61

"Anak awak tak adalah teruk sangat. Dia cuma alah dengan susu kambing je. Saya akan bagi dia antibiotik" kata seorang doktor perempuan sambil tersenyum.

"Ouh baiklah kalau macam tu" kata Haejung.

Doktor itu terpandang pula kepada Jungkook yang berada di sebelahnya.

"Awak berdua ni suami isteri ye?" soalnya.

"Ta—" terus kata-kata Haejung dipotong Jungkook,

"Yes kami berdua suami isteri"

Haejung mencebik. Jungkook ni gila talak ke apa?

"Okaylah kalau macam tu. Boleh ambil ubat di kaunter" ujar doktor itu sambil tersenyum lagi.

***

"Kenapa awak cakap kat doktor tadi yang kita suami isteri?" soal Haejung setibanya mereka bertiga tiba dalam kereta.

"Saja.. salah ke?" jawab Jungkook dengan muka tak bersalah.

"Mestilah.. Sebab kita kan dah bercerai"

Tiba-tiba, Jungkook memberhentikan kereta yang dipandunya.

"Kenapa berhenti?"

Jungkook yang tadinya hanya fokus memandu mula beralih memandang Haejung yang berada di sebelahnya.

"Haejung, kau dah tak cintakan aku ke?" soal Jungkook kembali.

Terkebil-kebil mata Haejung memandang wajah bekas suaminya yang tiba-tiba menjadi serius ini.

Tangannya dicapai Jungkook.

"Kita... kahwin semula?"

***

"Kau cari pekerja apa ni, Encik Kim Myungsoo? Seorang pun tak ada kelayakan!" tegas Jimin selaku pengusaha syarikat durian crepe.

"Betullah encik. Saya cari orang yang ada kelulusan dalam syarikat lah, takkan kelulusan masak memasak pula?" Encik Myungsoo menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ye memang lah.. Tapi sekurang-kurangnya, dia adalah juga kelulusan dalam bidang seni. Biar otak kanannya berfungsi sekali.. Haih!" keluh Jimin.

"Encik nak yang ada kelulusan seni juga ke? Saya ada anak buah seorang lagi. Dia ni ada kelulusan dalam rap dengan Justin Bieber dulu"

"Okay panggil dia"

"Kejap saya call dia"

Terus dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan menghubungi seseorang,

"Awak datang sekarang"

Lalu, pintu pejabat itu terbuka dengan luas. Maka, terpancarlah aura dari wajah seorang perempuan berambut pendek yang sungguh menggamit hati.

Perempuan itu menunduk hormat sambil tersenyum malu,







"Annyeonghaseyo.. Kim Joonie binti Kim Robert Winsom imnida"

Jimin seakan-akan terkaku melihat insan di hadapannya ini. Oh tuhan!

Maka, terdengarlah sound effects,
Jam di dinding terus berdetak aa~
Kakiku juga terus berjalan aa~
Tapi mengapa tak ku lepaskan tatapanmu dariku~
Menebus hingga jantung ini terasa akan terhenti~

Comel sungguh Joonie!

Manakala Jimin pula memegang jantungnya yang sudahpun berdegup dengan kencang sekali.





(abaikan 2 ekor kat belakang tu 😂)


Semua yang ada ada pada dirimu membuat aku ku aku jatuh cinta~
Come on baby say you love me
Love me say you love me~

Oiii Ayda Jebat sesat kat sini!

"Encik Jimin? Encik Jimin okay?" Encik Myungsoo melambai-lambai tangannya di hadapan muka Jimin.

"Eh? Ehem ehem!" sempat Jimin acah acah batuk terdahulu sebelum mengetatkan wajahnya kembali. Nak cover line kata 🌚

"Kim Joonie, awak diterima.. jadi PA saya mulai hari ni juga" kata Jimin. Joonie membulatkan matanya dek terkejut. Tak sempat interview lagi  dah diterima kerja?

"Tapi Encik Jimin, macam mana dengan Jiminna? Dia tu kan PA encik" soal Encik Myungsoo.

"Blah lah dia. Kesah lak aku? Huh!"

***

"Jeon Bieskook! Oii Jeon Bieskook!" jerit Puan Jeon kepada suaminya yang berada di tingkat bawah.

"Apa pula laa orang tua ni nak?"  kata Tuan Jeon perlahan sambil membuat muka mimik menangis.

"Jeon Bieskook! Cepat kemas bagasi you ni! You tahu tak yang minggu depan kita dah nak berangkat ke Korea! Rumah anak kita, Jeon Jungkook bin Jeon Bieskook!"

Jeritan Puan Jeon kali ini sudahpun mengalahkan bunyi tarzan di hutan.

"Kalau nak balik sangat, awak baliklah sendiri! Saya nak tinggal kat sini!" jerit Tuan Jeon pula.

Puan Jeon mula turun ke bawah sambil mencekak pinggangnya.

"You ni kan! You tak rindu anak-anak kita ke?" Puan Jeon mula menarik telinga Tuan Jeon dengan kuat.

"Adudu sakitlah Jeon Somi! Putus telinga saya nanti!" adu Tuan Jeon. Puan Jeon melepaskan telinganya.

"Haa padan dengan muka you tu! Dah tahu tua nak mati dah pun still tak nak ingat tempat asal!"

"Ye lah ye lah... minggu depan kita balik" jawab Tuan Jeon sambil mengeluh.

Bukan Tuan Jeon tidak mahu pulang ke rumahnya, tetapi kalau boleh biarlah si Jungkook tu selesaikan dulu hal rumah tangganya yang dah brokeun itu.

Ya memang, Jungkook pernah menceritakan hal itu kepada Tuan Jeon tetapi tidak pula dia menceritakan pada Puan Jeon.

Kerana baginya, Tuan Jeon lah yang pandai bagi nasihat. Tak sama pula dengan Puan Jeon. Kalau dia tahu tentang penceraian ini, kompem heboh sedunia.

***


"Kenapa awak bawa saya ke sini?" soal Haejung kepada Jungkook.

Selepas Jungkook menghantarnya pulang semalam, dia datang pula pada waktu tengah hari ini dan membawanya ke sebuah sungai.

"Kau tak ingat ke tempat ni?" soal Jungkook tanpa menjawab soalannya.

Haejung terdiam seketika. Tipulah kalau dia tak ingat. Inilah sungai dimana dia lemas dahulu sehingga ianya membawa kepada pertemuan dia dan Jungkook.

"Ingat tu ingatlah. Tapi—" belum sempat dia berkata dengan lebih lanjut, Jungkook terus meletakkan jarinya telunjuknya di bibir Haejung.

"Shhh— sayang.." dia tersenyum sinis.

Dia kemudiannya melutut di hadapan Haejung lalu membuka sekotak kotak kecil berwarna merah dan berbentuk hati.

"Haejung.. aku janji aku akan jaga kau dengan baik lepas ni. Juga Yeonha. Terima aku buat kali kedua? Aku janji aku takkan sia-siakan kau lagi. Maafkan aku sebab tinggalkan kau dulu. Kita kahwin balik ye?" kata Jungkook dengan wajah yang penuh dengan pengharapan.

Haejung bagaikan terkaku. Tidak tahu apa yang perlu dia jawab. Sesungguhnya hati dia keliru untuk memilih cinta ataupun perit.

Perlahan-lahan dia memegang tangan Jungkook dan membawanya untuk bangun semula. Kotak cincin itu dia ambil tetapi lantas dia tutup semula sebelum meletakkan kembali di atas tapak tangan Jungkook.

Tubuhnya dipusing dan membelakangi lelaki itu.

"Jungkook.. dulu kita kahwin atas sebab dendam saya kepada Taehyung dan arwah Yeonha. Pertemuan kita di sini dimana awak selamatkan saya daripada lemas. Thanks untuk semua tu. Tapi.. ada ke saya rahsiakan tujuan saya kahwin dengan awak dulu? Saya jujur, Jungkook. Saya minta awak kahwin hanya kerana dendam saya. Tapi.. kenapa awak selalu tipu dan rahsiakan tentang penyakit awak daripada saya? Awak tahu tak saya merana bila awak tinggalkan saya dulu? Sakit tahu tak?"

Jungkook perlahan mendekatinya dan berdiri di hadapannya. Sesekali dia mengangkat tangannya dan mengelap air mata wanita itu yang sudahpun bergenang menggunakan jarinya.

"Aku cuma tak nak kau sedih. Itu saja.."

"Tak nak saya sedih? Awak salah! Cara awak tinggalkan saya hari tu lebih buat saya sedih daripada saya tahu tentang penyakit awak. Memang sekarang saya cuba untuk lupakan semua tu, tapi perit ni masih terasa"

"Haejung, aku minta maaf.." kini Jungkook menundukkan wajahnya memandang rumput yang kehijauan.

"Saya dah lama maafkan awak.. sebab tu lah saya sanggup dermakan hati saya pada awak"

Jungkook mengetap bibir. Entah mengapa, dia pula yang terasa hendak menangis.

"Saya akui.. memang dulu saya terperangkap dalam hati saya yang hitam tu sendiri. Tapi saya sedar yang awak dah perlahan-lahan putihkan semula hati saya. Saya dah dermakan hati saya yang dah suci untuk awak, Jungkook" jelasnya dengan air matanya yang sudah mula menitis.

Lantas tubuhnya dipeluk Jungkook.

"Haejung, tolong jangan cakap macam tu. Aku rasa.. bersalah.."

Haejung menolak tubuhnya perlahan untuk meleraikan pelukan.

"Saya dah cuba.. untuk lupakan awak tapi tak boleh!" Haejung tiba-tiba menghentakkan kakinya tanda protes.

Memang betul, dia dah cuba lupakan Jungkook tetapi entah mengapa hatinya gedik sangat nak menagih kasih sayang dari lelaki ini.

Jungkook mula mengukir senyuman.

"Jadinya kau terima aku?"

"Tak!"

"Habistu?"

Dia memusingkan tubuhnya sekali lagi ke arah yang membelakangi Jungkook.

"Ya memang! Saya dah cuba lupakan awak, saya cuba untuk tidak cintakan awak! Kalau boleh saya selalu nak bersama awak tapi.. saya tak sanggup jadi isteri awak lagi"

Tiba-tiba, tubuhnya dipeluk Jungkook dari belakang dan dagunya dilentokkan di bahu gadis itu sehingga dia dapat merasa deruan nafas di lehernya.

"Kenapa sayang?" soalnya.

"Kau takut tinggal serumah dengan aku?" kini Jungkook tersenyum sinis.

"Tak!"

Haejung terus melepaskan pelukan dan menghadapnya. Walaupun mukanya kini sudahpun membahang merah, dia tetap kena tegakkan keadilan.

Itulah Haejung yang tidak pernah kenal apa itu erti kalah.

"Saya.. sebenarnya tak nak hidup bahagia atas penderitaan orang lain" dia mencebik sedih.

Jungkook mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Maksud kau?"

"Saya.. masih rasa bersalah dengan arwah Yeonha. Dia meninggal sebab saya. Sudahlah dia pregnant masa tu. Saya rasa bersalah sangat. Kalau boleh saya nak mati sekarang untuk minta maaf dengan dia kat sana! Saya kejam! Saya pembunuh!"

Air matanya mula mengalir dengan laju lalu tubuhnya lantas dipeluk Jungkook lagi.

"Shh— jangan menangis, sayang. Kau tak salah pun sebenarnya. Bukan kau yang bunuh dia dan kau tak kejam pun. Walaupun dulu hati kau macam batu, tapi kau setia. Aku tahu kau cintakan Taehyung sangat sangat dulu. Dan bila tiba-tiba kau dapat berita palsu yang mengatakan dia ada hubungan dengan bff kau sendiri, aku tahu semua tu sakit. Sekarang aku baru rasa apa yang kau rasa. Aku sedih bila dapat tahu kau hampir mati sebab koma dulu. Semua tu sama je"

"Ta-tapi.. Taehyung ma-macam mana sekarang?" soalnya dengan tergagap dek menangis teresak-esak sehingga habis baju Jungkook basah dibuatnya.

"No worries.. Taehyung dah bahagia sekarang.. dengan Jiminna" jawabnya sambil tersenyum manis.

"Jiminna?"

"Yes.. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh kenal dengan Jiminna. Yang penting, dia memang dah bahagia dengan Jiminna sekarang"

Perlahan-lahan pelukan dileraikan. Haejung mula mengukir senyuman kelat.

"Baguslah kalau Taehyung dah jumpa kebahagiaan dia sendiri"

Jungkook mengangguk perlahan.

"Ya betul! Tapi kebahagiaan aku pula bila?" soal Jungkook sinis membuatkan Haejung menunduk memandang bawah. Membahang terus wajahnya.

"Terima aku ye, sayang? Kalau tak.."

Sebelah tangannya mula melingkar pinggang Haejung dan sebelah lagi tangannya mengangkat dagu gadis itu agar memandang wajahnya.

Berserta senyumannya.. yang sungguh MENAKUTKAN!

"Oo-okay sa-saya terima" kata Haejung terketar-ketar.

Bagus! Tak susah pun nak pujuk Haejung 🌚












++++

Penatlah pulak nak type panjang panjang HAHAHAHA!

Btw, adakah Puan Im Hobie akan terima Jungkook sebagai menantunya buat kali ke-2? 🌚







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top