I - 35
Haejung's pov
Aku duduk termenung memandang keindahan ombak pantai yang mendayu-dayu serta budak-budak kecil yang berkeliaran yang sedang bergembira.
Aku menyandarkan tubuh pada sebuah pokok kelapa yang boleh tahannya besar. Sedih..
Sungguh aku kecewa dengan Jungkook. Kenapa dia buat aku macam ni?
Aku baru saja nak mencintai dia dengan tapi.. dia khianat aku dari belakang. Tak sangka dia dan Taehyung berpakat untuk buat aku merana.
Apa salah aku sampaikan mereka berdua habis-habisan buat aku macam permainan? Atau.. Adakah aku memang ditakdirkan untuk hidup merana?
Perlahan-lahan air mata mengalir tetapi lantas aku seka.
Tak! Haejung kau kuat! Kau jangan sesekali mengalah!
"Taehyung.. kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat!"
Aku memejamkan mata serapatnya.
End of Haejung's pov
***
•
•
•
Taehyung menyeka air matanya yang tak henti henti mencurah. Pemergian Yeonha dan anaknya yang bakal dilahirkan itu masih belum dia redha.
Ganbar perkahwinannya bersama Yeonha dia tatap.
"Yeonha.. kenapa kau pergi tinggalkan aku?" semakin laju air matanya mengalir.
Sedih.. Kehilangan gadis itu cukup membuatkan hidup dia bertambah menderita.
"Yeonha.. sejak kita berkahwin, aku tahu kau seorang perempuan yang baik. Seorang yang lemah lembut pada luaran dan dalaman. Tapi bila aku mula cintakan kau, kenapa kau pergi. Kenapa Yeonha?"
Dia memejamkan mata serapat-rapatnya. Kejadian tempoh hari yang membawa maut kepada dua insan itu mula bermain di fikirannya.
"Jiminna.."
Siapakah gadis bernama Jiminna itu? Dialah punca mereka berdua bergaduh. Dia juga punca Yeonha dan anaknya meninggal.
"Aku akan cari kau.."
"Sebagai pembalasan..."
***
•
•
•
Puan Im memperbetulkan sedikit barang kemas yang dipakainya hingga ke paras siku. Begitu juga dengan bunga di kepalanya. Beg tangan berjenama 'GUCCI' atau lebih tepat jenama kegemarannya itu dia ambil dan disangkut ke siku.
Dia memandang di hadapan cermin.
"Cantik" dia tersenyum bila mendapati dirinya sungguh cantik. Lagi-lagi bila dikenakan dengan baju kebaya merah yang dipakainya itu.
Terus dia berjalan menuju ke pintu. Tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti,
"Eh kipas aku!" terus dia masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil kipas cina kesayangannya. Tidak lupa juga dia memakai cermin mata hitam yang berjenama 'LAZADA'.
Dengan ber-skill ala-ala model, dia berjalan keluar dari rumah mengalahkan ratu cantik Amerika.
Setelah pagar serta segala jenis pintu rumahnya dia kunci, teksi yang ber-driver-kan Pak Cik Namjoon itu berhenti di hadapan rumahnya.
"Puan Im nak tumpang ke?" sempat pak cik Namjoon itu mengenyitkan matanya kepada Puan Im.
"Hohoho! Boleh juga."
Puan Im tergelak kecil sejurus memasuki perut kereta teksi itu.
"Hantar saya ke rumah menantu saya ye? Dekat Seoul" ujar Puan Im seusai saja mengambil tempat di seat belakang.
"Orait!" sempat pak cik Namjoon mengangkat tabik sebelum menggerakkan kereta usang miliknya menuju ke destinasi yang dirancang.
***
BRUFF!
BEHEK BEHEK!
"Eh kenapa berhenti tengah tengah jalan ni?" soal Puan Im yang sudahpun mengipas-ngipas dirinya menggunakan kipas cina. Panas!
"Nampaknya kereta habis minyak lah.. Aduuh macam mana ni?" Pak cik Namjoon menggaru-garu kepalanya.
"Excuse me.. What? Kereta habis minyak?"
"Ya.."
"Dasar kereta buruk! Dah lah buruk, tak ada minyak, aircond rosak pula tu. Dah lah aku nak turun. Rimas betul!"
Puan Im membuka pintu kereta itu dan pergi meninggalkan pak cik Namjoon yang keseorang diri. Kesian dia :'(
"Eh Puan Im! Mana tambang?" jerit pak cik Namjoon tetapi Puan Im hanya mengangkat tangan dan melambai-lambai tangan kearahnya tanda tiada bayaran.
Kuang asam punya Puan Im! Punyalah dah sampai tengah tengah bandar Seoul dia naik teksi ni, tapi tak nak bayar pula?
Puan Im berjalan dan berjalan entah ke mana arah. Nak cari teksi lain tapi tak ada nampak pula batang hidung teksi kat sini. Sudahlah tengah hari ni panas terik. Nasib baik ada kipas cina. Bolehlah juga kurangkan sikit rasa panasnya.
"Nak pergi mana ni?" Puan Im mencekak pinggang. Tak tahu mana hala tuju bila di tengah tengah bandar Seoul ni.
Berjuta-juta manusia yang sedang lalu lalang di sini. Memang sah tiada seorang pun yang hiraukan dia yang berpakaian mengalahkan diva itu.
"Ouh ye encik Grab! Dunia sekarang dah canggih kan" terus dia mengambil ipong miliknya dalam beg tangan.
Aplikasi Grab ditekan.
"Apa benda ni? Peta dunia? Macam mana nak guna menatang benda alah ni?"
Pening dia macam mana nak guna aplikasi Grab itu. Sebenarnya, aplikasi itu pun dulu Haejung yang download dalam telefon dia. Kalau tak, memang ketinggalan zamanlah dia.
Tiba-tiba, ada seorang pemuda cuba meragut beg tangannya yang berjenama 'GUCCI' itu.
"Woi eii ei!! Adoi!" dia menjerit sekuat hati sehingga jatuh terjelopok di atas tar.
"Adoi sakitnya!" dia mengurut tangannya yang sudah cedera.
"Mak cik okay tak? Mak cik?" datang pula seorang pemuda yang handsome lagikan bergaya, bergegas menghampiri.
Sesekali dia berjalan ke arah Puan Im dengan sungguh 'cool'. Oh handsomenya!!
Terpana mata Puan Im melihat pemuda itu. Tak berkelip matanya. Sungguh handsome lelaki ini.
Adakah ini dinamakan panahan cinta kedua selepas arwah suaminya meninggal?
"Mak cik? Mak cik okay?" Seokjin melambai-lambai tangannya di hadapan muka Puan Im.
"Eh?? Ha? Ha? Ha'ah okay.. tu beg tangan mak cik kena ragut dengan budak tu haa!" Puan Im menunjukkan jarinya ke arah pemuda yang meragut beg dia tadi.
"Mak cik tunggu kejap ye?" terus Seokjin berlari sepantas kilat mengejar lelaki yang meragut beg Puan Im tadi.
Dari jauh, Puan Im menyaksikan aksi drastik Seokjin yang cuba memukul dan menyepak peragut itu sehingga peragut tersebut menyerah kalah dan memberikan semula beg tangan Puan Im itu kepada Seokjin.
Seokjin berjalan semula kearahnya sambil memegang beg tangannya di belakang.
Oh sungguh handsome!
Sekali lagi mata Puan Im terpana tak berkelip. Terasa mahu pengsan pun ada.
"Ni beg mak cik. Check lah apa yang patut." Seokjin memberikan beg tangan itu kepada Puan Im.
"Terima kasih ye nak.. Mak cik tak tahu macam mana nak balas budi kamu" kata Puan Im.
"Apalah mak cik ni.. Saya ikhlas" Seokjin tersenyum.
"Nak ni namanya apa?" soal Puan Im.
"Kim Seok Jin. Mak cik pula?"
"Im Hobie.. Hohoho!" Puan Im tergelak kecil. Begitu juga dengan Seokjin.
"Okaylah mak cik.. kalau tak ada apa-apa, saya pergi dululah mak cik" pinta Seokjin lalu melangkah pergi.
"Tunggu!"
"Ye ada apa lagi mak cik?" soal Seokjin dengan penuh ramah. Manis sekali budak Seokjin ni.
"Kamu kenal tak alamat ni?" Puan Im menghulurkan dia sekeping potongan kertas yang tertulis alamat rumah Jungkook.
"Eh ni rumah Jungkook.." Seokjin mengerutkan dahinya.
"Ha'ah rumah Jungkook.. Kamu kenal ke?"
"Jungkook ni bff saya sampai mati ni mak cik" soal Seokjin pula.
"Laa.. mak cik ni mertua Jungkook" jawab Puan Im.
"Kalau macam tu, mak cik ni omma Haejung laa?"
"Ha'ah ye ye!" Puan Im mengangguk beberapa kali.
"Tak pe mak cik naik kereta saya je pergi rumah Jungkook" pelawa Seokjin.
"Alah menyusahkan kamu je... Hohoho!" Puan Im tergelak kecil lagi.
"Tak apa.. Saya ikhlas" Seokjin tersenyum semanis-manisnya.
Mahu tak cair Puan Im melihat budiman sungguh budak Seokjin ni. Sudahlah handsome, baik pula tu. Alangkah baiknya kalau Seokjin itu jadi jodohnya?
++++
Adakah Haejung bakal mendapat appa baharu?
Readers sekalian kalau tak busy and ada masa tu bolehlah jenguk sis ni punya penpik.. Dia baru publish tau :)
- Mochi ; pjm
- lollikook
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top