aku ta-tak rasa aku kena berpisah dengan dia" tersekat-sekat suara Haejung menahan tangis.

"Kenapa?" hairan pula Jimin. Mana pergi hati batunya dulu?

"Aku–– aku takut.. hiks"

"Takut apa?" semakin merebak pula perasaan ingin tahu dalam jiwa Jimin.

"Takut.. aku akan mengandungkan anak dia" terus sahaja terlintas scene di chapt 10&23 dalam kepala otaknya. Haish memalukan betul! Lagi lagi bila dia ingin bertentang mata dengan Jungkook.

"Bwoh?? Maknanya kau dengan Jungkook pernah––" terus Jimin menekup mulutnya sebelum,

"HAHAHAHAHAHAHAHA BAGUS BAGUS! TAHNIAH TAHNIAH!"

Jimin ketawa terbahak-bahak sambil menyalami tangan Haejung berkali-kali. Mahu tak pening tangan itu nanti.

"Eii vangang juga kau ni. Aku bukannya mengandung pun sampai nak kena ucah tahniah!"

Tetapi Jimin masih lagi tergelak. Entah mana celahnya lawak.

"Btw sekarang, kau still nak teruskan ke misi memusnahkan rumah tangga Taehyung dengan betina tu?"

Haejung memandang wajah Jimin.

"Yes teruskan. Aku tak kisah apa terjadi antara aku dengan Jungkook lepas ni. Yang penting, mereka berdua tetap kena berpisah!"

Haejung terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke biliknya. Pasal Jimin nak balik? Pandai pandailah dia kunci pintu rumah tu nanti.

Jimin mengeleng kepala perlahan. Haejung tak pernah bertaubat dari dendamnya. Itupun nasib baik dia dah sedar dan dapat terima Jungkook. Kalau tak, entah apalah jadinya nanti.

***

Taehyung membuka telefon dia. Kelihatan berjuta-juta chat masuk melalui whatsapp daripada perempuan gila yang pernah menghantar chat kepadanya tempoh hari.

Lantas dia buka dan membaca semua chat itu,

Unknown: Taehyung sayang.. Apa ni lama tak tegur I?

Unknown: Sayang.. You ni memang nak kena kan?

Unknown: You tinggalkan I sebab Yeonha tu kan? Sampai hati you!

Unknown: I hate you Taehyung!

Taehyung mengerutkan dahi. Hairan pun ada. Sejak bila aku ada girlfriend lain selain Haejung sebelum ni?

"Oppa, lunch dah siap!" Yeonha menyahut dari dapur seusai meletakkan hidangan makan tengah hari di meja.

"Ye sayang oppa datang" Taehyung mula bergerak ke dapur.

Sebelum itu, sempat dia membalas chat pendek serta ringkas yang berhanyakan dua patah perkataan sahaja kepada orang gila itu,

kimtaehyung: gelilah shibal!

Dan telefonnya itu terus dimatikan. Mampus kalau Yeonha tahu. Kang gugur anak dalam kandungannya siapa pula yang susah nanti.











++++

Haejung dah insaf gais! Anda bila lagi? 🌚

Lek lek gurau je.. Jangan marah 😂





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top