52

Haejung memeriksa beg plastik yang dipegangnya seusai dia keluar dari farmasi. Manalah tahu ada apa-apa benda yang tertinggal ke apa sewaktu dia di farmasi tadi.

Setelah memeriksa apa semua tu, dia mendail nombor telefon Jimin.

"Jimin.. kau kat mana?"

"Aku tengah curi buah durian pak cik Namjoon driver teksi tu haa nak buat durian crepe ni" jawab Jimin.

"Aish kau ni tak baik mencuri! Ni cepat ambil aku kat restoran Penyu Paprik Myamar. Aku tunggu!"

Belum sempat Jimin memberitahu setuju mahupun tidak, dia terus mematikan panggilan itu.

Nanti kau Haejung!

Haejung mula melangkah masuk ke dalam restoran itu. Takkan nak tunggu berdiri depan restoran ni pulak? Tak pepasal habis seluruh anggota badannya sakit nanti.

Dia duduk di meja paling hadapan. Sementara dia menunggu Jimin datang, sempat dia memesan segelas cendol.

Setelah cendol siap dihidang kepadanya, dia menghirup air cendol itu perlahan.

"Lambat Jimin ni" rungutnya. Sesekali matanya melilau memandang sekeliling sehinggalah matanya menangkap figura seseorang yang amat dikenalinya berada di meja paling hujung.

"Jungkook.."

Namun, Jungkook kini tidak berseorangan seperti yang sentiasa dia nampak. Tapi kini Jungkook bersama dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Kelihatan mereka berdua sungguh mesra. Ketawa bersama, berborak rancak mengalahkan pasangan suami isteri.

Matanya dicebik geram.

Jadi inilah kerja kau Jeon Jungkook? Tinggalkan bini sendiri sebab ada betina lain?

Perempuan tu layak dipanggil betina! Dasar perampas!

Dengan beraninya Haejung membuka langkah seluasnya. Nasib baik tak terberanak dekat situ saja.

Dia mendekati meja yang diduduk oleh Jungkook dan betina itu sambil mempamerkan wajah seketat-ketatnya.

"Jadi ni kerja awak ye? Tinggalkan saya macam anjing lepas tu pergi menggatal dengan betina lain! Awak ingat saya ni apa? Hantu penunggu rumah?"

Amarahnya dia hamburkan di sini, tidak kisah dengan semua mata yang memandangnya, janji semuanya dah terbongkar.

"Haejung.. calm down. Kat sini bukan tempat sesuai untuk bincang"

Jungkook cuba menenangkan dia. Bukan apa Haejung ni, kan tak pepasal terbakar restoran ni nanti.

"You! Siapa perempuan mengandung ni? Datang sini buat hal. Ke memang dia mengandung dengan jantan lain dan nak you yang bertanggungjawab?"

Betina itu mula bersuara. Jungkook pula mula gelisah bila wanita itu turut menaikkan baran Haejung.

"What? Jadi kau ingat aku ni tak ada maruah pergi mengandung dengan jantan lain dan nak Jungkook bertanggungjawab? Kau tu yang tak ada harga diri! Keluar dengan suami orang! Kau ingat kau tu cantik sangat?" 

Semakin membentak kuat perasaan amarah Haejung. Terus tangannya mencapai segelas air yang berada di meja itu lalu disimbahnya ke muka betina tadi.

Haa hambek kau!

"Argh!! Basah basah!" Betina tu mengelap wajahnya serta baju yang dipakainya yang sudahpun basah kuyup akibat simbahan air dari Haejung tadi.

"Haejung! Apa kau buat ni?" kini Jungkook pula yang bersuara.

Kalau bersuara baik baik tak apa juga, tapi ini dia tengking!

Tengking di hadapan orang ramai.

Tubuhnya terhinjut ke belakang, terkejut dengan Jungkook yang akhirnya membela betina tu daripada isterinya sendiri.

"Yeri, you okay?" Jungkook mula mengelap bajunya menggunakan tisu.

"Ouh betina ni ada nama ye? Ingat nama 'binatang' dah tadi" Haejung menyilangkan tangannya ke dada.

"Haejung dah.. Stop! Lebih baik kau pergi balik sekarang" arah Jungkook.

"Awak sanggup halau saya sebab betina ni? Jungkook.. kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahu tak yang saya mengandungkan anak awak? Anak kandung awak!"

Matanya mula berair. Sakit hati!

"Semuanya sebab betina ni kan?" katanya lagi lalu terus memukul Yeri berkali-kali pula.

"Haejung dah!" Jungkook cuba menghalangnya tetapi tidak berjaya. Tidak kisah dengan Yeri yang sudahpun menangis. Haa padan muka!

Jimin yang baru tiba di restoran itu, terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mula mendekati Haejung lalu menghalang wanita itu dari terus memukul Yeri.

"Haejung stop! Kenapa ni?" soal Jimin yang masih tidak tahu apa-apa.

"Jimin.. bawa dia keluar sekarang" arah Jungkook menyuruh Jimin membawanya keluar.

Kerana tidak mahu menimbulkan isu dalam tv mahupun surat khabar atau radio, Jimin terpaksa membawa Haejung keluar dari restoran itu. Sebelum tu, dia sempat menghadiahkan jelingan maut kepada Jungkook.

"Betina perampas!"

"Perosak rumah tangga orang!"

Haejung meronta untuk dilepaskan tetapi nasib baiklah Jimin sempat membawanya keluar.

Jungkook melepaskan nafas lega apabila melihat kelibat mereka berdua sudahpun tiada di sini.

Kelihatan Yeri masih mengelap mukanya menggunakan tisu.

Semua orang yang berada di sini mula bercakap tentang mereka. Mungkin betul mereka menganggap Yeri itu perampas suami kepada wanita mengandung tadi.

"Jungkook.. siapa perempuan tadi? Tiba-tiba serang I. Malu I tau!" Yeri mencebik. Mukanya kini hanya menebal tatkala semua orang di sini memandangnya semacam saja.

"She's Haejung, my ex wife" jawab Jungkook pendek.

"What? You pernah ada wife?"

Jungkook mengangguk perlahan. Begitu juga dengan Yeri yang terdiam seketika. Perasaan geram terhadap Haejung tadi perlahan-lahan reda. Kemudian, dia bertanya lagi,

"Kenapa you ceraikan dia?"

Soalan Yeri kali ini membuatkan Jungkook pula yang terdiam.

"Dia.. tahu ke tentang penyakit you?" soalnya lagi lalu dijawab dengan gelengan sahaja.

"Sebab you tak nak dia sedih kalau dia tahu tentang penyakit you? Macam tu?" duga Yeri sepertinya dia sudah tahu saja.

***

"Makin menjadi-jadi pula Jungkook ni" Jimin menayangkan muka tak puas hati sambil tangannya setia memegang stereng kereta.

Haejung tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya menangis dan menangis.

"Jungkook ni tak lama juga kau hidup. Eii geramnya!"

Sesekali stereng kereta itu dihentaknya kuat.

Tidak disangka Jimin yang kelihatan ceria sebelum ini dapat bertindak sebegini rupa. Memang semua ini tidak ada kaitan dengannya, tapi dia juga turut sakit hati bila Haejung diperlakukan seperti ini.

"Dah lah Haejung. Dari hari tu lagi aku suruh kau move on tapi kau je yang tak nak! Buat apa kau terkejarkan orang macam dia lagi? Dia dah tak nakkan kau kan?"

Seperti tadi juga Haejung tidak menjawab sebaliknya hanya mampu menangis.

"Aku bukan apa. Aku cuma kesiankan kau. Kalau terjadi apa-apa dekat kau nanti macam mana?"

Betul juga kata Jimin. Memang benar Jungkook kelihatan betul betul mahu menjauhkan diri darinya.

Patut ke dia mengundurkan diri? Mungkin pada suatu masa nanti dia juga perlu berhenti mengejar lelaki itu. Jungkook juga sudah betul betul tak mahu kembali pada dia.

Tapi.. nak melupakan orang yang kita sayang itu berat.












++++

Adakah anda masih teringatkan Yeonha? Rindu dia tak? 🌚






Kenapa rasa cam lucu kalau diaorang berambut hitam? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top