44
"Encik Jungkook, hari ni ada meeting" kata Jiminna yang baru sahaja memasuki pejabat Jungkook.
"Pukul berapa?" soalnya.
"Sekarang"
Jungkook memandang jam Rolex yang dipakai di tangannya. Tepat pukul 12 tengah hari.
"Awak tolong handlekan boleh? Saya kena balik sekarang ni, ada hal sikit" tipu Jungkook.
Padahal dia memang dari pagi lagi dah plan nak balik tengah hari ni.
Sebab?
Pertama, malas kerja lama lama.
Kedua, sebab dia rindukan Haejung sangat sangat.
Ketiga, sila ulang yang pertama dan kedua. Sekian.
"Hmm baiklaa.." jawab Jiminna sambil mengeluh. Macamlah dia tak kenal dengan perangai Jungkook macam mana. Ada saja yang membuatkan dia tak nak masuk kerja.
Nasib baiklah syarikat ni mempunyai pekerja yang baik lagikan berdedikasi macam Jiminna.
Nak harapkan CEO dia? Bankrup lah syarikat ni nanti. Sekarang ni pun dah macam Jiminna yang pegang jawatan CEO. Semua kerja dia yang buat. Jungkook? Goyang kaki dan main game saja dia tahu.
***
Jungkook memandu kereta Porsche GT3 miliknya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Bahagia sungguh.
Entah kenapa dia rasa bahagia sangat untuk berjumpa dengan isterinya pada hari ini biarpun dah hari hari dia tengok muka Haejung.
Akhirnya, dia tiba di hadapan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta familiar yang berada di perkarangan rumah itu menimbulkan tanda tanya dalam fikirannya.
"Ni bukan kereta Taehyung hyung?" dia menjegilkan mata.
Setelah siap memarkir kereta, dia terus berjalan masuk ke dalam rumahnya. Perasaan ingin tahu semakin membuak. Apa yang Taehyung buat di rumah itu semasa dia tiada?
Apabila tiba di dalam rumah, suasana kelihatan sunyi sepi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tetapi itu belum memuaskan hatinya. Dia mengorak langkah menuju ke biliknya pula.
Apabila tiba dihadapan pintu bilik, tombol pintu itu dipulas perlahan. Tapi sayangnya, ianya berkunci.
"Kunci?" hairan pula Jungkook.
Biasanya Haejung tidak pernah mengunci pintu biliknya. Tapi kenapa—?
Tombol pintu bilik itu dipulas lagi tetapi tetap tidak berjaya.
"Haejung!" panggilnya dari luar tetapi tiada apa-apa sahutan.
"Haejung! Kau ada kat dalam ke?"
"..."
Dengan berbekalkan seluruh tenaga yang ada, dia mula memecahkan pintu itu.
KEDEGANG!
Jungkook yang tadinya bahagia, perlahan-lahan menjadi tawar. Sungguh tidak dijangka apabila melihat isteri yang amat dia cintai kini berada sekatil dengan abang tirinya sendiri.
Taehyung yang berada di dalam bilik itu agak terhinjut melihat tindakan Jungkook. Begitu juga Haejung yang baru terbangun dari tidur turut tersedar apabila mendengar bunyi yang kuat itu.
"Apa kau buat kat sini?"
Terus dia berganjak masuk ke dalam bilik itu. Tangan Taehyung ditarik lalu tumbukan berpadu diberikan kepada lelaki itu.
DUSH!
Taehyung memegang bibirnya yang sudahpun mengalirkan cecair merah. Tetapi, dia tetap tersengih.
"Jungkook, jungkook.. Kau tahu tak apa yang Haejung buat dengan aku tadi?" soal Taehyung dengan penuh dengan sinis sambil memegang pipinya yang sakit kerana kesan penumbuk tadi.
Terus wajah Jungkook dialihkan kepada Haejung pula. Dia kelihatan termanggu-manggu, tidak dapat menghadam apa yang sedang berlaku.
"Haejung.. apa kau buat?" soal Jungkook sambil mengeleng perlahan. Kecewa? Tepat sekali!
"Haa? Apa apa?" soal Haejung kembali sambil memaparkan muka yang sukar ditafsir. Dia betul betul tak faham. Sedar sedar saja dia berada di atas katil bersama Taehyung.
Wait..
Atau.. Taehyung buat fitnah?
"Tak Jungkook! Sumpah saya tak tahu semua ni!" terus dia berlari ke arah Jungkook dan tangan lelaki itu dia pegang.
Namun, tangannya ditepis. Cukup tersentak hati Haejung melihat tindakan suaminya itu.
"Tak sangka kau sanggup tikam belakang aku"
Sungguh hatinya kecewa. Isterinya yang amat dia cintai itu sebenarnya curang.
Jungkook mengetap bibir lalu mengorak langkah dengan laju untuk keluar dari bilik itu.
"Jungkook.. Sumpah saya tak tahu! Awak salah faham!" jerit Haejung sambil berlari mengejar suaminya dengan selaju mungkin.
Air matanya juga sudahpun berlinangan. Tolong jangan kata giliran dia pula untuk diperangkap sepertimana yang berlaku kepada Taehyung dan Yeonha dulu.
"J-Jungkook tunggu!" dia berlari menuruni anak tangga mengejar lelaki itu.
"Dah lah.. Aku dah penat dengan permainan kau" kata Jungkook sambil berjalan. Sedikit pun wajahnya tidak diendahkan kepada Haejung.
"Tak Jungkook.. Awak kena dengar dulu. Saya pengsan tadi dan sumpah saya tak buat apa apa dengan Taehyung"
Jungkook memberhentikan langkahnya setibanya dia di ruang tamu. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Haejung.
Matanya sudahpun memerah. Tidak tahu samaada nak menahan tangis ataupun menahan marah.
"Stop it, Haejung! Aku dah nampak dengan mata aku sendiri. Sebab tu lah dulu aku tak nak cerita perkara sebenar. Sebab aku tahu kau masih cintakan Taehyung kan? Sampai kau curang belakang aku? Entah entah Taehyung balik sini pun sebab kau yang panggil dia. Good job, dear!"
Kata Jungkook dengan keluhan sinis.
"T-tak.." Haejung mengeleng perlahan.
"Sekarang kau bahagiakan sebab dah dapat apa yang kau nak?"
"Apa awak cakap ni? Jungkook... awak nampak semua tu bukan apa yang saya rancang. Semua ni tak betul.. Percayalah!" protes Haejung sambil menahan sebak di dada.
"Aku dah penat dengan perangai kau. Dari dulu lagi. Tapi aku saja tahan sebab aku cintakan kau? Tapi.. ini kau balas pada aku?"
Jungkook mula mengesat air matanya yang mula bergenang.
"Tak Jungkook.." Haejung mengeleng tanda tidak setuju dengan apa yang dikatakan.
Jelas sekali ini semua permainan Taehyung. Dia mungkin saja memaafkan mereka berdua dihadapan. Tapi belakang? Jiwa dia penuh dengan dendam dan kebencian.
"Kita kahwin dulu pun bukan atas sebab cinta dari kau. Aku saja yang sayangkan kau tapi kau? Kau hanya pergunakan aku seratus peratus demi mendapatkan apa kau nak. Macam tu kan?" kata Jungkook dengan serius.
Matanya lansung tidak berkelip pada waktu ini. Semakin memerah adalah.
"Jungkook tak! Awak dah salah faham.." Haejung mula meraih tangannya dengan air matanya yang tak henti berlinangan.
"Mungkin satu perkara ni kau selalu minta dengan aku dari dulu lagi. Hari ni aku nak tunaikan" kata-kata Jungkook kali ini sungguh menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.
Maksudnya?
"Im Haejung.. Aku ceraikan kau.."
Perlahan-lahan tangannya dilepaskan. Terkaku dengan apa yang didengari. Otaknya kini tidak dapat mentafsir apa-apa lagi. Bengang !
"Mulai hari ini, aku bukan lagi suami kau dan kau bukan lagi isteri aku"
Jungkook menyeka air matanya yang bergenang lalu mengorak langkah menuju ke luar rumah.
"Jungkook.." panggilnya perlahan memang tak mampu membuatkan lelaki itu berhenti dari melangkah.
Kakinya mula terasa lemah. Lemah yang teramat. Dia umpama sudah lumpuh untuk berdiri pada waktu ini.
Akhirnya dia jatuh terduduk.
"Tak mungkin.." dia kini memandang lantai. Adakah apa yang dia dengar itu betul?
Jungkook ceraikan dia?
Kau bergurau apa ni, Jungkook?
Air matanya semakin laju mengalir. Tidak dapat dinafikan lagi, dia sungguh sedih. Tak kuat untuk menghadapi semua ini.
Jungkook.. semua ini fitnah.
"Puas hati kau?" kata Taehyung yang baru sahaja tiba dan berdiri di atas anak tangga. Dia juga sudah mendengar pergaduhan mereka tadi.
"Puas hati kau lepas kena cerai? Tak sangka, Haejung yang menjadi kesayangan Jungkook akhirnya kena cerai haha!" Taehyung tergelak sinis.
"Taehyung.. apa kau buat ni? Hiks.." Haejung sudahpun menangis teresak-esak.
"Apa aku buat kau tanya? Aku patutnya tanya kau apa kau dah buat? Kau tahu tak yang Yeonha dan anak aku meninggal sebab kau?"
Matanya juga turut memerah menahan sebak. Wajah Yeonha kini berada dalam mindanya.
"A-apa?" soal Haejung dengan tergagap.
Dia mula teringat kembali suara seorang lelaki yang memarahinya dalam talian sewaktu dia menjawab panggilan telefon Jiminna tempoh hari.
"Yeo-yeonha meninggal?"
"Yes.. semuanya sebab kau.. Kau hantar siapa dah tu? Jiminna kan? Yeonha sedih sebab ingat aku curang sampai dia lari dan kena langgar dengan kereta. Dia meninggal. Semuanya sebab kau. Kau sedar tak yang kau ni sebenarnya pembunuh?" tengking Taehyung.
Sekali lagi Haejung terkaku. Air matanya yang mengalir kian semakin laju.
"Buat apa kau nak menangis lagi? Setakat kena cerai saja bukannya suami kau mati macam kau buat pada isteri aku. Sebab kau lah, aku selamanya dah hilang orang yang aku sayang. Jadi, adil bukan kalau aku pula yang hancurkan hidup kau?"
Taehyung mengeluh seketika sebelum mengorak langkahnya untuk keluar dari rumah itu.
Kini tinggallah Haejung keseorangan.
"Jungkook.. hikss" katanya perlahan. Tangisan tidak henti henti tersedu.
Betapa besarnya salah dia terhadap Taehyung sehingga menyebabkan orang yang lelaki itu sayang meninggal dunia. Semua ini kerana dendamnya.
Kalau dari dulu dia adalah seorang yang pemaaf, tentu ini tidak akan berlaku. Kini dia bagaikan dimakan oleh dendamnya sendiri.
Yeonha dan anaknya meninggal dunia kerana dirinya. Jungkook pula sudahpun ceraikan dia.
"Semua ni salah aku.." Haejung menekup wajahnya lalu menangis teresak-esak.
Dia menyesal. Menyesal dengan perbuatan dia yang akhirnya memberikan keburukan terhadap diri dia sendiri.
Tapi apa boleh buat lagi kalau nasi dah jadi bubur?
"Jungkook.. awak tak boleh tinggalkan saya..." Tangisannya semakin lama semakin kuat.
++++
Adakah anda sedang menangis? Aku tahu korang tak nangis.
Tapi, adakah anda menyumpah seranah?
Atau mencaci maki hamun?
Atau membenci Taehyung mahupun Jungkook?
Atau anda sedang mengecam saya? 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top