62

"Omma.. saya janji saya akan Haejung dengan baik. Jebal... terima saya jadi menantu omma balik ye?" rayu Jungkook sambil memegang tangan Puan Im.

Maklumlah hari ini Puan Im dan Seokjin telahpun balik dari honeymoon.

"Excuse me, please don't touch my wife!" Seokjin yang berada di sebelah Puan Im menarik tangannya daripada terus dipegang Jungkook.

"Thank you, Seokjin. But you Jungkook, siapa omma kau? Anak aku Haejung seorang je dan aku juga tak ada menantu macam kau!" jawab Puan Im sambil mendongakkan wajahnya angkuh seangkuh-angkuhnya

"Omma janganlah macam ni! Tolonglah restui hubungan kami" kini Haejung pula yang melutut di kaki Puan Im.

"Eh budak ni! Kau ingat sikit apa yang jantan ni buat pada kau dulu! Lepas tu kau juga yang duduk menangis, melalak sendiri. Kau tak ingat ke semua tu? Jangan jadi bodoh sangatlah, Haejung!"

Puan Im mula berdiri dari duduknya sambil mencekak pinggang. Wajahnya diketatkan, bengis! Sesekali keluar asap asap dari lubang hidungnya.

Seokjin turut bangun sekali dan melurut belakang Puan Im.

"Hobie.. janganlah macam ni. Hobie ingat tak arwah omma Seokjin dulu? Dia tak restu hubungan kita sampai mati tau. Jadi Seokjin tak nak lah Hobie tak restu hubungan mereka berdua sampai mati macam omma Seokjin juga"

Entah mengapa Puan Im tiba-tiba terasa sentap dengan kata-kata Seokjin. Rasa bersalahnya terhadap arwah Puan Kim dahulu datang kembali.

"Sudahlah tu.. Hobie maafkan saja Jungkook. Kalau Hobie pula yang tiada sebab ni nanti macam mana? Seokjin juga yang susah. Hobie sayangkan Seokjin kan?"

Seokjin mula memaparkan wajah sedihnya. Begitu juga dengan Puan Im yang terdiam seribu bahasa.

Benar kata Seokjin. Kalau dia pula yang mati sebab tak merestui hubungan Haejung dan Jungkook macam mana? Lagipun Jungkook dah insaf dan dia pun perlulah memaafkan bekas menantunya itu. Buat apa nak marah lagi sedangkan nabi ampunkan umat?

Puan Im mula mengelap air matanya yang baru saja  mengalir,

Wajah memandang Jungkook pula.

"Jungkook, omma maafkan kamu. Tapi.."

"Tapi apa?" soal Jungkook dengan penuh kesungguhan.

"Jangan buat Haejung merana lagi. Kalau boleh, utamakan dia dulu sebelum orang lain termasuk Yeonha"

Lalu Jungkook dan Haejung saling berpandangan.

"Baik omma!" jawab Jungkook sambil tersenyum bahagia. Pinaleh!

***


"Kenapa Encik Jimin ajak saya datang restoran mahal malam malam ni?" soal Joonie yang agak pelik dengan Jimin yang mengajaknya datang ke restoran mahal ini tengah malam.

Jimin tidak menjawab malahan hanya menongkat dahunya dengan tangan sambil memandang wajah Joonie dengan bibirnya yang tak lepas dari terus tersenyum.

"Encik Jimin?" Joonie melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Jimin lantas membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya.

"Eh awak tanya apa tadi?" soal Jimin kembali membuatkan Joonie tergelak kecil.

"Saya tanya kenapa tiba-tiba ajak saya ke sini? Encik nak bawa saya jumpa clien ke apa?" soal Joonie lagi.

"Ouh tak adalah. Saja nak ajak awak ke sini sekali sekala. Tak boleh ke?" soalan Jimin kali ini membuatkan Joonie membahang merah. Lagi-lagi dengan senyumannya tu ya tohan!

"Joonie.. awak ingat tak dulu ada seorang lelaki pernah chat awak?"

Joonie cuba mengimbas kembali waktu dulu dulu.

Dia mengangguk.

"Tak silap saya, ada. Kenapa encik?" soal Joonie termangu-mangu.

"Ingat tak siapa nama dia?"

"Ermm tak sangat.. Tak silap saya, namanya ada.. Park park gitu.. Apa ye? Park.. Jeman? Eh entahlah"

Jimin ketawa kecil.

"Park Jimin kan? Saya lah tu"

Joonie membulatkan matanya dek terkejut.

"Laa Encik Jimin ke tu?" Jimin mengangguk.

"Tapi awak je tak reply chat saya.. Kesian saya.." Jimin menarik muka sedih.

"Macam mana saya nak reply kalau saya ingat encik ni psiko dulu. Sudahlah encik tiba-tiba chat saya tanpa bagi salam ke apa, lepas tu dp wasep encik tu pun encik letak gambar katak pororo. Lagilah saya fikir encik ni gila" kata Joonie.

"Patutlah haha" Jimin tergelak kecil lagi.

"Maaflah sebab masa tu saya kuno lagi. Tapi sekarang saya dah maju dah" sempat dia memperbetulkan kot yang dipakainya. Cewahh!!

"Joonie.. kalau saya cakap saya suka awak macam mana?" soal Jimin tanpa ragu-ragu.

Joonie tergamam seketika.

Dia yang boleh dikatakan agak pemalu ini, terus menundukkan wajahnya ke bawah tatkaka terasa wajahnya dah panas bagai dibakar-bakar dengan api.

"Kalau saya kata macam tu, awak akan terima saya tak?" soal Jimin lagi.

Jimin perlahan-lahan memanjangkan tangannya lalu mengangkat dagu Joonie untuk memandangnya.

Tak sangka wajah Joonie akan menjadi merah seperti ini.

"I'll give you time to answer my question so don't worry, dear" sempat Jimin mengenyitkan mata kepada Joonie.

Amboi amboi amboi !

Semakin bertambah bahang di muka Joonie dibuatnya. Malu!

***

"Adakah kamu bersetuju untuk mengahwini dan menjadikan Im Haejung sebagai isteri yang sah hingga ke akhir hayat?"

"Yes"

"Adakah kamu bersetuju untuk mengahwini dan menjadikan Jeon Jungkook sebagai suami yang sah hingga ke akhir hayat?"

Haejung terdiam seketika. Bagaikan kelu lidahnya untuk melafazkan "yes". Sama seperti waktu pernikahannya dengan Jungkook pada mula mula dahulu.

Dulu mungkin kerana dia teringatkan Taehyung, tapi sekarang dia teringat bagaimana jika dia tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada Jungkook macam dulu? Dan bagaimana jika Jungkook akan bertindak kejam ke atas dirinya sama seperti dia ditinggalkan dulu?

"Hello miss.. Are you okay?"

Tersentak Haejung setelah ditegur paderi.

"Ouh yes im okay"

"Adakah kamu bersetuju untuk mengahwini dan menjadikan Jeon Jungkook sebagai suami yang sah hingga ke akhir hayat?" soalan tadi diulang.

"Ye--yes.."

Kemudian terdengar para hadirin bertepuk tangan kepada mereka berdua.

"KISS KISS!" terdengar suara Puan Im yang menjerit mintak mereka kiss sambil melompat-lompat hingga terpukul kepala Taehyung yang berada disebelahnya dengan ipong X.

Kasihan Taehyung!

"Puan Im sakitlah!" Taehyung mengetap gigi menahan geram.

"Hohoho! Maaf ye Taehyung. Auntie tak sengaja" kata Puan Im manakala dibalas gelengan oleh Taehyung.

Puan Im ni memang species sama dengan omma kandung dia ke? Puan Jeon Somi yang kini berada di Sweden itu?

Manakala Haejung dan Jungkook pula,

Perlahan-lahan selendang putih itu diselak oleh Jungkook. Wajahnya didekatkan kemudian bibir mereka mula bertaut rapat.

Apa yang dirasai, Jungkook sempat tersenyum sinis ketika bibir mereka bertaut rapat.

Muslihat apa ini jeon!

***

"Tahniah Jungkook, Haejung" kata Seokjin sambil tersenyum.

Akhirnya mereka berdua berjaya menamatkan kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan hari ni, mereka cuba membuka buku baharu.

"Thanks Seokjin" ucap Jungkook.

"Thanks Seokjin.. ermm appa" ucap Haejung pula dengan ragu-ragu. Sungguh awkward untuk dia memanggil Seokjin dengan nama 'appa'.

"Most welcome anak-anakku" Seokjin sempat tersengih sebelum pergi dari situ. Awkwad sungguh!

Mata mereka melilau ke sekeliling. Kelihatan orang di sini masih ramai.

Tiba-tiba, mereka berdua ditegur oleh satu suara.

"Jungkook, Haejung, congratz!"

Terus pandangan mereka berdua menghadap ke hadapan semula.

"Yeri?" agak terkejut mereka berdua dengan kehadiran Yeri.

Tetapi Yeri kini tidak keseorangan. Di sebelahnya terdapat seorang lelaki dan dua orang budak lelaki.

"Ouh perkenalkan. Ni suami I, Lee Min Hyuk, anak arwah cikgu biology yang I tergilakan dulu, Lee Jong Suk huhu.. Dan ini lah anak-anak twin I, Baekki dan Baecon" Yeri memperkenalkan keluarganya sambil tergelak kecil.

"Laaa.. kau dah kahwin rupanya?" soal Haejung. Kini dia mengguna aku-kau tatkala ini bukan lagi di hospital. Buat apa nak professional?

"Tu lah lain kali jangan bertindak melulu" kata Jungkook pula.

"Manalah tahu" Haejung mencebik.

"It's okay, Haejung. I faham perasaan you masa tu. Kalau I jadi you pun I lempang je sesiapa yang rapat dengan suami I" Yeri tersenyum.

"Mummy! Nak kek tu!" kelihatan anaknya, Baekkie, menarik tangannya bila ternampak sebuah kek yang berada di hujung sana.

"Sabarlah Baekkie, mummy tengah berbual dengan auntie tu kan" pujuk Minhyuk.

"Alaa!! Jomlah pergi!" kini Baecon pula yang membentak.

"Okaylah Haejung, Jungkook. I pergi dulu tau ni haa anak-anak I memberontak pula dah" kata Yeri.

"Okay Yeri!" Haejung mengangkat tabik kepadanya sebelum mereka pergi. Bahagia pula dia memandang keluarga Yeri itu.

"It's okay, sayang.. Aku akan buat kau lebih bahagia dari Yeri" ujar Jungkook kepada Haejung seperti tahu apa yang berada di fikiran isterinya.

"I don't believe you!"

"Let's see tonight.." Jungkook mengenyitkan matanya.

Haejung terus memandang ke tempat lain. Serabut pula dengan perangai Jungkook yang kejap kejam, kejap romantik, kejap pervert, kejap gila, kejap unbelibable.

Mohon lempang dia dengan gergaji berkarat berjemaah!

***

Kini tibalah masanya untuk main sambut sambut bunga oleh pengantin. Seperti yang semua orang tahu, siapa yang dapat tangkap bunga itu, maka dia tidak lama lagi akan mendapat jodoh.

"Ready?" soal Jungkook.

"Ready!" jawab Haejung lalu mereka berdua mencampak bunga itu membelakangi semua orang.

Tiba-tiba, bunga yang dicampak oleh mereka berdua itu terbelah dua membuatkan semua orang di sini mula kalut untuk menangkap bunga itu.

Dan,

"Yeay dapat!"

"Aku dapat!"

Terdengar jeritan dari dua orang manusia yang bernama lelaki dari belakang mereka. Terus mereka berdua memusingkan tubuh dan menghadap tuan-tuan empunya suara itu.

Terserlahlah yang bukan dua orang yang berjaya menangkap bunga-bunga itu, tetapi 4 orang.

Jimin × Joonie

Taehyung × Jiminna

Mereka berempat terus melepaskan bunga masing-masing tatkala melihat pasangan-pasangannya.

Adakah yini jodoh?

"Tak lama lagi aku makan nasi rumah minyak korang berempat pula!" jerit Seokjin lalu mereka semua mulalah BERHAHAHA!









++++

Adakah anda masih ingat mak cik Yoonji, maid rumah jeon?
Bagaimana pula dengan Puan Jeon dan Tuan Jeon? 🌚

Next chapt dah ending! Harap bersabar dengan penpik yang membusankan ini 😌 korang nak aii hapdet bila ending?



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top