59


Muzik muzik di kelab ini kedengaran sungguh kuat membuatkan Taehyung hampir pekak. Ya! Dia datang sini bukannya nak enjoy pun cuma mahu mengimbas kembali bahawa inilah tempat yang paling sial untuk dirinya sehingga dia terperangkap dalam perangkap Seongwoo dahulu.

"Nah kau punya coke" seorang pelayan lelaki meletakkan coke di atas meja Taehyung.

Tanpa berfikir apa-apa, dia terus meneguk air coke itu dengan rakus sekali.

Tiba-tiba, matanya tertangkap pada dua figura. Dimana seorang lelaki mendukung seorang perempuan yang sudahpun tidak menyedarkan diri, menuju ke tingkat atas.

Apa dia buat tu?

Taehyung terus berlari ke arah mereka berdua.

"Kau nak bawa dia ke mana?" soal Taehyung seusai tiba di situ.

"Kau pehal nak tahu?" soal lelaki itu balik dengan muka tidak puas hati. Bila terlihat wajah perempuan yang didukungnya itu, macam dia pernah nampak.

"Kau jangan nak buat macam macam dengan dia!"

Waktu dimana dia terperangkap dengan Yeonha dulu terimbas kembali. Jadi sekarang, dia tidak mahu perempuan dihadapannya ini turut mendapat nasib yang sama seperti arwah isterinya dahulu.

"Kau ni siapa nak halang aku ha?" dia meletakkan perempuan itu di sofa lalu mengangkat wajah berdepan dengan Taehyung.

"Aku ni.. bakal suami dia" kata Taehyung tanpa teragak-agak walaupun dia tidak mengenali perempuan tadi.

Lelaki itu tersenyum sinis. Sesekali tangannya diangkat untuk menumbuk muka Taehyung tetapi Taehyung sempat menumbuknya terdahulu.

Lelaki itu rebah ke lantai. Dia terus menyentuh bibirnya dan.. Darah?

Baru saja dia ingin bangun, Taehyung terus menumbuknya lagi sehingga dia pengsan dan terkejung di situ.

Perempuan tadi terus Taehyung bawa keluar dari kelab itu memandangkan tempat ini sah tidak selamat lagi untuknya.

***

Perempuan itu diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu sebelum Taehyung bergerak pula ke arah tempatnya iaitu di tempat pemandu.

Setelah pintu keretanya ditutup rapat, dia kembali melihat wajah perempuan itu.

Punyalah dia imbas fikirannya untuk mengingati perempuan ini, dan akhirnya,

"Jiminna?"

Ini bukan ke adik Jimin? Yang telah diperalat oleh abangnya sendiri untuk meruntuhkan rumah tangganya dulu.

Itu pun sebab dia pernah tengok dp Jiminna ni dalam whatsapp dulu.

"Tak sangka dunia ni kecik sangat"

***

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Semua orang kecuali Jiminna berada di hospital menanti keputusan Jungkook. Maklumlah Jiminna tidak sihat pada hari ni sebab tu lah dia tak datang.

"Encik, sila turunkan tandatangan di sini" Dr. Kim memberikan Jungkook sehelai dokumen. Dokumen dimana dia perlu bersetuju untuk menamatkan riwayat Haejung.

Pen di tangannya dia genggam erat. Air matanya juga turut mengalir dengan deras. Sungguh dia tidak sanggup.

Dia memalingkan tubuhnya ke belakang pula untuk melihat wajah ahli keluarga Haejung yang lain.

Puan Im sudahpun menangis teresak-esak di bahu Seokjin.

"Hobie.. janganlah macam ni. Kita kena doakan yang terbaik untuk Haejung" pujuk Seokjin.

"Anak Hobie dah nak mati, Seokjin! Semuanya sebab lelaki taguna ni!" Puan Im terus mendekati Jungkook.

Sesekali tangannya diangkat, ingin menampar pipi Jungkook. Tetapi nasib baiklah Seokjin sempat menahannya.

"Hobie! Jangan macam ni!"

Puan Im mendengus geram sebelum jarinya dihayunkan ke muka Jungkook.

"Kau tahu tak yang Haejung sanggup dermakan hati dia semata-mata nak kau hidup! Tapi kau buat dia macam mana dulu? Kau ceraikan dia masa dia mengandung, lansung tak tanya khabar dia, tak mengaku anak dan hari dia bersalin pun kau tak datang! Dan lagi satu, kau tolak dia depan depan mata aku sendiri masa hari perkahwinan aku hari tu! Kau tahu tak kau tu DAYUS!"

Semakin sebak dada Jungkook mendengar kata-kata yang dihambur Puan Im. Ya memang dia tahu dia kejam!

"Puan Im.. Haejung tengah sakit tu. Ini hospital Puan Im tak boleh buat macam ni" Taehyung yang dari tadi cuma berdiam diri, mendekati mereka.

"Betul tu, mak cik. Dan lagi satu, Jungkook buat semua tu sebab dia sayangkan Haejung, bukan dia sengaja" pujuk Jimin pula.

Puan Im menggulingkan mata. Memang dia sakit hati. Lagi lagi dengan tindakan budus Haejung yang mahu mendermakan hatinya pada lelaki ini.

"Maaflah tuan puan sekalian. Kami perlu cepatkan kerja kami" kata Dr. Kim yang dari tadi hanya menyaksikan kisah mereka

Jungkook mula menunduk ke bawah. Dia betul betul tak sanggup untuk menamatkan jangka hayat Haejung.

Waktu itu juga, fikirannya mula berputar di mana saat saat indah dia bersama Haejung dahulu.

Bagaimana dia perlu teruskan hidupnya jika Haejung tiada nanti?

Jimin memegang bahunya.

"Jungkook.. kalau ni je caranya, kau turun sajalah tandatangan. Kita doakan sama sama supaya dia tenang di sana nanti"

Jungkook memejamkan matanya menahan tangis. Begitu juga dengan Puan Im yang sudahpun mencekak pinggang.

"Juon Jungkook! Kalau ada apa-apa yang terjadi dengan Haejung, kau cari aku dengan Haejung di padang masyar nanti!"

Dengan sakit hati yang membuak, Puan Im terus beredar pergi dari situ.

"Hobie sayang! Nak pergi mana tu?" Seokjin mula berlari anak mengejar Hobie dari belakang.

Dokumen yang berada di tangan Dr.Kim itu perlahan-lahan Jungkook ambil.

Dia sempat memandang Jimin dan Taehyung yang setia berada di sisinya.

Jimin mengangguk perlahan tanda setuju.

Dengan bersisakan rasa bersalah dan sedih yang teramat, Jungkook perlahan-lahan menandatangan dokumen tersebut.

Dr. Kim mengambil dokumen itu seusai siap ditandatangani.

Beberapa orang jururawat mula mencabut semua wayar yang berada di badan Haejung.

Jungkook pula sudahpun memusingkan badannya ke belakang. Tidak sanggup dia melihat semua ini.

Setelah siap mencabut wayar dan yang lain, tiba masanya untuk para jururawat mencabut masker oksigen yang dipakai wanita itu pula.

Semua orang di sini sudah tahu sekiranya masker itu dibuang, maka hayatnya akan terus tamat.

Oleh kerana tidak sanggup, Jungkook terus keluar dari wad itu. Sedih !

Dia mula menangis teresak-esak di luar.

"Haejung.. kenapa kau tak bangun?" dia menyeka air matanya berulang kali.

"Kenapa kau tinggalkan aku. Kau dah tak sayangkan aku ke? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Macam mana dengan Yeonha pula nanti?"

Entah mengapa, air mata jantannya kini susah sangat nak berhenti. Sekarang, baru dia tahu apa itu erti kehilangan. Kehilangan orang yang tersayang.

"Jungkook.." terdengar suara seseorang menerpanya. Sudah pasti iti suara Taehyung.

"Tinggalkan aku! Aku tahu kau nak cakap yang Haejung dah mati kan?"

Dia menangis teresak-esak lagi. Taehyung yang sudahpun mengambil tempat disebelahnya, mula mengusap perlahan belakang Jungkook.

"Haejung... dah sedar"











++++

Suka tak Haejung sedar? 🌚

Kalau aku nak panjangkan sikit words dalam setiap chapt yang akan datang okay tak? Saja nak habiskan cepat cepat penpik ni MUAHAHAHAHA









BWA!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top