M - 14

Haejung's POV

Kelihatan Jungkook sedang bermain dengan telefonnya atas katil sebelah aku. Ye lah nak main ps4 pun ps4 dah hancur. Padan muka!

"Jungkook nanti petang ni kita nak pergi mana pulak?"

Aku memeluk lengannya. Okay aku tahu aku gedik !

Dia perlahan-lahan melepaskan tangan aku.

"Tak de pergi mana mana. Tidur je" dia meletakkan telefonnya di meja kecil dan berbaring untuk tidur.

"Alaaa..." aku merungut.

Telefon aku yang sudah lama berada di tangan, aku lihat. Gambar-gambar yang berjaya aku ambil sebelum ni, aku upload dalam ig. Ada juga aku edit jadi video dan upload dekat youtube.

Aku tahu kau akan tengok, Taehyung. Hestek mohonjeles ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Tiba-tiba, tangan aku terus ditarik Jungkook membuatkan aku terbaring di sebelahnya.

Wajah Jungkook yang menghadap dengan aku, aku pandang. Kelihatan wajahnya agak serious.

"Kau nak teruskan lagi ke rancangan kau tu?" soalnya dengan lembut.

Aku tersenyum.

"Bukan ke itu ke plan kita sebelum ni?" soalku balik.

"Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan aku nanti?" soalnya lagi.

Aku menyerabutkan rambut coconut dia.

"Takkanlah! Sebab kita kahwin ada tujuan kan?"

Dia memegang pergelangan tangan aku yang menyerabutkan rambutnya.

"Dah tidur.."

Tangannya kini memeluk pinggang aku pula. Wajah dia kini betul betul dekat dengan aku sekarang. Eii ingat sweet ke?

Beberapa minit kemudian, terdengarlah dengkuran halus daripadanya yang menandakan dia sudahpun tidur disebelah aku. Aku tersenyum memandang dia. Cepat betul dia tidur.

End of Haejung's POV

Taehyung memerhati setiap gambar yang dipost oleh Haejung di instagram.

Sakit hati, cemburu?

Ya masih kuat terasa!

"Oppa buat apa tu?" kelihatan Yeonha yang baru saja keluar dari bilik.

Belum sempat Taehyung menutup laptop yang digunanya sekarang, Yeonha sudah ternampak gambar-gambar Haejung bersama Jungkook.

"Oppa masih sayangkan Haejung ke?" kening Yeonha bertaut. Marah pun ada, sedih pun ada, nak nangis pun ada.

"Tak Yeonha.. Oppa sebenarnya cuma nak tengok dia bahagia dengan pilihan dia saja" Taehyung cuba menenangkan Yeonha.

Tahu sangat emosi gadis itu tak stabil sekarang kerana mengandung. Jadi dia perlu mengambil berat terhadapnya lagi lagi bayi dalam kandungannya itu.

"Oppa janji dengan saya yang oppa akan setia dengan saya.." kata Yeonha sambil mengangkat jari kelingking dia.

Taehyung tersenyum.

"Takkanlah oppa nak tinggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak kandung oppa ni" tubuh Yeonha dipeluk erat.

***



"Waahh tanteknya!!!" Haejung menjerit kegembiraan apabila mereka berdua tiba di Shark Island.

"Sebab tu lah aku pilih tempat ni" kata Jungkook sambil membuka cermin mata hitamnya dan kemudiannya flip hair gitu walaupun tak beberapa nak flip.


Fuh mereciks! Terutama sekali dengan bajunya yang terselak itu.

Tapi satu saja yang membuatkan Haejung tertanya,

"Awak yang pilih tempat ni? Jadi tiket hari tu––" belum sempat Haejung menghabiskan kata-katanya, Jungkook terus menarik tangannya.

"Haa dah haa.. Tu jom feri dah nak gerak!"

Haejung hanya mengikut saja kemana dia pergi.

***

Monopod dipegang. Butang 'record' ditekan.

"Hai!" Haejung melambai-lambai kepada camera yang merakam mereka itu. Manakala Jungkook pula hanya menayangkan poker face.

"Hari ni I dengan suami terchenta ada di Shark Island. Haa tengok ni tengok ni!" Haejung menghalakan monopod pada seluruh pulau ini.

Hampir beberapa minit dia rakam, butang 'stop' ditekan.

Wajah Jungkook yang sedang termenung memerhati laut dipandang.

"Asal nampak sedih je?" Haejung meletakkan tangannya atas bahu Jungkook.

"Dah habis dah record video? Tak nak selfie pula?" soal Jungkook pula tanpa menjawab soalannya.

Haejung terdiam seketika. Adakah Jungkook tak suka dengan cara dia? Tapi dia sudah janji sebelum mereka kahwin lagi.

Kenapa tiba-tiba dia dah jadi lain?

"Awak marah ke?" soal Haejung lagi. Kini Jungkook hanya diam.

"Kalau ye awak marah, kenapa? Bukan ke ini tujuan kita yang sebenar?"

Kemudian Jungkook tersenyum,

"Ani– aku tak marah. Teruskan saja hancurkan rumah tangga Taehyung. Aku sokong.. Sangat sokong!" Dalam saja kata-kata Jungkook.

Tiba-tiba, feri yang mereka naik itu terlanggar seekor penguin. Habis bergegar orang yang berada dalam ni. Punya tak cekap pemandu!

Haejung yang tidak dapat mengimbangi badannya, hampir terjatuh tetapi sempat disambut Jungkook.

Mata mereka bertentangan buat beberapa minit.

"J-jungkook..." bergetar saja suara Haejung melihat mata Jungkook yang bersinar-sinar itu.

Tapi..

"Mana monopod saya!" Kelihatan monopod yang memegang kamera milik Haejung tadi selamat tenggelam ke dalam laut ketika feri bergegar tadi.

Haejung terus berdiri balik dan memandang ke dalam laut. Monopod itu tidak kelihatan lagi.

"Aku ambil!" kata Jungkook.

Haejung memegang tangan Jungkook yang hampir pergi.

"Jangan.. Bahaya!" Jungkook melepaskan tangannya perlahan.

"Dun worry.."

Jungkook terus menukar pakaiannya dan mengambil alatan snorkeling untuk menyelam ke dasar lautan.

Berani dia bertindak sebegitu sedangkan dia tahu yang pasukan penyelamat sudahpun disediakan di sini. Jungkook ni memang acah hero malaya ke apa?

"Jungkook!" jerit Haejung setelah Jungkook sudahpun berjaya turun ke dalam laut. Harap harap dia dapat balik dengan selamat.







++++

Yeonha mengandungkan anak kandung Taehyung?
Malam ni aii update lagi 🌚

Well,

Sini yitu aii nak promote sama yini buku

Haa sape sape ada free tu meh laa check check dia ni punya ff

-Fakta Wattpaders
-Encik Crush, I Love You
- -ailaflower

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top