48

"Hobie.. macam mana?" soal Seokjin dengan wajah yang betul betul mendesakkan jawapan daripada Puan Im.

"Maaf Seokjin. Hobie bukan tak nak terima Seokjin tapi.. omma Seokjin tu yang tak merestui hubungan kita" jawab Puan Im dengan sedih.

Kisah yang berlaku pada bulan lepas yang membuatkan dia bertemu mata dengan Puan Kim, omma Seokjin, cukup membuatkan dirinya berasa bersalah.

Kisah itu kembali berputar di fikirannya.

***

"Omma.. ini lah Puan Im" kata Seokjin kepada Puan Kim yang baru saja keluar dari dapurnya.

"Ouh inilah Puan Im? Jemput masuk jemput masuk. Buat macam rumah sendiri" pelawa Puan Kim dengan ramah sekali.

Mana tak bahagianya dia bila disangka Puan Im secantik ini adalah bakal besannya. Padahal dia tidak tahu yang Puan Im ni adalah bakal menantunya, bukannya besan.

Mereka bertiga terus menuju ke sofa dan diduduknya.

"Seokjin pergi buat air dulu ye" Seokjin menunduk 90° sambil berjalan melintasi mereka berdua. Hamboih! Sopan sungguh!

"Inilah anak saya, Seokjin. Dia ni rajin buat kerja orangnya. Walaupun dia lelaki, dia ni suka memasak. Sebab tu lah dia dapat jadi cikgu masak masak huhu" puji Puan Kim.

Puan Im pula tergelak dengan sungguh ayu.




"Ha'ah. Seokjin memang baik pun" kata Puan Im.

"Haa lagi satu. Seokjin ni pun umur dah nak masuk 27 tahun tapi still tak jumpa pasangan. Tu lah saya risau. Dan tak sangka, semalam dia beritahu yang bakal isteri dia nak datang jumpa saya hari ni"

Kata Puan Kim lagi. Ramah sungguh dia ni. Sebijik macam anaknya.

"Haa saya tahu"

"Haa tu dia dah sampai. Betul kan saya kata Seokjin ni terer bab masak masak ni. Tu haa dia dah bawa apa pula tu"

Kata Puan Kim lagi apabila melihat Seokjin sudahpun datang bersama sebuah dulang yang diletaknya milo ais kepal bersama semangkuk maruku yang dibelinya dengan Pariya, bangla jiran sebelah.

Uishh sedap sungguh!

Seokjin meletakkan dulang itu di atas meja kaca blink blink milik Puan Kim.

"Jemputlah makan dulu" pelawa Puan Kim.

Berkenan sungguh dia jika Puan Im menjadi besannya. Mesti anak Puan Im yang bakal menjadi menantunya itu cantik dan sopan orangnya.

"Terima kasih ye, Puan Kim, Seokjin" Puan Im terangguk-angguk lalu mengambil milo ais kepal itu dan ditabur pula dengan maruku di atasnya.

Sedap sungguh !

Hampir setengah jam mereka bertiga berbual hentah pape sambil makan milo ais kepal ditabur maruku itu, Puan Kim mula menanya,

"Ouh lupa nak tanya? Mana anaknya, bakal isteri Seokjin? Apa tu nama? Im Hobie kan?"

Puan Im yang sedang menikmati milo ais kepal itu berhenti makan seketika lalu wajahnya dipalingkan kepada Seokjin. Seokjin juga memandangnya sebelum memandang Puan Kim.

"Omma.. sebenarnya inilah Im Hobie, bakal isteri Seokjin" tutur Seokjin dengan lembut.

"Dia ni Im Hobie? Asal tua sangat?" Puan Kim mula memegang jantungnya yang tiba-tiba terasa sakit.

"Seokjin.. omma tak restu kamu. beristerikan orang tua macam dia.." kata Puan Kim buat kali terakhir sebelum dia rebah terkejung ke lantai.

"Omma!" jerit Seokjin lalu cuba mendapatkan ibunya yang sudahpun terlantar di lantai.

"Omma!!" jerit Puan Im pula dengan panggilan 'omma'.

Sejak hari itu, Puan Kim disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung berlubang. Mayatnya juga disahkan kaku abadi dengan keadaan terkejung tanpa menutup mata dan sebelah kakinya juga mencapai naik hingga ke kepala.

Pihak hospital juga berusaha memperbetulkan mayatnya supaya kembali menjadi normal, tetapi tidak berjaya.

***

Puan Im mengesat air matanya yang sudahpun bergenang. Dia merasa sangat bersalah. Kerana dia, Puan Kim meninggal dunia.

"Hobie.. Usah kau ingat lagi tentang kisah lama itu. Omma Seokjin sudahpun pergi. Kita berdua tentu akan bahagia selepas ini" kata Seokjin dengan ayat yang penuh gramatis ala ala budak bijak sastera.

"Tapi.. omma Seokjin tu tak sukakan Hobie" kata Puan Im pula dengan sungguh pasrah lagikan berduka.

"Hobie.. omma dah mati tu biarlah mati. Kita ni kena teruskan hidup. Seokjin cintakan Hobie!"

Puan Im terdiam seketika. Sesekali teh o ais yang berada dihadapannya dia teguk.

Perlu ke dia menerima Seokjin? Sudahlah dia terlalu tua untuk lelaki itu, ditambah pula tiada restu dari orang tua. Ishh kesian..

"Tapi.. Seokjin terlalu muda untuk Hobie"

"Tak Hobie.. Cinta tidak memandang usia. Seokjin nak kahwin dengan Hobie" kata Seokjin seakan-akan merayu.

Puan Im terdiam seketika. Kemudian dia menjawab,

"Baiklah kalau itu yang Seokjin mahu. Hobie terima cinta Seokjin dengan seikhlas hati"

Puan Im tersenyum. Begitu juga dengan Seokjin yang sudahpun mekar setaman. Bahagianya!

"Hobie.. minggu depan kita kahwin"

***

"Haejung.. kau okay ke?" soal Jimin dengan riak wajah kerisauan bila melihat mata Haejung yang semakin lama semakin bengkak.

Haejung tersenyum kelat.

"Aku sendiri pun tak tahu yang aku ni okay ke tak"

"Dah lah.. Kalau Jungkook dah betul betul tak sayangkan kau, kau move on sajalah. Bukan apa, aku risaukan kau yang dah lima bulan sedih ni"

"Tapi.. aku rindukan dia. Aku nak dia ada di sisi aku. Aku nak dia balik pada aku dan aku nak hubungan aku dengan dia jadi macam dulu lagi"

Air matanya bergenang lagi. Sebak. Ini adalah bukan kali ke-100 dia menangis. Tapi dah lebih beribu-ribu kali.

"Aku tak sangka Jungkook boleh percayakan Taehyung macam tu je.. Kesian kau.." Jimin mengetap bibir kerana simpati.

"Aku pun hairan juga. Setahu aku Jungkook ni penyabar orangnya. Dia tak macam tu.."

"Kau tabahlah ye? Setiap manusia ada dugaan. Pasal baby tu, tak payah kau nak risau sangatlah kalau Jungkook tak ada. Aku pun boleh je jadi appa kepada dia"

Kata-kata Jimin kali ini membuatkan dia terpaku.

"Jadi appa? Maksud kau—" lantas kata-katanya dipotong Jimin.

"Maksud aku jadi appa angkat buat sementara. So kalau kau nak apa-apa, kau bagitahu je lah kat aku. Aku boleh jaga kau dan anak kau bukannya nak kahwin dengan kau pun. Eii geli aku!"

Jimin siap beraksi geli-geleman gitu.

Entah mengapa Haejung terasa mahu tergelak melihat Jimin kali ini. Sejak dia disahkan bercerai hari itu, dia lansung tak pernah merasa bahagia. Nasib baiklah ada Jimin yang sanggup menceriakan hatinya.












++++

Haku kalau boleh nak habiskan cerita ni cepat cepat tapi hw pula tak mengizinkan 😭









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top