43

"Tae, aku.. aku bersalah.. Sebelum ni aku yang cuba nak hancurkan rumah tangga kau sebab dulu aku bencikan kau sangat sangat. Tapi.. sebenarnya aku salah. Jungkook dah cerita perkara sebenar. Aku yang salah. Aku jahat. Taehyung, aku minta maaf sangat.."

Kata Haejung sambil menundukkan wajahnya ke lantai dan perlahan-lahan menyeka air mata yang sudahpun bergenang. Jika mahu merayu, dia rela asalkan kesalahannya dapat dimaafkan.

Taehyung yang sudah berada di sofa itu membalasnya dengan senyuman.

"Aku tak kisah sangat pun Haejung"

"Kau tak marah ke?"

Taehyung mengeleng perlahan dengan senyumannya yang tidak lekang di bibirnya. Kelakuannya ini kuat menunjukkan respon positif di mata Haejung.

"Gomawo.." jawabnya perlahan

"Ouh lupa.. Yeonha kirim salam kat korang berdua. Dia minta maaf juga tak dapat datang sini sebab dia demam" kata Taehyung.

Hairan pula bila Jungkook yang turut berada bersama mereka itu mendengarnya.

Yeonha demam? Lepas tu dia sanggup tinggalkan Yeonha yang tengah sarat mengandung dan demam tu kat rumah dia semata-mata nak balik Korea?

Entah kenapa hatinya rasa tak sedap. Kenapa Taehyung macam pelik saja?

"Hyung sebenarnya ada hal apa balik sini sampai sanggup tinggalkan Yeonha kat Sydney tu?" kini Jungkook bersuara.

Haejung menjelingnya tajam. Soalan Jungkook itu agak kurang sopan.

"Haha.. saja nak melawat korang berdua" Taehyung ketawa kecil.

Bertambah hairan pula Jungkook dibuatnya. Memang sebelum ini dia percayakan Taehyung, tetapi entah mengapa kali ini Taehyung kelihatan lain macam.

"Dan lagi satu, boleh tak malam ni aku tumpang rumah ni? Don't worry esok pagi lagi aku akan check in hotel. Sebab hotel untuk hari ni semua dah full" kata Taehyung lagi.

Belum sempat Jungkook bersuara,

"Boleh boleh! Haa bilik tetamu kat rumah ni ada banyak lagi. Pilihlah nak yang mana, atas ada, bawah ada, depan ada, belakang ada" kata Haejung.

Mahu saja Jungkook cepuk isterinya itu. Suka sangat bertindak melulu. Tapi itulah, dia mahu menolak pun apa pula kata Taehyung nanti.

Jadi terpaksalah dia mengangguk walaupun sebenarnya dia kurang bersetuju.

Nasib baiklah malam ni saja. Jadi masih bolehlah dia tengok-tengokkan Haejung tu. Kalau tak, memang tak lah nak bagi Taehyung tumpang rumahnya.

***

"You ni selalu cari pasal dengan I! Dulu nak ngorat besan sendiri sekarang? You rosakkan pula phone nokia 3310 I? You tahu tak tu lah satu-satunya phone yang I ada sekarang?" Puan Jeon menyilangkan tangannya.

"Alahai.. Sorry.. Tadi saya tak sengaja. Saya ingat sabun tu sebab saya buat mandi. Tak sangka senarnya tu telefon awak" Kata Tuan Jeon.

"Sorry sorry! Sekarang macam mana? I dah tak ada phone! I nak berchit-chat dengan Puan Im pun dah tak boleh!" Puan Jeon mencebik.

"Alololo muka merah merah.. Mari sini saya belikan phone baru untuk awak nak? Gantikan phone tadi" pujuk Tuan Jeon.

Terpaksalah Tuan Jeon mengalah dengan isterinya. Bukan boleh buat main dengan Puan Jeon ni. Kalau dah merajuk, mesti dia akan masukkan rambutnya sekali dengan mukanya ke dalam oven sehingga hangus.

"Seriously? You nak gantikan phone I?" bersinar-sinar mata Puan Jeon mendengarnya.

"Ya.. Awak cuma kena pilih. Samsung ke Ipong?"

"Samsung? Eww.. What are you talking about? Ipong ofcoz" jawabnya dengan nada gedik bersertakan bongkok 370 darjah.

Berlagak punya orang tua! Rasa nak hempuk pun ada Puan Jeon ni. Tak padan dengan tua.

"Fine! Ipong.."

"Lagi satu, I nak Ipong yang ada sembilan camera macam yang viral kat intakgram tu"

"Haa boleh boleh! Eloklah juga kalau awak guna yang tu. Bolehlah zoom muka awak, sekali dengan dosa-sosa awak"

PING!

Terdengar hati Puan Jeon seperti pecah berderau derau. Sentap? Huhuhu.

Nanti kau Tuan Jeon !

***

Sudah seharian berlalu, memang tepat kata Taehyung, awal pagi sebelum subuh lagi dia sudah keluar dari rumah itu. Lega hati Jungkook dibuatnya.

Bukan apa, mana tahu Taehyung ni ada sesuatu yang dirancangnya. Manalah dia tahu apa yang terjadi sepanjang rumah tangga mereka ketika Haejung masih belum memaafkan mereka hari tu.

"Sayang, oppa pergi dulu ye?" Jungkook mencium dahi isterinya sebelum berangkat ke tempat kerja.

Keling betul Jungkook ni. Kejap guna aku-kau , kejap guna sayang-oppa. Nak kena lempang ke macam mana?

"Bawa kereta tu elok elok" Haejung menyalami tangannya sebelum lelaki itu memasuki perut kereta.

"Bye sayang!" sempat Jungkook menghadiahkan flying kiss kepada Haejung sebelum memandu keluar keretanya. Gedik!

Haejung hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kearah kereta yang sudahpun beransur pergi itu.

Namun siapa sangka yang mereka berdua sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

Dia tersenyum sinis.

"Kau nanti Im Haejung. Ini Taehyung, aku bukannya manusia yang mudah kalah!"

Pada waktu yang sama juga, Haejung berjalan masuk ke dalam rumahnya. Dalam setiap langkah dia berjalan, entah kenapa dia tiba-tiba terasa pening. Semakin lama semakin kuat rasa peningnya itu.

Hairan.. Apa kes pula ni?

Entah kenapa dua, tiga hari ni dia selalu terasa pening. Nak kata tak makan tapi kenyataannya dia dah makan.

Tiba-tiba

GEDEBUK!

Tiada angin taufan mahupun ribut, tubuhnya jatuh terjelopok di lantai. Pandangannya pula semakin kabur sehingga akhirnya semua menjadi gelap.

"Perempuan tu pengsan ke?" Taehyung yang baru sahaja memarkirkan keretanya agak tergamam.

Dia mula keluar dari perut keretanya dan menuju ke arah Haejung yang sudahpun tidak menyedarkan diri. Pipinya ditepuk perlahan.

"Haejung! Oih Haejung! Bangun!"

Namun tiada respond yang diberikan oleh wanita itu.

Memang pada mulanya dia merasa kasihan bila melihat wanita itu pengsan di luar rumah. Tapi dengan tiba-tiba saja dia mendapat satu idea. Dia mengukir senyuman sinis.

"Giliran aku pula untuk hancurkan hidup kau"












++++

Nantikan Tae akan buat apa 🌚
Next chapt, ready tisu bebanyak tau 😭

Thanks for your support gais! Ily


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top