47
Haejung's pov
Sudah lima bulan aku sendirian. Maksud aku, bersendirian tanpa Jungkook.
Jimin dan Jiminna selalu datang rumah aku. Mereka memang mengambil peduli pasal aku.
Jimin tu kalau boleh hari-hari dia nak beli susu ibu untuk aku. Jiminna pula kalau boleh selori pakaian baby dia nak beli untuk anak aku yang akan dilahirkan ini.
Mereka berdua sungguh prihatin.
Omma?
Ada juga dia datang sini. Tapi itulah, dia juga pun tinggal seorang diri saja kat rumah sana. Nak datang sini hari-hari pun susah juga. Kalau nak tinggal kat sini sekalipun, Yeontan tu pula yang mengada nak balik rumahnya semula sebab anjing jiran sebelah rumah omma yang bernama Yeonji tu amat menarik perhatiannya.
Haish anjing gemok tu !
Aku bangun dari duduk. Perjalanan aku yang selaju siput babi ni akhirnya tiba di bilik. Aku merebahkan perlahan tubuhku di atas katil tatkala perut aku yang sudah membuyut ni.
Aku rindukan Jungkook :'(
Sejak hari itu, kami berdua lansung tidak berjumpa mahupun terserempak di mana mana tempat.
Setiap hari aku berharap dia balik. Tapi sayangnya, dia tetap tidak balik. Dia dah tak sayangkan aku ke?
Perlahan-lahan air mata aku bergenang.
Sejak hari itu juga, aku juga langsung tidak berjumpa dengan Taehyung. Aku tak pasti samaada dia dah balik ke Sydney semula ataupun masih berada di sini. Dia juga langsung tidak munculkan diri di depan aku lagi.
Aku tahu, kami berdua dilanda zon sedih. Kesedihan yang sangat memeritkan. Semuanya berpunca oleh aku.
Mungkin dulu aku terlalu kejam sampai dah buat kawan baik aku sendiri meninggal dunia dalam keadaan yang merana. Dan sekarang, inilah balasannya untuk manusia macam aku.
Betul.. Tuhan itu adil.
Aku mula melelapkan mata. Kuat tangisan aku ini membuatkan aku bertambah mengantuk.
End of Haejung's pov
***
•
•
•
Jiminna meletakkan beberapa fail di atas meja Jungkook.
"Fail apa ni?" soal Jungkook.
"Saya.. nak resign" jawab Jiminna.
Agak terkejut dia bila mendengar Jiminna ingin meletak jawatan. Dia tak berguraukah?
"Apa awak merepek ni? Angin, ribut, taufan, petir tak ada tapi tiba-tiba awak nak berhenti kerja"
Kelihatan wajah Jungkook sudahpun menegang terik. Mana tak kesal kalau Jiminna nak berhenti kerja? Bankrup syarikat ni nanti bagaimana? Sudahlah dia sendiri tak berapa pandai mengurus hal syarikat ni.
"Saya tak nak bekerja dengan manusia yang kejam macam encik. Encik tahu tak? Haejung unnie tu dah lima bulan merana tunggu encik balik tau? Sudahlah encik ceraikan dia masa dia mengandung, tak mengaku anak pula tu"
Kata Jiminna dengan suara yang ditekankan. Ya memang! Sebelum ini pun dah banyak kali dia menasihati Jungkook bahawa Haejung tak salah sebenarya. Tetapi itulah Jungkook! Dia tetap bekeras dengan egonya.
Jungkook memicit kepalanya. Bengang pula mendengar Jiminna duduk membebel ni.
"Okaylah dah stop! Kalau awak nak resign sangat, sila angkat kaki awak dan BERAMBUS!" tegas Jungkook.
Jiminna hanya tersenyum sinis.
"Arraseo.. saya pergi hari ni jugak!" Jiminna terus keluar dari pejabat itu.
Memang sebelum ini dia dibayar dengan gaji yang lumayan bila bekerja di situ. Tapi dia juga tak sanggup melihat wajah Jungkook hari hari. Wajah yang bertindak kejam kepada sepupu dia sendiri walaupun dia tak adalah serapat mana dengan Haejung.
Jungkook menyandarkan kepalanya di penyandar kerusi yang diduduknya.
Bagaimana dengan syarikat yang dia jaga ini kalau tanpa seorang pembantu yang bijak dalam mengawal hal dalam ni seperti Jiminna?
Dia memandang ke syiling. Dia juga turut merasa sunyi selepas menceraikan Haejung. Sebenarnya, dia juga turut rindukan Haejung cuma,
"Haejung.. maafkan aku. Aku tahu kau tak salah. Dari hari tu lagi aku dah agak yang Taehyung ada niat jahat. Tapi aku tetap ceraikan kau.. sebab aku nak kau bencikan aku. Aku sakit, Haejung. Daripada kau sedih tengok aku mati nanti, lebih baik kau bencikan aku. Sekurangnya kau takkan sedih bila aku tiada nanti."
Katanya perlahan walaupun dia tahu tiada orang yang mendengarnya. Dia memejamkan mata serapatnya. Terasa mahu bergerang juga air matanya.
++++
Maaflah pendek. Aku dah tersengguk sengguk mengantuk ni haa haha!
Okay ramai yang minta happy ending tapi ramai juga yang minta sad ending. Haku pun confused nak buat mana satu. Now, aii dah pike masak masak nak buat macam mana.
[Sad+happy ending]
Amacam? Adil bukan? 🌚
Korang setuju tak?
Jangan pula tanya macam mana happy and sad ending boleh digabung sekali.. percayalah tiada yang mustahil di dunia wattpad 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top