E - 04

"Awak ni memang selalu 24 jam ke main ps4 en?" soal Haejung setelah mendapati suaminya sedang setia bermain dengan ps4 di ruang tamu.

"Ye kenapa?" jawab Jungkook dengan cool.

Haejung hanya mampu melepaskan keluhan berat melihat perangai teruk Jungkook yang dah tua tapi tetap tak sedar diri.

Dah seminggu mereka berkahwin tetapi seperti biasa, Jungkook tak pernah melepaskan ps4 miliknya. Itu saja dia tahu. Kerja malas. Harapkan bapaknya saja yang bekerja untuk menyara hidup keluarga.

"Jungkook, Haejung.. appa nak bincang sikit dengan kamu berdua" kata Tuan Jeon seraya melabuhkan punggung di sofa.

"Hmmn.. " Balas Jungkook tanpa memandang appa dia.

"Esok appa dengan omma nak pergi honeymoon dekat bora bora selama setahun. Jadi appa nak Jungkook jaga company kita"

Terkejung Jungkook seketika dibuatnya.

"Bwoh??"

Ps4 diletakkan.

Puan Jeon yang datang dari dapur, terus duduk bersebelahan dengan Tuan Jeon di sofa.

"Ye lah. Appa dengan omma nak kamu berdikari berdikari. Sampai bila kamu nak layan ps4 ni? Tengok. Kesian Haejung kalau tiap-tiap hari kamu macam ni" kata Puan Jeon.

Haejung hanya terdiam. Bukan tak nak bersuara tetapi kang kena kata masuk campur hal orang tua pulak macam mana?

"Tapi omma, appa. Kook tak ret--"

"Kalau tak reti tu belajarlah. Mulai esok, appa nak kamu jadi CEO" kata Tuan Jeon dengan muka yang tegang macam singa kena jerat.

Jungkook terdiam. Sungguh dia tak mampu melawan bapanya. Bukannya dia tak tahu kalau Tuan Jeon mengamuk, habis terbakar nanti rumah ni.

"Baiklah. Kook boleh jaga company tu tapi dengan dua syarat"

"Apa syaratnya?"

Haejung mula berdebar. Manalah tahu syaratnya dia perlu diceraikan. Haih no! Nanti gagal plan dia nak balas dendam pada Taehyung.

"First, kalau company ni bankrup jangan salahkan Jungkook sebab appa tahukan Kook bukannya macam hyung panggil handle semua benda"

Tuan Jeon hanya mengangguk. Bahunya ditampar manja oleh Puan Jeon,

"Macam mana kalau betul betul bankrup?" marah Puan Jeon perlahan.

"Tak apa. Saya nak dia berdikari"

"Second, Jungkook nak bawa ps4 juga masuk dalam office. Sekian"

Jungkook mengambil kembali ps4 miliknya dan sambung main.

"Appa setuju"

"Tapi sayang--" Puan Jeon menggoncang goncang lutut Tuan Jeon.

"Tak apa. Jangan risau. Nanti saya suruh PA dia tengok-tengokkan dia nanti"

Puan Jeon mencebik. Dia takut kalau kalau company tu bankrup sebab Jungkook macam mana? Tak ke jatuh miskin dia?

"Dan lagi satu, appa tengah carikan tempat sesuai untuk kamu berdua pergi honeymoon"

Terkejut Haejung dibuatnya.

"Siyes appa?" soal Haejung dengan eksaited sekali. Mana tak eksaitednya kalau plan dia semakin berjalan dengan baik.

Semoga Taehyung jelous nanti 😏

"Ya.. janji kamu berdua pergi tau. Pasal tiket, dun worry sebab omma dengan appa boleh sponsor" kata Puan Jeon pula sambil tersenyum.

"Boleh boleh boleh! Kan Jungkook?" Haejung menggoncangkan bahu Jungkook berkali-kali.

"Haish ye lah ye lah!" rungut Jungkook perlahan sambil menggulingkan matanya.

***

"Omma hiks..." Haejung memeluk tubuh Puan Jeon dengan erat. Air matanya sudahpun mengalir laju.

"Haejung sayang janganlah macam ni. Omma pun tak sanggup nak tinggalkan kamu tapi.. omma dah lama tak honeymoon dengan appa. Bila lagi nak pergi bora bora tu haa"

Puan Jeon mengelap air mata Haejung dengan jarinya.

"Nanti ada masa, marilah datang bora bora dengan suami kamu, jenguk omma kat sana. Omma pun mesti rindu menantu omma yang bak bidadari ni"

Haejung mengangguk.

"Haejung doakan omma bahagia kat sana." Senyuman tawar dipamerkan.

"Mestilah sayang. Omma pun doakan kamu bahagia juga kat sini"

"Dramatic lebih" Jungkook menggulingkan matanya.

"Jungkook.. bila omma tak ada nanti jangan hengko tak bagi menantu omma ni makan pulak. Kang dengan kamu sekali omma bagi makan racun lipas haa"

"Ye lah ye lah. Dah dah pergi! Shuu~~" Jungkook menolak Puan Jeon sampai masuk ke dalam kereta.

"Dasar anak derhaka! Hengko halau aku ye?" marah Puan Jeon lalu Jungkook segera menutup pintu kereta itu. Malas dengar ibunya membebel.

Haejung yang memandang dari jauh hanya ketawa kecil melihat mereka.

Tuan Jeon pula mendekati Jungkook.

"Jungkook.. kalau nanti appa dengan omma tak ada, jaga Haejung tu baik baik. Appa tahu kamu berdua kahwin bukan sebab cinta tapi sebab dendam kan?" kata Tuan Jeon.

Jungkook terdiam seketika.

"Macam mana appa tahu?"

Tuan Jeon menepuk-nepuk bahu Jungkook sambil tersenyum.

"Masa perkahwinan Taehyung dengan Yeonha hari tu lagi appa dah agak"

Sekali lagi dia terdiam.

"Okaylah, appa pergi dulu. Jaga company kita baik baik." Kata Tuan Jeon seraya masuk ke dalam kereta dan kereta itu mula bergerak.

Tangan dilambai-lambai.

"Bye appa.." katanya perlahan dan sayu.

***

Taehyung yang sedang melayari internet dalam handphone, mendapat notification dari Youtube.

JeonJK uploaded video:
Jeon Jungkook, finally married
- 6 days ago

Taehyung tersenyum sendirian. Memang dia dijemput hadir ke perkahwinan itu tetapi dia tidak dapat datang kerana baru sahaja berpindah ke luar negara bersama Yeonha.

Mereka bukan sahaja honeymoon di sini tetapi mereka memang akan menetap di sini buat selamanya.

Video itu ditekan.

Tergamam dia seketika melihat video tersebut.

"Jungkook.. kahwin dengan Haejung?"

"Oppa.." Yeonha yang baru datang dari dapur, terus mengambil tempat disebelah Taehyung.

"Tengok apa tu?" soal Yeonha.

"Jungkook.."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia kahwin dengan Haejung"

"What? Macam mana boleh jadi macam tu?" Terkejut Yeonha apabila terdengar Haejung sudah berkahwin dengan orang yang paling dekat dengannya.

"Tu lah yang oppa pening sekarang. Macam mana Jungkook boleh kenal dia"

Yeonha yang perasan akan perubahan reaksi wajah Taehyung, cuba menenangkannya,

"Biarlah mereka tu. Oppa jangan stress sangat tau. Mana tahu ni taktik Haejung nak hancurkan rumah tangga kita"

Betul juga kata Yeonha ni? Bukannya dia tak kenal dengan Haejung tu. Dia akan buat apa sahaja asalkan hati dia tenang.


+++

Aii baru berniat nak unpublish cerita ni tapi tak jadilah pulak 😅

So disini aii sambung. Sorry lau membusankan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top