K - 34



"Doctor!" panggil Taehyung dengan cemas sewaktu seorang doktor lelaki keluar dari wad dimana Yeonha dirawat.

"Mr. Taehyung... we're sorry. We couldn't help your wife and also your child.."

Doktor itu memaparkan muka simpati atas apa yang berlaku.

"What?" Taehyung mengeleng perlahan, tak percaya dengan semua ni.

Yeonha.. dan anaknya meninggal?

Matanya mula berair. Tak! Ini semua tak mungkin!

Pintu wad Yeonha tadi terbuka dengan luas lalu keluarlah beberapa orang jururawat, sedang menolak sebuah katil. Katil dimana seorang wanita yang dianggap isterinya itu berbaring.

"Yeonha..."

Perlahan-lahan Taehyung mendekati katil itu. Sekujur tubuh kaku yang berada atas katil itu dia pandang.

Air mata yang hampir mengalir dia seka sebelum menyelak sedikit selimut yang menutupi wajahnya.

Terpampanglah wajah pucat Yeonha yang putih lesu itu.

Sungguh dia tidak dapat menahan rasa sedih. Baru sahaja dia belajar untuk mencintai gadis itu tapi..

"Yeonha.." setitik per setitik air matanya jatuh.

Kenapa cepat sangat wanita itu hadir dalam hidupnya? Mengapa akhirnya dia yang pergi dulu? Kenapa bukan dirinya saja.

Air matanya semakin mencurah membasahi pipi. Kehilangan Yeonha sungguh memeritkan. Ditambah lagi dengan kehilangan bayi yang bakal lahir ke dunia ini.

"Sorry sir.. We have to go" kata salah seorang jururawat perempuan lalu menolak katil Yeonha itu menuju ke arah bilik mayat.

"Yeonha!" Taehyung menyerabutkan rambutnya dengan air matanya yang tak henti mencurah. Sungguh dia tidak percaya. Semua ini berlaku dengan sekelip mata.

Sudahlah Yeonha tidak dapat diselamatkan, bayi dalam kandungannya juga turut tidak dapat diselamatkan. Apalah nasib wanita naif itu.

Kenapa ujian ini berlaku pada dirinya?

Taehyung jatuh terduduk di lantai. Matanya sudahpun bengkak dengan tangisan yang tak henti. Tiada siapa yang sudi memujuk dia pada waktu genting sebegini.

"Yeonha.. maafkan oppa.." dia memejamkan mata serapat-rapatnya. Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Rasa bersalah sejak mula-mula perkahwinannya lagi. Kerana dirinya, wanita itu dituduh pengkhianat oleh bekas kekasihnya.

"Hiks—" semakin lama, semakin kuat tangisannya.

***

"Maaflah Jungkook, omma pun tak tahu apa masalah korang berdua. Haejung balik sini pun dia lansung tak cerita kat omma. Lepas tu petang tadi dia pergi entah ke mana pula. Dia nak lari dari kamu agaknya. Ni haa dia ada tinggalkan ni untuk kamu"

Puan Im menyerahkan sekeping sambil surat dan sebuah bekas cincin berbentuk 'love' yang ditinggalkan oleh Haejung.

Jungkook mengambilnya. Surat itu dibaca.

Matanya mula memerah menahan air mata. Kenapa Haejung sanggup lari berjauhan dengannya?

Surat itu terus dia renyuk dan dicampakkan ke lantai. Kotak cincin tadi sempat dia masukkan ke dalam poket seluar sebelum menyalami tangan Puan Im dan berlalu pergi.

"Eh Jungkook! Tak nak masuk minum  air dulu ke?" soal Puan Im.

"Tak apalah omma. Lain kali je lah"

Pintu kereta mewahnya dia buka kemudian terus dia pergi tanpa bercakap panjang. Dia datang sini pun hanya untuk cari Haejung, bukannya nak minum air hasil buatan Puan Im Hobie.

Surat yang direnyuk Jungkook tadi Puan Im pandang.

"Apa yang budak Haejung tu tulis sampai Jungkook nampak sedih macam tu sekali?"

Dia mengambil surat yang berada di lantai itu dan menuju ke arah tangga.

Surat itu dibuka dan dia baca setelah melabuhkan punggungnya di atas salah satu anak tangga.

To Jeon Jungkook,

Annyeong oppa.. Sebelum tu saya minta maaf sebab buat awak tercari-cari saya sampai ke sini. Saya minta maaf sangat sebab buat awak sedih. Tapi.. saya tak dapat terima semua penipuan awak. Awak betul betul buat saya kecewa :'(  saya cintakan awak, tapi.. saya tak rasa saya perlu teruskan semua ini dengan awak lagi. Saya sangat kecewa.. Saya harap awak takkan cari saya lagi lepas ni.. tolong ceraikan saya.

Kini Puan Im pula yang merenyukkan surat itu.

"Apa masalah mereka berdua senarnya? Jungkook yang salah ke anak aku yang berhati batu belah batu bertangkup?"

Puan Im mencekak pinggangnya.

"Nampaknya aku kena pergi rumah Jungkook ni esok. Perkara ni kena bawa berbincang elok elok. Si Haejung siap mintak cerai dah ni. Bahaya!"

Puan Im terus bangun dan menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.











++++


Sorry sebab chapt ni pendek. Sesungguhnya chapt ni lah paling buat aku berdebar nak update 😭





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top