57

Ubat mula disuntik ke dalam badan Jungkook membuatkan  lelaki itu terus tertidur sewaktu ingin melakukan pembedahan.

Hari ini adalah hari dimana dua insan sedang cuba melawan maut.

Badannya ditidurkan ke katil lalu katil itu ditolak ke wad pembedahan.

Taehyung yang masih termanggu-manggu di luar wad itu hanya mampu berdoa agar kedua-duanya selamat.

Lampu dinyalakan lalu menyuluh insan yang bernama Jeon Jungkook. Begitu juga dengan penderma hati yang berada di katil yang tidak jauh darinya.

***

Beberapa jam kemudian, setelah pembedahan siap dilakukan, katil penderma itu ditolak keluar dari bilik pembedahan dan menuju pula ke wad kritikal kerana ianya dianggap kritikal.

"Doktor macam mana dengan mereka berdua?" soal Taehyung dengan cemas bila melihat katil tadi ditolak keluar.

"Kedua-duanya masih koma sekarang. Kami harap encik boleh bertenang. Kami akan cuba sedaya upaya yang terbaik" jawab salah seorang dari doktor itu.

Maklumlah pembedahan ini memerlukan ramai doktor, bukannya Dr. Yeri sahaja yang ada.

Semakin risau pula Taehyung. Dia juga tidak berhenti berharap agar mereka berdua berjaya diselamatkan tanpa apa-apa risiko.

***

Setelah tiga minggu Jungkook tidak menyedarkan diri, akhirnya dia membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya yang dari gelap perlahan-lahan bertukar menjadi kabur dan seterusnya menjadi jelas seperti sediakala.

Tangannya juga digerak perlahan lalu menyentuh tangan yang berada di sebelahnya.

"Taehyung?"

"Jungkook kau dah sedar?" terpapar satu senyuman ceria di bibir Taehyung.

Setelah berkurun menemani lelaki itu, akhirnya Jungkook sedar juga.

"Hyung.. Apa h-hyung bu-buat kat sini?" soal Jungkook dengan suara yang tergagap berserta serak.

"Aku yang jaga kau. Sejak hari mula mula kau operate lagi" jawab Taehyung.

Jungkook mula mengingati kembali. Bukan mudah dia untuk ingat semua benda yang terjadi selepas baru saja tersedar dari tidurnya yang begitu lama.

Lama-kelamaan dia mengambil masa, dia akhirnya teringat di mana Taehyung datang melawatnya di sini pada hari itu.

Bukankah Taehyung mahu mendermakan hati kepada dia? Takkan Taehyung dah sihat macam ni sekali?

"Aku yang jaga kau. Sejak mula mula kau operate lagi"

Dia teringat kembali kata-kata Taehyung yang sebentar tadi.

"Maafkan aku sebab gagal selamatkan kau. Doktor kata, hati aku tak sesuai nak dipandankan dengan kau" kata Taehyung lagi seperti sudah tahu apa yang berada di fikiran Jungkook.

"Jadi.. siapa yang dermakan hati?" soal Jungkook dengan agak perlahan. Taehyung menunduk seketika sebelum menjawab pertanyaan Jungkook itu.

"Haejung.. yang dermakan hati untuk kau"

Tergamam seketika Jungkook bila mendengar nama 'Haejung'.

***

"Cepatlah sedar.. Yeonha rindukan kau.." Jimin mengusap dahi Haejung yang masih terlantar di katil hospital itu dengan keadaan yang tidak sedarkan diri.

Maklumlah dia kini keseorangan yang menjaga Haejung. Puan Im pun sudah balik.

Puan Im sendiri pun hanya menjenguk anaknya sekali sekala saja kerana masih marah dan tidak setuju dengan keputusan Haejung yang mahu mendermakan hatinya kepada Jungkook, orang yang banyak buat dia terluka.

Sudahlah Haejung tu baru lepas bersalin, tapi ada hati nak derma hati dia kepada orang lain.

Itu pun nasib baik saja Puan Im bersetuju untuk menjaga Yeonha. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.

***

"Dia mungkin dah bahagia dengan Yeri sekarang.." Haejung tersenyum kelat.

Dalam hatinya, dia sangat sedih bila diperlakukan seperti ini. Mengapa hidupnya amat menyedihkan?

Jimin mengetap bibir. Entah mengapa, air matanya juga hampir turut mengalir mengenang kisah sepupunya seorang ini.

"Haejung... sebenarnya.. Jungkook masih cintakan kau"

Haejung terdiam seketika.

"Tapi.. dia sengaja buat macam ni sebab..." kata-kata Jimin tergantung tatkala melihat wajah comel Yeonha yang berada dalam dukungan Haejung itu.

Sungguh dia tidak sanggup untuk buat wanita dihadapannya ini bersedih lagi.

"Sebab apa?" soal Haejung seakan mendesak.

"Sebenarnya.. Jungkook sakit, kanser hati, stage3" jelas Jimin.

Haejung terus menekup mulut. Air matanya juga mula mengalir bercucuran. Tidak disangka suaminya yang dianggap kejam sebelum ini rupanya cuba menutup sesuatu darinya.

"Perempuan yang kau jumpa hari tu, dia Doktor Yeri, doktor peribadi Jungkook. Katanya Jungkook perlukan penderma"

"Masa tu juga, aku jumpa Taehyung. Aku dah minta maaf dengan dia. Syukurlah sebab dia dah insaf bila nampak Jungkook macam tu. Dia juga cuba nak dermakan hati dia pada Jungkook. Tapi.. hati dia tak sesuai" sambung Jimin lagi.

Haejung mengetap bibir. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Dia cuba untuk berhenti dari terus menangis tetapi tidak mampu.

"Kalau macam tu.. biar aku yang derma" kata Haejung.

Jimin mengerutkan dahi tanda tidak setuju.

"Haejung! Kau baru lepas bersalinkan? Kau mana boleh buat macam tu"

Haejung memegang lengan Jimin.

"Tak! Aku tak kisah! Yang penting Jungkook selamat! Aku tak nak Yeonha hidup tanpa daddy dia. Jimin.. please bawa aku ke hospital sekarang"

Jimin menjatuhkan tangannya.

"Kau nak mati ke Haejung? Kau sendiri pun tak sihat lagi macam mana kau nak tolong orang lain? Kalau kau pergi hospital sekalipun, doktor takkan ikut cara kau!" tegas Jimin.

"Ani! Kau tak ada hak untuk halang aku, Jimin. Aku tak sanggup tengok Yeonha merana sebab tak sempat jumpa daddy dia" bentak Haejung pula.

Tak sangka sikap degilnya itu tak pernah berubah. Dari dulu lagi. Dan lagi satu, dari kecil lagi.

"Tapi Haejung.. aku tahu kau tak nak Yeonha kehilangan daddy dia. Tapi.. macam mana pula kalau dia kehilangan mummy dia, iaitu kau?"

Haejung terdiam seketika.

Dalam fikirannya, dia mahu sangat Jungkook akan berada di sisinya bersama anaknya yang baru lepas dilahirkan itu. Tetapi, bagaimana pula dengan dirinya sendiri?

"Aku.. aku janji selagi aku mampu, aku akan terus hidup"

Dia menekup mukanya dan menangis sepuas-puas hati. Sungguh fikirannya keliru pada waktu ini. Apapun, dia perlu berkorban demi Yeonha dan Jungkook.

***

"Puan Haejung, you tu baru lepas bersalin. Masih dalam pantang! You tak boleh bertindak terburu-buru macam ni!" kata Dr.Yeri dengan agak tegas.

"Tak! Saya tetap dengan keputusan saya! Saya takkan biarkan suami saya pergi tinggalkan saya dan anak saya macam tu je!" Haejung juga turut bertegas.

Tetapi wajahnya tiba-tiba bertukar menjadi sedih,

"Walaupun.. kami dah bercerai"

Dr. Yeri mula meraih tangannya.

"I faham perasaan you, Haejung. I tahu you cintakan Jungkook sangat sangat. Tapi you kena fikir juga tentang diri you. You baru lepas bersalin dan masih lagi dalam pantang. Kalau you teruskan juga, you akan kehilangan banyak darah dan nyawa you juga kemungkinan dalam 20/80 je untuk hidup"

Haejung terdiam seketika.

Tiba-tiba saja wajah arwah Jung Yeonha terlintas di fikirannya. Wanita itu meninggal disebabkan dia. Kalau ini hakikatnya cara untuk dia dibalas dengan perbuatannya dahulu, dia rela.

Haejung mengangguk perlahan.

"Saya sanggup buat apa saja, demi Jungkook dan Yeonha"

Dr. Yeri mengeluh seketika. Haejung memang sanggup berkorban apa saja asalkan Jungkook selamat. Termasuk berkorban nyawa. Susah untuk memperbaiki keputusan dia bila hatinya dah mula tekad.

"Kalau macam tu, pihak kami takkan bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang terjadi ke atas you, Puan Haejung"

"Saya tak kisah, Dr. Yeri.. Yang penting, Jungkook selamat"

"Baiklah kalau tu keputusan you. I perlu jalankan tugas sahaja. So I perlu check hati you dulu sebelum didermakan"

"Okay" Haejung mengangguk. Terpapar kesungguhan di wajahnya mahu berkorban demi Jungkook. Walau apa jua sekalipun, lelaki itu kena hidup.










++++

Korang nak Haejung mati ke macam mana? 🌚

Ye lah, korang kan nak Jungkook dan Taehyung dua-dua hidup kan?Sebab tu lah aii buat Haejung yang dermakan MUAHAHAHAHAHA!

Fyi, penpik ni senarnya dah nak sampai ke penghujung. I'll try my best to make this penpik KEBABOOOOOMMMBABOONBABOONBABUNNMMM!!



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top