63 ━ End


"Aku tak sangka lah pulak yang company kau dah nak bankrup, Jungkook! Kau buat apa sampai banyak gila duit syarikat rugi ni?" soal Taehyung dengan tegas.

"Ma-maaf.." itu saja yang mampu Jungkook ungkapkan.

Mahu saja Taehyung lempuk muka dia pakai spanner paip biar mampus kejung kat situ.

"Kook... aku bukan nak marah kau ke apa. Kau tu dah besar dan kau kena fikir tentang diri, isteri dan anak kau. Kalau kau bankrup, kau nak bagi diaorang makan apa? Makan pasir? Sampai bila kau nak terus main game macam budak tadika begini? Sampaikan kau tu tak reti apa-apa. Ya memang! Aku pun suka juga main game juga tapi taklah sampai company bankrup!"

Taehyung mengeleng sambil mencekak pinggang. Penat pula membebel.

"Lepas tu... aku nak buat apa lagi?" soal Jungkook dengan wajah comelnya. Ada hati nak pujuk Taehyung!

"Macam ni lah.. Aku dan Jiminna boleh tolong kau. Yang penting sekarang aku nak kau pecat Seokjin dari jadi PA kau dan ambil Jiminna semula. And I'll be your second personal asisstant. Setuju?"

Jungkook terdiam seketika. Bukan dia tidak bersetuju, tapi bagaimana pula dengan Seokjin? Takkan nak buang dia macam tu je? Kesian..

"Pasal Seokjin, aku akan bagi dia sebuah cafe sebagai pampasan memandangkan dia suka memasak" sambung Taehyung seperti sudah tahu apa yang berada di fikiran Jungkook.

Jungkook mengangguk faham.

"Baiklah Kook setuju"

"Tapi sekejap saja aku boleh jadi second PA kau. Lepas company kau pulih, aku kena balik Sydney semula. Kau tahu kan dah lama aku tak balik sana. Lagipun, aku ada buka company sendiri kat Sydney. Sekarang ni pun Tuan Hoseok as CEO aku tu yang jaga" jelas Taehyung.

Jungkook tergamam seketika.

"Kau.. kau hebat, Tae" senyuman bangga dihadiahkan. Bangga dengan pencapaian Taehyung.

"Yes! Sebab aku hidup otak letak di kepala. Bukan macam kau, otak kat lutut! Ingat sikit Kook, aku yang bagi company ni dekat appa kau sebab nak balas jasa dia yang besarkan aku. Sekarang appa kau tu dah tua dan tak larat. Tak lama lagi, kau sendiri yang akan pegang pangkat pengusaha di company ni. Berubahlah, Kook.."

Taehyung tersenyum lalu menepuk bahunya berkali-kali.

Terkebil-kebil mata Jungkook dibuatnya. Tak sangka Taehyung lebih jauh berfikiran matang berbandingnya walaupun mereka cuma berbeza dua tahun saja.

Mungkin kerana Taehyung yang pernah hidup susah dengan kematian bapa kandungnya dahulu sebelum Puan Jeon bertemu dengan Tuan Jeon.

Lain pula dengan Jungkook yang dilahirkan dalam hidup serba kemewahan yang menyebabkan dia malas bekerja dan hanya tahu membuang masa walaupun dia dah tahu yang kemewahan yang dia ada ini adalah asalnya milik arwah appa Taehyung.

Tetapi kerana Jungkook dan Tuan Jeon dianggap sebahagian dari keluarganya, Taehyung sanggup memberikan separuh dari hartanya kepada mereka.

Murah betul hati Taehyung!

***

"Omma dah balik!"

Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka luas.

Maka terpancarlah sinaran wajah Puan Jeon dan Tuan Jeon yang berseri-seri.

"Jeon!!!" Puan Im terus berlari ke arah Puan Jeon.

Maklumlah hari ni boleh dikatakan family day kerana Puan Im, Seokjin, Jimin, Jiminna, Taehyung semuanya berkumpul di rumah agam milik Jungkook ini.

"Im!!" Puan Jeon mendepakan tangannya lalu mereka berdua berpelukan buat seketika.

Manakala Tuan Jeon yang berada di belakang mereka pula sudahpun buat mimik muka nak muntah.

"You persendakan I ye, Jeon Bieskook?" soal Puan Jeon dengan bengis bila perasaan dengan tindakan Tuan Jeon. Pelukannya tadi juga dileraikan.

"Eh mana adalah!" Tuan Jeon mengeleng sampai tangannya turut terpusing sekali.

"Omma Jeon!" kini Haejung pula yang berlari ke arah Puan Jeon yang masih tercegat di situ lantas memeluk wanita tua itu.

"Omo Haejung sayang!! Omma mishh u sho mush!" Puan Jeon membuat mimik muka sedih. Rindu betul dia dengan si Haejung ni.

"Omma Jeon dah lama kita tak jumpa.. uhuhuhu"

Begitu juga dengan Jungkook dan Taehyung yang hanya tercegat di sebelah Tuan Jeon sambil membuat muka seposen.

"Kamu sehat ke, Haejung? Omma duduk kat sana hari hari teringatkan kamu. Kamu dah makan ke?" Puan Jeon ni memang betul betul ambil berat tentang menantu kesayangannya.

"Haejung sihat je. Belum makan lagi, tunggu omma Jeon lah"

"Alololo syiannya.. Jungkook!" kini Puan Jeon memalingkan wajahnya kepada Jungkook pula.

Terhinjut lelaki itu dibuatnya.

"Kenapa hengko biarkan bini hengko ni kelaparan tunggu omma? Kalau dia mati kebulur nanti macam mana? Kau ingat Kook, padang masyar tu luas!"

Tak sah kalau keturunan makcik makcik bawang ni tak bagi ayat sentap sehari.

Jungkook hanya diam dan menggaru kepalanya yang sememangnya gatal. Parasit ke? 🌚

"Tak lah omma.. memang Haejung yang nak tunggu omma Jeon balik" sempat Haejung menyebelahi suaminya.

Tiba-tiba,

"Uweekk uwekk!!" kedengaran Yeonha menangis dalam dukungan Jiminna.

"Eh anak sape tu?" soal Puan Jeon.

Haejung terdiam seketika. Dia teringat kembali dimana janjinya dengan Puan Jeon tempoh hari bahawa wanita itu akan menjadi orang pertama yang diberitahu jika dia mengandung. Tapi ni dah beranak pun dia tak tahu?

"Anak Kook, omma. Yeonha, cuba tengok halmeoni kamu yang terencat tu" kata Jungkook lalu mengambil Yeonha dari dukungan Jiminna dan membawanya ke arah Puan Im.

"Amboii kau jungkuks! Dah lah bini kau beranak kau tak inform omma! Lepas tu cakap omma terencat pula?" Puan Jeon mencekak pinggang.

"Tapi omma memang terencat pun"

"Eeii-" terus kepala Jungkook dipukul dengan kipas cina miliknya.

Jungkook hanya mengaduh kesakitan. Jangan main dengan Puan Jeon ni!

"Meh sini cucu omma.. Alololo tomeynyaa.. macam nenek dia" Yeonha bertukar tangan lagi.

"Uwekk uwekk!" kedengaran budak itu menangis lagi.

"Alololo syiannya.. Anak kamu lapar ni agaknya" dia mengusap wajah kecil Yeonha yang kiut miut itu.

Haejung sudahpun menarik nafas lega. Nasib baik Puan Jeon tak buka gelanggang WWE dengan Jungkook.

Faham-fahamlah, sado sado Jungkook pun, sado lagi Puan Jeon. Kau tahu apa Puan Jeon ni bekas cikgu Dauntless tau!

"Laa dah dah lah tu.. Meh sini kita mencekik berjemaah. Suami I dah masak sedap sedap ni" sampuk Puan Im pula.

Manakala Tuan Jeon pula hanya menggulingkan mata.

"Uncle jeles eh?" soal Seokjin yang berada di sebelahnya sambil tersengih.

"Mana adalah haku nak jeles jeles macam budak!" protes Tuan Jeon.

"Alelelelele.."

"Jangan lupa bagi Yeonha ni minum susu tau Haejung" kata Puan Jeon kepada Haejung lalu menyerahkan Yeonha kepadanya.

"Baik omma!" lalu Yeonha terus dibawa pergi dari situ.

Tiba-tiba,

DING DONG!

Loceng rumahnya kedengaran. Belum sempat mereka membuka pintu lagi, kelihatan sudah berdiri seorang wanita baya omma omma mereka.

"Makcik Yoonji!!" jerit mereka semua serentak.

"Uhuhuhu im back!" makcik Yoonji tergelak kecil.

"Yoonji! Dulu you dah janji dengan I yang you nak jadi maid sepenuh masa untuk anak I! Tapi kenapa you menghilang? Takkan sebab cucu you yang beranak tu sampai bertahun-tahun you minta cuti?" bebel Puan Jeon.

"Maaflah Puan Jeon sebab dah lama saya tak balik rumah ni. Senarnya baru ni saya jatuh toilet. Lumpuh lapan bulan" jelas makcik Yoonji.

"Laa ye ke? Kenapa tak bagitahu awal awal?" panik pula Puan Jeon dibuatnya.

"Tak nak bagi semua orang risau" makcik Yoonji menunduk sedih.

"Makcik Yoonji janganlah macam ni. Makcik kena bagitahu kitaorang tau" kata Seokjin.

"Betul tu makcik!" sokong Taehyung pula. Begitu juga dengan Jiminna dan Jungkook yang turut memberi reaksi sokongan kepada mereka.

Tetapi lain pula dengan Tuan Jeon,

"Takziah, Yoonji" sambil dia menyinsip secawan teh di tangannya.

***

Malam sudaa harinya. Haejung yang sedang membuai Yeonha tidur itu tersenyum sendirian.

"Yeonha.. mesti kamu gembira kan mummy dan daddy dah kembali baik?"

Tapi itulah, Yeonha dah tidur. Tapi kalau ye pun, Yeonha tu bukannya reti bercakap lagipun.

"Sayang.. Yeonha dah tidur kan tu. Biarlah dia tidur" tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang sehingga dia dapat merasa deruan nafas di lehernya. Siapa lagi kalau bukan Juon Jungkook?

"Hhh Jungkook.. Saya nak tidur dengan Yeonha" kata Haejung, tidak selesa dengan perangai Jungkook.

Sejak mereka kahwin minggu lepas lagi, Jungkook asyik tersenyum sinis saja. Maklumlah minggu lepas dia sengaja balik rumah Puan Im, sebab nak lari dari Jungkook.

"Yeonha okay kan kalau mummy tidur dengan daddy?" soal Jungkook kepada Yeonha. Seperti tadi, Yeonha hanya diam tak berkutik.

"Biasanya kalau orang diam tu dia dah setuju. Dah jom ikut aku!" terus dia menarik tangan Haejung untuk menuju ke biliknya pula.

"Eii apa awak buat ni? Lepas tu siapa nak jaga Yeonha malam ni?"

"Biar kak hana je yang jaga"

***

Haejung's pov

KEDEGANG!

Pintu bilik ditutup dengan kasar oleh Jungkook lalu segera dia menolak aku sehingga terjatuh atas katil.

Aku sudahpun panik. Sumpah dia kini sungguh..

MENAKUTKAN!

Jungkook mula menindih tubuh aku dengan senyuman sinisnya yang tidak pernah terlepas dari bibirnya.

"Kau tahu tak dah lama aku tunggu kau?" soalnya bila wajah kami boleh dikatakan cuma berjarak setebal satu sel. Lagi-lagi dengan hidungnya yang sudahpun menyentuh hidung aku.

Scary!

Tapi aku tetap beranikan diri untuk menegakkan keadilan.

"Halah! Awak tu patut bersyukur saya hidup lagi. Kalau saya mati hari tu macam mana?"

Tetapi Jungkook tetap tersenyum sinis. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikirannya. Yang penting sekarang hati aku dah meloncat-loncat macam zarah-zarah gas yang bergerak secara rawak ke utara selatan timur dan barat.

Sesekali dia mendekatkan wajahnya ke leher aku pula. Argh seram!

"Jungkook? Awak sihat tak?" soalan itu yang keluar dari bibir aku membuatkan dia tertawa kecil.

"Haha kau ni lawaklah sayang"

Kegilaannya, Jungkook perlahan-lahan menguncup leher aku tanpa rasa bersalah membuatkan aku bertindak refleks!

"Jungkook awak kena rasuk ke?!" aku menolak dada bidang Jungkook sehingga dia terundur ke belakang sedikit. Dan..

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Haa hambek kau! Terkebil-kebil matanya dengan tindakan drastik aku.

"Awak ingat saya cair dengan awak?"

PANG!

Tamparan hinggap lagi tetapi kini di sebelah kiri pipinya pula.

"Awak ingat awak sweet?"

PANG!

Tamparan kembali ke pipi sebelah kanan pula.

"Dulu saya kenal awak innocent!"

PANG!

Di sebelah kiri pula.

"Siapa ajar awak jadi macam ni?"

PANG!

Kanan pula

"Yang penting, saya takkan beranakkan anak kembar 10 yang awak selalu cakapkan dulu!"

PANG!

Sebelah kiri semula.

"Awak ada pergi kubur ke tadi sampai kena rasuk macam ni sekali?"

Pada awalnya, muka Jungkook kelihatan merah menahan marah, tetapi sekarang.. dia perlahan-lahan tersenyum sinis semula.

Sah ini bukan Jungkook! Ini mesti hantu pari masuk dalam badan dia.

"Sayang.. aku rindu kau.." dia menyelak rambut aku yang menutupi sedikit dahi. Sesekali matanya memandang ke- dan EEEEEII! Punya miang!

Tangan aku nak bergerak pun sudah tidak dapat lagi bila dia dah pun berjaya kunci tangan aku. Aku hanya mampu memejamkan mata menahan rasa malu tahap jatuh longkang depan najib.

Jungkook, anda psiko!

CHUP!

Mata aku membulat tatkala dia mencium bibir aku.

"Aku ceraikan kau masa kau pregnant sehinggalah kau lahirkan Yeonha iaitu sembilan bulan. Lepas tu kau pulak dah lima bulan koma kat hospital. 9 tambah 5 jadinya 14. So dah empat belas bulan bersamaan setahun dua bulan aku sunyi tanpa belaian kau. Kau tahu tak yang aku rindukan semua tu?"

Aku menggulingkan mata.

"Siapa suruh ceraikan saya dulu?"

CHUP!

Dia menguncup bibir aku lagi tanpa izin mahupun permit yang diluluskan oleh peguam Haejung.

Aku terkaku tak berkutik dengan tindakan Jungkook ini.

Mata aku terkebil-kebil memandang wajahnya yang tidak lepas dari tersenyum sinis.

"Haejung.. bagi aku, Yeonha seorang saja tak cukup"

"Huh?"

"I'm sorry.. you're too sexy for me, tonight..."

Kau tak sweet, Kook! Kau tak sweet! Kau patut sedar diri yang kau tu tak sweet! Aku benci kau Kook! BENCI BENCI BENCI!!

Kenapa kau selalu buat hidup aku merana, Jungkook?!










- THE END -

Adakah anda masih menutup mata?
Bukalah.. Dah habis pun huhuhu

Dun worreh penpik ni masih belum tamat lagi kerana still ada epilogue n triple special chapt? Suka tak?
( ̄▽ ̄)

Cuma sebelum tu aii nak tanya siket,

1.) Apa yang anda rasa sepanjang bersama dengan penpik ni? Sila luahkan sepuas-puas hati anda di sini 🌚

2.) And kalau aii bukukan penpik ni ada orang nak beli tak?
Aii janji aii akan edit semula n tukar segala scene gila serta semua kekarutan dalam penpik ni 😮

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top