O - 18
"Yeonha! Tunggu!" Taehyung cuba menahan tangan Yeonha setibanya mereka tiba di apartment mereka.
Yeonha berhenti dan memandangnya. Berkaca sudah matanya bila teringatkan perkara tadi.
"Sudahlah Taehyung.. Saya tahu oppa masih cintakan Haejung kan? Ye saya tahu saya memang perampas! Perampas kekasih kepada kawan baik sendiri!" bentak Yeonha.
Sakit hati bila melihat suaminya sendiri memandang wanita lain. Lagi-lagi bekas teman wanitanya.
"Ani– sayang tak pernah rampas oppa dari Haejung pun! Oppa ni cuma ex dia saja bukannya suami dia pun! Sayang.. oppa sayangkan Yeonha. Oppa takkan pernah sesekali tinggalkan Yeonha.. Percayalah!"
Yeonha menunduk sedih.
Memang dia dah agak semua yang terjadi ini mungkin rancangan Haejung semata-mata. Namun, Taehyung juga perlu dia jaga agar tidak terus hanyut dalam permainan ini.
"Saya cuma nak oppa layan saya macam mana orang lain layan isteri mereka. Saya tak nak oppa lepaskan tanggungjawab oppa terhadap baby ni. Tu saja yang saya minta. Saya tahu oppa tak pernah cintakan saya pun.. Tapi sekurangnya, oppa ikhlas sayangnya baby ni.."
Terus Taehyung menarik Yeonha ke dalam pelukannya.
"Tolong jangan cakap macam tu.. Walaupun kita kahwin sebab terpaksa, oppa akan belajar cintakan sayang.." kata Taehyung membuatkan Yeonha menangis dalam pelukannya.
Tak pasti samaada Taehyung betul betul ikhlas ataupun sekadar ingin menjaga perasaannya...
***
•
•
•
"Alaa.. esok dah nak balik" Haejung mencebik.
"Baru ni nak balik sangat" jawab Jungkook dingin sambil bermain ipong miliknya.
"Tapi tu baru ni.." kata Haejung dengan terselit nada sedih
"Kat rumah pun boleh honeymoon" jawab Jungkook lagi tanpa memandangnya.
"Honeymoon kat rumah? Hahaha! Ingat sikit yang awak tu dah kerja bukannya meringkuk dalam rumah main ps4 lagi" kata Haejung sambil acah acah gelak.
"Malam kan ada?" kini Jungkook meletakkan ipong miliknya di meja kecil yang berada di sebelah katil.
"Gatal!" dahinya ditunjal lagi. Entah kali ke berapa dah dahinya ditunjal oleh Haejung.
"Biar omma cepat sikit dapat cucu." Senyuman sinis dipamerkan.
Oh tuhan mana perginya Jungkook innocent yang dia kenal dulu?
"Dah lah saya nak tidur!"
Haejung menarik selimutnya dan terus berbaring.
"Tak payah nak jual mahal sangat laa... Ingat sikit yang kau tu pernah aku sentuh" Jungkook kini berbisik di telinganya.
Haejung memejam mata serapat-rapatnya. Tolonglah jangan ingatkan peristiwa malam itu! Kerana ianya sungguh memalukan!
Haejung terus menarik selimut sehingga menutupi kepalanya. Jungkook pula sudahpun mengekek ketawa, berjaya menyakat isterinya.
***
•
•
•
"Waa rindunya!!!" Haejung memeluk pintu pagar rumah mereka apabila mereka sudahpun selamat tiba di Korea.
"Dah dah tepi tepi nak bukak pintu!"
Jungkook membuka pintu pagar bahagian kecil khusus untuk mereka berdua sahaja yang masuk. Maklumlah mereka balik ke sini dari airport tadi pakai teksi saja sebab tak ada orang nak mai ambil. Kesian..
Setelah pagar kecil tu dibuka, mereka berdua menarik bagasi masuk ke dalam perkarangan rumah agam milik Tuan Jeon dan Puan Jeon, yang masih belum balik balik lagi dari honeymoon mereka itu.
Haish romantik betul pasangan tua tu. Kalah mereka berdua.
Setibanya mereka berada di dalam bilik, mereka merebahkan diri di sofa.
"Ahh~~ penat" rungut Jungkook sambil matanya pejam celik pejam celik menahan rasa mengantuk.
"Awak jangan tidur lagi. Pergi mandi dulu" kata Haejung, risau kalau Jungkook tertidur tanpa mandi.
Jungkook mula memandangnya sambil tersengih sinis.
"Nak mandi dengan kau..." okay Jungkook yang sekarang betul betul dah tak innocent.
"Jangan nak mengada!" Haejung menarik lengan Jungkook lalu menolaknya masuk ke dalam tandas dengan kasar. Jungkook ni mana boleh bagi muka nanti kan dia mintak penyepak.
Sejak akhir-akhir ini, perangai Jungkook dah banyak berubah. 99% tak sama dengan masa mula-mula mereka jumpa dulu.
Ye lah, Jungkook yang dulu ialah seorang gamers terbaik, pemalas dan tak pernah layan dia sebagai isteri.
Tapi sekarang, dia berubah menjadi seorang lelaki yang sweet, penyayang dan yang lebih lagi, PERVERT!
Semua ni berubah sejak berlakunya kehancuran ps4 miliknya dahulu. Tak sangka, ps4 itu memain peranan besar dalam mengubah hidup Jungkook.
Haejung yang berniat ingin memberitahu Jimin tentang kepulangan mereka ke tanah airnya, mencapai telefon bimbitnya. Maklumlah rindu juga dia dengan sepupu kesayangannya itu.
Tapi sayangnya, telefon dia pula yang kehabisan bateri.
Ipong Jungkook lah ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Ipong Jungkook yang berada di meja dia ambil. Terdapat beberapa SMS masuk. Sekarang dunia canggih pun masih pakai SMS ke?
Agaknya Jungkook marah tak kalau dia baca SMS tu?
Tak kot ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Haejung membuka SMS itu dan membaca satu persatu chat dari awal sampai ke akhir.
Me ;
[ ▶] Hyung.. Apa yang kau nampak semalam semuanya tak betul
[ ▶] Tu semua sebab nak puaskan hati Haejung. Kau tahu kan dia ni gila dan kuat berdendam?
01190051200 ;
[ ▶] It's okay aku faham..
[ ▶] Aku pun bahagia tengok kau bahagia sekarang, kook ;)
Bagaikan nak patah tulang kakinya untuk berdiri lagi. Apa semua ni Jungkook?
Kepada siapa yang dia mulakan chat itu? Siapa yang jumpa mereka semalam? Siapa yang kelihatan cemburu dengan mereka berdua semalam? Dan lagi, 'hyung'?
Bukan ke itu Taehyung?
Jungkook yang baru keluar dari tandas, dia pandang dengan mata yang berkaca, menahan rasa marah.
"Kenapa awak tipu saya Jungkook?" soal Haejung dengan nada yang perlahan tetapi terselit kemarahan.
"Tipu apanya?" Jungkook mengerutkan dahi.
"Ini apa? Betul saya cakap hari tu yang awak bersepakat dengan Taehyung kan?"
Telefon itu diberikan pada Jungkook. Jungkook menghela nafas berat.
"Awak ni memang talam 1001 muka betul! Kenapa awak buat saya macam ni Jungkook?" tengking Haejung.
"Haejung dengar sini" Jungkook memegang kedua-dua belah bahu Haejung tetapi ditepisnya kasar.
"Awak dah tipu saya! Apa awak nak jelaskan lagi? Dah laa.. Saya dah penat! Saya penat tahu tak? Sekarang, saya nak awak ceraikan saya!"
Jungkook meraup wajahnya. Ini bukan kali pertama dia minta cerai.
"Dengar dulu apa aku nak cakap!"
"Saya tak percaya dengan manusia penipu macam awak lagi!"
Bantal dan selimut yang berada atas katil terus dia ambil dan keluar dari bilik itu. Tidur bilik bawah pun tak apa asalkan muka Jungkook tak muncul depan matanya.
Jungkook mengeluh berat. Entah macam mana pula cara nak pujuk isterinya yang hati batu itu.
++++
Adakah betul ianya Taehyung? ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Katakan ya atau tidak !
Btw, aii mintak maaf bebanyak kalau ramai orang tak suka dengan watak heroin cerita ini. Yaa memang begitulah watak Haejung yang keras lagikan hitam hatinya. Dengan ini, bersamalah kita mendoakan dia agar cepat cepat insaf dan menuju ke arah jalan yang benar 😂
Ku tak bisa menatap wajahmu lama lama 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top