38
Haejung memasukkan beberapa duit syiling ke dalam telefon awam tatkala dia kini sudahpun tiada telefon lagi.
"Hello Jimin! Kau ada kat mana sekarang?"
"Aku ada kat gerai durian crepe aku laa. Eh Haejung, kau get ready lah. Jungkook on the way ke resort kau tu" kata Jimin melalui talian.
"Bwoh? Macam mana dia tahu aku kat sini?"
"Aku yang bagitahu"
"Kenapa kau budus sangat Jimin?" dia sudahpun menggenggam tangannya. Geram pula dia dengan Jimin ni!
"Bukan macam tu maksud aku.. Cuba kau fikir baik baik. Tak ada guna pun kau lari jauh-jauh. Masalah kau takkan selesai juga. Lebih baik kau bawa bincang perkara ni elok-elok dengan Jungkook. Lagipun aku nampak dia tu dah betul betul sayangkan kau. Aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti dia jadi gila sebab kau"
Terang Jimin dengan panjang lebar tetapi hanya dibalas keluhan berat dari Haejung.
"Tak apalah Jimin. Aku letak dulu lah ye? Sebab kau lah aku kena lari lagi"
Lantas genggaman telefon itu dia letakkan di tempat asal semula.
"Aniya! Aku kena cari tempat lain. Jungkook tak boleh jumpa aku kat sini.." Dia mencekak pinggang.
"Kau nak lari ke mana lagi?"
Tergamam seketika dia bila terdengar suara itu. Lantas dia memalingkan tubuhnya ke kebelakang.
Wajah Jungkook terpapar di hadapannya sambil tubuhnya berdiri tegak.
Ini semua angkara Jimin! Tak! Dia tak boleh jumpa aku! Itulah yang berada di benak fikiran Haejung.
Baru sahaja dia memulakan langkahnya untuk pergi dari situ tetapi pinggangnya lantas dipeluk Jungkook dari belakang.
"Please Haejung.. Tolong jangan tinggalkan aku lagi.." kata Jungkook seakan-akan merayu supaya gadis itu tidak meninggalkan dia lagi buat kali ini.
"Aku cintakan kau sangat sangat. Percayalah yang aku tak ada niat langsung nak permainkan kau atau buat kau sakit hati lagi. Aku betul betul rindukan kau"
Jungkook memejamkan matanya menahan air mata. Sungguh dia rindukan gadis ini.
"J–jungkook.." Haejung cuba melepaskan tangan Jungkook daripada terus memeluk pinggangnya tetapi tidak berjaya.
"Jungkook lepaslah! Kat sini ada ramai budak" kata Haejung sambil tangannya berusaha meleraikan pelukan
Sesekali Jungkook memandang sekeliling. Ya memang! Kawasan ini memang terdapat ramai budak. Tetapi dia hanya tersenyum sinis.
"Baguslah kalau budak-budak tu tengok."
Sesekali Jungkook mencium ubun rambut isterinya.
"Jungkook! Tak baik awak buat macam ni! Diaorang tu kecik lagi" tegas Haejung setelah melihat ramai budak yang sudahpun memerhatikan mereka berdua.
Ada yang memegang gula-gula kapas, ada yang memegang layang-layang, ada yang sedang memakan ais krim. Kini mereka berdua dikelilingi oleh kanak-kanak ribena.
"Jungkook please.. lepaskan saya."
Haejung cuba melepaskan lagi pelukan itu tetapi semakin erat pula Jungkook memeluk pinggangnya.
"Jangan harap aku biarkan kau lari lagi"
Sesekali Jungkook mengangkat tubuhnya secara bridal style.
"Eii turunkan saya lah!" Haejung sudahpun memukul bahunya dengan kuat tapi apa je yang Jungkook ni rasa. Macam kena gigit nyamuk saja.
"Aww hyung sweetlah!" kata salah seorang daripada kanak-kanak ribena itu.
"Korang pun buat macam ni lah kalau isteri korang nanti degil macam isteri hyung ni!" jerit Jungkook kepada budak-budak itu.
"Baik hyung!" mereka mengangkat tabik.
"Jungkook! Tak baiklah awak ajar diaorang macam tu!" marah Haejung.
"Apa yang tak baiknya sayang?" sesekali bibir gadis itu dia kucup sekilas sebelum beredar pergi.
***
"Ahh!" Haejung mengaduh kecil sewaktu tubuhnya dihempaskan ke atas sofa oleh Jungkook.
"Ouh apartment kau ni ada apa ye?"
Jungkook terus melangkah menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka. Kek oreo cheese yang menjadi kegemaran Haejung itu dia ambil. Nasib kek itu ada sepotong sahaja.
"Tu saya punyalah Jungkook!"
Haejung yang mengejarnya dari belakang cuba merampas pinggan kek itu tadi. Oleh kerana Jungkook yang mempunyai tinggi seperti hantu galah ini, dia tidak sampai untuk mencapai pinggann itu memandangkan pinggan itu diangkat tinggi oleh Jungkook.
Tak guna!
"Now, this is mine!" kata Jungkook dengan bangga.
"Tapi tu saya punyalah! Saya yang beli !" protes Haejung.
"Okay.. Kek ni boleh jadi milik kau balik kalau kau ikut syarat aku"
"Apa syaratnya?"
Jungkook tersengih.
"Layan aku malam ni"
Sesekali Haejung menyepak kakinya.
"Auww!" jerit Jungkook kesakitan sambil memegang kakinya. Ganas juga Haejung ni.
"Gatal! Cari perempuan lain lah!" dia mengorak langkah untuk pergi.
"Kau nak aku cari perempuan lain ke?" soal Jungkook sambil tersengih.
Tiba-tiba Haejung mengberhentikan langkahnya dan berpaling semula ke arah Jungkook.
"Awak nak saya cacatkan kaki awak?"
Jungkook tersenyum. Pinggan tadi diletakkan di atas meja lalu mendekati Haejung. Nasib baiklah kakinya yang disepak tadi sudahpun beransur pulih. Orang sado mana boleh sakit lama lama.
Tubuh gadis itu dia peluk.
"Kau tahu tak yang aku dah lama rindukan kau?"
"Tak !" Haejung mencebik.
"Kau tak rindukan aku ke?"
"Langsung tak !"
"Okay fine" bibirnya terus dia kucup sekilas sebagai tanda rindunya pada gadis itu.
"Eii.." Haejung mengetap bibirnya geram.
"Aku mengaku aku salah. Aku dah banyak buat salah dengan kau. Boleh tak kau maafkan aku dengan ikhlas dan buka hati kau semula untuk aku?"
Haejung menunduk memandang lantai sambil memejamkan matanya. Tak tahu nak menangis atau nak lempang muka Jungkook.
Tidak perlu dinafikan lagi, dia juga turut rindukan lelaki ini. Kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk Jungkook dengan erat.
"Haejung.. aku tipu kau bukan sengaja. Semuanya ada sebab. Antaranya adalah... sebab aku sangat cintakan kau. Dari awal lagi. Sebelum kita berkahwin lagi aku dah perhatikan kau dari jauh. Kau faham tak erti tak sanggup kehilangan?"
Setitis per setitis air mata Haejung menitis perlahan mendengar penjelasan lelaki ini. Tak sangka Jungkook sudahpun mengenali dia sebelum mereka berkenalan lagi.
"Tolong terima aku semula ye? Kau cakap saja apa yang kau nak asalkan kau terima aku balik. Aku cuma nak kita hidup bahagia. Tu saja "
Semakin laju air matanya mengalir. Keliru fikirannya untuk memikirkan hal ini. Sukar untuk memilih samaada dendam ataupun cinta.
Dagunya perlahan-lahan diangkat oleh Jungkook untuk memandang wajahnya.
"Will you accept me as your husband for the second time with open heart?"
Cincin yang dipulangkan oleh Puan Im tempoh hari dia buka.
Haejung tidak menjawab sebaliknya hanya menangis dan menangis.
"Terima aku ye sayang?" tanpa dibalas apa-apa patah perkataan dari gadis itu, cincin yang merupakan cincin perkahwinannya itu dia sarungkan kembali di jari manis Haejung.
"Jungkook.." Lalu tubuh Jungkook dia peluk erat. Air matanya semakin laju mengalir. Tidak perlu berdalih lagi, memang dia juga turut cintakan lelaki ini tetapi egonya sahaja yang menghalang.
Jungkook tersenyum sambil mengusap rambutnya perlahan.
"Kalau kau nak aku jujur, aku boleh ceritakan perkara sebenar kepada kau"
Haejung mengangguk perlahan.
++++
Wait for the next part kalau korang nak tahu macam mana Taehyung dan Yeonha boleh berkahwin dulu 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top