39
WARNING !
CHAPT INI TERSUNGGUH SANGATLAH PANJANG. JIKA BOSAN, DIPERSILAKAN UNTUK SKIP
———————————
"Minumlah sikit Taehyung. Sikit je. Ni sedap tau"
Kata Seongwoo, memujuk Taehyung untuk meminum wine yang baru sahaja dituangnya.
"Seongwoo, aku tak minum." Taehyung menolak secara lembut sambil tersenyum.
"Alaa minum laa sikit. Sikit je" pujuk Seongwoo lagi.
"Tak nak.. Jangan paksa aku boleh tak? Kan aku dah cakap aku tak minum!" Agak meninggi suara Taehyung menolak pujukan Seongwoo.
"Tak gentle betul!" Seongwoo menggulingkan matanya. Rasa tercabar pula Taehyung dibuatnya bila dikata tak gentle.
"Okay fine!" gelas yang berisi wine yang berada dihadapannya itu dia ambil dan terus dia teguk. Seongwoo tersenyum sinis.
Setelah habis dia teguk, dia mula memicit-micit kepalanya.
"Tambah lagi.." dia menghulurkan gelasnya tadi.
"Seriously?"
"Cepatlah tambah"
Lalu Seongwoo segera menuang wine ke dalam gelas itu.
Segelas per segelas berjaya Taehyung habiskan tanpa disedari. Pada waktu ini juga, dia mula berjalan terhuyung-hayang, tidak dapat mengawal kestabilan tubuhnya.
"Taehyung, kau dah mabuk ni" kata Seongwoo tetapi Taehyung hanya mampu berdiam.
"Aku hantar kau balik okay?"
Seongwoo mula memapah bahu Taehyung menuju ke arah tempat parkir kereta.
***
"Kau nak aku hantar kau ke rumah kau ke macam mana?" Soal Seongwoo tetapi lansung tidak dijawab Taehyung. Dalam fikirannya sungguh kosong dan hanya rasa pening yang menguasai diri.
Botol wine yang berada di tangannya terus dia teguk. Dah berapa liter dia meminum air itu.
"Ke kau aku hantar kau ke rumah Yeonha?" Seongwoo tersenyum sinis.
Namun begitu, Taehyung seakan sudah hanyut di lautan.
"Okay rumah Yeonha!"
Seongwoo mengawal stereng keretanya menuju ke arah rumah Yeonha dengan bibirnya yang tidak lekang dari tersenyum sinis.
***
"Dah sampai!" Seongwoo membuka tali pinggang keledar dan kemudiannya keluar dari kereta untuk membuka pintu kepada Taehyung pula.
Selepas itu, bahu Taehyung terus dia papah. Loceng di pintu pagar rumah itu dia tekan. Beberapa saat kemudian, keluarlah seorang gadis yang sudah berpakaian tidur memandangkan sekarang waktu sudah lewat malam.
"Eh Seongwoo, Taehyung? Ada apa datang rumah aku malam malam ni?" soal Yeonha.
"Haa Yeonha, Taehyung ni mabuk teruk. Boleh kau tumpangkan dia kat rumah kau sekejap tak? Aku dah call Haejung suruh ambil dia kejap lagi kat sini" tipu Seongwoo.
Ragu-ragu Yeonha mahu terima ataupun tak.
"Kenapa kau tak hantar dia kat rumah dia saja?"
"Aku ada emergency ni. Adik aku kemalangan. Aku kena cepat. Bolehlaa tumpangkan dia kejap je.."
"Tapi aku tak berani laa Seongwoo. Appa aku baru saja balik kampung tadi. Takkanlah kau nak tinggalkan aku dengan dia saja kat sini? Dah lah mabuk!"
"Alaa kau ni. Please lah aku terdesak ni. Kesian Taehyung. Takkan aku nak tinggalkan dia tepi jalan pula?" keluh Seongwoo. Yeonha terdiam seketika.
"Betul yang kau dah bagitahu Haejung ni?"
"Ye lah Yeonha. Tolonglah percaya. Boleh ye?" rayu Seongwoo.
"Hmm baiklah" jawabnya ragu-ragu.
Pintu pagar dibuka. Kemudian, Yeonha terus memaut bahu Taehyung untuk memapahnya masuk ke dalam rumah.
"Uhuu mekaseh ye!" kata Seongwoo namu dibalas jelingan saja oleh Yeonha.
Seongwoo berjalan memasuki keretanya semula. Dari jauh dia tersenyum bahagia melihat Taehyung sudahpun berjaya masuk ke dalam perangkapnya.
Memang sejak dari university dulu lagi dia sudah jatuh hati pada Haejung, namun seperti orang lain, cintanya tidak ditolak mentah.
Dia juga tak tahu apa yang terjadi ketika lawatan pelajar ke dalam hutan dulu sehingga membuatkan Haejung dapat menerima Taehyung. Ini tidak adil! Ini menimbulkan rasa cemburu dalam dirinya.
"Kau kena ingat Taehyung.. Haejung milik aku bukan kau"
Dia mula menghidupkan enjin keretanya dan bergerak meninggalkan rumah Yeonha itu.
***
Yeonha berpusing-pusing mengelilingi ruang tamu rumahnya. Apa perlu dia buat pada teman lelaki kawan baiknya sendiri ini? Macam mana kalau Haejung tersalah anggap?
Tubuh Taehyung yang sudahpun tidak menyedarkan diri di sofa dia pandamg sekilas. Kesian pula jika dibiarkan begitu.
Dia mendekati Taehyung dengan keadaan hidungnya ditutup kerana bau wine yang menyengat rongga.
Dia cuba bangunkan Taehyung dan memapahnya menuju ke bilik kosong yang terletak di tingkat atas. Perlahan-lahan dia menaiki tangga menuju ke bilik tersebut.
Setibanya mereka berdua di bilik itu, Yeonha merebahkan tubuh Taehyung di atas katil. Baru sahaja dia ingin meninggalkan Taehyung sendirian di situ tetapi tangannya pula dipegang.
"Haejung.." kata Taehyung perlahan dalam keadaan matanya yang pejam-celik.
"Ermm Taehyung.. ni saya Yeonha, bukan Haejung. Kejap lagi Haejung datang ye?"
Yeonha cuba melepaskan tangannya tetapi tidak berjaya apabila Taehyung menariknya sehingga dia juga turut terjatuh di atas katil.
"Taehyung jangan!"
***
"What the pig" kata Haejung dengan terkejut setelah pintu bilik itu dikuak dengan kasar.
Mereka berdua yang masih menenyeh mata itu memandangnya bengang, keliru dengan apa yang terjadi.
"Ini kau buat belakang aku ye Taehyung?"
Haejung mengeleng perlahan sambil mengetap bibir menahan tangis. Mereka berdua terdiam tak berkutik.
"Pengkhianat! Aku benci!"
Langkah kakinya mula bergerak laju, pergi dari situ.
"Apa kau buat ni?" soal Taehyung kepada Yeonha tatkala masih bengang kenapa dia berada sekatil dengan gadis itu.
"Kenapa awak tanya? Awak yang mabuk semalam!" Yeonha sudahpun menangis teresak-esak.
"Haa? T-tak mungkin" rambutnya diserabutkan seketika.
"Arghh gila betul!" jeritnya. Dia mula bangun dari katil untuk mengejar Haejung yang sudahpun tiba di tingkat bawah.
"Haejung tunggu!"
Haejung mengendahkan sebaliknya terus berlari.
"Haejung tunggu!" Jerit Taehyung lagi. Akhirnya dia mengberhentikan langkahnya.
"Kau nak apa lagi? Nak berlakon depan aku lagi?"
"Tak Haejung! Apa yang kau nampak tadi semuanya tak betul"
"Huh? Aku dah nampak dengan mata kepala aku sendirilah Taehyung. Dasar curang!"
"Sumpah aku tak curang dengan kau" suaranya mula mendatar sedih.
"Kita putus!"
Haejung terus berlari keluar dari rumah itu meninggalkan dia sendirian.
"Haejung!" Jerit Taehyung. Tapi apakan daya dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk mengembalikan kepercayaan gadis itu.
Setibanya Haejung di luar rumah, dia menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan sebelum menangis sepuas-puas hatinya.
"Hiks.."
Tetapi dari jauh, dirinya sebenarnya diperhatikan oleh seseorang tanpa disedarinya. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
Kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan sewaktu memandang Haejung yang sedang menangis itu cuba menahan sebuah teksi untuk beredar dari sini.
Apa yang terjadi?
Perasaan ingin tahu mula membuak dalam hati Jungkook.
***
"Aku kenal Taehyung dari kecil lagi. Dia bukan pengkhianat macam yang kau fikirkan" kata Jungkook.
"Dan pasal rumah kita tu pula.. ya memang rumah tu dulu milik Taehyung. Tapi sekarang, dia dah serahkan seratus peratus kepada aku termasuk company kerana dia anggap aku macam adik kandung dia. Walaupun company tu appa yang usahakan sekarang, lambat laung akan jadi milik aku juga nanti" sambungnya.
Entah kenapa Haejung terasa sebak mendengar semua ini.
"Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku tipu kau"
Haejung sudahpun mengetap bibir menahan air mata.
"Sebab.. sejak aku nampak kau depan rumah Yeonha hari tu lagi aku dah jatuh cinta dengan kau"
Air matanya kini mengalir. Jungkook terlalu ikhlas menerima dia tetapi dia saja yang ego.
"Ma-macam mana awak boleh berada kat rumah Yeonha masa tu?" Soalnya sedikit tergagap dek menahan tangis.
"Sebab malam tu aku risau pasal Taehyung tak balik rumah. Aku pun search dia guna iphone cloud. Pasal tu lah aku berjaya tiba di rumah Yeonha" jelasnya.
"Seongwoo kat mana sekarang?" soalnya lagi.
"Lepas dia hantar Taehyung malam tu, dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia maut, membuatkan Taehyung pula tak ada bukti untuk buat kau percayakan dia balik"
"Yeonha pula?"
Haejung kini memandang wajah Jungkook dengan mata yang memerah kerana air mata. Sungguh dia rasa bersalah atas semua perbuatannya selama ini.
"Sebulan selepas tu, Yeonha disahkan mengandung. Dia berniat untuk gugurkan kandungannya tetapi gagal selepas aku berjaya nasihatkan Taehyung untuk bertanggungjawab kepada budak tu"
"Tapi sebelum tu, Taehyung sanggup berkurung dalam biliknya selama beberapa minggu bagi fikirkan hal ni masak masak. Sebab apa? Sebab dalam hati dia cuma ada kau, bukan Yeonha. Tapi sebab akalnya yang logik, dia sanggup korbankan cinta dia semata-mata untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku"
Jungkook menarik nafas seketika.
"Dan lagi satu, Taehyung hanya berpura-pura bahagia dengan Yeonha semata-mata nak jaga hati dia. Fahamlah dia tengah mengandung sekarang. Jadi sebab tu lah dia berpindah ke Sydney sebab tak nak kau terluka sebab dia lagi. Tapi aku pula yang sengaja pilih Sydney sebagai tempat honeymoon kita dulu sebab aku nak kau buang segala dendam kau bila tahu Yeonha mengandung nanti. Huh! Sebenarnya aku salah, kau lansung tak berubah"
Jelas Jungkook dengan detail dan panjang berjelar-jelar sehingga readers pun dah penat baca.
Kemudian tubuhnya terus dipeluk Haejung
"Saya.. rasa bersalah" kata Haejung sambil air matanya yang tak henti henti mengalir. Bengkak sudah mata.
"Tapi.. kenapa awak tak bagitahu perkara ni dari awal?"
Jungkook tersenyum sinis.
"Sedangkan sekarang kau ada niat nak hancurkan rumah tangga mereka, apa lagi kalau kau tahu yang Taehyung masih cintakan kau? Kau mesti akan rampas Taehyung dari Yeonha yang sedang sarat mengandung tu kan? Sekurangnya cara aku ni masih lagi dapat mengawal kau"
Ya benar sekali! Tetapi ada satu saja yang bukan dalam pengetahuan kau.
"Dan lagi satu.. sebab aku tak nak kau tinggalkan aku kerana Taehyung.."
Rambut gadis itu diusap perlahan. Semakin kuat pula esakan tangisan Haejung. Tidak disangka Jungkook menyimpan semua rahsia ini hanya untuk kebaikan tetapi dia saja yang kejam tidak memberi peluang kepada orang yang tidak bersalah.
Dia.. menyesal!
"Saya menyesal Jungkook hiks.."
"Ada lagi satu kau tak tahu.."
"Apa lagi?"
***
Taehyung memegang kepala Yeonha bagi menunaikan permintaan orang ramai. Belum sempat dia mencium Yeonha, Haejung terus berlari keluar dari gereja tersebut.
Semua orang memandang pelik kepada Haejung namun, kesah lak dia?
"What happened?"
"Nothing. Cepat sambung"
Pada waktu yang sama, Jungkook turut berlari keluar dari gereja juga untuk mengejarnya dari belakang.
Setibanya mereka dia luar, Jungkook hanya memerhati dia menangis dan memarahi sendirian. Mahu saja dia memeluk gadis itu dan menenangkannya tetapi dia tidak mampu apabila melihat emosi Haejung yang masih tidak stabil.
Kelihatan Haejung bergerak meninggalkan gereja itu. Begitu juga Jungkook yang hanya mengekorinya sehinggalah mereka tiba di sungai.
Setelah membebel dan menyumpah seranah, Jungkook melihat gadis itu tiba-tiba tergelincir sehingga terjatuh ke dalam sungai. Dia terkapai-kapai meminta pertolongan.
Dan apa lagi, Jungkook pun terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan dia.
***
"Dan tak sangka akhirnya kau jadi isteri aku juga atas kehendak kau sendiri. Aku bahagia sangat waktu tu walaupun aku tahu kau tak ikhlas, sayang"
Tidak tahu untuk menangis atau tersenyum lagi.
"Tu dulu. Sekarang anggap Haejung yang berhati batu dulu dah mati. Saya betul betul dah cintakan awak sekarang, bukan lagi Taehyung."
Jungkook mula mencium dahinya. Tidak lama selepas itu,
"Jungkook.. boleh saya minta satu perkara?"
"Apa?"
"Bawa saya jumpa Taehyung. Saya bersalah. Jadi nak minta maaf" Jungkook tersenyum.
"No prob" dia menggosok-gosok rambut isterinya itu.
++++
Sometimes aku kecewa bila tengok comment sikit. Teroks sangat ke cerita ni? 😭 act, aku suka kalau ada orang spam comment huhuhu.. kalau comment kurang lagi lepas ni tak nak hapdet lah..
Okay batak ! 🌚
//crying//
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top