49


TING!

TING!

TING!

Berjuta-juta chat dari Whatsapp menerjah telefonnya. Haejung terus membaca satu persatu.

OmmaJeonChu😋: Hello halu halu Haejung sayang !

OmmaJeonChu😋: pekaboo kamu disana?

OmmaJeonChu😋: Lama betul omma tak jumpa Haejung

OmmaJeonChu😋: Kamu dengan Jungkook macam mana sekarang? Sihat?

OmmaJeonChu😋: Omma risau senarnya... Sebab malam semalam omma bermimpi kamu berdua bercerai. Tu pasal omma wasep kamu cepat cepat ni

OmmaJeonChu😋: Korang berdua okay kan? Omma harap sangat hubungan kamu berdua kekal abadi hingga ke akhir zaman

Setitis air matanya mengalir. Nampaknya Puan Jeon lansung tidak tahu tentang penceraian mereka berdua. Ya memang, Jungkook kuat berahsia. Sampaikan ibunya sendiri pun tidak tahu tentang ini.

Thejeonhaejung🌚: Hallu omma jeon ku sayang.. Haejung dengan Jungkook sihat je kat sini. Omma kat sana pula macam mana?

Thejeonhaejung🌚: Haha! Mimpi tu kan mainan tidur? Omma tak payah ambil kira sangat

Thejeonhaejung🌚: Btw, omma bila nak balik Korea? Jungkook dan Haejung pun dah lama rindu omma

Kemudian, kepalanya diketuk.

"Aishh.. asal kau bodoh sangat Haejung? Kalau omma jeon betul betul balik dan tengok rumah tangga kau yang dah jahnam ni macam mana?"

OmmaJeonChu😋 is typing..


OmmaJeonChu😋: We miss you too, sayang.. Sorrylaah Haejung. Memang baru ni omma dan appa plan nak pergi bora bora tu setahun je. Tapi ni haa appa kamu ni nak sambung honeymoon lagi kat Sweden pula hohoho!!

OmmaJeonChu😋: Maaflah nak. Omma pun tak tahu kenapa appa kamu ni kuat sangat melancong. Katanya nak menikmati dunia sebelum menjelang hari tua

OmmaJeonChu😋:  Omma doakan kamu berdua bahagia dengan Jungkook

OmmaJeonChu😋: Haa dan lagi satu. Kamu tak ada apa-apa tanda lagi ke? 😌

Thejeonhaejung🌚: Thank you, omma

Thejeonhaejung🌚: Tanda-tanda apa maksud omma?

OmmaJeonChu😋:  Halah kamu ni, tanda-tanda pregnant laa yang oii.. Manalah tahu kan? 😄

OmmaJeonChu😋: Kalau ada nanti, roger roger laa kat omma. Don't worry sebab hari tu juga omma akan balik Korea kalau kamu pregnant !


Dia tersenyum mendapati Puan Jeon yang amat mengambil berat tentang dirinya.

Mahu saja dia menceritakan kepada Puan Jeon berita gembira ini iaitu dia bukannya cuma dapat tanda-tanda, tapi dia memang dah betul betul mengandung. Dah nak masuk 6 bulan dah pun.

Tetapi dia tetap berkeras hati untuk tidak memberitahu pada Puan Jeon lagi.

Ya lah, orang tua tu mesti akan balik kalau dapat tahu mereka bakal menimang cucu. Tapi tak mahu pula Haejung bila mereka tahu bahawa dia dan Jungkook sudahpun berpisah.

Thejeonhaejung🌚: Haha! Mana adalah omma. Kot ye pun, omma konpem orang pertama jadi mangsa roger Haejung nanti 😉

OmmaJeonChu😋: Nanti kalau ada apa-apa, roger omma cepat cepat tau?

OmmaJeonChu😋: Cepat cepat jangan lambat lambat

Thejeonhaejung🌚: opkos omma jeon 😘

Setelah telefon itu dimatikan, dia mencapai sebuah album dimana terdapat gambar-gambarnya bersama Jungkook dahulu.

Dia tersenyum kelat.

"Kalau awak ada di sisi saya sekarang, mesti baby kita happy kan?" 

Sesekali dia mengusap perutnya. Kasihan anak itu nanti jika dilahirkan tanpa kasih sayang seorang bapa. Perutnya yang dah membuyut itu dia pandang,

"Mummy harap, daddy takkan bencikan kamu macam mana dia bencikan mummy"

Air matanya menitis lagi. Sungguh dia rindukan Jungkook. Tidak tahu hatinya yang kata rindu ataupun anak dalam kandungannya itu yang meragam rindukan daddy dia.

***

Bermacam-macam siaran di televisyen dia tukar. Semuanya membosankan. Begitu juga dengan makanan yang dia rasa pada waktu terdekat ini. Semuanya tak sedap.

Itulah hidup Jeon Jungkook yang kini dipenuhi dengan segala jenis masalah.

Pertama, masalah syarikatnya sejak perletakkan jawatan Jiminna sebagai PA dia tu. Semuanya jadi kucar kancil sebab tiada orang yang mampu handle tempat dia itu.

Kedua, perlantikkan Kim Seok Jin sebagai PA baharunya sementara lelaki itu hanyalah guru masak-masak part time. Tapi itulah, Seokjin adalah cikgu masak-masak yang tiada kelulusan dalam mengawal hal syarikat.

Ketiga, pencarian pekerja baru sebagai PA tidak mendapat sambutan apabila mendapat tahu apa kerja yang telah disandang Jiminna sebelum ini. Ye memang, kerja Jiminna sungguh berat.

Keempat, bagaimana dengan keadaan Haejung yang sedang sarat mengandung tanpa dirinya di sisi?

Kalau boleh, mahu saja dia menemani bekas isterinya itu sehingga dia bersalin. Tapi dia tidak mampu. Dia tidak mahu bagi apa-apa harapan kepada Haejung.

Tentang biayai makan minum Haejung dan apa semua tu memang setiap bulan dia akan bank in ke dalam akaun Bank Islam gadis itu.

Tapi sayangnya, Haejung sudah lama tidak aktif dalam akaun itu dan mungkin hanya menggunakan duit simpanannya sendiri untuk menyara hidupnya. Nasib baiklah sebelum ini duit simpanannya itu agak banyak.

Sedang lama dia termenung, tiba-tiba telefonnya berdering.

TENENENENET

Tertera nama Seokjin di situ. Lantas telefon itu diangkatnya.

"Hello?"

"Jungkook.. Aku.. errmm aku.." agak lambat kata-kata Seokjin.

"Aku aku.. apa?" stress Jungkook dibuatnya.

"Lek lah bro.. ni haa senarnya aku nak minta cuti seminggu untuk minggu depan boleh tak?" kata Seokjin sambil ketawa kecil.

Jungkook memicit kepalanya berkali-kali.

Cuti apa pula dah? Sudahlah kerja dia di pejabat tu dah berjuta, ditambah pula Seokjin yang nak minta cuti. Seminggu pula tu nak pergi mana?

Ada saja masalah!

"Kau nak pergi mana lah pulak ambil cuti seminggu? Kau tahu tak kerja kau kat office tu berlambak?" soal Jungkook sambil mengeluh.

"Alah.. Tundalah dulu kerja tu. Nanti lepas seminggu tu aku janji aku siapkan balik" jawab Seokjin.

"Sedap kau cakap. Bankrup company aku sebab kau nanti macam mana?"

"Halahai.. Takkan sampai bankrup punya! Ni haa aku senarnya nak berkahwin dengan Puan Im minggu depan. Alaa bekas mak mertua kau laa.. " jawab Seokjin sambil tersipu malu.

"Bwoh? Kau nak kahwin dengan bekas mak mertua aku?" agak terkejut Jungkook mendengarnya.

Tidak disangka Seokjin yang muda lagikan handsome bergaya itu bakal berkahwin dengan orang tua kerepot? Uishh 😢

"Ha'ah" Seokjin mengangguk beberapa kali.

"Ermm.. nantilah dulu aku beri keputusan" jawab Jungkook ragu-ragu.

Bagai tak percaya dia apabila Seokjin yang baru berumur 27 tahun itu mahu berkahwin dengan bekas ibu mertuanya yang sudahpun berumur 48 tahum. Kegilaan apakah ini?

Sejak bila mereka berkenalan sampai tiba-tiba nak kahwin ni? Kenapa dia tidak tahu?









++++


Get ready for the next chapt. Warning dulu, jangan menyumpah seranah pula bila baca nanti 😉

Semua mesti nak tahu apa ending dia kan?

Jawapannya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

--> Tunggu aku update ye? 😘



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top