K - 24
"Kesian kau Jiminna" Jimin meletakkan coolfever pada dahi Jiminna apabila mendapati Jiminna tengah demam sekarang. Ni kes penat sangat siapkan projek kat syarikat Jungkook tu lah.
Jiminna memegang tangannya.
"It's okay oppa, Jiminna nak tidur. Oppa keluarlah dulu"
"Nae" Jimin menyelimutkan Jiminna dengan selimut yang tebal.
Baru sahaja dia tiba ke muka pintu bilik, langkahnya dihentikan tatkala teringatkan pada sesuatu.
Dia memandang ke belakang semula. Kelihatan Jiminna sudahpun tidur.
Telefon Jiminna selamat berada atas meja kecil yang terletak di sebelah katilnya.
Dia mendekati telefon itu dan mengambilnya. Sekeping kertas kecil dikeluarkan dari poket seluar. Kertas itu adalah kertas pemberian Haejung yang ditulis nombor telefon Taehyung.
Betul ke apa yang dia lakukan?
Terus dia bergerak ke ruang tamu bersama telefon Jiminna di tangannya.
Jimin berfikir sejenak.
Patut ke aku buat?
Tapi janjinya dengan Haejung?
***
•
•
•
Taehyung yang kepenatan baru balik dari kerja terus merebahkan diri di sofa.
"Huh penat~"
Yeonha sudah memberitahunya yang dia tiada di rumah petang ini kerana pergi hospital untuk memeriksa kandungannya.
Telefon yang berada di sebelahnya dia ambil.
Beratus-ratus chat masuk melalui Whatsapp seusai saja dia membuka data.
Unknown: Hello Taehyung sayang!
Unknown: you ni mentang mentanglah dah kahwin dah tak ingatkan I
Unknown: Eii benci arr gini!
Taehyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betina mana pula yang chat aku ni?
Taehyung meletakkan kembali telefon dia tanpa melayan chat itu. Entah orang gila mana yang chat dia di petang hari ni.
Baru sahaja matanya hampir terlelap,
TING!
TING!
TING!
TING!
Berjuta-juta chat masuk.
"Siapa pulak yang chat banyak banyak ni?" rungut Taehyung dan mencapai telefonnya kembali.
Unknown: you kasi I bluetick je?
Unknown: You ingat I ni sampah ke?
Unknown: Takkan you dah tak ingat I?
Unknown: Ni I Jiminna, girlfriend lama you!
Unknown: Sampai hati you tinggalkan I hah Taehyung?
Unknown: I dont care! I akan pastikan you berpisah dengan your wife!
Taehyung mula tak sedap hati. Sejak bila dia ada girlfriend yang bernama Jiminna? Siapa pula perempuan tu? Setahu dia, dia hanya tahu Haejung saja sebelum ini.
kimtaehyung: who are you hah shibal?
kimtaehyung: claiming yourself as my girlfriend
kimtaehyung: Are you crazy?
kimtaehyung: I dont even know a crazy girl like you
Taehyung yang acah acah spikeng itu membalas chat tadi.
Kau tahu apa, Taehyung ni lulusan sarjana tua di university oxford tau? Setakat bab spikeng ni, apalah sangat. Serah saja pada dia. Konpem lancar macam cacing berenang dalam perut.
Setelah itu, wanita tersebut tidak membalas lagi chat dia walaupun sudah dibaca.
"Fuh nasib baik!" keluh Taehyung. Lega tidak bergelut dalam masalah ini
***
"Oppa?! Mana phone Jiminna?" Jiminna yang berada di biliknya menjerit.
"Haa ni haa oppa pinjam kejap nak selfie"
Sempat Jimin membaca chat yang dibalas oleh Taehyung tadi sebelum menyerahkan kembali telefon itu kepada Jiminna. Chat tadi juga sempat dia padam. Kalau tak mampus laa dia kena tibai dengan Jiminna nanti.
Ya! Chat yang dihantar kepada Taehyung tadi adalah kerja Jimin, bukannya Jiminna.
Ini semua kerana janjinya dengan Haejung tempoh hari walaupun sebenarnya dia masih ragu untuk berbuat demikian.
***
•
•
•
Haejung's pov
Sejak pagi tadi lagi aku dan Jungkook lansung tak bercakap mahupun bertegur sapa.
Pagi tadi dia pergi kerja lepas tu sekarang dah balik semula tapi dia lansung tak layan aku.
Aku rasa..
Rasa...
Rasa...
Bersalah..
Kejam sangatkah aku ni?
Perlu ke aku minta maaf pada dia? Ataupun terus begini?
Sebenarnya aku takut nak minta maaf. Aku takut aku akan bagi dia harapan palsu sebagaimana Taehyung buat pada aku dulu.
Jadi aku buat keputusan untuk berdiam diri supaya dia bencikan aku.
Kelihatan Jungkook sudahpun tertidur di atas katil. Rasa sunyi pun ada.
Dulu selalu gaduh, gelak bersama dia. Tapi sekarang.. keadaan sudah menjadi lain.
Maafkan saya Jungkook. Sebab saya tak pernah cintakan awak..
Aku mula berjalan menuju ke bilik bawah. Biarlah kami berdua sesama menenangkan perasaan masing-masing sendirian.
Apabila tiba di bilik bawah, aku merebahkan diri di katil. Telefon aku capai. Lagu lagu aiman tino dipasang sambil membelek-belek gambar perkahwinan kami berdua yang sudah berlangsung hampir 2 bulan lepas.
Perlahan-lahan air mata aku menitis.
Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Kenapa aku tak dapat terima lelaki sebaik Jungkook? Kerana bencikan Taehyung, kenapa aku perlu buat orang yang betul betul ikhlas dengan aku terluka?
"Jungkook.. maafkan saya.. saya tahu saya isteri yang teruk" kata aku dengan air mata yang tak henti henti mengalir.
End of Haejung's pov
•
•
Jungkook yang sedang curi-curi dengar dari luar pintu bilik, menyandar di dinding. Terdengar suara esakan tangisan Haejung yang membuatkan dirinya mula menjadi lemah.
Perlukah dia lepaskan saja Haejung supaya dia tidak diselubungi rasa bersalah?
Dia memejam mata serapat-rapatnya. Kadang-kadang, dia kesian dengan Haejung. Dia tak pernah rasa bahagia sejak Taehyung tinggalkan dia dahulu.
Itu belum lagi dia tahu siapa sebenarnya Taehyung. Kalau dia tahu, memang ermm lah dunia ni.
"Aku terlalu banyak rahsia dengan kau Haejung. Dan aku takkan pernah sedia untuk bagitahu kau semuanya. Sebab aku tahu, kau akan benci aku" kata Jungkook perlahan.
++++
Rahsia apakah yitu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top