G - 23
TING!
Pintu rumahnya dibuka.
Ok nice ! Tak de orang !
Ni mesti anak jiran sebelah yang main loceng rumahnya. Tampar juga budak tu kang!
Baru saja dia hendak menutup semula pintu itu, dia ternampak sekeping sampul surat bersaiz A4 berada di atas permaidani. Terus dia ambil sampul surat tersebut dan membukanya.
"WHAT??!" Terkejut beruk dia apabila melihat beberapa keping gambar Jungkook dalam sampul surat itu.
Apa semua ni Jungkook?
***
•
•
•
Jam memaparkan tepat pukul 1 pagi. Okay Jungkook tak balik lagi dari kerja. Mesti dia masih di rumah betina yang bersamanya dalam gambar tadi.
Haejung mendengus kasar sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga beberapa kali di atas katil.
Jungkook ni tak boleh bagi muka. Kena bagi penyepak terus.
KLIK !
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak perlahan. Terpapar wajah Jungkook yang seakan-akan letih, masuk ke dalam bilik ini. Maklumlah ni rumah dia mestilah dia boleh buka sendiri semua pintu dalam rumah ni.
Haejung yang masih duduk di katil hanya terdiam. Dia cuba untuk tenang walaupun hatinya masih mendidih.
"Ahh penat– eh kau tak tidur lagi?" soal Jungkook seraya meletakkan coat milikya dalam bakul untuk dibasuh.
Haejung hanya terdiam. Wajahnya memandang lantai. Ya memang! Hatinya sungguh membara sekarang. Mahu saja dia mencekik leher Jungkook tu sampai mati.
Gambar tadi. Gambar dimana Jungkook sedang berpelukan dengan betina lain dalam sebuah bilik. Mana tak buat dirinya sebagai isteri ini marah.
Perangai Jungkook memang lansung tak ubah macam Taehyung. Depan baik, belakang syaitan!
"Okay fine Haejung dah mute!" Dia mengeluh.
Oleh kerana amarahnya tidak dapat ditahan lagi, dia terus berdiri dan mencampakkan gambar-gambar tadi pada Jungkook.
"Kenapa awak balik sini tak bawa betina tu sekali?" soalnya kasar. Gambar-gambar tadi Jungkook ambil dan dibeleknya perlahan sebelum memandang wajah Haejung.
"Semua lelaki ni sama saja! Depan baik belakang macam syaitan! Awak tahu tak sikap awak tu lansung tak ubah macam Taehyung? Dulu dia sakitkan hati saya dengan cara macam ni juga. Dan sekarang? Awak pula buat saya macam ni? Korang berdua ni memang adik beradik ke macam mana punya perangai serupa?"
Matanya sudah mula berair. Bukan menangis tapi... cuba untuk menahan dirinya daripada menyembelih tekak Jungkook. Haa nanti kan tak pepasal Jungkook ni jadi arwah jasa tangannya.
Jungkook tersenyum sinis.
"Kau jelous?" soalnya.
"Soalan bodoh apa awak tanya ni, kook? Isteri mana mana pun bila tengok suami dia dengan orang lain mesti marah. Awak tak payah acah bodoh tak tahulah!"
Turun naik saja nafas Haejung. Separuh amarahnya dia lemparkan. Tunggu nak bagi flying kick saja lagi. Ataupun potong rambut Jungkook pakai tempurung kelapa.
Senyuman sinis di bibir Jungkook masih belum lekang. Sesekali Jungkook menarik tangan Haejung dan terus melingkari pinggang gadis itu, tidak mahu dilepaskan walaupun Haejung sudahpun meronta sekuat hati.
"Apa ni? Lepaslah!"
"Aku takkan lepaskan kau sebelum kau berterus terang dengan aku sekarang!" Kata Jungkook sambil memeluk pinggangnya erat.
"Berterus terang apa pulak?" Haejung menolak-nolak dadanya untuk dilepaskan namun tidak berjaya.
"Kau cintakan aku kan?"
Haejung terus berhenti meronta apabila terdengar soalan yang diajukan olehnya.
"Saya tak cinta dan takkan pernah cintakan awak! Tolonglah berhenti berharap Jungkook!"
"Lepas tu kenapa kau nak marah sangat pasal gambar-gambar tadi?"
Kini Haejung terdiam. Dalam saja anak mata Jungkook memandang anak matanya.
"Saya tak nak bakal isteri baru awak sedih bila tahu perangai awak macam ni"
Perlahan-lahan tangan Jungkook dijatuhkan.
"Gambar-gambar tadi palsu. Aku sendiri yang palsukannya" jawab Jungkook dengan suara yang rendah.
"Bwoh? Untuk apa?"
"Aku nak tahu kau marah ataupun tak... Dahlaa Haejung, tolonglah lupakan dendam kau. Aku nak kau terus jadi isteri aku. For your information, aku cukup bahagia hidup dengan kau. Aku takkan ceraikan kau" jelas Jungkook.
Dia menaikkan dagu Haejung yang sedang memandang lantai supaya memandang tepat ke wajahnya.
Perlahan-lahan bibir Haejung dikucup sambil pinggangnya dirangkul lagi oleh Jungkook. Kepalanya diserongkan sedikit bagi mendalamkan ciumannya.
Perlahan-lahan air mata Haejung mengalir dari tubir matanya sebelum dia menolak perlahan dada Jungkook.
"Mianhae Jungkook.. Maaf sebab saya tak mampu bahagiakan awak. Saya tak layak untuk lelaki sebaik awak. Saya takkan berhenti teruskan tujuan utama yang membuatkan kita kahwin dulu. Awak dah lupa ke semua tu?" kata Haejung.
Jungkook meraup rambutnya kasar. Haejung tidak pernah peduli tentang perasaan dia dan hanya tahu untuk meruntuhkan syurga orang lain. Kenapa kau kejam Haejung?
Baru saja Haejung ingin meninggalkan dia di situ, tangannya terus dipegang kasar oleh Jungkook membuatkan langkahnya terpaksa diberhentikan.
"Jungkook sakitlah!" sekali lagi dia meronta untuk dilepaskan tetapi tidak berjaya.
"Kau memang betul betul dah melampau, Haejung. Aku.. aku––" Jungkook tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya mencebik matanya menahan marah. Perlahan-lahan tangan Haejung dia lepas.
"Suka hati awaklah nak cakap saya ni melampau ke kejam ke jahat ke apa! Yang penting Taehyung dan Yeonha kena bercerai!" tengking Haejung.
Amarah dalam dirinya semakin membuak dan berapi. Haejung ni memang tak patut bagi muka. Gadis ini bukan calang calang orangnya. Sekali dendamnya tak terbalas, selagi tu juga dia cuba walaupun dia sedar yang dia pun juga sudahpun menyakiti perasaan orang lain.
"Kau ni memang–" terus tubuh Haejung dia tolak ke atas katil dan segera menindihnya. Tangannya dicengkam agar tidak meronta.
"Eii awak dah mabuk ke apa?" kaki Haejung cuba menendang perut Jungkook tetapi tidak berjaya bila kakinya sudahpun berjaya Jungkook kunci.
"Ya aku mabuk. Mabuk bila bertepuk sebelah tangan. Mabuk dengan isteri sendiri yang berhati batu, kayu dan sehitam arang macam kau!" Terus dia mencium bibir Haejung.
++++
K gais aku tahu korang dah geli dengan scene ni ann? Maybe lepas ni dah tak de scene cam ni lagi HAHAHAHA!
Btw, teruskan vomment gais. Ily ♥
Haa ni lah dia wajah Jiminna dan mak cik yoonji 😄 tantek an?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top