45

Haejung's pov

Setelah urusan di mahkamah berjaya diselesaikan, aku datang berjumpa Jungkook di luar mahkamah untuk meraih simpati.

"Jungkook.." tangannya aku raih tetapi lantas ditepisnya.

"Jangan sentuh aku" kata Jungkook tanpa sedikit pun memandang wajah aku.

Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku cuma rindukan dia tapi.. Itulah dia dah tak percayakan aku dah.

"Jungkook.. hiks.. saya tak buat perkara sekeji tu. Sa-saya tahu saya kejam. Tapi.. saya ta-takkan khianati awak" kata aku dengan agak tergagap.

Aku sudahpun menangis teresak-esak. Pandangan aku alihkan ke bawah apabila dia mula pandang mata aku. Tak sanggup untuk bertentangan mata dengan dia lagi. Semakin ditatap, semakin sebak dada menahan sedih.

"Haejung, aku dah nampak semua permainan kau lah. Lagipun.. bukan ini ke yang kau selalu minta dengan aku dulu? Kau memang suka laa kan aku ceraikan kau?"

Aku mengeleng perlahan sambil mengetap bibir.

"Dulu memang saya kejam. Saya jahat sebab permainkan awak. Tapi sekarang tak.. saya betul betul cintakan. Tolong jangan tinggakkan saya, Jungkook.."

Sekali lagi tangannya aku raih. Aku.. tak sanggup kehilangan dia. Sungguh tak sanggup. Sebab aku cintakan dia. Sangat..

Adakah ini yang dia rasa semasa aku tinggalkan dia dulu?

Aku menyesal. Kerana dendam aku terpaksa kehilangan orang yang aku sayang.

"Maaf, Haejung. Semuanya dah terlambat.."

Jungkook menjatuhkan perlahan tangan aku. Kini dia pula yang menundukkan wajah.

"Aku.. aku dah penat.." sambungnya.

Dari pandangan mata aku, aku dapat lihat dia juga amat sukar untuk menerima semua ini.

Jungkook.. you such a liar!

Aku tahu kau PENDUSTA yang hebat sampaikan aku selalu kena tipu dengan kau!

"Jungkook.. awak masih cintakan saya kan?"

"..."

Dia diam saja?

"Jungkook jawablah!" berkali-kali tubuhnya aku goncang dengan kuat. Kini dia mengangkat wajah lalu memandang aku.

"Maaf, hati aku dah tawar. Aku harap kau dapat jaga diri kau. Lupakan aku.. buat selamanya"

Jungkook menjatuhkan tangan aku yang masih terlekat di bahunya dengan perlahan. Dia mula mengorak langkah pergi dari situ.

Aku hanya mampu menangis dan menangis. Sebak di dada buat aku seperti tak cukup nafas. Aku jatuh terduduk di atas tar.

Jungkook..

Dia tinggalkan aku..

Dia dah betul betul bencikan aku ke? :'(

Adakah ini balasan aku sebab sikap aku yang suka berdendam ni sampaikan aku dah buat orang meninggal dunia?

Aku benci diri aku. Semuanya salah aku.

"Hikss.." aku menangis teresak-esak.

"Haejung.."

Tiba-tiba bahu aku disentuh seseorang dari belakang.

"Jimin.." Semakin laju air mata aku mengalir.

"Jungkook.. dia dah ceraikan aku" aku menutup wajah dan menangis sepuas-puas hati.

Jimin melurut kedua-dua belah bahu aku dengan perlahan sambil memaparkan wajah simpati.

"Aku dah tahu. Haejung.. kau tabah ye? Mungkin ni cuma ujian kau"

"Aku tak kuat, Jimin" aku menyeka air mata yang tak henti henti menurun.

"Kita balik ye? Aku hantarkan.."

Jimin membantu aku untuk berjalan. Dan pada waktu yang sama juga, pening yang teramat seperti pening tempoh hari datang kembali.

Sesekali rasa nak termuntah, sesekali rasa nak pengsan. Entah mengapa aku terasa loya.

"Haejung, kau okay tak?" soal Jimin yang sudahpun perasan apabila aku mula berjalan terhuyung hayang.

"Aku.." belum sempat aku mengadu kepada dia, seluruh badan aku tiba-tiba merasa lemah membuatkan aku tak dapat mengimbanginya lagi.

Akhirnya..

GEDEBUK!

Aku terjatuh ke tar.

"Haejung! Haejung!" terdengar sayu suara Jimin sebelum mata aku terpejam rapat.

End of Haejung's pov

***

Haejung membuka matanya perlahan. Kelihatan wajah Puan Im, Jimin dan Jiminna berada di hadapannya.

Mereka tersenyum memandang Haejung.

"Haejung kat mana ni?" soalnya setelah mendapati dia berada di tempat lain.

"Unnie kat hospital" jawab Jiminna dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Begitu juga dengan Jimin.

Apa kes diaorang ni? Kena sampuk dengan jembalang belakang rumah author ke?

"Haejung.. " Puan Im meraih tangannya.

"Omma ada berita gembira ni" katanya lagi.

"Apa?"

Semakin tertanya-tanya pula dia apabila semua orang yang berada di sini tersenyum bahagia memandangnya.

"Kamu pregnant" jawab Puan Im.

"Bwoh?" terkejut Haejung dibuatnya.

Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Seperti tidak percaya. Rasa gembira yang teramat. Akhirnya dia mengandung.

Tapi..

Anak ni anak Jungkook.

Senyuman dia mula tawar dan diganti pula dengan air mata.

Jungkook ceraikan dia dalam keadaan sedang mengandung.

"J-jungkook tahu ke?" tersekat-sekat suaranya bila mengajukan soalan tersebut.

Jimin pula yang membalas. Tetapi dengan hanya gelengan perlahan.

"Haejung sayang.. kamu kena tabah ye? Ingat baby dalam perut kamu ni. Dia perlukan ibu dia. Jangan sedih sangat ye?"

Puan Im menarik anaknya itu ke dalam pelukannya. Rambutnya diusap perlahan. Sesekali dahinya dikucup perlahan.

"Tapi baby ni pun perlukan appa dia juga.."

Tidak dapat ditahan lagi, air mata akhirnya mengalir. Semakin lama ianya semakin laju.

"Omma faham perasaan kamu. Ye memang semua ni memang sakit. Tapi kamu kena tabah ye nak? Ni cuma dugaan. Dah dah shu~ jangan nangis nangis lagi. Nanti dah tak cantik kang?"

Pujuk Puan Im sambil tersenyum kelat namun semua itu tidak dapat menghilangkan rasa kesedihannya.

Bagaimana dia nak hidup dengan kandungannya seorang diri? Hidup tanpa suaminya di sisi? Perasaan bila dicerai semasa sarat mengandung?









++++

Maaflah kalau korang rasa penpik ni cam kucar kancil sebab diaorang dah cerai.  Ginilah, aii bongkarkan sikit rahsia penpik ni okay? Sikit je tak leh banyok banyok 🌚

Yes, Jungkook dan Haejung akan berbaik dan menjadi suami isteri semula nanti

Happy or sad ending?

Kalau dah bila berbaik semula kau rasa? 😄



Jeon , semua orang di sini tak kuat melihat dirimu 😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top