53


WARNING! CHAPT NI SERAM! KALAU ADA PENYAKIT LEMAH JANTUNG LEBIH BAIK JANGAN BACA!

———————————

Semakin sarat dia mengandung, semakin penat dia berjalan. Maklumlah hari ini dah tepat 9 bulan.

Haejung mula duduk di kerusi di meja makan. Entah mengapa perutnya terasa begitu sakit.

"Unnie kenapa ni?" tegur Jiminna yang baru datang ke situ.

Malumlah hari ini, Jiminna, Jimin, Puan Im dan Seokjin semuanya ada di rumah itu.

Katanya mahu membuat jamuan BBQ pada malam nanti bagi menyambut kejayaan Jimin yang sudahpun berjaya menghasilkan syarikat durian crepe. Begitu juga dengan Jiminna yang menjadi PA kepada abangnya sendiri.

Hebat sungguh Jimin. Senyap senyap dah buka syarikat. Jiminna pun. Daripada bekerja dengan Jungkook, lebih baik dia menjadi PA kepada abang kandungnya sendiri.

"Entahlah Jiminna. Perut ni tiba-tiba je rasa sakit"

Jiminna yang sudahpun perasan kaki wanita itu sudah dipenuhi darah, berasa panik.

"Eii kenapa kaki unnie berdarah? Kena sengat pacat ke?"

Jiminna yang sudahpun cuak mula berlari kehulu kehilir.

"Hah pacat? Mana mana?" Haejung juga mula cuak.

"Omma ada pacat!" jeritnya apabila melihat kelibat Jiminna sudahpun hilang. Enrah kemana budak tu lari.

Puan Im, Seokjin dan Jimin mula berlari ke arah Haejung secara berjemaah. Mana tahu takut ada apa-apa dengan wanita tu.

"Haa pacat?" terkejut Jimin.

"Haejung sayang, kenapa darah penuh tu?" soal Seokjin pula.

Sesekali bahu Seokjin dipukul Puan Im.

"Seokjin! Kenapa panggil anak Hobie dengan nama 'sayang'?  Seokjin jangan nak curang dengan Hobie tau!" Puan Im mencekak pinggang.

"Alah Hobie ni! Cakap sikit nak jelez! Tu tengok Haejung, kesian dia!"

Kemudian matanya terus dialihkan pada Haejung pula.

"OMO Haejung ku sayang! Kamu dah pecah ketuban ni. Cepat panggil ambulans!"

"Kejap.. mana Jiminna?" soal Jimin apabila melihat tiada pula wajahnya adiknya di sini.

"Tak payah hiraukan dialah! Cepat panggil ambulans, Jimin!"

***

Semua orang menunggu di luar wad. Semuanya tidak dibenarkan masuk kecuali ibu atau suami.

Tapi Puan Im ni tak nak masuk. Katanya mabuk darah. Suami? Siapa? Jungkook? Jangan mimpilah dia datang!

Kesian Haejung keseorangan dalam wad. Sudah berapa kali juga Seokjin mendail nombor telefon Jungkook, tetapi tidak diangkat. Mesej juga sudah banyak dihantar tetapi tiada balasan darinya.

Sudah beberapa jam mereka menunggu, tapi mereka tidak pernah jemu. Perasaan risau menguasai. Bukan apa, manalah tahu takut terjadi apa-apa dekat Haejung atau anaknya itu.

Kemudian, keluarlah seorang doktor perempuan dari wad itu.

"Doktor, macam mana?" soal Jiminna. Entah mana muncul budak ni tiba-tiba ada di sini.

"Boleh saya tahu mana satu suami kepada pesakit?" soal doktor itu tanpa menjawab soalan Jiminna. Kesian Jiminna tak dilayan.

Mereka berempat kini memandang sesama sendiri. Mana suami Haejung?

"Suaminya on the way dari oversea. Kami keluarga Im Haejung" jawab Jimin. Dia terpaksa berbohong. Takkanlah dia nak bagitahu bahawa gadis itu dicerai semasa mengandung?

Doktor itu tersenyum.

"Tahniah! Puan Haejung dah selamat lahirkan bayi perempuan"

Mereka berempat melurut dada tanda syukur. Nasib baik.

Tapi bagaimana pula dengan Haejung?

"Tapi anak saya pula macam mana?" soal Puan Im kerisauan.

Doktor itu terdiam seketika. Senyumannya tadi terus dia hilang dengan begitu saja.

"Puan Haejung.. dia.."

"Dia apa?"

Semua orang menantikan jawapan dari doktor itu.

Mereka semua terus berdoa agar Haejung selamat juga. Begitu juga dengan Puan Im yang sudahpun bergenang air matanya seolah-olah dia tahu apa yang terjadi kepada Haejung.

"Puan Haejung selamat" doktor itu kembali tersenyum. Suspen sungguh!

Mereka berempat sekali lagi melurut dada. Syukurlah kalau mereka berdua selamat.

"Boleh kami masuk?" soal Puan Im lagi.

"Boleh.. tapi jangan ramai sangat"

"Baiklah"

Lalu Puan Im dan Jimin masuk terlebih dahulu meninggalkan Jiminna dan Seokjin berada di luar.

"Alolololo cucu Hobie comelnya!" Puan Im mengusap kulit putih bayi itu.

Comel sungguh budak ini. Kening yang berbentuk bulan dan hidung mancungnya persis sama dengan Haejung manakala mata bolatnya dan bibir mungilnya persis Jungkook.

"Alahai comelnya anak sepupu uncle Jimin ni" bayi itu bertukar tangan kepada Jimin pula.

Haejung yang masih terlantar di katil, tidak berdaya untuk bangun itu tersenyum kearah mereka berdua.

"Jimin.. bawa sini baby tu" kata Haejung lalu bayi itu bertukar tangan sekali lagi.

"Lawa anak kau. Macam mak dia" kata Jimin membuatkan Haejung tersenyum.

"Ermm.. Jungkook tak datang ke?" soalnya. Puan Im dan Jimin saling berpandangan buat seketika.

Kasihan Haejung. Sudahlah diceraikan semasa mengandung. Dituduh anak dengan lelaki lain pula. Dan sekarang, dia bersalin pun suaminya tidak datang. Orang call dia pun tak angkat.

Jimin mengeleng perlahan. Dalam riak wajahnya, dia sangat simpati terhadap kehidupan Haejung yang sekarang.

"Sudah lah, Haejung. Dia dah tak perlukan kamu lagi. Biarlah Jungkook tak ada untuk kamu pun. Omma, Seokjin appa, Jimin dan Jiminna kan ada?"

Puan Im tersenyum bagi memujuk hati gadis itu.

Begitu juga Haejung yang hanya melemparkan senyuman kelat kepada mereka berdua. Nak menangis pun dah tiada guna. Lelaki itu takkan berpaling tadah kepadanya lagi.

"Haejung.. kasilah dia nama Chimmy" kata Jimin pula cuba mengubah topik.

"Tak! Bagi dia nama Huseukie!" kata Puan Im pula.

"Mana boleh mak cik! Jimin yang jaga Haejung dari awal sampai akhir. Jadi biar Jimin yang tentukan nama budak ni!"

"Kau diam budak Jimin. Ni cucu aku biar aku yang tetapkan!"

"Mana boleh macam tu!"

"Apa yang tak bolehnya? Dia cucu aku bukan cucu kau!" Lalu Puan Im menolak Jimin sehingga tubuh lelaki itu melekat di dinding. Ganas Puan Im ni!

"Hey mak cik!" Jimin terus bangkit dari kejatuhannya lalu menarik pula sanggul Puan Im hingga tercabut. Maka, terserlahlah rambut panjang mengurainya. Seram sungguh !

"Dah dah dah! Haejung mummy dia. Biar Haejung yang tetapkan nama baby ni" Haejung bersuara bagi menghentikan pergaduhan mereka.

Bukan boleh buat main mereka berdua ni. Kan runtuh hospital ni nanti habis mati orang lain.

"Nama apa?" serentak soalan dari mereka berdua.

"Yeonha.. Jeon Yeonha" dia tersenyum manis sambil mengusap bayi comel itu.











++++

Gais! YEONHA IS BACK!! SERAM KAN? HAHAHAHA




//menanti kematian//

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top