F - 10


Warning! Part ni penuh dengan kebabian.. Mohon tabah 🌚

——————————————

Malam itu, Haejung langsung tidak menegur Jungkook. Kejadian petang tadi masih berputar di otaknya.

Tak sangka Jungkook yang baik, innocent dan pemalas yang dia percaya itu rupanya cuba tikam belakangnya.

Bodoh kau Haejung.

"Kau dah makan ke?" soal Jungkook seraya memasang ps4 pada tv.

Haejung hanya diam membeku. Tidak mahu bersuara. Mahu saja dia lempang Jungkook pakai ps4 dia tu.

"Kau dah bisu ke apa?"

Diam.

"Ei aku tanya ni!" Jungkook mula meninggikan suaranya.

Memerah terus mata Haejung memandang Jungkook. Geram, sakit hati, rasa nak hempuk.

"Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan?"

Berkerut dahi Jungkook nak hadam apa maksud dia.

"Awak dengan Taehyung sama saja! Semua nak sakitkan hati saya. Awak tahu tak yang hati saya dah lama terluka sebab Taehyung? Sampai hati saya yang terluka ni jadi dendam. Dan sekarang, awak pulak yang khianat saya kononnya kahwin dengan saya sebab nak tolong saya. Tapi rupanya awak sepakat dengan Taehyung kan? Saya dah nampak dah awak jumpa dia kat restoran capati petang tadi! Entah tiket dan cincin yang saya dapat baru ni pun rancangan awak dengan Taehyung"

Segala ayat yang terpendam dalam hatinya dia lontarkan. Haa nampak dah disitu Haejung sudah salah faham.

"Pebenda kau merepek ni?" Jungkook tersengih pelik. Lucu pula tengok muka Haejung bila marah. Nasib baik tak tergelak saja.

"Haa saya merepeklah ni! Merepek sangat! Macam ni lah.. saya pun rasa saya dah kalah dengan Taehyung sebab selalu kena tipu dengan dia dan saya juga tak nak menagih perhatian awak hanya untuk dendam saya. Macam mana kalau awak ceraikan saya sekarang?"

Berderau darah Jungkook mendengar kata-kata lancar dari isterinya. Cerai?

Memang sah Haejung ni gila! Gila bila hanyut dalam dendam bodohnya sendiri.

Kenapa dia masih berdendam dengan Taehyung sedangkan dia sudah tidak cintakan Taehyung lagi? Sepatutnya dia berundur diri dan biarkan saja Taehyung tu bahagia dengan pilihannya sendiri. Kalau dah jodoh Taehyung dengan Yeonha nak buat macam mana? Lagipun dia juga sudah ada suami yang jauh lebih baik berbanding Taehyung.

Jungkook tidak menghiraukannya sebaliknya sambung bermain dengan ps4.

"Jungkook saya cakap dengan awak!"

"..."

"Jungkook awak memang tak dengar atau awak sengaja buat pekak hah?" makin membara pula hati Haejung bila tidak dilayan Jungkook.

"Awak dengar tak saya cakap ni? Saya nak awak ceraikan saya sekarang"

"..."

Haejung menghembuskan nafasnya berat. Ok fine kau tak nak layan aku!

Ps4 yang berada si tangan Jungkook terus dia rampas. Dengan menggunakan semua tenanganya, dia melontar ps4 itu ke dinding.

Hancur sudaa ps4 kesayangan Jungkook yang selalu menemani harinya tak kira dimana dia berada.

Jungkook memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Habis memerah matanya menahan marah.

Seketat-ketat wajah Tuan Jeon, dia tak pernah membaling ps4 kesayangannya macam tu sekali. Kalau ye pun, dia sorokkan ps4 tu dalam lubang jamban saja.

"Apa kau buat pada ps4 aku?" soal Jungkook dengan wajah yang berang sambil mengetap gigi. Walaupun dia tidak meninggikan suara, Haejung tahu dia amat marah sekarang.

"Sss-ssa-saya---" tergagap Haejung.

"Kau ni memang mencabar kesabaran aku kan?"

Badan Haejung terus dia angkat ala bridal style lalu dihempaskan pada katil.

Pening sekejap kepala Haejung.

"Ap-apa awak n-nak buat ni?"

Kelihatan Jungkook mula membuka butang bajunya berserta tali pinggang yang terbelit di pinggangnya. Kemudian tubuh Haejung yang berada di katil segera dia tindih.

"JUNGKOOK SAYA MINTAK MAAF!!!"

***

Matanya dibuka perlahan. Rasa pening pun ada. Jam yang tergantung di dinding dipandangnya sekilas.

Dah pukul 10?

"Baru bangun, sayang?"

Terdengar suara Jungkook berada sangat dekat dengan wajahnya. Lantas dia memandang Jungkook.

Elok saja dia tersarung baju t-shirt berwarna hitam sambil tersenyum.

"Macam mana semalam? Suka ke tak?" soal Jungkook lagi sambil jarinya bermain-main dengan hujung rambut Haejung.

Haejung mengerutkan dahi. Semalam? Semalam buat apa ye?

Loading..

Loading..

Loading..

Terus matanya membulat. Selimut yang tersarung di badannya diselak sedikit dan.. OH MAI GOSH!!

"JUON JUNGKOOK APA AWAK BUAT HAH?!!!"

Terus bantal diambil lalu memukul Jungkook berkali-kali. Habis terkeluar kapas kapas bantal hotel ni. Mahu tak kena saman dia nanti kerana telah melakukan vandalisme.







++++

Sorry for this part ಥ_ಥ

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top